| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Showing posts with label Gaya dan Fesyen. Show all posts
Showing posts with label Gaya dan Fesyen. Show all posts

Wednesday, 8 February 2012

Pilih Pakaian Sesuai Mengikut Bentuk Tubuh

Bentuk badan wanita
Selepas melihat gambar di atas, adakah anda memilih pakaian untuk digayakan yang tepat selama ini?  Menurut info yang saya perolehi dari sebuah majalah wanita, pakaian perlulah dipilih mengikut bentuk badan untuk tampil menarik.

Apple - Bentuk tubuh yang besar pada bahagian atas.  Mereka mempunyai bentuk begini mempunyai pinggul lebih kecil berbanding dengan bahagian bahu, lengan dan dada.  Cara terbaik adalah memilih warna yang lebih lembut pada bahagian bawah dan gelap di bahagian atas.  Elakkan top atau dress yang terlalu banyak perincian sulam, labuci, manik mahupun ropol.  Sebaliknya pilih yang ringkas dan kosong dengan fabrik lembut beralun.  Anda juga tidak digalakkan untuk memakai top yang ketat dan melekap pada tubuh.

Pear - Memiliki bahagian bawah yang besar daripada dada.  Wanita seperti ini perlu mengenakan pakaian yang berpotongan lurus atau tegak untuk kelihatan langsing.  Pilih rona lembut pada bahagian atas dan gelap pada bahagian bawah.  Untuk menjadikan bahagian pinggul nampak lebih kecil, pakai dress atau blaus dengan pelapik bahu.  Elakkan juga mengenakan celana atau skirt jenis kembang sebaliknya pilih A-line.
 
Hour Glass - Wanita yang mempunyai bentuk badan seperti ini memiliki ukuran dada dan pinggul yang agak sama, sementara pinggangnya lebih kecil daripada dada atau pinggulnya.  Bentuk badan hour glass merupakan idaman setiap wanita.  Mereka yang memilik bentuk badan seperti ini bertuah kerana mereka sesuai dengan apa sahaja pakaian.

Empat Segi - Mempunyai bahagian bahu, dada, pinggang dan pinggul yang sama lebar atau dengan kata lain tidak mempunyai potongan langsung.  Pilihan gaya yang sesuai adalah dengan memakai tali pinggang yang kecil untuk memberi bentuk badan pada bahagian pinggang.  Jaket model lurus yang tidak terlalu ketat, blaus atau semi jaket model 'square jacket' dikatakan mampu menyerlahkan penampilan anggun dan klasik.

Monday, 2 May 2011

Sarungkan Jeans Mengikut Bentuk Tubuh

Ingin bergaya dengan seluar Jeans? tetapi Tidak cukup tinggi?  Bentuk badan tidak sempurna?  Kepada wanita-wanita yang tidak cukup tinggi dan tidak memiliki bentuk badan yang tidak cukup sempurna seperti saya, Jangan Bimbang, berikut saya kongsikan tip untuk memilih jeans yang sesuai mengikut bentuk tubuh khusus untuk golongan seperti kita.


Potongan Lurus Untuk Wanita Rendah
Denim dengan potongan lurus sesuai untuk wanita rendah kerana potongan lurus memberi kesan dan garisan menegak dan membuatkan wanita rendah kelihatan tinggi.  Tetapi golongan ini dinasihatkan supaya mengelakkan memilih rona biru pudar atau cerah.

'Skinny' Untuk Wanita Kurus & Rendah
Sesuai digayakan oleh wanita kurus dan tinggi tetapi wanita kurus dan rendah juga tampak hebat dan sesuai menggayakan jeans 'skinny'.  Ingat!, denim jenis ini hanya sesuai untuk mereka yang memiliki saiz pinggul dan paha yang kecil.

'Boot Cut' Untuk Wanita Rendah & Potongan Badan Berlekuk
Jeans jenis ini dikatakan membantu mengimbangi pinggul berlekuk dan sangat sesuai untuk wanita rendah yang memiliki tubuh seperti 'hour glass'.  Bagaimanapun, mereka yang ingin mengenakan jeans potongan 'boot', dinasihatkan memilih jeans jenis 'bell bottom' ringkas.

'Tapered' Untuk Wanita 40-an & Bertubuh Rendah
Gabungan fabrik 'spandex' atau fabrik 'stretchable' dengan perincian ringkas dan kemas ini membantu wanita pada usia 40an yang bertubuh rendah kelihatan bergaya dan 'trendy'.  Ianya sesuai digayakan oleh wanita yang ingin menonjolkan bentuk badan.

#Saya pula sesuai menggayakan jeans jenis 'Straight Cut' dan potongan 'Bell Bottom' ringkas.  Kebanyakan jeans yang saya miliki berwarna biru gelap dan biru kehitaman.  Anda berada di kategori yang mana satu?