Semakin hari semakin malas pula mau meng'update blog ni. Saya fikir faktor utama yang menyumbang kepada kemalasan ini ialah ketiadaan bahan atau idea menarik yang boleh dikongsikan. TAPI hari ini saya ada bahan menarik yang saya ingin kongsikan ... syukur, at least ada juga benda mau di update. Ini cerita pasal daun ... daun bukan sebarang daun ... ini daun sabung dan bukannya ayam sabung ♥‿♥
|
Daun Sabung |
Daun yang merimbun ni dikenali sebagai 'daun sabung' di kalangan masyarakat Iban di Sarawak. Saya tidak pasti kalau ada nama lain bagi sayur hutan ni. Di Sabah, adakah sayur atau daun ni? Saya first time jumpa sayur ni pun lepas kawin dengan orang Iban ... hehehe ...
|
Close up pix |
Tengok sekali memang tiada rupa sayur. Saya pun pada awal-awal dulu agak ragu-ragu juga mencuba makanan ni. Maklumlah selama ni cuma pernah makan daun sayur saja dan bukannya daun seperti daun pokok. Masyarakat Iban di sini menyediakannya dalam bentuk menu ringkas iaitu dimasak bersup bersama dengan ikan bilis/pusu.
|
Cara menyediakan |
Tapi sebenarnya, sayur hutan ni punyalah sedap kalau dimasak sup campuran udang, fuyooo!!! terbaik punya. Kalau dicampurkan dengan ayam pun not bad juga. Penyediaannya cuma perlu tanggalkan daun daripada tangkai, tapi saya yang cerewet ni lebih suka kalau urat daunnya turut dibuang. Lepas tu cuma perlu dicarik-carik.
|
Sup ayam daun sabung |
Memandangkan tiada udang, jadi menu hari ni saya masak daun sabung bersama isi ayam. Ringkas sahaja penyediaannya, cuma perlu tumis bawang putih, bawang merah dan sedikit halia sehingga naik bau kemudian masukkan isi ayam. Tumis seketika dan masukkan air mencukupi, tunggu sehingga air mendidih lepas tu masukan daun sabung dan akhir sekali masukkan bahan perasa dan taburkan bawang goreng sebagai pelengkap dan lepas tu siap untuk dimakan. Sayur ni sesuai sangat untuk mereka yang mengalami masalah sembelit ♥‿♥