| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Tuesday 27 March 2012

Rasa Ulat Rumbia, Mulong, Tinduh, Butod

Baru-baru ini saya dan si gaman ada jalan-jalan cari makan di pasar tani Taman Samarindah untuk mencari sayur-sayur kampung dan sayur hutan.  Tiba-tiba terserempak pula dengan si comel ini, saiznya cuma sebesar ibu jari sahaja tapi harganya kini sudah mencecah 40 sen hingga 50 sen seekor, itupun dijual mengikut gred.

Ulat rumbia
Ramai yang menggemari makanan eksotik ini dan ada yang mengatakan rasanya seperti udang dan lebih sedap dari udang.  Saya sendiri sudah pernah merasainya dan terus terang saya katakan rasanya tidak seperti udang.  Rasanya agak berlemak serta berjus membuatkan rasanya seperti ulat mulong hehehe ...

Peraduan Mengarang Esei Kenegaraan 2012

Agak lama juga tidak menyertai peraduan mengarang esei.  Ingat-ingat lupa bila kali terakhir saya menghantar penyertaan, rasanya pada  sekitar tahun 2010 itupun peraduan mengarang esei pengguna.  Setakat ini saya belum pernah lagi mengarang esei berbentuk kenegaraan berikutan tajuk-tajuk yang diberikan sangat berat dan mencabar untuk saya memerah otak yang semakin berkarat.

Tapi, rasanya tahun ini saya ingin menyahut cabaran Peraduan Mengarang Esei Kenegaraan 2012 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak.  Siapa tahu nasib menyebelahi kan ... kan ... tapi paling penting peraduan ini dapat mengaktifkan otak saya untuk menjana idea-idea penulisan yang lebih berkualiti...cewah!

Untuk makluman kepada sesiapa yang berminat menyertai peraduan ini,  penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di Sarawak. Ianya terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Orang Awam (bukan pelajar sekolah dan berusia 16 tahun ke atas) dan Kategori Pelajar Sekolah Menengah Atas (berusia 16 tahun ke atas).  

Peserta juga boleh memilih untuk menghantar penyertaan sama ada dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris ataupun dalam Bahasa Iban. Tarikh tutup penyertaan pada 29 Jun 2012 dan maklumat lanjut berhubung peraduan mengarang esei ini boleh diperolehi di http://www.penerangan.gov.my

Thursday 22 March 2012

Beg Krusye 'Granny Square'

Ini projek krusye 'granny square' yang membuatkan saya jarang-jarang meng'update blog akhir-akhir ini selain line internet yang sangat kura-kura.  Seronok juga mengait granny square ni, tapi yang paling leceh ialah ketika hendak mencantum-cantumkannya.  Bagaimanapun hasilnya memang tidak mengecewakan ... cewah, puji diri sendiri pula.  Peminat seni mengait jarum satu (krusye) anda dialu-alukan berkunjung ke blog Walai Krusye saya.

29cm (tinggi) x 30cm (lebar)

33cm (tinggi) x 30cm (lebar)

Program Kakak Angkat Garnier Take Care

Berminat untuk melibatkan diri dalam kebajikan? Garnier kini melahirkan program Sinar Cahayaku bagi membuka peluang kepada wanita Malaysia menjadi pembimbing anak-anak yatim.  Caranya ialah dengan menjadi 'kakak angkat' mereka yang kurang bernasib baik dan menawarkan nasihat serta sokongan sebagai seorang sahabat dan kakak, seumpama 'sinar cahaya' dalam hidup mereka.  Program yang dilaksanakan Garnier ini bertujuan untuk memupuk dan menyalurkan sokongan emosi serta nasihat kepada anak yatim yang dilihat antara cara terbaik bagi memberi panduan kepada mereka meneruskan kehidupan tanpa kehadiran ibu, bapa atau ahli keluarga.  KLIK untuk maklumat lanjut di page Facebook Garnier.

**Sorry, campaign period is now over, and all link has been removed.
 

Wednesday 21 March 2012

Kereta Hibrid Untuk Pencinta Alam Sekitar

Jazz Hybrid baharu, kereta kompak lima pintu mesra alam, disasarkan untuk individu yang pentingkan alam sekitar dan berminat terhadap kereta hibrid kompak untuk pemanduan menarik dan gaya hidup aktif.  Kereta itu dengan harga atas jalan RM94,800, juga disasarkan untuk profesional muda yang memperakui nilai untuk teknologi cangih dalam reka bentuk bersih. Ia juga dilengkapkan dengan jaminan lima tahun atau 140,000 kilometer bagi bateri bantuan pemotoran bersepadu yang sama seperti Insight dan CR-Z dan yang tertua dalam kalangan industri. - Sumber mStar Online.

**Sorry, campaign period is now over, and all link has been removed.

Thursday 15 March 2012

Kereta unik dengan 'granny square'

Saya sekarang tersangatlah busy dengan aktiviti mengait 'granny square'.  Walaupun kerja-kerja mengait 'granny square' ini agak leceh kerana perlu memutus dan mencantumkan benang berlainan warna untuk menghasilkan setiap kepingan,  tapi saya rasa enjoy melakukannya terutama apabila melihat hasilnya selepas dicantumkan.

Google Pix
Memandangkan saya tidak mahir dalam menggabungkan warna, jadi biasanya saya akan merujuk kepada gambar-gambar google berkaitan 'granny square'.  Secara tidak sengaja terjumpa pula gambar kereta di atas yang disarungkan dengan kombinasi warna yang ceria 'granny square'.

 Google Pix
Bagaimanapun, setakat ini saya belum terfikirlah pula untuk membuatkan baju untuk kereta kami ... hehehe ... kecualilah ada pertandingan 'kereta berhias' yang memerlukan 100% penggunaan seni krusye.  Entah berapa lama diperlukan untuk menyiapkan projek seperti ini? 

Sunday 11 March 2012

Internet Menjauhkan Masyarakat Dari Buku

Dalam satu artikel akhbar online yang saya baca di internet, budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia dikatakan masih lagi rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju.  Manakala, dalam satu artikel lain pula mengatakan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia telah meningkat kepada lapan hingga 12 buku setahun pada tahun 2010 berbanding hanya dua buku pada 1996.  Bagaimanapun, jumlah tersebut dikatakan masih jauh ketinggalan berbanding negara-negara maju lain.

Budaya membaca di Malaysia meningkat kepada lapan dan 12 buku setahun
Artikel tersebut membuatkan saya teringat bahawa pada tahun 2011, saya cuma membaca tiga buku sahaja dan jumlah tersebut terlalu kecil jika dibandingkan dengan lapan atau 12 buku setahun.  Manakala, kali terakhir saya membeli buku ialah pada Oktober tahun lepas berdasarkan tarikh pembelian yang dicatatkan di dalam buku tersebut.

Pelbagai pilihan buku menanti untuk dibeli oleh pembaca
Anda pula, berapa banyak buku yang anda baca dalam tempoh setahun?  Saya percaya ramai di antara kita cuma membaca dua buku setahun.  Mungkin tanpa kita sedari, selain daripada gaya hidup yang semakin sibuk dalam dunia serba moden ini, kelekaan kita terhadap bahan-bahan bacaan yang mudah diperolehi di internet juga mungkin menjadi faktor utama yang menjauhkan diri kita dari buku.  

Internet mungkin menjauhkan anda dari buku
Maklum sahajalah, kini semua maklumat hanya di hujung jari.  Sebut sahaja, berita semasa, perkembangan politik, hiburan, sukan, perniagaan dan sebagainya kini boleh didapati dengan mudah dan pantas dengan internet.  Lagipun, kecenderungan seseorang itu membaca bahan-bahan bacaan berinformasi di internet juga suatu amalan membaca yang baik. 

Buku karya penulis tempatan
Malah, terdapat juga penulis yang mengambil inisiatif menjual hasil penulisan mereka dalam bentuk e-book di internet berikutan trend pembaca pada hari ini yang lebih gemar membaca terus dari internet.  Selain itu, perkhidmatan rangkaian internet mudah alih yang mampu milik pada hari ini juga membolehkan kita mengakses segala maklumat yang diingini  untuk dibaca tidak kira masa dan di mana-mana sahaja.

Buku tetap relevan dalam memberikan informasi terbaik
Akan tetapi, biarpun amalan membaca yang sering diterjemahkan sebagai budaya membaca itu tidak terikat kepada aktiviti membaca buku semata-mata tetapi saya berpendapat buku masih tetap relevan dalam memberikan sumber pengetahuan yang terbaik dan tepat berbanding bahan-bahan bacaan di internet.  Buku juta tetap merupakan wadah terbaik untuk mengajak manusia berfikir dan seterusnya memperoleh ilmu-ilmu baharu untuk memajukan diri.

Friday 9 March 2012

Jadual Destinasi Untuk Hari Ini

Jadual destinasi hari ini bagi mengelakkan pembaziran masa & minyak kereta ٩(-̮̮̃•̃)۶

Thursday 8 March 2012

Minum Lebih Banyak Dew Demi Samsung Galaxy S II

Peraduan "Dew More Win More"
Hari ini saya telah memulakan usaha membeli dan minum Mountain Dew untuk peluang memenangi hadiah mingguan Peraduan DEW more! WIN more! iaitu Samsung Galaxy S II.  Kalau bernasib baik mungkin akan berpeluang memenangi hadiah utama Mitsubishi Triton dan Dirt Bike!  Peraduan DEW more! WIN more! ini turut menawarkan hadiah mingguan berupa Samsung Galaxy S II, Mountain Dew Skateboards dan wang tunai RM300.  Maklumat lanjut dan borang peraduan boleh didapati di Facebook Mountain Dew Malaysia atau klik gambar di atas.

**Sorry, campaign period is now over, and all link has been removed.

Beli 3 Percuma 1 Hanya Di Secret Recipe

Berita istimewa kepada mereka-mereka yang suka jalan-jalan cari makan di Secret Recipe.  Bersempena dengan ulang tahun ke-15, Secret Recipe menawarkan promosi makan-makan Beli 3 Percuma satu selama dua minggu bermula 10 hingga 25 Mac ini.  Klik poster di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung promosi tersebut atau KLIK untuk layari Facebook Secret Recipe di sini.


**Sorry, campaign period is now over, and all link has been removed.

Wednesday 7 March 2012

Lebih Dew Lebih Peluang Untuk Menang Mitsubishi Triton

Kalau dahulu saya selalu menyertai pelbagai peraduan semata-mata ingin memenangi sebuah iPad2 tapi sampai sekarang nasib tidak pernah menyebelahi.  Sekarang ini pula, saya memasang angan-angan untuk memiliki Samsung Galaxy S II menerusi Peraduan DEW more! WIN more!  Kata orang kena pasangan angan-angan dulu dan barulah disertai dengan usaha.

Jadi usaha yang perlu dilakukan untuk menang ialah dengan membeli dan minum sebanyak mungkin minuman Mountain Dew untuk peluang memenangi Samsung Galaxy S II.  Sesiapa yang bernasib baik juga berpeluang memenangi hadiah utama Mitsubishi Triton dan Dirt Bike!  Peraduan DEW more! WIN more! ini turut menawarkan hadiah mingguan berupa Samsung Galaxy S II, Mountain Dew Skateboards dan wang tunai RM300.  Maklumat lanjut dan borang peraduan boleh didapati di Facebook Mountain Dew Malaysia atau klik poster di bawah.


**Sorry, campaign period is now over, and all link has been removed.

Tuesday 6 March 2012

YES Tawarkan Internet Mudah Alih Terpantas

Sesiapa yang selalu tension dengan perkhidmatan internet mudah alih kelajuan KURA-KURA kini bolehlah beralih kepada YES yang menawarkan Perkhidmatan Internet Mudah Alih Terpantas! kepada para pelanggannya.

Yes4G dikatakan menawarkan perkhidmatan internet 10 kali ganda lebih pantas daripada internet 3G.  Pelanggan juga boleh menikmati kelajuan internet sehingga 20Mbps!  Sebanyak empat pakej menarik untuk dilanggan iaitu Super 48, Super 68, Super 98 dan Super 168.

Ingin tahu pakej mana yang sesuai untuk anda bolehlah melayari laman web Yes.my sekarang!

**Sorry, campaign period is now over, and all link has been removed.
 

Saturday 3 March 2012

Budayakan Fikiran Positif Terhadap Seni Tatu

Baru-baru ini, ketika sedang bersarapan di salah sebuah kedai kopi di Kuching, saya secara tidak sengaja terdengar beberapa wanita yang duduk membelakangi saya sedang rancak bergosip mengenai wanita bertatu.  Memandangkan saya juga peminat seni tatu maka saya tertarik untuk terus memasang telinga.  Bukan bertujuan untuk 'menjaga tepi kain' tetapi topik yang mereka perbualkan pada hari tersebut sangat menarik.  Lagi pula 'memasang telinga; di kedai kopi bukanlah suatu jenayah, jadi apa salahnya saya cuba mencuri-curi dengar apa pandangan peribadi mereka terhadap wanita bertatu.

Demonstrasi mengukir tatu pada Expo Tatu Kuching 2011
Sesekali terasa panas juga telinga apabila terdengar persepsi negatif mereka terhadap penggunaan tatu di kalangan wanita pada hari ini.  Rupa-rupanya dalam dunia serba moden hari ini, masih ada lagi yang memandang serong terhadap golongan bertatu.  Walaupun saya bukan seorang pakar dalam bidang seni tatu, tetapi rasanya tidak salah sekiranya saya berkongsi pendapat peribadi untuk menyangkal pendapat yang mengaitkan wanita bertatu dengan gejala sosial.

Wanita boleh tampil berbeza dan kelihatan menarik tatu
Secara peribadi saya berharap agar masyarakat dapat melihat seni tatu itu sebagai satu cabang seni yang unik.  Masyarakat perlu memahami bahawa pada masa kini, tatu dianggap sebagai satu saluran dan cara untuk menyampaikan perasaan, pandangan serta pegangan hidup seseorang.  Malah, sebenarnya seseorang wanita itu boleh tampil berbeza dan kelihatan menarik dengan ukiran tatu pada bahagian badan mereka.  Walau bagaimanapun, semua ini hanya dapat kita lihat sekiranya kita belajar memandang seni tatu itu dari sudut yang positif.

Tatu sebagai ekspresi perasaan, pandangan serta pegangan hidup sesorang
Masyarakat seharusnya tidak sewenang-wenangnya melabelkan penggunaan tatu itu menjurus kepada gejala-gejala negatif seperti jenayah dan gengsterisme.  Sedangkan, penggunaan tatu pada masa dahulu dikatakan bertujuan membezakan sesuatu keturunan, puak dan kumpulan.  Selain itu, tatu juga dikaitkan sebagai simbol sosial kepada kedudukan, status, kekuasaan dan kekayaan di dalam sesuatu masyarakat pada suatu ketika dahulu dan tiada kaitannya dengan unsur-unsur negatif.

Tatu sebagai lambang kasih sayang
 Mungkin penganjuran expo-expo ataupun bengkel berkaitan tatu perlu diperbanyakkan lagi pada masa akan datang bagi membawa masyarakat mengenali dan memahami serta seterusnya membudayakan fikiran positif terhadap seni tatu.  Saya percaya, usaha seumpama ini secara tidak langsung mampu mengikis tanggapan serong terhadap golongan bertatu.

Friday 2 March 2012

Si Putih Yang Penyibuk

Agak lama juga saya tidak meng'update blog dengan kisah-kisah menarik si Putih iaitu satu-satunya kucing yang tinggal sebumbung dengan kami dua si gaman.  Kali terakhir kisah si putih dipaparkan di blog ini ialah pada November 2011 yang lepas iaitu ketika si putih menunjukkan aksi menariknya seperti turut sama menonton perlawanan akhir bola sepak sukan SEA Malaysia vs Indonesia.

Si putih menyemak di atas meja
Kali ini saya ceritakan tentak tabiat penyibuk si Putih.  Seperti biasa saya menghabiskan masa di perpustakaan mini di rumah dengan ditemani si putih yang penyibuk.  Pantang melihat saya sibuk-sibuk, ketika itu jugalah dia ikut menyibuk.  Paling si putih suka buat ialah menyemak di atas meja ... inilah tabiat si putih yang kami dua si gaman paling tidak suka.

Tidur selepas dipindahkan
Selagi tidak dipindahkan, selagi itulah si putih di atas meja menidurkan dirinya.  Memandangkan saya ada banyak kerja yang perlu dibuat hari ini, si putih yang salah asuhan ini terpaksalah saya pindahkan di atas kerusi malas.  

Tidur nyenyak :)
Bukan setakat itu sahaja, untuk memastikan si putih tidak mengacau ... terpaksalah saya mengusap-usap kepala kucing yang tersalah asuhan ini sehingga dia tertidur. Kucing ini memang big boss di dalam rumah, tidur pun perlu berkipas.  Jadi sebagai peringatan, pastikan anda-anda yang ada membela kucing dinasihatkan supaya tidak memanjakan kucing anda berlebihan

Thursday 1 March 2012

Entri Blog Menjadi Artikel Akhbar

Siri pertama: 15 Feb 2012
Suatu permulaan terbaik untuk tahun 2012 apabila entri blog saya berjudul "Pakej Percutian Mencabar Kampung Semban" menjadi artikel BM pertama yang disiarkan dalam segmen 'Apa Kata Blogger ...' di akhbar Utusan Sarawak sebanyak tiga siri, selama tiga minggu berturut-turut pada Februari yang baru berlalu.

Siri kedua: 22 Feb 2012
Ini merupakan projek kolaborasi antara Sarawak Bloggers bersama akhbar tempatan New Sarawak Tribune dan Utusan Sarawak menerusi segmen 'Blogger Says ...' dalam New Sarawak Tribune dan segmen 'Apa Kata Blogger ...' di Utusan Sarawak.

Siri akhir: 29 Feb 2012
Perasaan apabila melihat dan membacanya sendiri pada mulanya memang rasa seperti mimpi yang tidak pernah dimimpikan ... cewah.  Tapi terus terang, memang saya tersangat-sangat gembira dan teruja.  Ini platform terbaik pada tahun 2012 untuk saya terus menulis dan menulis.  Terima kasih Sarawak Bloggers!