| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Thursday, 8 December 2011

Konsert Virtual Online Untuk Pelanggan Hotlink

KLIK untuk jadi yang pertama menyaksikan KONSERT VIRTUAL YUNA!
Peminat fanatik Yuna kini berpeluang untuk menyaksikan Konsert Virtual Yuna yang akan diadakan pada 14 Disember ini, jam 8.00 malam.  Bagaimanapun, hanya 10,000 pelanggan bertuah Hotlink sahaja berpeluang untuk menyaksikan Yuna membuat persembahan secara virtual.  Ingin menjadi yang pertama menyaksikan konsert virtual pertama di Malaysia, anda boleh mendaftar di laman sosial di Facebook dan Twitter, 10,000 pelanggan Hotlink yang menggunakan nombor rangkaian syarikat itu secara automatik berhak menyaksikan konsert julung kali seumpamanya itu.  Malah, cuma dengan mengisi nama, alamat e-mel dan nombor telefon, pelanggan perkhidmatan terbabit dapat menyaksikan konsert tersebut.  Daftarkan nama anda di SINI segera untuk mendapat tempat.



Wednesday, 7 December 2011

17# Wordless Wednesday





Tuesday, 6 December 2011

Gila Internet Sale Is For You!

DiGi Gila Internet Sale is for you!
Crazy about internet? Are you constantly updating your Facebook, tweeting about what you ate, where you went and your whole day on Twitter? Then this DiGi Gila Internet Sale is for you!  Save up to 80% on everything Internet! Whether it is for the latest Samsung, HTC or Blackberry smartphones, you can get it all with DG Smart Plan™ 68 at only RM48/month.  Plus, there are more FREE Internet goodies waiting for you such as FREE Facebook/Twitter SMS and music downloads. Just reload RM15 with DiGi Super Reload.  Find out more gila offers at digi.com.my/gilasale! Gila kan?




Business Card Untuk Seorang Blogger?

 Perlukah Business Card/Name Card untuk blogger
Dalam tempoh setahun berdaftar di bawah Sarawak Bloggers, banyak pengalaman berharga yang saya perolehi menerusi aktiviti yang disertai.  Pada masa yang sama, setiap aktiviti yang saya ikuti juga secara tidak langsung turut membuatkan rangkaian sosial saya semakin berkembang.  Malah ada juga yang bertanyakan sekiranya saya mempunyai business card/name card untuk memudahkan mereka menghubungi atau melayari blog saya.  Soalan inilah yang sering membuatkan saya terpinga-pinga kerana saya memang seorang blogger tetapi saya bukanlah seorang blogger yang dikenali ramai.  Jadi, perlukah  atau wajarkah blogger biasa seperti saya memiliki business card?




Saturday, 3 December 2011

Menangi Percutian Ke Universal Studio, Singapura

Percutian Ke Universal Studio, Singapura bersama PTS & MPH

Bagi menambahkan kemeriahan cuti sekolah ini, PTS membawakan program Seronoknya Cuti Bersama PTS dan MPH 2011.  Melalui peraduan Seronoknya Cuti Bersama PTS ini menawarkan hadiah menarik.

Antara hadiah yang ditawarkan adalah pakej percutian 3 hari 2 malam di Universal Studio, Singapura untuk 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak, Sony Handycam, Buku PTS sehingga RM500 dan Voucher MPH sehingga RM100.

Caranya mudah. Pembaca buku PTS hanya perlu membeli buku terbitan PTS bernilai RM30 ke atas di kedai buku MPH terpilih bagi melayakkan mereka mendapatkan borang peraduan.  *Untuk senarai cawangan-cawangan MPH yang terlibat, sila klik di *sini* [www.pts.com.my/mph]



Thursday, 1 December 2011

Daftar & Gunakan Hak Anda Pada PRU 13

Daftar sebagai pengundi sekarang!
Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 sudah semakin hampir, pastikan yang anda sudah mendaftar sebagai pengundi dan tidak sekadar menjadi penganalisis politik di kedai kopi sahaja.  Layari laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia untuk maklumat lanjut dan ketahui hak anda sebagai pengundi.  Daftar segera supaya anda berpeluang mengunakan hak anda sebagai pengundi pada PRU 13 akan datang.




Wednesday, 30 November 2011

16# Wordless Wednesday





Tuesday, 29 November 2011

Join Blackmores Contest & Win An Ipod Nano

Click & Join their ‘Shoo Away The Achoo’ caption contest

You’re in a lift on your way up to the office to start a busy work day. The lift is jammed pack and somebody behind you sneezes ACHOO!What runs through your head right at that moment?

‘Oh no, GERMS GERMS GERMS!’
‘Shoot, I hope it doesn’t spread to me before my presentation!’
‘Aw man, I hope I don’t get sick, not so near the holidays!’

You may not be able to share your thoughts with the entire lift, but you can share it on Blackmores Malaysia’s FB page! Join their ‘Shoo Away The Achoo’ caption contest by sharing your thoughts when people go ‘Achoo!’. Just fill up the thought bubbles in the given scenario and you could win yourself some great prizes!

There will be 2 winners a week, with the Grand Prize winner walking away with an Ipod Nano & Product vouchers worth RM200, and the runner-up winning Product vouchers!



Monday, 28 November 2011

Zee Avi Buat Peminat Di Kuching Tunggu Lama

Persembahan pembukaan oleh artis jemputan
Sesiapa yang menyaksikan Konsert Jelajah Ghostbird Zee Avi pada Sabtu lepas, pasti sangat terhibur dan rasa berbaloi walaupun penonton yang rata-ratanya peminat setia penyanyi kecil molek ini terpaksa menanti lama untuk artis ini muncul memulakan persembahannya di atas pentas.  Konsert diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di Petra Jaya dan tiket dijual pada harga RM78, RM98 dan RM158.  Sementara kami dua si gaman pula masuk dengan tiket percuma (free standing) yang diperolehi ketika menghadiri Public Talk oleh Sarawak Bloggers pada Expo ICT 2011 yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Kemunculan Zee Avi buat suasana bertambah gamat
Persembahan yang dijadualkan bermula pada jam 8.00 malam itu seperti yang tertera pada tiket hanya bermula pada kira-kira jam 9.00 malam.  Persembahan pembukaan pada malam itu dimulakan dengan lapan buah lagu persembahan akustik secara live oleh Imran atau Narmi yang juga pemain dram kumpulan One Buck Short.  Walaupun persembahan artis jemputan menghiburkan tetapi ternyata penyanyi kelahiran Sarawak yang popular dengan lagu "Kantoi" ini mempunyai auranya tersendiri apabila peminat setianya pada malam tersebut mula bersorak-sorak memanggil nama Zee Avi pada beberapa selang masa semasa persembahan pembuka tirai.

Penonton yang hadir pada konsert jelajah Ghostbird Zee Avi
Suasana bertambah hangat dengan sorakan penonton apabila akhirnya Zee Avi muncul memulakan persembahannya pada kira-kira jam 10.00 malam.  Memandang kaki sudah agak lenguh berdiri selama dua jam, saya dan si gaman merancang untuk beredar selepas mendengar dua buah lagu persembahan Zee Avi.  Bagaimanapun, hasrat tersebut kononnya ditunda kepada lima buah lagu berikutan persembahan Zee Avi yang cukup memukau dan menghiburkan.  Akhirnya tanpa sedar, kami terpukau untuk terus menyaksikan persembahan hingga ke lagu kesepuluh dan terakhir "Kantoi".




Sunday, 27 November 2011

Dua Tiket Percuma Untuk Saksikan Konsert Zee Avi

Tiket free daripada Sarawak Bloggers
Saya dan si gaman betul-betul tidak menyangka yang kunjungan kami ke Expo ICT 2011 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Sabtu membolehkan kami mendapat dua tiket percuma untuk menyaksikan Konsert Jelajah Ghostbird Zee Avi yang diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di Petra Jaya pada jam 8.00 malam hari yang sama.

Public talk @ Expo ICT 2011 Kuching
Kalau diikutkan, tujuan utama kami berdua ke expo ini adalah untuk mendengar public talk "Monetizing Ur Blog" oleh Sarawak Bloggers sambil cuci-cuci mata melihat pameran ICT.  Suatu kejutan apabila pada akhir sesi ceramah, Sarawak Bloggers menawarkan empat tiket percuma konsert Zee Avi kepada sesiapa yang berjaya menjawab soalan yang diberikan.  Jadi, dua daripada empat orang yang bertuah itu adalah saya dan si gaman.  ㋡