| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Wednesday, 2 March 2011

Cuti sakit tapi bukan cuti internet

Sakit bahu menghampiri tahap GABAN menyebabkan saya terpaksa mengambil cuti sakit selama dua hari bermula hari ini dan esok.  Jadi, dua hari ni saya akan manfaatkan untuk berehat sepenuhnya sebelum kembali bertugas pada Jumaat nanti.  Biarpun doktor bagi cuti sakit tapi tidak bermakna saya akan bercuti melayari internet ^_^ saya cuma dinasihatkan supaya berehat dan mengelakkan diri daripada melakukan kerja-kerja berat.  Internet tatap on bah ^_^




Tuesday, 1 March 2011

Selamat datang Mac 2011

Pix from google
Selamat datang Mac 2011 ... cepat betul masa berlalu kan, pejam celik pejam celik sudah pula masuk bulan Mac.  Usia pun makin meningkat seiring dengan garis-garis halus di muka ^_^ hehehe.  Nampaknya 31 hari di bulan Mac ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin kerana masa itu tidak dapat diputar semula seperti kaset, mmm ... masih ada orang pakai kaset ka zaman sekarang?.  

Sebagai seorang kaki google gambar di internet, saya bertemu juga gambar yang sesuai dengan tema post pertama saya di bulan Mac ini.  Kalendar yang saya google di internet ni, "Do your best each day", secara tidak langsung akan mengingatkan kita semua supaya melakukan sehabis baik dalam setiap perkara pada setiap hari.  Lagi pula dalam bulan Mac ni banyak perkara penting akan berlaku ... mungkin ada yang bakal membuatkan diri rasa discourage ... tercabar ... gembira dan macam-macam lagi.  Walau apapun ... hidup sebagai blogger mesti terus!





Monday, 28 February 2011

Tiga popia & Enam karipap

Untuk lunch
Tiga biji popia dan enam biji karipap untuk lunch ^_^ Oppsss ... saya cuma berjaya makan tiga popia dan dua karipap saja sebenarnya, empat biji karipap yang lebih tu bawa balik rumah untuk minum petang dengan si gaman.  Hari ni tiada selera mau makan menu yang sama di kedai-kedai makan yang sama, jadi itu sebab la tapau kuih  dan makan di opis saja.

Saya ni memang penggemar kuih-muih tradisional, macam mama saya juga ...  macam orang  selalu kata "di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi".  Selain menggemari beberapa jenis kuih tradisional, saya juga gemarkan homemade kek dan biskut.  Roti pula ... mmm ... kalau tiada pilihan lain boleh juga la, sebenarnya saya ni ada masalah malas mengunyah ^_^ kalau boleh dapat makan tanpa perlu mengunyah lagi best hehehe ... 




Segmen: Saya dan Nama Blog


Wow ... weee ... TQ LennMommaChubby sebab sudi men'tag blog saya untuk menyertai satu lagi blog contest.  Meriah betul suasana kawasan blog rukun tetangga sejak akhir-akhir ini ^_^ dengan pelbagai aktiviti tag men'tag.  Saya pun tidak ketinggalan juga turut sama memeriahkan suasana.  Menang atau tidak menjadi hal, yang penting saling support men'yupport antara satu sama lain.  "Segmen: Saya dan Nama Blog" ini dianjurkan oleh AlinKiwi, tuan punya blog Let's Talk.  Syarat-syarat penyertaannya mudah sahaja, klik pada gambar banner pada post entry ni untuk maklumat lanjut.  

Bercerita pasal "Segmen: Saya dan Nama Blog" ni, sebenarnya blog yang ber'URLkan http://myhomeniaga.blogspot.com/ serta menggunakan nama MyOnlineDiary ini berkonsepkan sebuah diari maya.  Bila berkonsepkan sebuah diari, jadi isi kandungannya pun bersampur-sampur kata orang Sabah ^_^.  Manakala blogger's nick name pula saya gunakan Mrs.MyGamanBorneo. Perkataan My itu merujuk kepada milikan peribadi, Gaman pula merujuk kepada panggilan manja saya dan suami dan Borneo, merujuk kepada negeri Sabah dan Sarawak yang terletak dalam kepulauan Borneo.  Perkataan Mrs pula paham-paham saja la, itu memang gelaran untuk wanita yang sudah berumahtangga ^_^


Itu alkisah Mrs.MyGamanBorneo dan blog MyOnlineDiary, sekarang saya mau tag tiga blogger sebagai memenuhi syarat penyertaan contest ni.  Mereka yang bertuah iaitu | fadzmie.met | Wenwen Wednesday | Misae-Nohara |  Saya pun mau tau juga alkisah blog mereka ni ^_^

 



Sunday, 27 February 2011

Hujan hingga ke petang

Pix from google
"Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan dari awal pagi hingga ke petang".  BOOORIIINGGGGGGGGGG ... betul bila hujan turun tanpa henti hari ni.  Si gaman yang bercadang untuk buat kerja tukang kebun terpaksa membatalkan niat untuk potong rumput di belakang rumah.  Si putih pula ... macam biasa la, tidur memanjang.  Saya pula, pantang ada masa terluang ... mesti menghadap laptop.  Maklum la, hujung minggu macam ni merupakan masa paling sesuai untuk menyibuk berkunjung ke perkampungan blogger, tapi masalah la pula bila line internet slow sangat macam kura-kura.  Jadi petang ni mungkin layan FB saja la.  Kepada para pengunjung yang sudi singgah atau tersinggah di blog ni, saya ucapkan selamat menikmati hujung minggu anda ^_^




Saturday, 26 February 2011

Smiley Baggy Giveaway Cheqppjoy.Com


Aloo semua, mari kita ramai-ramai join Smiley Baggy Giveaway contest anjuran  cheqppjoy.com yang berlangsung dari 17 Feb lepas hingga 17 Mac ini.  Saya ni pun baru-baru saja menceburkan diri dalam aktiviti tag mentag ni, seronok juga la sebab at least ada juga post entry untuk blog sendiri ^_^  .  Untuk LennMommaChubby, TQ kerana sudi tag saya untuk contest ni.

Sesiapa yang hendak join Smiley Baggy Giveaway contest ni, klik saja cheqppjoy.com atau klik pada gambar di atas untuk mengetahui terma dan syarat penyertaannya.  Bagi memenuhi antara syarat penyertaan yang telah ditetapkan, saya dengan segala hormatnya menjemput empat blogger iaitu | Awa GoDiva | Kilique's | Nancy Poh | Ema Wasif | untuk turut sama memeriahkan lagi suasana.





Friday, 25 February 2011

"Saturday Night BlogWalking"

Pix from google
"Yeah! Tonight is Saturday Night Fever".  Biasanya, hujung-hujung minggu macam ni selalu dimanfaatkan untuk berehat dan menghabiskan masa bersosial dengan keluarga dan rakan-rakan.  Saya pula berpikir-pikir mau jadikan malam ini sebagai "Saturday Night BlogWalking".  Jadi malam ini, saya akan luangkan masa untuk bertandang ke 10 perkampungan blogger ini.

Senarai Perkampungan Blogger Yang Dipilih Secara Rawak:





Thursday, 24 February 2011

My Fav Band buat masa ini

Kadang-kala heran juga tengok anak-anak buah dan sepupu sepapat menjadi peminat fanatik kepada artis remaja Justine Bieber dan Miley Cyrus.  Gambar profile di FB pun ditukar dengan gambar artis tersebut.  Bukan itu saja, nama pun turut menggunakan nama glemer ala-ala artis yang mereka gemari ... sampai saya pun naik bingung bila tengok ada nama-nama rakan FB yang tidak dikenali, rupa-rupanya profile FB budak-budak comel ni pula.


Saya pula boleh dikategorikan sebagai bukan peminat setia pada mana-mana artis.  Tapi buat masa ini saya minat la pula dengan kumpulan band Projek Pistol yang popular dengan lagu berjudul "Wanita seluruh dunia".

Daripada info yang saya korek-korek dari google, band ini merupakan gandingan empat pemuzik handalan yang diketuai Edrie Hashim atau Edrie (gitar), Clifford Hugh Joseph atau Boy (vokal), Kamarul Izham Ahmad Badri atau Zham (bass) dan Mohamad Nasfa Mohamed Nasir atau Pa’e (dram).

Pix from PP FB Fan Page

Pix from PP FB Fan Page



Wednesday, 23 February 2011

Blog Tag Contest dari LennMommaChubby

Crop pix ni saya culik dari tuan punya blog ^_^
Beberapa hari lepas, blogger LennMommaChubby ada tag blog saya dengan dua contest yang dia sertai iaitu  "Pic Hitam Putih Paling Cool" dan "Smiley Baggy Giveaway".  TQ Lenn.  Siapa sangka, seronok juga hidup dalam komuniti blogger ni, walaupun tidak pernah bersua muka tapi kami dapat saling mengenali menerusi personaliti yang ditonjolkan oleh blog masing-masing.  

Untuk kedua-dua contest ni, TUNGGUUUUUU ... sementara waktu ni belum berkesempatan lagi mau blog walking di blog penganjur contest ni.  Mereka ni bloggers yang sangat kreatif dan bijak kerana dengan menganjurkan contest seperti ini, secara tidak langsung akan meningkatkan traffic ke blog mereka serta menambahkan bilangan follower.  

Terfikir pula mau mengikut jejak langkah mereka ^_^ tapi memandangkan populariti blog saya ni masih di kedudukan yang tercorot jadi kena la fikirkan idea yang lebih hebat lagi ^_^




Tuesday, 22 February 2011

Get rewarded RM 1.00 per friend invited



Ready to burst out all the latest awesome news to your friends? Get rewarded by doing so! Bring your friends to sign up today and get rewarded RM 1.00 per friend invited. The more, the merrier! How does getting rewarded through sharing sounds like to you?  CLICK this link & Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!