| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Showing posts with label Diari Jalan-Jalan. Show all posts
Showing posts with label Diari Jalan-Jalan. Show all posts

Saturday, 15 September 2012

Dua Tiket Percuma Tayangan Filem 3D BAIT

Ramai-ramai berbaris panjang dalam suasana harmoni pada sekitar jam 1.30 petang tadi bertempat di di The Springs ni bukanlah untuk makan sushi tapi untuk mendapatkan tiket wayang filem 3D BAIT percuma di kaunter penebusan yang dibuka bersebelahan Sushi King.

Ikut Barisan!
Kaunter penebusan buka pada jam 2.00 petang, tapi ramai dah berbaris panjang.  Si gaman pun join sekali, rugi kalau tidak join sebab seorang dapat dua tiket percuma.  Menariknya, terdapat juga beberapa warga emas yang tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan tiket percuma.

BAIT Jaw Dropping In 3D ... 3D You..
Pemberian sebanyak 500 tiket wayang percuma ini sebenarnya bersempena dengan ulang tahun ke-3 panggung MBO dan ulang tahun ke-60 See Hua Group.  Tayangan pada 11.00 pagi, 22 September bersamaan dengan Sabtu depan ... Yay!!  Jangan jeles ♥‿♥

**Walaupun filem ni sesuai untuk tontonan 18 tahun ke atas, pendapat saya adalah lebih baik warga emas yang mempunyai masalah lemah jantung atau berisiko diserang stroke lebih baik tidak menonton filem 3D ni.  Bukan apa, takut mereka tidak dapat menerima adegan-adegan kejutan dalam filem tersebut ♥‿♥

Tuesday, 31 July 2012

Singgah Berkunjung Ke Tagal Sungai Moroli

30 Mei lepas, dalam perjalanan balik dari Tambunan -Beluran, saya bersama adik lelaki dan dua anak buah saya berperluang singgah berkunjung untuk ke Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau. 

Ambil gambar kenangan-kenangan dulu sementara tunggu giliran masuk
Sebenarnya, sudah lama saya menyimpan impian untuk ke sini sejak membaca kisah di sebalik sistem tagal Sungai Moroli ni dipaparkan dalam Majalah Dewan Masyarakat (lupa pula keluaran bila).  

Tiket - RM5 (rendam paras lutut) / RM10 (rendam seluruh badan)
Jadi kalau datang berkunjung ke Sabah, jangan lupa singgah di sini ... memang best! biarpun rendam setakat lutut saja.  KLIK di sini untuk maklumat lanjut.

Masuk saja kaki dalam air ... ikan terus berkerumun

Ambil gambar dulu baru saya kasi kamu urang makan :)

Bagi ikan makan dulu

Best! ikan-ikan semua jinak

Kiss my hand ...

Siuk!!!

Posing dulu bersama anak-anak buah

Rendam kaki paras lutut pun jadi la ...

Ikan apa ni?

Antara pengunjung Sungai Moroli, Kg.Luanti

Gerai cenderahati


Tuesday, 10 July 2012

Jalan-Jalan Sanaaaa Ranau

Biasanya kalau saya balik guna flight setakat dari Kuching - Kota Kinabalu dan seterusnya menggunakan jalan darat dari Kota Kinabalu - Beluran, wajib singgah sebentar di Pekan Ranau untuk berehat dan makan tengahari.

Menuju masuk ke Pekan Ranau
Balik menggunakan jalan darat pada 30 Mei lepas, saya berkesempatan mengambil gambar pekan yang terletak di laluan bahagian pantai barat Sabah menuju ke bahagian Sandakan ini bertujuan untuk dikongsikan di blog.

Bulatan/round about comel di pekan Ranau
Perkara yang saya suka di pekan Ranau ini ialah pembangunanannya yang terancang serta kebersihan pekannya.  Saya fikir, lokasi strategiknya sebagai tempat persinggahan merupakan faktor utama penyumbang kepada pembangunan ekonomi di pekan ini. 

Sempat lagi singgah kedai hardware cari waxed cotton cord
Banyak lagi yang menarik di pekan ini tapi masa sangat suntuk untuk berada lebih lama di sini.  Bimbang hari gelap sebelum sampai ke Beluran.  Faham-faham sajalah jalan raya yang bengkang-bengkok bahaya dilalui pada waktu malam.

Signboard ucapan kaamatan daripada Datuk Masidi Manjun
Jadi kalau berkunjung ke Sabah, apa kata cuba pengalaman menggunakan jalan darat dari Kota Kinabalu ke Sandakan dan jangan lupa singgah di Ranau.  Pemandangan di sepanjang perjalanan juga cukup menarik dan pasti tidak akan menghampakan para pencinta alam.

Monday, 2 July 2012

Kempen "Pet Adoption & Neutering"

20 Jun lepas saya berkesempatan berkunjung ke Pet Adoption & Neutering Campaign for MBKS Residents bertempat di perkarangan letak kereta pasar Stutong.  Kebetulan lalu di sana jadi apa salahnya singgah sebentar.

Pet Adoption & Neutering Campaign
Tersentuh juga hati bila melihat anak-anak anjing yang tidak bertuan ni,  tapi saya ni lebih sukakan kucing sebab kucing lebih mudah dipelihara dan boleh dibiarkan bebas bergerak dalam rumah berbanding anjing.

Local puppy
Masa tiba di sini sekitar jam 3 petang, cuma terdapat beberapa ekor anak anjing dan kucing dewasa yang dipamerkan.  Berkemungkinan sebahagiannya sudah diangkat menjadi haiwan peliharaan.

Kucing dewasa
Saya tertarik sangat dengan yang seekor ni, tapi niat terpaksa dibatalkan sebab saya sudah ada si Putih di rumah.  Si Putih ni pantang kalau nampak kucing dewasa lain gerenti bergaduh.  Si Putih cuma boleh berkompromi dengan anak kucing saja ♥‿♥

Comel

Monday, 11 June 2012

Jun 2012: Blogging Dari Beluran

Replika Udang Galah, mercu tanda Pekan Beluran
Saya sekarang blogging dari Beluran dan saya berkesempatan mengambil gambar replika udang galah gergasi yang menjadi mercu tanda daerah Beluran iaitu daerah di mana saya membesar.  Sebut sahaja daerah Beluran, memang semua orang tahu bahawa inilah destinasi untuk mereka yang gemarkan makanan laut segar.  Sebelum kembali ke Kuching pada 23 Jun nanti, saya berharap akan dapat berkongsi lebih banyak cerita dan gambar mengenai Pekan Beluran. 

Tuesday, 27 March 2012

Rasa Ulat Rumbia, Mulong, Tinduh, Butod

Baru-baru ini saya dan si gaman ada jalan-jalan cari makan di pasar tani Taman Samarindah untuk mencari sayur-sayur kampung dan sayur hutan.  Tiba-tiba terserempak pula dengan si comel ini, saiznya cuma sebesar ibu jari sahaja tapi harganya kini sudah mencecah 40 sen hingga 50 sen seekor, itupun dijual mengikut gred.

Ulat rumbia
Ramai yang menggemari makanan eksotik ini dan ada yang mengatakan rasanya seperti udang dan lebih sedap dari udang.  Saya sendiri sudah pernah merasainya dan terus terang saya katakan rasanya tidak seperti udang.  Rasanya agak berlemak serta berjus membuatkan rasanya seperti ulat mulong hehehe ...

Saturday, 28 January 2012

Pakej Percutian Mencabar Kampung Semban

Dari kiri:  Deckson, Uncle Awang, Sagen Adan & saya
TAHUN 2011 sudah berlalu dan telah meninggalkan banyak kenangan manis yang kebanyakannya telah saya kongsikan di blog.  Bagaimanapun, salah satu kenangan manis pada tahun 2011 yang mungkin saya tidak akan lupakan sampai bila-bila ialah pengalaman menjejakkan kaki ke Kampung Semban, sebuah perkampungan terpencil yang dihuni oleh etnik Embhan (salah satu etnik dalam pecahan masyarakat Bidayuh).  Saya juga percaya pengalaman mencabar tersebut masih segar dalam ingatan Uncle Awang. 

Trip empat hari tiga malam ke Kampung Semban, Padawan pada 22 hingga 25 Mac tahun lepas itu ditaja oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan mendapat kerjasama daripada Sarawak Bloggers selaku media online.  Trip yang bertujuan untuk mempromosikan Kampung Semban sebagai satu destinasi pelancongan kepada mereka yang sukakan percutian mencabar itu diketuai oleh Deckson Bundak (STB Tourist Coordinator) dan disertai oleh saya dan Uncle Awang, mewakili Sarawak Bloggers.

Kami dimaklumkan, perjalanan ke Kampung Semban yang lokasinya terletak berhampiran sempadan Sarawak/Kalimantan, Indonesia ini akan mengambil masa kira-kira enam jam berjalan kaki.  Jadi, untuk mengukur kemampuan anda mengharungi cabaran yang serupa, apa kata ikuti sehingga tamat kisah penuh cabaran yang kami bertiga lalui sepanjang berada di perkampungan terpencil ini.

Sunday, 15 January 2012

Tiada Azam Baru Untuk 2012

@ The Spring ... Harapan yang mulia ㋡
Memandangkan azam 2011 saya belum habis tercapai jadi tahun 2012 ini saya tidak menyenaraikan sebarang azam baru.  Pada tahun ini saya hanya akan fokus untuk menyempurnakan azam yang masih belum selesai pada tahun lepas dengan semangat baru.

@ The Spring ... bolehkah azam macam ini ㋡
Jika mengimbas kembali 2011, rasanya semuanya baik dan saya percaya tahun ini akan lebih baik daripada tahun lepas.  Apa yang penting ialah mempunyai keazaman untuk berusaha dalam semua perkara kerana tiada yang akan datang bergolek di depan mata.

@ The Spring ... Kereta idaman semua RM116,888.00
Wah ... kalau menang lottery boleh juga beli kereta seperti di atas.  ... Tapi mau menang lottery pun kena berusaha juga pergi beli lottery untuk masuk dalam kebarangkalian menang hehehe ...  kesimpulannya, semua perkara perlu ada usaha.  Anda macam mana pula, apa Azam 2012?  Azam 2011 sudah terlaksana atau terbengkalai?




Thursday, 3 November 2011

Kedai Buku Terapung MV Logos Hope

Kapal MV Logos Hope
Sudahkah anda berkunjung ke kedai buku terapung MV Logos Hope? Jika belum, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk merasai pengalaman berkunjung ke kedai buku terapung ini.  Walaupun sebelum ini pernah merasai pengalaman menaiki kapal tentera laut, tetapi perasaan ketika berada di kapal MV Logos Hope ini jauh berbeza kerana suasananya lebih mesra dan menyeronokkan terutamanya apabila melihat beribu-ribu buah buku.

Perasaan ingin tahu ...
Yuran masuk hanya RM1 untuk orang dewasa manakala bagi pengunjung kanak-kanak yang berusia 12 tahun dan ke bawah kemasukan adalah percuma dengan syarat mesti ditemani orang dewasa. MV Logos Hope dibuka kepada orang ramai dari jam 10 pagi hingga 10 malam pada Isnin hingga Jumaat dan dari jam 1 petang hingga 10 malam pada Ahad bermula 28 Ogos lepas hingga 13 November ini.  Difahamkan, MV Logos Hope akan ditutup kepada orang ramai pada Isnin, 31 Oktober dan Selasa, 8 November.

Pengunjung berpusu-pusu masuk
Daripada maklumat yang diperolehi daripada akhbar-akhbar tempatan, kapal ini dikatakan berlabuh buat pertama kalinya di Kuching.  MV Logos Hope juga mempunyai saiz yang cukup luas selain mempunyai sudut kanak-kanak selain dilengkapi ‘International Cafe’ menjual ais krim, minuman dan makanan ringan serta ‘Visitor Experience Deck’ berhawa dingin untuk diterokai orang ramai.

Sesi penerangan ringkas
Sebelum dibenarkan masuk ke ruangan kedai buku, pengunjung terlebih dahulu diberikan penerangan ringkas mengenai MV Logos Hope oleh seorang sukarelawan yang bertugas. 

Sejarah MV Logos Hope
Di kawasan menyambut tetamu ini, kami tidak melepaskan peluang untuk membaca sejarah kewujudan MV Logos Hope yang menggantikan MV Doulos yang kali terakhir mengunjungi Kuching pada 10 Disember 2008 hingga 3 Januari 2009.

Ruangan kedai buku
Bertemakan ‘ Membawa pengetahuan, bantuan dan harapan’, kapal Logos Hope yang berlabuh di pelabuhan Sim Kheng Hong, Pending, Sarawak menawarkan lebih 5,000 tajuk buku kepada pengunjungnya, bermula dari sains, sukan, resipi, seni hinggalah buku kanak-kanak pada harga yang berpatutan.

Pelbagai jenis buku

Harga mengikut points

Seksyen kamus

Believe it or not!

Seksyen Spritual Life

The Right To Die???

Bersama maskot kapten

Masa untuk pulang ^_^




Wednesday, 31 August 2011

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya 2011 KM Sarawak

Orang awam beratur panjang
Ini merupakan kali ketiga saya berkunjung ke Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), sementara si gaman pula sudah berkali-kali berkunjung ke sini.  Ini merupakan pengalaman kali kedua kami dua si gaman berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Ketua Menteri Sarawak, kali pertama adalah pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya pada tahun 2010.

Ketibaan TYT Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin
Malas untuk berasak-asak dalam barisan yang panjang, kami dua si gaman seperti biasa akan sentiasa cuba memanfaatkan masa untuk mengambil gambar situasi.  Antara yang berjaya kami rakamkan ialah ketibaan TYT Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Ketibaan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud
Lensa kamera model lama Canon Power Shot A400 kami turut berjaya merakamkan gambar Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang tiba sejurus selepas ketibaan TYT.  Paling mencuri tumpuan ialah isteri beliau, Puan Sri Ragad Kurdi Taib.  Malang sekali kami tidak sempat untuk mengambil gambar isteri beliau. 

Orang awam yang sabar menanti kebenaran masuk
Selain itu, antara situasi yang menarik ialah suasana agak tenang walaupun orang ramai terpaksa menanti lebih setengah jam dalam keadaan berasak-asak sebelum dibenarkan masuk ke dalam dewan.

Ikut barisan!
Soal hidangan yang disediakan bersempena dengan Majlis Rumah Terbuka Ketua Menteri Sarawak 2011 ini, semuanya teratur dan orang ramai hanya perlu mengikut Barisan dan giliran.  Adil dan saksama.

Menu rakyat 2011
Menunya pula kelihatan lebih kurang sama dengan menu majlis rumah terbuka hari raya pada tahun 2010 iaitu mee goreng dan beberapa jenis biskut dan kek serta minuman berkarbonat.

Menu rakyat 2010
Hidangan cukup ringkas untuk rakyat.  Nampaknya untuk tahun 2012 bakal berjumpa dengan menu rakyat yang sama ㋡

Suasana di dalam dewan
Gambar di atas pula merupakan suasana di dalam dewan.  Para pengunjung turut dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu raya dan patriotik bersempena dengan sambutan berkembar Hari Raya yang jatuh pada bulan Kemerdekaan ke-54.

Bergambar kenangan :)
Sebelum balik, wajib untuk bergambar kenangan sebagai penutup diari jalan-jalan kami dua si gaman bersempena cuti hari raya.

Nasi Ayam
Dalam perjalanan balik selepas dari majlis rumah terbuka hari raya di BCCK, kami dua si gaman singgah di kedai makan dulu untuk mengisi perut untuk sesi makan tengahari dengan menu nasi ayam ㋡