| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Friday, 25 May 2012

Diari Makan-Makan Laksa Sarawak

Bila tengok  koleksi gambar-gambar laksa sarawak yang saya pernah makan sebelum ni, terfikir pula mau buka satu blog khas untuk diari jalan-jalan cari laksa  ♥‿♥ kalau boleh siap mau interview lagi taukeh laksa di setiap lokasi ... cewah!!!

Laksa @ Tabuan Jaya

Laksa @ Joo Seng Cafe, Jalan Batu Lintang

Laksa @ India Street, near Police Station

Laksa @ Chilli Peppers, Jalan Simpang Tiga
Laksa @ C121, Stutong

Laksa @ Top Ten, Jalan Song

Laksa @ Golden Arch,
Laksa @ Synergy Square, Matang

Terbaik punya !!! Laksa @ Thompson Corner, Tabuan Jaya

Sunday, 20 May 2012

Shopping Dengan Duit ChurpChurp

Duit Churp Churp sudah masuk dan saya TIDAK membeli baju, kasut, perhiasan diri atau mekap tapi saya gunakan duit tersebut untuk membeli tali cotton di kedai peralatan memancing di India Street, Kuching.  Waxed cotton cord ini sebenarnya digunakan untuk membuat jala ikan tapi bagi kaki krusye macam saya, tali seumpama ini pun nampak macam benang kait yang boleh di'transform'kan menjadi sesuatu ♥‿♥

Waxed cotton cord
Saya difahamkan oleh taukeh kedai, tali tersebut sebenarnya sudah bertahun-tahun lamanya tidak laku dijual berikutan permintaan lebih kepada tali jenis nylon.  Katanya lagi, jenis ni sukar dicari (memang betul, sudah pusing satu Kuching cari tali ni di kedai peralatan memancing dan hardware tapi tidak jumpa).   Setakat ni, tali ini hanya ada dijual di kedai peralatan memancing klasik milik taukeh ni saja.

Beg tali cotton
Bila taukeh tu cakap tali jenis tersebut sudah tidak akan ada di pasaran lagi sebab sudah tidak dikeluarkan oleh kilang di China (ntah betul ke tidak) ... apa lagi saya terus borong sampai 10 dan tengok baki tinggal 10 lagi, kalau ada duit lebih memang beli habis hehehe ... Warna tali ni memang nampak macam  kotor masa masih dalam ikatan, tapi bila sudah dikait menjadi beg ianya bertukar menjadi warna yang cantik pula.  Tali cotton ni memang sesuai dijadikan beg kerana strukturnya yang kukuh dan tahan lama.
 

Tuesday, 15 May 2012

Cek Churp Churp Sampai!

Cashout
Saya ni jenis yang malas mau tunggu lama-lama, mencecah sahaja jumlah layak untuk cashout ... terus saja kasi cashout pada 27 Mac lepas.  Jumlah cuma RM104.65 saja, tidak seperti sesetengah orang yang menerima income churp churp yang boleh mencecah ratusan hingga ribuan ringgit.  Paling best cek churp churp ni datang time-time dompet nipis macam hari ni  ♥‿♥

Surat berserta cek
Sebenarnya seronok berada dalam komuniti churp churp ni sebab kita berpeluang untuk ber'FB, ber'Twitter serta ber'blogging dengan tidak sia-sia malah mendapat pulangan.  Semakin rajin share kempen-kempen yang diberikan maka semakin besarlah income yang masuk.  Berminat??? KLIK di sini untuk menyertai komuniti churp churp sekarang.  Berguna ni, at least boleh bikin bayar bil internet ♥‿♥

Monday, 14 May 2012

Menangi Trip Percuma Menyaksikan UEFA EURO 2012™

Tidur Bola, Makan Bola, Mandi Bola dan segala-galanya bola!  Khas untuk peminat bola fanatik, bersempena dengan UEFA EURO 2012™ Carlsberg akan memberikan 100 peminat bola fanatik peluang untuk menyaksikan perlawanan langsung UEFA EURO 2012™ yang akan berlangsung tidak lama lagi.  KLIK di sini untuk memenangi hadiah trip tajaan penuh Carlsberg menyaksikan UEFA EURO 2012™!

**Sorry, campaign period is now over, and all link has been removed.

Sunday, 13 May 2012

Selamat Hari Ibu 2012

Bunga ros merah hati
Bunga ros merah hati ini saya kait istimewa sempena sambutan Hari Ibu yang diraikan pada 13 Mei bersamaan hari Ahad ini.  Selamat Hari Ibu buat mama yang tersayang.  Selamat Hari Ibu juga kepada semua ibu-ibu.

Tuesday, 8 May 2012

Tanggalkan Bulu Roma Tanpa Menyakitkan

Ini cerita pasal orang perempuan, tapi kalau orang lelaki mau baca ... diberi keizinan.  Hari ini saya mau kongsi cerita pasal produk penanggal bulu roma.  Kalau diikutkan hati orang perempuan, semua bulu roma di badan mahu disingkirkan kecuali rambut ♥‿♥


Macam-macam cara dilakukan untuk mendapatkan kulit yang halus-mulus tanpa kehadiran bulu roma antaranya menggunakan teknik waxing (paling menyakitkan), sapuan krim (merosakkan kulit), cabut secara manual (menyakitkan & merosakkan kulit) dan ada yang cukup modal menggunakan laser.

Jadi apa kata bertukar kepada teknologi yang mudah, cepat dan tidak menyakitkan.  Milk A Deal ketika ini mengadakan potongan harga sebanyak 56% untuk satu set Europe's Leading Hair Remover & Exfoliator iaitu hanya pada harga RM16.90 sahaja berbanding harga sebenar RM38.00.  KLIK di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

**Sorry, campaign period is now over, and all link has been removed.

Monday, 7 May 2012

Mengumpul Penarik Tutup Minuman Tin

Pull tabs
Saya pernah terdengar dahulu (sekitar tahun 2000), sekeping pull tab ni harganya 20 sen ... tapi tidak tahu betul atau tidak sebab bila ditanya mereka tidak tahu pula di mana tempat untuk menjualnya.  Kami dua si gaman mengumpul pull tabs ini pun cuma sekadar suka-suka pada mulanya tapi lama-kelamaan menjadi hobi pula sehinggalah ke hari ini.

Terkumpul sejak 2010
Pernah juga google-google di internet untuk mencari pembeli atau tempat menjual kesemua pull tabs ni tapi setakat hari ini masih belum jumpa.  Tapi mungkin sesuatu boleh dilbuat dengan pull tabs ni seperti hasil kraftangan kreatif di blog Mee Tan's Handicraft.

Sunday, 6 May 2012

Laksa Sarawak: Kuasa Air Tangan

Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya apabila bangun pagi tadi ialah "Laksa Sarawak".  Di mana lagi kedai makan di sekitar Kuching yang menyediakan hidangan laksa sarawak paling umpph!!!???  Gambar di bawah merupakan laksa sarawak yang saya nikmati pada minggu lepas ketika jalan-jalan cari butang di India Street.  Rasanya ... not bad kata orang putih.

Laksa Sarawak @ Kuching
Walaupun namanya laksa sarawak, tapi di setiap tempat pasti rasanya berbeza ... semuanya bergantung kepada keistimewaan "kuasa air tangan" orang yang menyediakannya.  Orang kata, sekalipun sukatan rempah-ratus yang digunakan 100% sama tapi air tangan setiap orang tetap memberikan rasa yang berbeza.
 
Presentation yang menarik
Keenakan laksa sarawak juga sudah tentu terletak kepada kuahnya tetapi ada kalanya presentation turut mempengaruhi macam laksa ini. 

**Di mana-mana tempat saya terjumpa laksa gerenti saya akan oder yang special punya!!!  Huh! betapa hebatnya kecintaan saya terhadap laksa sarawak.  Mungkin boleh pasang angan-angan jadi duta kecil laksa sarawak ♥‿♥
 

Thursday, 26 April 2012

Mesin Jahit Terkecil Di Dunia

Rasa-rasanya inilah mesin jahit terkecil di dunia.  Sangat-sangat inovatif orang yang mereka mesin jahit mini seperti gambar di bawah.  Saya fikir gerenti orang tersebut sudah jadi jutawan sekarang ♥‿♥ 

Mesin jahit mini
Bagi yang kurang berkemampuan untuk memiliki sebuah mesin jahit yang sempurna, mesin jahit mini ini rasanya sudah mencukupi untuk memudahkan kerja-kerja menjahit yang kecil.  Mesin jahit mini sebesar staple inilah yang saya gunakan untuk projek-projek kecil kraftangan saya.

Sebesar staple
Mesin jahit mini ini saya beli pada pertengahan April lepas di kaki lima kedai India Street, Kuching. Mula-mula tengok benda ni rasa tidak percaya pun ada sebab tidak pernah terlintas difikiran akan melihat mesin jahit sekecil ini di depan mata.  Sebelum ini cuma pernah nampak mesin jahit mini sebesar mesin pengadun kek/biskut berharga RM100++

Close up pix
Walaupun nampak simple tapi perlu kemahiran dan kesabaran juga mengendalikan mesin jahit mini ni, cara menggunakannya sama seperti staple.  Menjahit sepanjang 10cm pun sudah cukup melenguhkan tangan, sudah namanya mesin jahit mini jadi jahitan pun kenalah 'mini' ♥‿♥ 

Wednesday, 25 April 2012

2# Kedai Krusye: Granny Square Purse (Pink)

Harga: RM20.00 / Saiz: 9.5cm (tinggi) x 18cm (panjang)
GRANNY SQUARE PURSE
Berzip / Lining menggunakan kain felt.
Warna: Pink
Saiz: 9.5cm (tinggi) x 18cm (panjang)
Harga: RM20.00 TIDAK termasuk kos penghantaran.

  Terma & Syarat:
1. Penghantaran hanya akan dilakukan selepas bayaran diterima.
2. Penghantaran menggunakan pos laju setiap Isnin & Khamis.
3. Barang yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan.
4. Barang dipastikan berada dalam keadaan baik sebelum dihantar dan pihak saya tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kehilangan semasa proses penghantaran.

  Pos Express:
RM4.50 seluruh M'sia.

  Pos Laju:
Peninsular M'sia: RM8.60
Sabah: RM8.00
Sarawak: RM6.00