| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Showing posts with label Anugerah Carta Borneo Era 2011. Show all posts
Showing posts with label Anugerah Carta Borneo Era 2011. Show all posts

Sunday, 11 December 2011

Pop Shuvit Gegar Anugerah Carta Borneo Era

Persembahan pembuka tirai oleh Pop Shuvit pada Anugerah Carta Borneo Era 2011 yang berlangsung malam tadi di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) memang cukup hebat dan menggegarkan.  Pada malam itu, Pop Shuvit mempersembahkan tiga buah lagu dari album mereka Cherry Blossom Love Affair antaranya Oh Shizuka dan Marabahaya.

Selain Pop Shuvit, acara malam tadi turut dimeriahkan lagi dengan persembahan Mizz Nina, Hafiz, Stacey, Najwa Latiff dan juara RockERA, Mayze.  Acara pula dihoskan oleh para penyampai ERA fm Kuching, Osha, Hasmin dan Nazuan serta penyampai Riuh Pagi ERA, Ray dan Haniff. 

Sementara itu, kesemua tiga kategori dipertandingkan dalam Anugerah Carta Borneo Era 2011 iaitu Lagu Borneo Paling Popular, Artis Solo/Band Borneo Paling Popular dan Artis Harapan Borneo dimenangi oleh Ir Radzi dengan lagunya Kontra Analisa.  Setiap kategori menawarkan trofi dan wang tunai RM2,000.  Hafiz pula menerima anugerah khas Artis Pilihan Borneo Era fm.