| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Thursday 29 September 2011

Steel Robots Battling It Out In A Boxing Ring!

Imagine 2000-pound, 8-foot-tall steel robots battling it out in a boxing ring!

It seems that boxing is no longer limited to men. In REAL STEEL, a wash up fighter (starring Hugh Jackman *cue to drool*) builds his own robots from scrap metal and battles his way up in underground boxing championships!

Catch this action packed movie brought to you by Tune Talk & better yet, CLICK and try to win premier tickets through their FB! Now how many of you would like to see robots trashing each other in a boxing ring? We’ve got our hands up for sure!




Wednesday 28 September 2011

7# Wordless Wednesday: OJT





Monday 26 September 2011

Baca & Menang iPad 2

Klik & Menangi iPad 2 dengan hanya membaca buku!

PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS), penerbit buku bahasa melayu pertama di Malaysia menerbitkan banyak buku-buku untuk semua peringkat umur. Sempena musin cuti yang akan datang PTS banyak menerbitkan buku-buku bacaan untuk kanak-kanak dan remaja seperti novel, komik dan sebagainya. Buku PTS yang cool ini pasti ada yang dapat menarik minat minat perhatian Churpers!

PTS menganjurkan Peraduan Bongkar Kod Rahsia! Menangi pelbagai hadiah menarik seperti iPad 2, Samsung Galaxy Ace, iPod Touch, mp3 player, serta merchandise PTS! Para pembaca hanya perlu membeli buku PTS berlogo 'Bongkar Kod Rahsia', daftar di laman web PTS dan main online game untuk menang hadiah-hadiah hebat ini! Jom Bongkar Kod Rahsia dengan pantas!  Klik di sini untuk maklumat lanjut.




Saturday 24 September 2011

Bersama Angry Birds @ Google+

Angry Birds @ Google+
Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan layout baru laman sosial popular Facebook termasuklah saya.  Maklumlah, baru sahaja mula selesa dengan layout yang sekarang ini, tiba-tiba muncul lagi layout terbaru yang bukan sahaja agak mengelirukan tetapi juga sesak mata memandang.  Bagaimanapun, ada kebaikannya juga sebab secara tidak langsung saya berkenalan dengan laman sosial baru yang mula menjadi sebutan iaitu Google+.  Layout Google+ lebih simple dan paling best ada games yang menjadi kegilaan ramai iaitu 'Angry Birds'.

p/s:  Sedang dalam kempen mau ajak rakan-rakan FB lain migrate pegi Google+ ^_^




Di Sabah Senang Cari Duit



PATI:  "... saya datang ke Sabah ini cari makan, sebab saya dengar di Sabah ini senang cari duit! saya punya kawan-kawan sudah lari pegi Sabah.  Dia orang sudah jadi kaya-kaya.  Ada yang sudah jadi YB ... Datuk pun ada! Saya pun lain kali mau jadi ..."

p/s:  Masalah yang tidak pernah selesai.




Friday 23 September 2011

Bungee Jumping @ Sarawak Regatta 2011

Mesin permainan interaktif ‘Elevator Reverse Bungee Jumping’ merupakan antara aktiviti menarik pada Sarawak Regatta 2011 yang berlangsung selama tiga hari bermula 15 - 18 September lepas di Tebingan Kuching (Kuching Waterfront). 
Terdapat dua unit mesin diletakkan berhampiran kafe James Brooke iaitu satu unit untuk dewasa dan satu unit lagi untuk kanak-kanak.
Mesin permainan interaktif ‘Elevator Reverse Bungee Jumping’ yang dibawakan oleh IWWF Wakeboard World Cup ini dikatakan mampu membawa setiap pemain ke udara dengan ketinggian lebih 40 kaki.
Difahamkan, sesi permainan percuma diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun sementara bagi dewasa bayaran sebanyak RM30.


Thursday 22 September 2011

R U Ready To WIN RM 1,000?

Click LIKE on their Facebook to win RM 1,000
R U Ready For Real Life? Ready to step into the real world? Ready to step into the corporate world, drinking coffee at 8.30 am by the desk? Ready to start paying for your own hand phone, car and house bills? Prudential is bringing the young adults of Malaysia together and providing this new generation a space to share tips and advice on everything in real life with each other!

Prudential will also be sharing stories from successful young adults and running contests from time to time on their page! They are currently running a music video contest where you can be part of a music video and win RM 1,000! Click LIKE on their Facebook wall and join forces with people like yourselves!



Wednesday 21 September 2011

6# Wordless Wednesday: Mock Call





Friday 16 September 2011

Chickens Have Landed !!!

Click to Find out who’s the bigger chicken!
Remember the Chicken game on Hitz.fm? Well it’s back! So, who’s gonna be chickening out? Well, don’t hold on it too long because there’s a pot of RM60,000 & you do not wanna miss out on a share of this!  Tune into Hitz.fm in September to find out who’s the bigger chicken!




Selamat Menyambut Hari Malaysia 2011

From Google Pix
Tahun ini merupakan tahun kedua negara mengadakan sambutan Hari Malaysia Hari Malaysia.  Untuk rekod, Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri dan bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.  Bagaimanapun, bermula pada tahun 2010, tarikh 16 September diistiharkan sebagai cuti am di semua negeri di Malaysia bersempena dengan sambutan Hari Malaysia.

Mengikut maklumat yang diperolehi daripada Laman Web Jabatan Penerangan Malaysia, Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.  Menurut sejarah, pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6.  

Bagaimanapun, beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia telah memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Penubuhan Malaysia 16 September 1963
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi.

Antara lain, kerjasama ini perlu diadakan adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Pendirian kerajaan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura yang memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri. Di samping itu juga gagasan ini bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak.

Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura pada 23 Julai 1961 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan dipengerusikan oleh Donald Stephen. Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Dalam Jawatankuasa ini, perwakilan dari Tanah Melayu terdiri daripada ahli-ahli Parlimen.

Perwakilan Singapura terdiri daripada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Undangan termasuk seorang ahli parti pembangkang. Anggota perwakilan dari Sarawak adalah ahli-ahli Majlis Negeri Sarawak, begitu juga dengan Sabah. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak empat kali untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan penubuhan Malaysia. Mesyuarat pertama diadakan di Sabah pada Ogos 1961, seterusnya di Kuching, Sarawak pada Disember 1961 dan di Kuala Lumpur pada Januari 1962. Mesyuarat terakhir telah diadakan di Singapura pada Februari 1962. Dalam mesyuarat terakhir itu Jawatankuasa bersetuju untuk mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah terhadap gagasan Malaysia.

Memorandum yang dipersetujui Jawatankuasa tersebut mengandungi beberapa perkara penting untuk dijadikan asas kepada perlembagaan yang akan dirancang. Jawatankuasa ini bersetuju supaya perlembagaan Tanah Melayu dijadikan asas kepada perlembagaan Malaysia. Antara perkara lain yang dipersetujui ialah tentang perlunya ada sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat dan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan juga mengenai agama Islam diterima sebagai agama rasmi.

Pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya ini dibentuk hasil perundingan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan British pada November 1961. Tujuan penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia.

Suruhanjaya ini dianggotai oleh lima orang ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold, bekas gabenor Bank England, ahli-ahlinya terdiri daripada Dato’ Wong Pow Nee dan Encik Mohd Ghazali bin Shafie, sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, wakil kepada kerajaan British. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.

Sepanjang Februari-hingga April 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri dari parti-parti politik, ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan dan Undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan.

Hasil dari laporan ini menunjukkan sejumlah 80 peratus penduduk Sarawak dan Borneo Utara menyokong kepada penubuhan Malaysia. Sokongan rakyat ini jelas dibuktikan melalui laporan Suruhanjaya Cobbold yang telah disahkan oleh perwakilan Setiausaha Bangsa-Bangas Bersatu. Selain itu, laporan itu juga memuatkan cadangan-cadangan daripada ahli-ahli Suruhanjaya berhubung beberapa perkara yang dinyatakan melalui memorandum-memorandum yang diterimanya.

Pada 21 Jun 1962 laporan ini telah dikemukakan kepada Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Setelah dikaji, kedua-dua kerajaan bersetuju menerima hampir semua cadangan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya tersebut. Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Tanah Melayu juga menerima laporan Suruhanjaya Cobbold.

Beliau telah membentuk sebuah Jawatankuasa untuk mengkaji laporan itu yang telah dipengerusikan oleh beliau sendiri dan anggota-anggota yang lain terdiri dari Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri), Tan Siew Sin (Menteri Kewangan), Datuk (Dr) Ismail Dato’ Abdul Rahman (Menteri Keselamatan Dalam Negeri) dan Datuk V.T. Sambanthan (Menteri Kerja Raya dan Telekom).

Kata sepakat telah dicapai oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London. Rundingan tersebut telah berlangsung selama 2 minggu. Pada Julai 1963 satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London.

Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persetujuan telah di peroleh untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963. Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.

Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.

Rentetan Peristiwa

27 Mei 1961
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik

23 Julai 1961
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.

Ogos 1961
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah

18-20 Disember 1961
Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak

6-7 Januari 1962
Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur

17 Januari 1962
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha
3-4 Februari 1962
Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia

21 Jun 1962
Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
Julai 1962
Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.

9 Julai 1963
Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

16 September 1963
Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia






Thursday 15 September 2011

Semanis Rasa Semanis Memori Bun Kacang Merah

Bun Kacang Merah
Bun kacang merah untuk minum petang tadi, mengingatkan saya kembali kepada zaman kanak-kanak kami lima beradik pada sekitar tahun 80-an. Seingat saya, pada ketika itu sebungkus mengandungi empat biji bun bersaiz besar cuma berharga $1.00 (masa tu belum guna simbol RM lagi).  Kehidupan pada ketika itu tidak seperti sekarang, jadi bun kacang merah sudah lebih daripada cukup untuk menggembirakan kami adik-beradik.  Sekarang, walaupun sebungkus (6 biji bersaiz kecil) berharga RM2.60, rasanya masih tetap seenak dahulu kerana setiap kunyahan memutarkan kembali kenangan zaman kanak-kanak dahulu. 




Do Not Use Your Dongle At Home!

Visit P1's official web-site for more details!
Did you know that a mobile dongle is designed for light internet use only? No wonder it takes forever (and we really mean forever) to stream videos at home when using one! Dongle is technically inferior to a home modem, which is optimized for better power and indoor signal performance!

Convinced you need both Home and On-the-go plans but not willing to pay the price? Don’t fret, with the P1 ONE Plan, you get two modems to give you the best broadband experience inside out!

Don’t ‘potong stim’ your internet experience and get it right with P1 ONE Plan from only RM 49 a month! Available from September 15th onwards, there are plenty of promotions available for new subscribers, so visit P1's official web-site for more details!




Wednesday 14 September 2011

Push This Facebook Button Wild!

Be a part of this movement - HTC Like it. Push it.
Share what you like with a push of a button on the HTC ChaCha.  Today’s daily topic is: B-boying vs Shuffling.  ‘Like’ which you prefer and you’ll be in the running to win GSC movie tickets or the ultimate grand prize - HTC ChaCha phone! Get your friends to ‘like’ which they prefer too by sharing it on your Facebook wall. And also do remember to complete a slogan with the tagline “Like it, Push it.”  Now you’ll be in the running to be the first with the news, chatting up with your friends and exude the cool factor, all and only with a HTC ChaCha at the grasp of your hand.




5# Wordless Wednesday: Mood





Sunday 11 September 2011

Strictly For Non-Muslim Above 18 Years Only!

CLICK NOW! 3 cheers to a money can’t buy experience with Arthur’s Day!

**This is a campaign for an alcohol related brand and is meant only for non-muslims above 18 years.

Would you like to have a good time with music and a drink in hand? Guinness is bringing you Arthur’s Day this coming 23rd September 2011 at Speedcity, Selangor Turf Club! For this year’s round, Arthur’s day is giving you a money-can’t-buy experience together with a live performance by international artist, Taio Cruz!

Head on to Guinness Facebook page and stand a chance to win some exclusive tickets for Arthur’s Day. So hurry now before it’s too late to win yourself exclusive tickets to the most happening event of the year!  CLICK HERE for more info.




Saturday 10 September 2011

Caj 6% Cukai Prabayar, Apa Kata Mereka

Najib - Meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.  

Ismail Sabri - Syarikat-syarikat telekomunikasi perlu meningkatkan dahulu taraf perkhidmatan mereka sebelum menaikkan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pembelian tambah nilai prabayar.  

Rais - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan membawa bantahan pengguna terhadap pengenalan cukai perkhidmatan enam peratus yang dikenakan syarikat telekomunikasi seperti diumumkan semalam ke mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan.

Sumber:  Utusan Online
Apa kata saya:  Walau apa kata orang-orang besar ini, keputusan mengenakan caj cukai perkhidmatan ke atas semua produk tambah nilai  prabayar dan kad sim sebanyak 6% patut TIDAK DITERUSKAN.  Kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar jadi kenapa perlu dikenakan cukai lagi, lagi pula kebanyakan pengguna prabayar adalah dari kalangan golongan berpendapatan rendah.





Friday 9 September 2011

Cukai 6% Tambah Nilai Prabayar Bebankan Rakyat

Ini merupakan berita yang tidak sedap didengar atau dibaca.  Langkah yang diambil oleh semua syarikat telekomunikasi untuk mengenakan cukai perkhidmatan 6% ke atas semua pembelian kad tambah nilai, kad sim mulai 15 September ini menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak termasuklah saya.  Tindakan ini akan menyebabkan golongan berpendapatan rendah semakin TERTINDAS.

Semua pembelian tambah nilai, kad sim dikena caj mulai 15 September

KUALA LUMPUR: Pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September ini.  Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat telekomunikasi di Kuala Lumpur semalam, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.

Katanya, langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.“Dengan kadar panggilan prabayar berkurangan sejak beberapa tahun ini, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat berdaya saing,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.  “Pelanggan prabayar dimaklumkan melalui SMS bermula semalam mengenai cukai perkhidmatan itu,” katanya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat baru itu, pelanggan prabayar boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan.  Syarikat telekomunikasi itu berkata, cukai perkhidmatan adalah cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan seperti termaktub dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.  Ia sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit Malaysia (PERBIT) membantah tindakan syarikat telekomunikasi mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.

Presidennya, Mohd Ali Ibrahim, berkata tindakan itu tidak masuk akal dan akan memberi kesan kepada pengguna, terutama golongan berpendapatan rendah.  “Kalau kita tengok, kebanyakan yang menggunakan prabayar adalah golongan berpendapatan rendah dan pelajar, walaupun enam peratus dilihat kecil, ia akan memberi kesan,” katanya.  Sumber:  Berita Harian




Thursday 8 September 2011

I'm 70% Malaysian, How Malaysian Are You?

Take "How Malaysian are you" Quiz now!
Do you stand in attention when you hear Negaraku being played? do your ears detect Malaysian English accent anywhere on earth?  In the spirit of Hari malaysia this coming 16th September, take up this challenge, be on the HOT SEAT and take 'How Malaysian Are You?' quiz! and share the result with your friend.




Wednesday 7 September 2011

4# Wordless Wednesday










Tuesday 6 September 2011

Tips Interview Cik Kat, Cik Ker, Cik Kum & Cik Bab

Adakah anda, Seringkali gagal dalam temuduga? Tidak dapat menjawab soalan penemuduga dengan baik? Terlepas peluang mendapatkan jawatan idaman kerana gagal dalam temuduga? Tiada masa untuk melakukan persediaan temuduga? atau Temuduga makin hampir, tapi anda masih tidak tahu soalan-soalan yang mungkin ditanya?  Apa kata anda baca contoh-contoh temuduga di bawah ... siapa tahu dapat meningkatkan keyakinan dan menjana idea-idea bernas semasa menjawab soalan temuduga kelak









Monday 5 September 2011

Do You Look Older Than Your Actual Age?

CLICK Here for more info about Olay Total Effect
Did you ever find yourself being called “akak”, “aunty”, or even the dreaded “makcik” when you’re just in your 20s!? You don't want to hear that any more do you? It could be due to your skin aging which easily leads to people having a perception that you’re older than you really look. Skin that is not cared for really makes you look older!

Thanks to Olay and their Total Effects range, which provides the perfect solution, especially for young adults in their 20s! The Total Effects helps fight the SEVEN – that’s right, seven – signs of aging, which are fine lines and wrinkles, rough texture, the appearance of prominent pores and age spots, uneven skin tone, surface dullness and dryness. If you notice, it tackles both whitening and anti-ageing needs for young women!

Visit http://www.facebook.com/OlayMalaysia to consult with the experts from Olay on how to get a younger, fresher faced you! Like the page to be in the running for contests and coupons for Olay products! Now you shouldn’t fear getting called “akak”, “aunty” or “makcik”!




Saturday 3 September 2011

Mengenai Mr & Mrs MyGamanBorneo

"Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan"
Rupa-rupanya ada yang 'kongpius' dengan identiti tuan punya blog ini sebenarnya, ini blog milik bersama si gaman-gaman.  Tapi pemegang saham terbesar blog MyGamanBorneo [http://myhomeniaga.blogspot.com/] ialah wanita 'cumil' seperti gambar di atas ✿◕‿◕✿




Thursday 1 September 2011

Turn up your radio!

More Info Please CLICK Myfm CASH!
Tune in to MYfm and you could be just 1 phone call away from winning a share of RM70,000! Identify the Cash Track played correctly and win yourself some cold hard cash. If it’s bonus hour, you can get increase your cash winnings!

Catch Cash Tracks on air from the 5 September and dig into this pot of RM70,000 and grab a fistful of money! More details on MYFM’s Facebook page.