| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Wednesday 31 October 2012

3R: Chopstik Jarum Kait Dua

Hi, selamat hari Rabu semua.  Segmen 3R hari ini, saya ingin kongsikan bagaimana kita boleh kitarsemula chopstik pakai buang sebagai jarum kait (knitting needles).  Idea ini sesuai untuk mereka-mereka yang baharu sahaja hendak berjinak-jinak dalam bidang kait-mengait menggunakan jarum dua seperti saya ♥‿♥

Chopstik bamboo pakai buang
Lagipun harga jarum kait dua ni boleh tahan juga mahalnya.  Jadi setakat beginner macam saya lebih baik pakai chopstik yang diperolehi secara free time tapau mee dari kedai makan.  Caranya cuma rautkan sahaja hujung chopstik sehingga runcing.  Lepas tu gunakan kain kering atau kertas pasir untuk melicinkan permukaan dan hujung chopstik sehingga licin.

Dikitar semula menjadi jarum kait (knitting needles)
Gambar di atas ni menunjukkan hasil jarum kait dua buatan sendiri.  Jadi, bolehlah mulakan sesi pembelajaran mengait menggunakan jarum dua menerusi tutorial di youtube:  Knitting Tutorial for Beginner.

tralaaaaaa .... Jarum Kait Dua FOC ♥‿♥


Tuesday 23 October 2012

Shopping Online!

Heloooo ... Hi ... Hi ... baru hari ni dapat update blog gara-gara internet line yang jalan macam siput.  Upload gambar pun dekat setengah jam.  Hari ni saya mau barang shopping online dari Turkey yang baru sampai semalam.  Walaaaa ... ini dia benang Acrylic Ecosse Baby.  Berat 100 gram dan punyalah lembut dan gebu berbanding benang acrylic yang biasa saya pakai.

Yeah! sampai juga akhirnya ♥‿♥
Cerita pasal shopping-shopping online, bukan sahaja shopping online, sekarang ni saya pun sudah terjun dan berenang-renang dalam bidang biz online .... cewah ♥‿♥ Maklumlah aktiviti membeli secara online sudah jadi trend yang semakin berkembang di Malaysia.  Mula-mula menjebakkan diri dalam kancah shopping online ni memang ada perasaan ragu-ragu juga tapi setakat ni semua transaksi dan penghantaran berjalan dengan lancar.

Ecosse Baby Acrylic Yarn
TIPS SHOPPING ONLINE??? Saya tiadalah tips yang hebat, cuma sebelum membuat pembelian saya biasanya akan buat research dengan membaca customer feedback dan google maklumat berkaitan website tersebut.  Kalau membeli dari blog atau FB saya akan rujuk pada komen-komen customer.  Selamat shopping-shopping online ♥‿♥

Wednesday 3 October 2012

3R: Amalan 3R Di Rumah

Saya ni memang salah seorang yang mengamalkan konsep 3R dalam kehidupan seharian walaupun tidak 100%.  Antara amalan 3R yang saya fikir telah saya amalkan sejak berpuluh tahun lamanya ialah ialah menggunakan semula beg plastik terpakai untuk membungkus sampah ♥‿♥

Pembungkus sampah
Mengguna pakai semula botol-botol plastik untuk menyimpan air seperti ni pula rasanya memang amalan 3R paling popular di kalangan kita semua.  Biasanya kalau sudah tidak boleh dipakai, gerenti jumpa tong sampah la semua botol-botol ni sebab di Kuching ni tiada pusat kitar semula yang membeli botol plastik macam pusat kitar semula di Sabah. 

Guna semula untuk menyimpan air
Tapi kali ni saya akan cuba jadikannya pasu untuk menyemai sayur macam idea yang saya dapat selepas berkunjung ke gerai pameran go-go-green pada Ahad lepas.  Sebelum ni pernah tanam dalam bekas botol minyak masak tapi tidak menjadi.  Nanti saya akan gunakan tanah kompos seperti yang mereka gunakan.

Kontena terpakai
Kontena-kontena ni memang banyak dan kebanyakannya sudah saya beri dengan saudara-mara terdekat.  Biasanya orang perempuan saja yang suka simpan benda-benda macam ni, senang sikit kalau ada sesi tapau menapau makanan.  Tidak perlu mengorbankan kontena-kontena yang cantik di rumah.  Paling penting not returnable hehehe ...

Balang kaca
Botol kaca ... saya jarang beli barang makanan dalam botol kaca.  Biasanya beli yang refill saja sebab lebih murah.  Jadi ni sajalah koleksi botol kaca yang ada di rumah ketika ni.  Ni kira mengamalkan konsep 3R juga sebab bahaya buang benda-benda kaca sembarangan nanti boleh mencederakan orang lain.

Bekas botol madu
Botol-botol madu ni kadang-kadang macam menyemakkan dapur saja, tapi tetap disimpan sebab takut ada kegunaannya nanti.  Salah satu daripadanya saya gunakan untuk menyimpan detergent untuk mencuci kain dapur di singki.

Bekas biskut
Bekas-bekas biskut ni pula, saya gunakan semula untuk menyimpan ubat-ubatan.  Hasilnya, dapat menjimatkan ruang dan tidak berselerak.  Bekas-bekas yang lain tu tunggu giliran saja untuk dimanfaatkan ♥‿♥

Kotak sampah bilik tidur
Kotak sampah ni pula antara barang recycle yang paling lama di rumah ni.  Usianya hampir mencecah 6 tahun.  Rasanya ini cukup membuktikan bahawa saya ni memang menerapkan amalan 3R dalam kehidupan seharian ♥‿♥ Kamu orang pula macam mana?


Penutup padlock
Penutup padlock menggunakan botol plastik ni pula merupakan idea kreatif si gaman.  Tujuannya untuk mengelakkan padlock tersebut rosak terkena hujan.  Jadi, sepanjang lebih lima tahun kami menetap di Kota Samarahan ni, selama tu jugalah padlock ni turut mempunyai rumah ♥‿♥

Tuesday 2 October 2012

Jumpa Duit Tercicir Di Atas Jalan: Kutip atau Tidak?

Kalau kamu ternampak duit walaupun sekecil nilai 1 sen di jalan raya, di kaki lima kedai atau di mana-mana, kamu kutip atau tidak?  Saya akan kutip tapi bergantung juga kepada situasi.  Kalau di tengah-tengah jalan raya, lebih baik jangan sebab nyawa bukan bernilai 1 sen hehehe ...

Koleksi syiling 1 sen
Hari ni saya telah ternampak dan mengutip sekeping syiling 1 sen, ada juga yang sengih-sengih melihat saya.  Mesti dorang kesian tengok saya.  Ada pendapat mengatakan, sekiranya seseorang tu sanggup mengutip duit 1 sen yang tercicir di mana-mana, itu maknanya individu tersebut kedekut ♥‿♥

Bakal menjadi barang antik suatu hari nanti
Kebetulan memang saya dan si gaman suka kumpul syiling 1 sen jadi apa salahnya duit tersebut dikutip, lagipun itu juga rezeki namanya.  Ingat rezeki jangan ditolak, nanti tidak datang lagi dan musuh jangan dicari sebab nanti banyak lagi yang datang hehehe ...

Simpan dalam botol sebagai hiasan
Perkara paling penting ialah duit syiling 1 sen kini sudah tidak dikeluarkan lagi oleh Bank Negara, jadi siapa tahun suatu hari nanti nilai 1 sen ini akan naik nilainya.  Selain tu perlu disimpan juga untuk tatapan generasi akan datang ♥‿♥

Monday 1 October 2012

Mari Sertai Kempen Go - Go - Green

Selamat pagi Oktober.  Memandangkan saya lahir dalam bulan Oktober, jadi hari ini merupakan permulaan yang baik untuk saya memikirkan, merangka, memulakan dan melaksanakan azam baharu.  Tidak perlu tunggu tahun baru 2013, bulan kelahiran merupakan permulaan terbaik untuk azam baharu.  Tambahan pada senarai 10 azam baharu saya kali ini ialah ingin mengamalkan lebih banyak konsep 3R dalam kehidupan seharian.

Ian M.Carter berkongsi kepentingan konsep 3R
Semalam ketika jalan-jalan cuci mata di Kuching Central sambil-sambil menunggu si gaman sampai dari Saratok, saya tersinggah cuci-cuci mata dan cuci-cuci minda di gerai pameran go-go-green yang dikendalikan oleh Ian M.Carter bersama dua rakannya.

Pameran go-go-green
Banyak juga idea-idea 3R yang saya perolehi di sana, malah terdapat juga idea-idea kreatif yang tidak pernah terlintas difikiran saya sebelum ini.  Menurut Ian, tujuan mereka mengadakan pameran tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang masalah pencemaran akibat barang-barang yang tidak dapat lupus seperti plastik.

Kotak telur sesuai untuk menanam bawang
Langkah mengadakan kempen dan pameran kecil seperti ini juga turut dijadikan sebagai medium untuk mendidik orang ramai supaya lebih sensitif dan menjadi lebih kreatif dalam mengadaptasikan konsep 3R ke arah pemulihan alam sekitar.

Botol plastik dikitar semula menjadi bekas semaian sayur
Walaupun tidak mengamalkan konsep 3R secara 100%, sebenarnya aktiviti kitar-mengitar ni memang salah-satu kegemaran saya .  Selepas melihat gambar-gambar di pameran tersebut, rasanya saya bakal menjadi lebih kreatif lagi dalam mengadaptasikan konsep 3R.

Jadi sebagai sokongan kepada kempen go-go-green ini saya akan cuba memperuntukkan satu entry setiap Rabu untuk 3R.  Ada sesiapa yang mau join satu entry 3R setiap Rabu? Pada Rabu ini saya akan kongsikan konsep Reduce (kurangkan), Reuse (guna semula) dan Recycle (kitar semula) yang saya amalkan selama ini.  So, sehingga berjumpa pada lain entry ♥‿♥