| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Tuesday, 31 December 2013

Entri Blog MyGamanBorneo #2 Sepanjang 2013

Tanpa disedari rupa-rupanya sudah terlalu lama juga tidak menjenguk blog MyGamanBorneo (http://myhomeniaga.blogspot.com) selepas berpindah ke blog baharu MyGamanBorneo (http://mygamanborneo.blogspot.com) pada Mac 2013.   

Sepanjang tempoh tersebut, tidak banyak cerita menarik yang dapat dikongsikan di blog baharu. Jadi, sebelum tahun 2013 menutup tirainya berikut dikongsikan entri-entri di blog MyGamanBorneo 2 sepanjang tahun 2013.  

DISEMBER 
Putih, Hitam dan Bengal
Putih, Hitam dan Dot Dot Dot
Khasiat Produk Tyzo Buah Tunjuk Langit
MGB Di Hari Terbuka Kementerian Pertahanan Malaysia
Hadiah Krismas @NescafeMalaysia

NOVEMBER
Kami Pengedar Produk Tyzo Buah Tunjuk Langit
Kursus Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil 2013

OKTOBER
Ya, Kami Terpilih Ke Pelancaran 1MET

SEPTEMBER
1MET Bootcamp 2013 @ Kota Samarahan, Sarawak
Menang Peraduan @NescafeMalaysia
Seronoknya Tak Habis-Habis Dengan P1
Dalam Hati Ada Taman Orkid
2# Pameran Petrosains Dino Trek 2
1# Pameran Petrosains Dino Trek 2
Panggang Ngut

OGOS
Kuih Penjaram Ku Hampir-Hampir Menjadi
Kuih Penjaram Ku Tidak Berbunga

JULAI
Sesuatu Sebagai Tanda Ingatan Abadi
Cerita Kangkung dan Lintah
Berbelanja Di Kedai Rakyat 1 Malaysia
Walai Krusye @ Green Heights Mall Flea Market

JUN
1# Resepi:  Roti Gulung Sosej Berkeju
Peraduan Kotex 1 Minute Time-Out
Beli Secara Online:  Indah gambar dari rupa
Selamat Menyambut Kaamatan dan Gawai 2013

MEI
Tiada entri

APRIL
Tiada entri

MAC
Sarapan Pagi Percuma Di McDonald
Kolagen Untuk Kesihatan Tulang (cantik adalah bonus)
Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2013
Selamat Datang Ke Blog MyGamanBorneo


Tuesday, 12 March 2013

Blog Baharu MyGamanBorneo

Blog baharu saya yang menggunakan domain percuma blogspot.com kini telah siap dan mulai diisi dengan beberapa entri.  Jadi, untuk mengikuti cerita-cerita terkini saya dalam dunia blog yang penuh dengan gambar, bolehlah follow saya di http://mygamanborneo.blogspot.com/ 


Saturday, 2 March 2013

Blog Baharu Dalam Pembikinan

Sekarang ni saya sedang dalam "pembikinan" (kurang pasti sama ada ini perkataan yang sesuai) blog baharu dengan domain percuma blogspot.com iaitu http://mygamanborneo.blogspot.com/ dan mengekalkan nama MyGamanBorneo pada blog tersebut.  Ini boleh dikatakan ada MyGamanBorneo 1.0 dan MyGamanBorneo 2.0 lah kononya ♥‿♥

Pindah blog baharu ni perasaannya tidaklah sama seperti pindah rumah baharu.  Kalau pindah rumah baharu, perasaan gembira dan teruja akan menguasai diri.  Tapi bila pindah blog baharu, perasaan kekok pula yang timbul ... langsung tiada idea untuk menulis.

Apa-apapun, saya tekad untuk meneruskan niat perpindahan blog ini.  Walau bagaimanapun, blog lama ini tidak akan saya lupakan.  Nanti saya akan 'update' secara ringkas cerita-cerita yang bakal saya kongsikan di blog MyGamanBorneo yang baharu.  Bah, setakat itu untuk hari ini.


Wednesday, 27 February 2013

Terpaksa Pindah @ Buka Blog Baru

Lama betul tidak update blog.  Idea ada tapi tidak tahu dari mana hendak memulakan ayat dan masalah paling besar sekarang ni gambar tidak dapat 'upload' lagi gara-gara kuota sudah penuh.  Kali pertama dapat mesej macam ni ialah pada Ogos 2012.  Ini menyebabkan saya terpaksa men'delete'kan beberapa gambar yang dirasakan tidak penting.  Nampaknya blog saya ni terlalu banyak gambar.  

Whoops! You're out of space. You are currently using 100% of your 1 GB quota for photos.Upgrade storage Photos are stored in your Picasa Web Albums account and are included in your 1 GB free quota for photos. Additional storage you purchase is shared between several Google products and is in addition to your free quota. Learn more

Memandangkan saya bukanlah seorang penulis hebat, jadi gambar menjadi satu elemen paling penting dalam setiap entri di blog ini.  Setiap gambar yang dimuat naik bukan sahaja dapat membantu menjana idea penulisan tetapi turut membuatkan kita tidak perlu menulis banyak kerana gambar yang disertakan pada setiap entri mampu menyampaikan mesej yang dikehendaki.

Jadi ... Oleh kerana terlalu sukakan gambar, nampak gaya saya terpaksalah pindah atau membuka blog baharu untuk berkongsi lebih banyak lagi cerita dan gambar.  Mungkin ayat paling sesuai ialah "membuka blog baharu" sebab perkataan "pindah" bermaksud saya perlu meng'import' entri-entri lama saya ke blog yang baharu.

Ok la ... Setakat ini sahaja untuk hari ini, sehingga berjumpa pada entri yang akan datang untuk mengetahui sama ada saya akan memperkenalkan blog baharu ataupun kekal menulis pada blog ini tanpa gambar.


Friday, 15 February 2013

Happy Valentine's Day

Selamat meraikan Hari Valentine kepada mereka yang meraikannya.  Valentine tahun ini diraikan sama seperti tahun-tahun sebelum ini iaitu makan malam bersama di luar.  Sederhana tapi istimewa ♥‿♥

Makan malam Valetine's Day - Nasi Ayam Penyet JJ Cafeteria, Kota Samarahan


Friday, 25 January 2013

Kurangkan Daging Lebihkan Sayur

Selamat petang kepada yang kebetulan tersinggah blog ini.  Memandangkan tiada idea lain untuk entry pada 2013, jadi apa kata kita main masak-masak. 

Terung Goreng Sambal
Tahun 2013 ni, saya konon-kononya bercadang untuk belajar lebih banyak resepi masakan berasaskan sayur-sayuran.  Kurangkan daging dan lebihkan sayur dalam menu harian ... cewah!

Bendi Sambal Telur Pecah
Bercakap pasal resepi, saya ni jenis yang sukakan resepi-resepi yang ringkas dan mudah.  Syarat paling utama ialah, bahan-bahan masakan mestilah mudah diperolehi di mana-mana kedai runcit.  Jadi sesiapa yang ingin mencuba dua resepi ringkas ni ... sila klik link pada gambar di atas.  Selamat mencuba! ♥‿♥
 

Thursday, 17 January 2013

2013 - Azam Baru?

Hi 2013 & Bye bye 2012
Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013!  Apa azam untuk tahun 2013 ini? Tahun ini saya berAZAM untuk menyelesaikan apa yang belum selesai pada tahun 2012.  Rasanya, azam pada tahun ini agak mencabar dan memerlukan lebih fokus serta komitmen untuk menjayakannya.  Banyak perkara yang dirancang pada tahun lepas terbengkalai dan ada juga yang langsung tidak dapat dilaksanakan berikutan pelbagai halangan yang tidak dapat dielakkan.  Betul juga, kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan.

Saturday, 22 December 2012

Merry Christmas 2012

To all my family & friends
…………(¯`O´¯)
…………*./ | \ .*
…………..*♫*.
………, • '*♥* ' • ,
……. '*• ♫♫♫•*'
….. ' *, • '♫ ' • ,* '
….' * • ♫*♥*♫• * '
… * , • Merry' • , * '
.* ' •♫♫*♥*♫♫ • ' * '
…' ' • Christmas . • ' ' '
' ' • ♫♫♫*♥*♫♫♫• * ' '
…………..x♥x
…………….♥
 

Friday, 14 December 2012

Bila Bumi Bergelap Tiga Hari - Saya Mau Tidur

Sekarang ni semua orang di mana-mana sahaja termasuklah di kedai kopi sedang sibuk memperkatakan mengenai fenomena Bumi Akan Bergelap Selama Tiga Hari pada 23, 24 dan 25 Disember ini.  Dengar-dengar ada yang telahpun bersiap sedia membeli sejumlah lilin yang banyak sebagai persiapan, bimbang fenomena tersebut turut menjejaskan bekalan elektrik.  

Malah, ada juga yang telah memborong jumlah bekalan makanan mencukupi untuk tempoh tiga hari bumi bergelap, bimbang jika tiada kedai atau pasaraya yang buka.  Selain itu, ada juga yang telah mengeluarkan semua simpanan dalam bank kerana bimbang kecelaruan berlaku pada sistem perbankan yang boleh menjejaskan simpanan mereka.

Huh!  Memandangkan saya ni pun tidak faham sangat dengan hukum-hukum alam semesta ni, jadi saya sendiri kurang pasti sama ada kebimbangan mereka semua itu berasas.  Tapi tidak salah mereka-mereka ini membuat persiapan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan.  Langkah sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan buruk adalah tindakan yang bijak.

Saya pula, apa persiapan saya jika fenomena ini benar-benar terjadi?  apa yang terlintas difikiran saya pada ketika ini ialah saya mau tidur dan tidur dan tidur dalam tempoh tersebut hehehe ...


Angkasa Nafi Laporan Bumi Akan Bergelap Selama Tiga Hari
KUALA LUMPUR: Agensi Angkasa Negara (Angkasa) pada Jumaat menafikan laporan blog dan artikel yang mendakwa bumi akan bergelap selama tiga hari mulai 23 Disember berikutan kedudukan bumi, matahari dan pusat Galaksi (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari.
Di samping itu, laporan itu mendakwa, kedudukan awan-awan debu gelap atau Dark Dust Clouds berhampiran dengan Galaksi boleh menghalang penduduk dunia daripada melihat sebahagian daripada Galaksi, menurut kenyataan akhbar agensi itu yang dikeluarkan di sini, Jumaat.
Menurut kenyataan itu, berikutan senario tersebut, ada yang berpendapat bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari (sejajaran) maka akan berlaku penumpuan daya gravity daripada bumi, matahari dan pusat galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta.
Selain itu mereka turut mendakwa bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari, di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat galaksi maka bumi akan bergelap. Angkasa berkata semua andaian itu adalah tidak benar kerana pusat galaksi terlalu jauh dari bumi dan matahari iaitu 165 quadrillion batu, jadi kesan tarikan gravity adalah terlalu kecil.
"Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya menghalang matahari daripada dilihat dari bumi," menurut agensi itu.
Malah, menurut Angkasa, terdapat juga video YouTube oleh pihak NASA yang telah disalahguna oleh pihak tertentu yang menunjukkan Pegawai Tabir NASA, Charles F.
Bolden, Jr memberi penerangan berkenaan persediaan peribadi dan keluarga sekiranya berlaku kecemasan, iaitu merujuk kejadian 911, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya.
"Pihak-pihak tertentu telah memanipulasi video tersebut dengan artikel "Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012"," katanya. -BERNAMA

Sunday, 9 December 2012

Walai Krusye @ TweetMarket #TwtUpKch 2012

Taukeh Walai Krusye ♥‿♥
Letih tapi sangat menyeronokkan apabila menjadi salah seorang vendor yang turut sama memeriahkan TweetMarket #TwtUpKch yang berlangsung pada Sabtu, 8 Disember.  Program yang menghimpunkan ratusan pengguna media sosial Twitter, Facebook, Foursquare dan Instagram ini merupakan anjuran Sarawak Bloggers

No.13:  Booth Walai Krusye
Walaupun masa agak terhad untuk membuat persediaan untuk booth ini, ditambah lagi dengan komitmen lain yang juga memerlukan perhatian ... TAPI akhirnya dapat juga turut sama memeriahkan #TwtUpKch sebagai salah seorang vendor pada hari tersebut.  Suasana pada hari tersebut sangat happening!


Si gaman jadi assistant ♥‿♥
Ini merupakan pengalaman kali pertama menjual di tempat awam, jadi perasaan gemuruh bercampur gelisah sangat terasa tapi semua itu sedikit demi sedikit hilang setelah mendapat respon positif daripada orang ramai.

Antara benang yang dipamerkan
Paling menyeronokkan apabila ada seorang rakan crocheter dikenali daripada FB page datang untuk belajar mengait kasut bayi.  Sayangnya masa agak terhad dan saya cuma dapat mengajarkan yang paling asas.  Dengar kabar, CT Zue sudah berjaya menyiapkan sepasang kasut bayi malam tadi ♥‿♥


Salah seorang rakan crocheter belajar mengait kasut bayi
Ok la setakat ini sahaja dan sehingga berjumpa di lain entri.  Ingin tahu lanjut mengenai Walai Krusye bolehlah email saya di home.niaga@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan.