| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Showing posts with label Himpunan Berita Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Berita Hiburan. Show all posts

Thursday, 19 July 2012

Dejavu di Kinabalu: Amar vs Bazli

Siapa Pilihan Nadira (Tiz Zaqyah) pada episod akhir drama ini?
Ada sesiapa peminat drama Dejavu di Kinabalu?  Saya sekarang ni tidak sabar lagi menunggu episod akhir drama slot Akasia ini.  Biarpun tidak menonton drama Dejavu di Kinabalu dari episod awal tapi tidak sangka pula drama ni mampu menarik minat saya dan si gaman untuk terus mengikuti perkembangan cerita di setiap episod.

Lebih-lebih lagi si Aqasha yang berlakon ♥‿♥ Saya ni bukanlah peminat setia Aqasha tapi saya suka cara lakonannya yang nampak natural dan bersahaja.  Nazim Othman pula, biarpun selalu juga tengok dia berlakon dalam drama-drama lain sebelum ni tapi rasanya watak Bazli yang dibawa pada drama kali ini betul-betul berkesan.

Lebih menarik lagi, penonton diberi kuasa menentukan siapakah pilihan cinta hati Nadira di penghujung drama bersiri ini.  Mereka boleh mengundi A untuk watak Ammar atau B untuk watak Bazli menerusi mesej pesanan ringkas (SMS) dengan menaip: Dejavu A atau B dan hantar ke 33399 bermula 16 Julai ini jam malam sehingga 26 Julai jam 8 malam.  Keputusan undian ini dengan menonton episod akhir drama bersiri ini pada 2 Ogos.

Watak utama Ammar tapi saya menghantar undian untuk Bazli.  Alasan ... saya percaya dalam kehidupan realiti, lelaki terbaik adalah seperti watak Bazli yang bukan sahaja setia tetapi juga sanggup berkorban dan berani mengaku kesilapan.  Jadi joinlah saya mengudi Bazli hehehe ♥‿♥

Wednesday, 25 May 2011

Puteri Kate Perlu Hamil Dalam Tempoh 9 Bulan

Google Pix
Masih belum basi sekiranya saya berkongsi mengenai kisah perkahwinan Diraja Britain yang berlangsung pada 29 April lalu.  Menurut sumber dari sebuah majalah wanita, setelah berbulan madu, William kembali bertugas sebagai juruterbang menyelamat dan mencari dengan Stesen Tentera Udara Diraja di Pulau Welsh.  

"Sementara itu, Kate pula perlu hamil dalam tempoh sembilan bulan akan datang agar tidak melanggar tradisi Diraja Britain selama 200 tahun.  William sendiri selamat dilahirkan selepas 11 bulan ibu bapanya berkahwin."

Pasangan pengantin Diraja ini telah pergi berbulan madu di sebuah vila mewah berharga AS$6,700 (RM20,770) semalam di Kepulauan Seychelles.  Mereka dikatakan menghabiskan masa selama seminggu di kepulauan Lautan Hindi itu.

Pasangan tersebut dibawa keluar dari Istana Buckingham menaiki helikopter kemudiannya menaiki jet peribadi menuju ke lokasi bulan madu mereka.  Pihak media dilarang sama sekali mengganggu bulan madu tersebut dan tindakan undang-undang akan diambil oleh keluarga diraja Britain jika perkara itu berlaku. Dilaporkan, pasangan tersebut berpuas hati dengan lokasi bulan madu yang tenang dan tersembunyi tanpa gangguan daripada pihak media.




Monday, 16 May 2011

Putih & Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides

Si Putih pun pandai membaca :)
Bab-bab suratkhabar ni memang si putih pantang tengok.  Kalau saya dan si gaman bentang suratkhabar untuk di baca, gerenti si putih pun ikut menyibuk.  Tapi, kadang-kadang kiut juga aksi si putih ... macam turut sama membaca pula ^_^  Ok lah, kita tinggalkan kisah si putih dan beralih kepada cerita mengenai sekuel keempat filem Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides yang dibintangi oleh aktor Johnny Depp yang bakal menemui penonton di pawagam pada 19 Mei ini.   

Daripada sinopsis yang saya baca dari Utusan Online, filem ini memaparkan kisah Kapten Jack Sparrow memulakan pelayarannya untuk mencari Fountain of Youth, air terjun yang dipercayai jika sesiapa minum airnya dia akan kekal muda.  Selain itu, menerusi On Stranger Tides, penonton juga dapat melihat Sparrow menyimpan perasaan terhadap seorang wanita misteri dari masa lampaunya bernama Angelica yang dilakonkan oleh aktres Penelope Cruz.  Wah ... ada kisah cinta si Jack Sparrow pula dalam  sekuel keempat filem Pirates of the Caribbean ni.  Ini bermakna, budget beli tiket  wayang kena dimasukkan dalam entertainment allowance pada bulan ni ^_^




Thursday, 12 May 2011

HOT FM Kena Hack HOT FM 2 Menjelma

Facebook Fan Page HOT FM 2
Wah, rasanya memang betullah Facebook fan page HOT FM kena hack!  Baru sebentar tadi saya mendapati fan page HOT FM yang kena hack itu tidak dapat diakses lagi.  Kini fan page HOT FM 2 menjelma menggantikan fan page yang kena hack oleh oleh orang yang menggelarkan dirinya sebagai Jack Sparrow, salah seorang daripada anggota RileksCrew yang dikatakan kumpulan penggodam popular di Malaysia.

Setakat gambar di atas, HOT FM 2 baru mengumpul sejumlah 41 peminat berbanding jumlah terkumpul sebanyak 796,929 sebelum ini di fan page HOT FM yang telah menjadi mangsa hack.  Nampaknya, selepas menjadi mangsa hack, stesen radio HOT FM semakin HANGAT diperkatakan.

Si hackers, Jack Sparrow sepatutnya diberi penghargaan/anugerah kerana berjaya meningkatkan lagi populariti HOT FM.



Wednesday, 11 May 2011

Betulkah Fan Page Hot FM Kena Hacked?

Kejadian hacking dikatakan berlaku pada 10 Mei lepas sekitar jam 1.30am - 2.30am

Facebook fan page HOT FM kena hacked!  Ini info menarik yang baru saya perolehi semasa sesi blog walking sebentar tadi di blog Blog 4 Dead.  Difahamkan, FB fan page HOT FM ini telah digodam oleh orang yang menggelarkan dirinya sebagai Jack Sparrow, salah seorang daripada anggota RileksCrew yang dikatakan kumpulan penggodam popular di Malaysia.

Tetapi sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui, mungkin BETUL dan mungkin  juga sekadar GIMIK oleh stesen radio popular ini sempena promosi filem terbaru Pirates Of The Caribbean: On Stranger Tides yang bakal ditayangkan di pawagam pada 19 May ini.

Sekiranya betul FB fan page HOT FM kena hacked, sekurang-kurangnya ada juga penyeri kepada dunia hiburan tanah air.  Menariknya, si Jack Sparrow HOT FM ini mengendalikan fan page tersebut dengan cukup sopan, malah lebih 700,000 peminat HOT FM siap dihidangkan dengan ayat-ayat penuh motivasi.




Sunday, 24 April 2011

Lagu Tema Drama Sahara Slot Samarinda TV3


Kepada para penonton setia drama slot samarinda Sahara di TV3, saya percaya ramai yang tertanya-tanya siapa agaknya penyanyi lagu tema di setiap akhiran drama Sahara ini.  Sekian lama google sini dan google sana, akhirnya berjaya juga saya menemui siapa penyanyi yang mendendangkan lagu mendayu-dayu itu.  Pada saya lagu yang dibawakan oleh kumpulan Wali Band berjudul Baik-Baik Sayang ini memberikan auranya tersendiri untuk menarik penonton terus setia menonton drama bersiri 25 episod terbitan Enuja Production ini.

Drama yang bersiaran pada jam 10.30 malam setiap Selasa hingga Khamis ini mengisahakan tentang konflik hidup seorang wanita bernama Sahara (Nanu Baharudin) yang didesak oleh ibu bapanya untuk mengaku sebagai kakak kepada Tina (Tasya Shila) yang sebenarnya anak kandungnya sendiri.  Drama yang banyak bermain dengan emosi ini turut memaparkan kisah cinta penuh konflik di mana Sahara dan Tina jatuh cinta dengan seorang lelaki bernama Ashraf (Ammar Alfian).  Sekiranya anda tertinggal episod-episod menarik drama Sahara ini, anda boleh menontonnya di http://www.tonton.com.my/