| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Showing posts with label Himpunan Berita Menarik. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Berita Menarik. Show all posts

Thursday, 11 August 2011

Jika Diberi Peluang Kedua Untuk Hidup

Lagi mengenai kes lelaki 'mati hidup semula'.  Jika pada blog post sebelum ini saya berkongsi mengenai  kes seorang lelaki di Johannesburg, Afrika Selatan yang mati dan hidup semula, kali ini kejadian yang serupa berlaku pada seorang lelaki warga emas di Sibu, Sarawak.  Ada yang beranggapan kejadian ini melibatkan kecuaian pihak hospital, tapi mungkin betul lelaki ini sudah meninggal dunia bagaimanapun Tuhan telah memberi dia peluang kedua untuk meneruskan hidup.

SIBU: Seorang pesakit lelaki dalam lingkungan umur 50-an yang dikatakan meninggal dunia terpaksa diusung keluar dari bilik mayat selepas nadinya didapati masih berdenyut.  Insiden menggemparkan itu berlaku sekitar jam 4 petang kelmarin di Hospital Sibu apabila pesakit yang berasal dari sebuah rumah panjang di Kanowit, 60 kilometer dari sini, dikatakan telah menghembuskan nafas terakhirnya semasa berada di wad Unit Rawatan Rapi (ICU).  Menurut sumber yang juga saudara-maranya, berita tentang kematian pesakit tersebut telah dimaklumkan kepada ahli keluarga terdekatnya sejurus selepas itu.  Bagaimanapun, ketika ahli keluarga terdekatnya sedang bergegas pergi ke hospital untuk memberi penghormatan terakhir, tiba-tiba mereka sekali lagi dikejutkan dengan berita mengenai pesakit tersebut belum disahkan meninggal dunia.

Sumber memberitahu, dia dimaklumkan bahawa ‘si mati’ terpaksa diusung semula ke wad ICU kerana masih hidup memandangkan nadinya masih berdenyut.  Menurutnya, kakitangan di bilik mayat hampir menyuntik pesakit itu yang dikatakan sudah mati dengan ‘ubat mayat,’ tetapi tidak menjadi setelah hasil pemeriksaan menunjukkan nadinya masih berdenyut.  Katanya lagi, pesakit itu hanya mampu bertahan selama lebih kurang lima jam selepas itu dan disahkan benar-benar meninggal dunia sekitar jam 9 malam kelmarin.  Menurutnya, si mati sebelum itu dihantar ke Hospital Daerah Kanowit seminggu lalu kerana mengalami pelbagai masalah kesihatan dan keadaannya ketika itu agak serius.  Pesakit tersebut yang pernah bekerja di luar pantai dan sebagai pengawal keselamatan di sebuah bank di Kanowit, kemudiannya dirujuk ke Hospital Sibu - Borneo Post Online.




Sunday, 31 July 2011

Leka Melayari Internet Semasa Bertugas

Google pix
Saya agak tertarik dengan laporan sebuah akhbar online mengenai ramai kakitangan kerajaan menghabiskan masa melayari internet semasa mereka bertugas.  Sekiranya itu merupakan pendedahan yang dibuat di London, adakah sektor kerajaan di Malaysia turut berhadapan dengan situasi yang serupa?

Berdasarkan pengalaman kerja, pekerja di sektor swasta agak sukar mencuri-curi peluang melayari internet untuk tujuan peribadi walaupun pada waktu lunch break kerana sektor swasta bersandarkan profit oriented dan sentiasa cuba meminimumkan expenses.  Malah ada syarikat yang sengaja menyekat beberapa laman web sosial popular daripada diakses menggunakan talian internet pejabat bagi mengelakkan para pekerjanya leka dan melengahkan tugas. 

LONDON - Satu pendedahan maklumat yang dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang kebebasan maklumat mendapati puluhan ribu laman web dilawati oleh para pegawai kerajaan Britain semasa mereka bertugas, lapor sebuah akhbar semalam.  Sebanyak 1,000 laman web tertinggi yang sering dilayari oleh ribuan pegawai kerajaan di ibu pejabat kerajaan di sini sepanjang tempoh lima bulan telah didedahkan berdasarkan peruntukan undang-undang tersebut. Ini menunjukkan para pekerja menghabiskan masa mereka dengan mengemas kini pungutan mata sukan kriket, keputusan loteri, menempah percutian dan mempelajari tarian gelek yang dibayar oleh pembayar cukai.  Antara laman web yang hangat ialah sexymp.co.uk tampil di dalam senarai paling popular itu dengan kunjungan 21,477 kali.

Laman web itu menyenaraikan ahli-ahli parlimen yang mempunyai daya penarik.Senarai paling pelik iaitu preseed.co.uk yang menjual krim pelembap intim berada di kedudukan ke-625 dan dilayari sebanyak 13,295 kali.  Laman web ESPNcricinfo.com turut menjadi pilihan pegawai kerajaan apabila ia dikunjungi sebanyak 346,000 kali.  Turut menjadi pilihan para pegawai kerajaan itu ialah laman web bearsfaction.org.uk yang menerima kunjungan 27,634 kali dan berada di tempat ke-385. Ia merupakan laman web aksi secara langsung terbesar di Britain. Sumber - Kosmo

p/s:  Nasib la sekarang ni broadband dapat dimiliki pada kadar mampu milik, jadi dapat juga surfing di rumah dan di mana-mana saja.  Sekali sekala sempat juga layan internet time kerja tapi kerja tetap beres! :)




Thursday, 28 July 2011

Wanita Yang Tidak Ber 'perikehaiwanan'


PETALING JAYA - Seorang penjaja wanita, Chow Xiao Wei, 21, didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan menzalimi tiga ekor kucing pada 19 Februari lalu.  Tertuduh mengaku bersalah di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.  Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan zalim memukul, menendang dan menyakiti tiga ekor kucing antara pukul 4.25 hingga 5 petang pada 19 Februari lalu di depan sebuah gerai di Pasar Seri Kembangan dekat sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44(1) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda RM400 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.  Tertuduh tidak diwakili peguam bela.  Sebelum ini, video yang diperoleh daripada rakaman kamera litar tertutup berhampiran tempat kejadian dimuat naik di laman sosial Facebook tersebar luas menunjukkan tertuduh menzalimi kucing berkenaan - Kosmo

p/s:  Denda RM400 terlalu ringan untuk kesalahan menzalimi haiwan.  Kalau boleh wanita ini patut dihukum melakukan kerja khidmat sosial di pusat perlindungan haiwan supaya dapat disemai nilai-nilai "keperihaiwanan" untuk menyayangi haiwan-haiwan terbiar seperti kucing dan anjing.




Tuesday, 12 July 2011

BERSIH 2007 + BERSIH 2011 = Pilihanraya Bersih & Adil

Akhir-akhir ini, kebanyakan blog sibuk menceritakan mengenai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menurut persepsi masing-masing.  Ada yang memandang Perhimpunan Bersih 2011 ini sesuatu yang merugikan dan memalukan.  Bagaimanapun, tidak kurang juga yang berpendapat perhimpunan ini sesuatu yang wajar sebagai menyuarakan hak untuk menuntut pilihan raya yang adil.


Untuk rekod, Perhimpunan Bersih pernah diadakan pada tahun 2007 iaitu pada 10 November 2007 dan tidak mendapat permit polis.  Ia dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikatakan turut disertai pelbagai parti pembangkang, yang bertujuan mahu menuntut pilihan raya yang adil.  Perhimpunan itu dilaporkan disertai oleh 100,000 orang.  Sumber: The Malaysian Insider.

Sementara itu untuk Bersih 2011, Pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan bahawa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai akan diteruskan walaupun tanpa permit.  Ternyata, perhimpunan Bersih 2011 yang diadakan pada 9 Julai lepas mendapat sokongan luar biasa daripada rakyat Malaysia yang ingin menuntut pilihan raya bersih dan adil dengan mengemukakan  lapan tuntutan.

Lebih menarik lagi, perhimpunan seumpama ini juga turut diadakan oleh rakyat Malaysia yang berada dibeberapa buah negara luar.  Terbaru, Datuk Ambiga mengajak orang ramai menyertai 'Yellow Saturdays'  iaitu memakai pakaian kuning atau apa sahaja berwarna kuning pada setiap hari Sabtu sebagai tanda sokongan berterusan untuk menuntut 8 perkara BERSIH 2.0.

p/s:  Hari KUNING pada Sabtu.  Adakah kebebasan warna kini tersekat? Kalau pakai kuning pada Sabtu takut kena tangkap.  Saya ada dua baju kuning :)




Thursday, 7 April 2011

Kreativiti yang memudaratkan orang lain

Pix from google
Terkejut ada, rasa tidak percaya pun ada selepas menonton berita mengenai telur tiruan yang disiarkan di Buletin Utama TV3.  Tidak sangka pula, ada pula manusia yang cuba mengambil alih tugas si ibu ayam untuk menghasilkan telur ayam.  Inilah yang dikatakan pintar, kreatif dan inovatif dalam usaha membantu kerajaan untuk memastikan bekalan telur ayam sentiasa mencukupi.  Secara peribadi, saya memang cukup kagum dengan pencipta telur ayam tiruan ni, tapi malangnya hasil kreativiti mereka ini mampu mendatangkan kemudaratan kepada orang ramai.

Menurut berita yang disiarkan, perkara ini terbongkar setelah Persatuan Pengguna Pulau Pinang menerima aduan daripada seorang suri rumah yang membawa telur berkenaan ke pejabatnya selepas mendapati sesuatu yang mencurigakan ketika cuba memasaknya. Siasatan yang dijalankan oleh persatuan itu mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.





Tuesday, 22 February 2011

Di mana IMPIAN bertukar menjadi REALITI

 RM1 Juta Untuk Direbut Rakyat Malaysia

Setiap insan pasti akan ada impiannya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, apa yang diimpikan belum tentu dapat dicapai. Ada yang mungkin mempunyai masalah dari sudut kewangan, malah ada juga yang tidak tahu bagaimana hala tuju untuk menggapai impian mereka.

Prihatin dengan situasi tersebut, stesen no. 1 Malaysia, TV3 telah berkolaborasi bersama Telekom Malaysia (TM) dan Dana Belia 1Malaysia (DB1M) dalam menerbitkan sebuah program realiti yang unik, ‘Sejuta Impian’ bagi merealisasikan impian rakyat Malaysia.

Bakal disiarkan mulai 15 Mei 2011, program realiti ini menampilkan satu kelainan apabila tidak seperti program realiti yang sedia ada yang kebanyakannya berkaitan dengan pencarian bintang dalam dunia nyanyian, lakonan mahupun tarian.

Istimewanya program 20 episod ini ialah ia menawarkan insentif bernilai RM1 juta sebagai pencetus semangat dan titik permulaan bagi merealisasikan impian dan hasrat murni masyarakat Malaysia.

“Penglibatan kami di dalam projek ini dilihat sebagai salah satu cara menyambut baik saranan kerajaan dalam memikul tanggungjawab sosial yang telah diamanahkan. Dengan kerjasama dan sokongan padu daripada pihak TM dan rakan di DB1M, Sejuta Impian bukan sekadar sebuah program televisyen tetapi merupakan satu platform positif yang menawarkan insentif berguna kepada belia Malaysia untuk merealisasikan impian dan hasrat terpendam mereka selama ini,”kata Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Ahmad Izham Omar.

“Kami sangat teruja dengan program ini. Tanpa mengira latar belakang dan status individu, asalkan impian yang disarankan berkaitan rapat dengan pembangunan, membawa perubahan besar serta memberi kesan kepada komuniti setempat dan masyarakat, anda semua mungkin merupakan di antara individu bertuah yang terpilih untuk menerima habuan yang ditawarkan.”

Menurut Penerbit Eksekutif, Sunil Kumar, wang RM1 juta bukan diberi sepenuhnya pada seorang pemenang saja, namun kesemua peserta yang terpilih berkemungkinan besar mempunyai harapan untuk mencapai impiannya.

“Setiap episod akan ada dalam lebih kurang lima orang peserta di mana mereka akan berdiri di atas sebuah kotak simbolik dan meluahkan impian mereka. Mereka semua mungkin akan menerima RM20 ribu atau RM5 ribu, tapi semuanya tertakluk pada keputusan juri.”

Setiap episod akan dibahagikan kepada tiga elemen iaitu sesi perkenalan antara peserta dengan juri, sesi penerangan dan impian yang ingin ditunaikan dan akhir sekali keputusan juri.

Barisan panel juri yang bakal memikul tugasan berat untuk menilai dan mengubah kehidupan peserta terdiri daripada individu-individu yang mewakili pelbagai aspek dan bidang industri tempatan termasuklah selebriti tersohor, usahawan berjaya, tokoh politik, ahli academia dan ramai lagi.

Bagi mereka yang impikan impian mereka menjadi realiti, jangan lepaskan peluang untuk menghadiri sesi ujibakat yang akan diadakan tidak lama lagi. Ujibakat terbuka kepada warganegara Malaysia yang berusia tidak melebihi 40 tahun. Bagi mereka yang berusia di bawah umur 18 tahun, anda haruslah ditemani oleh ibubapa atau penjaga ketika hadir di lokasi ujibakat.

Pencarian untuk para peserta ‘Sejuta Impian’ akan diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Johor Bahru pada 5 dan 6 Mac serta Kuantan, Pahang, Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah pada 12 dan 13 Mac.

Lokasi ujibakat di setiap bandar dan kriteria kelayakan peserta akan diumumkan kelak. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang program ini, anda bolehlah melayari laman web rasmi ‘Sejuta Impian’ di www.tv3.com.my/sejutaimpian.

Sumber:  http://www.gua.com.my/hiburan/berita-hangat/RM1_Juta_Untuk_Direbut_Rakyat_Malaysia.html 




Monday, 21 February 2011

Realisasikan Impian bersama Sejuta Impian

Pagi tadi, saya menyegarkan minda dengan sarapan berinformasi yang dihidangkan oleh mStar Online dan dalam banyak-banyak berita, cuma satu artikel menarik perhatian saya iaitu "Sejuta Impian" Penuhi Impian Rakyat Malaysia.

Difahamkan, program realiti Sejuta Impian TV3 ini mendapat kerjasama daripada Telekom Malaysia (TM) dan Dana Belia 1 Malaysia ini menawarkan insentif bernilai RM1 juta bagi merealisasikan setiap impian peserta.  Program ini bakal ditayangkan di TV3 sebanyak 20 episod dan bersiaran selama setengah jam bermula 15 Mei ini pada pukul 7.30 malam.
Sumber:  mStar Online

Lebih menarik lagi, kemasukan ke sesi uji bakat program ini tidak meletakkan sebarang kriteria tertentu.  Sesiapa sahaja boleh menyertai uji bakat tersebut, tanpa mengira latar belakang dan status individu, asalkan impian mahupun hasrat yang disarankan berkait rapat dengan pembangunan dan mampu membawa perubahan besar dan kesan kepada masyarakat.

Penyertaan terbuka kepada semua kaum rakyat Malaysia, berusia tidak melebihi 40 tahun. Mereka berumur kurang 18 tahun, harus ditemani oleh ibu bapa atau penjaga ketika hadir di lokasi uji bakat.

Sebagai permulaan sesi uji bakat akan diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru pada 5 dan 6 Mac dan Kuantan, Kuching dan Kota Kinabalu pada 12 dan 13 MacLokasi uji bakat di setiap bandar yang terbabit dan kriteria kelayakan untuk sesi uji bakat akan diumumkan kelak.  Bagi yang berminat boleh melayari web rasmi di www.tv3.com.my/sejutaimpian.

Sekiranya, saya mengatakan yang saya mempunyai sebuah impian yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat khususnya kepada golongan wanita yang bergelar suri rumah.   Timbul persoalan "adakah saya cukup YAKIN untuk tampil pada sesi uji bakat tersebut ?"  ^_^




Tuesday, 15 February 2011

Valentine's Day not a Christian festival

An apostolic church pastor said in the first place Valentine’s Day is unbiblical and therefore should never be linked with Christianity.

"Christians are those who follow and abide by his teachings. By right it is incorrect for anyone to call himself a Christian if he does not believe in Christ and lead the life of a Christian,” he said.

"... anything that was not in the Bible could not in any way be linked with the actual Christian way of life.  For a true Christian, he should be guided only by the Bible and nothing else. If a person believes in other things apart from the Bible, then he or she cannot claim to be a Christian”.





Monday, 14 February 2011

Terlajak bahasa, badan tidak perlu binasa

The Star Online

 
Sekurang-kurangnya ada pihak yang berani tampil untuk menjernihkan keadaan.  Terima kasih Media Prima Berhad.  Peringatan kepada diri sendiri:   "Terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak bahasa, badan tidak perlu binasa sekiranya berani mengaku kesilapan dan memohon maaf".  TAMAT.







Sunday, 13 February 2011

Kerajaan selalu PESAN tapi rakyat selalu LUPA

Kerajaan selalu pesan "Jangan buat kenyataan berbaur tuduhan yang menyentuh sensitivi masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini" 
Sumber:  Malaysia Kini
"Penceramah perlu mengkaji ajaran Kristian sebelum menuding jari kepada sesiapa"
 
  


Wednesday, 2 February 2011

Gong Xi Fa Cai 2011 & Tahun Arnab

Pix from google photo sharing
Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina 2011, saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi maklumat mengenai Tahun Arnab yang saya perolehi dari Berita Harian OnlineMasyarakat Cina percaya Tahun Baru Cina tahun ini yang jatuh pada Tahun Arnab daripada jenis ‘arnab logam’, akan membawa berita baik untuk ekonomi dunia.

Difahamkan, mengikut zodiak Cina, Tahun Arnab juga bagus bagi perniagaan dan boleh membawa keuntungan besar tahun ini khususnya yang membabitkan bidang kreativiti. Selain itu, harga hartanah juga akan melambung sehingga ramai orang boleh menjadi kaya.  Di samping itu, diramalkan pasaran saham dalam enam bulan pertama tahun ini adalah lebih baik berbanding enam bulan kedua nanti.   

Berdasarkan astrologi Cina tradisional, 12 haiwan digunakan untuk mewakili setiap tahun mengikut urutan, iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi dengan setiap mempunyai signifikan tersendiri. 

Pix from google photo sharing
Masyarakat Cina juga percaya Tahun Arnab kali ini membawa sinar kebahagiaan kepada hubungan kekasih atau mereka yang sedang menghampiri gerbang perkahwinan.

Bagaimanapun, diramalkan nasib tidak menyebelahi pasangan suami isteri kerana akan berlaku banyak kes kecurangan dalam perkahwinan, terutama menimpa mereka yang dilahirkan pada tahun anjing, kuda dan harimau.  

Selain itu, perkiraan zodiak Cina meramalkan tahun ini bakal menyaksikan banyak pergaduhan berlaku di segenap dunia dan sesama ahli keluarga. 

Dari aspek kesihatan, diramalkan keadaan tidak baik kerana akan berlaku banyak kes influenza seperti batuk dan penyakit berkaitan sistem pernafasan.  

Mereka yang bekerja pula harus lebih bersabar tahun ini berikutan diramalkan banyak dugaan dalam bentuk pergaduhan, kebencian dan gosip atau politik pejabat.  Dalam konteks ini, tahun ini juga bukan waktu yang baik untuk bertukar kerjaya atau kenaikan pangkat.

Bagi pelajar pula, mereka yang dilahirkan pada Tahun Arnab dan ayam diramalkan menghadapi kesukaran untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran, justeru, ibu bapa perlu memberi lebih perhatian serta bantuan tuisyen kepada mereka.

Menurut zodiak Cina, antara sifat positif dimiliki individu yang dilahirkan pada Tahun Arnab ialah peka, bijaksana, berkelakuan baik, senang menerima tetamu, sopan, diplomatik dan berjiwa seni, manakala sifat negatifnya pula tidak tegas, suka berahsia, mudah tersinggung, kompleks, suka menyendiri, suka mengumpat, lurus bendul, pengecut dan mudah terpedaya.

 


Tuesday, 1 February 2011

Panduan pelaburan

Sahkan status syarikat sebelum melabur


Bank Negara (BNM) meminta orang awam mengesahkan status sesebuah syarikat sebelum melabur supaya mereka tidak menjadi mangsa kepada syarikat-syarikat palsu seperti skim cepat kaya yang menyamar sebagai syarikat pelaburan.

Bank pusat dalam senarai panduan mengenai isu-isu kewangan bagi orang awam dan pengguna hari ini, berkata sebelum melabur, seseorang perlu memastikan syarikat tersebut mempunyai lesen sah daripada pihak berkuasa seperti BNM, Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

BNM berkata orang awam perlu berhati-hati dengan sebarang bentuk strategi pemasaran yang menjanjikan pulangan tinggi atau keuntungan tanpa risiko.

"Pulangan tinggi datang bersama risiko tinggi. Pastikan anda mengumpulkan maklumat tambahan mengenai syarikat tersebut," katanya.

Bagi mengesahkan status syarikat-syarikat, orang awam boleh menghubungi BNM di talian 1-300-88-5465, SC (03-62048999/03-62048777) dan KPDNKK (1-800-886-800).

Mengenai perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) atau panggilan gurauan, terutama yang menjanjikan ganjaran tunai besar dengan syarat pemenang perlu membalas SMS itu atau menghubungi balik panggilan, orang awam perlu mengesahkan terlebih dahulu dengan memeriksa dengan BNM dan berhati-hati dengan panggilan sedemikian.

BNM juga memberi amaran kepada orang awam mengenai hadiah dan ganjaran daripada pihak yang tidak diketahui dengan membuka akaun perbankan Internet.

"Ini mungkin satu penipuan. Jika anda telahpun terlibat, hubungi dan buat laporan kepada bank anda dan pihak polis dengan segera untuk tindakan lanjut mereka. Juga sentiasa maklumkan kepada kami," katanya.

Bagi perbankan Internet, pengguna dinasihatkan untuk mengelog keluar dengan betul selepas menggunakan perbankan Internet dan membuang cache memori selepas menyelesaikan urus niaga. - Sumber:  BERNAMA



Wednesday, 26 January 2011

Wajarkah rekod ini dibanggakan?

"Sebuah IPTA ulung  bangga apabila pelajarnya berjaya mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records dengan membentuk logo 1Malaysia daripada 2 juta straw".  Isu ini hangat diperkatakan dalam laman sosial FB ... majoriti berpendapat ianya merupakan usaha yang tidak berfaedah dan juga satu publisiti yang memalukan bagi sebuah IPTA.  Ramai  juga berpendapat bahawa banyak lagi perkara berfaedah yang wajar dilakukan oleh golongan terpelajar ini.

Ada pendapat mengatakan, sekiranya ia dilakukan oleh kanak-kanak TADIKA ... ia  sangat wajar untuk dibanggakan tetapi tidak untuk sebuah IPTA.  Ada juga berpendapat, lebih baik pelajar-pelajar IPTA ini buat rekod membersihkan sampah sarap di sungai ^_^  Pendapat anda bagaimana?

Saya pernah membaca isi kandungan Malaysia Book of Records dan logo 1Malaysia daripada 2 juta straw ini cuma seumpama dan sewaktu dengan rekod-rekod lain yang memerlukan perkataan TERpanjang ... TERbanyak ... TERbesar ... TERpantas ... TER ... TER ... TER ... Bukan mudah untuk tersenarai dalam Malaysia Book of Records ^_^


Tuesday, 11 January 2011

Air Asia: Now Everyone CAN'T Fly ?

TERBABAS: Pesawat Ak5218 milik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang terbabas keluar daripada landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sejurus mendarat dalam keadaan cuaca buruk pada jam 10.02 malam tadi masih belum dialihkan daripada landasan. Sehubungan dengan insiden itu, LTAK ditutup untuk semua penerbangan sehingga diberitahu kelak - Sumber:  Berita Harian Online.
Ekoran kejadian ini ... moto kebanggaan Air Asia Now Everyone Can Fly ditukar kepada Now Everyone Can't Fly kini tersebar meluas di internet dan menjadi bahan gurauan terutamanya menerusi facebook dan laman blog ... ^_^

Seingat saya, kejadian pesawat Air Asia terbabas pernah berlaku pada penghujung tahun 2004 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ... masa tu saya merupakan antara yang terkandas berikutan Now Everyone Can't Fly setelah semua penerbangan terpaksa ditunda ... masa tu baru saja habis kursus kewartawanan selama dua minggu.

Masa tu agak stress juga tapi pada masa yang sama excited, maklumlah ... berpeluang jadi informer untuk memaklumkan situasi penumpang-penumpang yang terkadas di dalam bilik menunggu ... sayangnya, masa tu belum lagi ada kamera.  Pada masa itulah saya mula memahami apa yang dikatakan Bad news is a good news for media ^_^

Bagaimanapun kedua-dua kejadian ini sebenarnya disebabkan oleh faktor cuaca dan bukannya kelalaian juruterbang.  Kadar tambang murah yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan membolehkan saya  CAN FLY EVERYWHERE I WANT with Air Asia ^_^


Sunday, 9 January 2011

Berita buruk !!! Facebook Will End On March 15th

Mau pindah pegi mana nanti kalau Facebook tutup kedai ??? cepat-cepat save semua gambar-gambar ... ambil kesempatan bermaaf-maafan sesama rakan FB ... simpan rekod semua rakan-rakan FB ... adoiii banyak betul kerja mau buat ni ...

PALO ALTO, CA – Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.
“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”
Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.
“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”
Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.
“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”
Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.
“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”
However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.
“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”
Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.
But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.
“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”
The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased. 

Saturday, 8 January 2011

Laporkan kekejaman ke atas binatang !!!

Buat laporan polis segera sekiranya anda mengesyaki binatang kesayangan anda dibunuh !!!

Sedia berkhidmat !!!
Berita yang disiarkan oleh akhbar tempatan The Borneo Post pada hari ini mengenai seorang wanita pertengahan umur di Kuching yang membuat laporan polis setelah mengesyaki kucing kesayangannya dibunuh merupakan satu tindakan yang sangat-sangat patut dicontohi terutamanya kita-kita yang memiliki binatang kesayangan.

Menurut laporan itu, wanita tersebut telah menemui bangkai kucingnya di hadapan rumah dengan luka yang jelas kelihatan pada kira-kira jam 7.00 pagi pada 7 Januari (Jumaat).  Pengadu kemudiannya membawa bangkai kucingnya yang berusia tiga tahun setengah itu ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

demi mempetahankan diri ^_^
Difahamkan, polis telah menghantar bangkai kucing tersebut kepada doktor haiwan untuk pemeriksaan lanjut bagi menentukan punca kematian kucing itu.  Selain itu, dikatakan satu sumber memberitahu bahawa wanita itu mengesyaki jirannya bertanggungjawab melakukan pembunuhan ke atas kucing itu.  Bagaimanapun setakat ini tiada tangkapan atau penahanan dilakukan dibuat kerana siasatan masih dijalankan.

Huhhh .... tidak sangka sudi juga pihak polis melayan laporan seperti ini, tetapi memang terdapat satu akta untuk kes-kes melibatkan kekejaman ke atas binatang.  Jadi sekiranya perkara seumpama dan sewaktunya ini berlaku kepada anda ... pastikan buat laporan segera.

 
Nampaknya mulai hari ini saya perlu meningkatkan ciri-ciri keselamatan untuk melindungi  kucing kesayangan saya si Siput Putih Siput Sedut.



Pautan | Laporkan kekejaman ke atas binatang !!! | Perkahwinan si Sang Arnab |




Wednesday, 15 December 2010

Pokok krismas dianggap suci???


pokok krismas adalah pokok yang dianggap suci???
Tajuk berita “Pokok Krismas Cetus Kemarahan” yang menghiasi muka depan akhbar tempatan Utusan Borneo hari ini berjaya memancing perhatian saya untuk membaca keseluruhan isi kandungan berita tersebut ... maklumlah aura krismas semakin kuat.  Berita tersebut melaporkan mengenai tindakan salah satu NGO yang membina pokok Krismas dengan menggunakan tin minuman keras telah membangkitkan rasa marah penganut Kristian.   Berita ini turut dipaparkan di http://www.theborneopost.com/?p=80527

Bagi mereka yang sensitif mungkin akan terkilan dengan tindakan tersebut kerana ia seolah-olah memberikan gambaran negatif mengenai sambutan krismas. Mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Jimmy Anye Imang ... ada baiknya juga beliau membidas tindakan NGO terbabit.  Bagaimanapun, saya rasa kenyataan beliau yang mengatakan “pokok krismas adalah pokok yang dianggap suci” agak tersasar dari maksud krismas yang sebenar.

Pengertian krismas tidak terletak pada pokok krismas, santa claus, hadiah krismas, rumah terbuka dan sebagainya ... dan saya tidak pernah terbaca di bible dan mendengar khotbah-khotbah di gereja yang mengatakan pokok krismas dianggap suci.  Jadi krismas nanti  kita semua yang kurang memahami maksud krismas ... jangan lupa pergi gereja untuk belajar maksud krismas yang sebenar.  Renung-renungkan dan selamat beramah.



Saturday, 14 August 2010

Jadi Kaya Main Nombor Ekor


Hari-hari baca surat khabar  .... baca surat khabar hari-hari .... ini antara rutin saya dan si gaman, kalau saya macam biasa cuma berita-berita yang menarik sahaja yang dibaca.  Berbeza dengan si gaman, kalau boleh habis semua berita dalam akhbar dibacanya, tolak iklan saja ^ _ ^   Nampaknya hari ni tiada berita yang menarik.
Sebut pasal berita dalam surat khabar, teringat mengenai satu artikel yang menarik dan cukup menyentuh hati sesiapa sahaja khususnya kepada kaki nombor, setakat ni kaki saya belum ada nombor lagi ^ _ ^
Betul kerrr Main Nombor Ekor Boleh Jadi Kaya ??? ... tidak dapat dinafikan terdapat segelintir yang bernasib baik dan berpeluang menikmati durian runtuh hasil daripada pelaburan di kedai nombor ramalan.  Kadang-kala ada yang baru sahaja berkecimpung dalam ”pelaburan” ini terus ditimpa “durian runtuh” ^ _ ^
Chit chat pasal nombor ekor, sebenarnya ada di antara pembeli tegar yang bijak memanfaatkan duit yang dimenangi tetapi ada juga yang terkejut dengan sejumlah besar wang yang dimenangi sehingga lupa diri dan kesudahannya ???
Tapi banyak-banyak kisah yang pernah saya dengar dan baca ... satu artikel dalam Utusan Borneo, 7 Ogos 2010 lepas cukup tragis.  Biasanya yang saya terbaca kisah gembira kaki nombor menang duit, tapi yang ni cukup berbeza ... salah seorang ahli kaki nombor ni menghabiskan hayatnya dalam keadaan yang cukup menyedihkan.
 
Petani yang pernah menjadi kaya kerana memenangi loteri RM750,000 lima tahun lalu ditemui mati rentung dalam kubur yang digali sendiri

SERIAN: Kisah seorang petani yang pernah menjadi kaya setelah memenangi loteri tetapi membazirkannya dalam masa lima tahun, berakhir dalam keadaan menyedihkan selepas mayatnya yang rentung ditemui di dalam kubur yang digalinya sendiri.

Petani itu yang dikenali dengan nama keluarga Koo, berusia 63 tahun dipercayai telah menggali kuburnya sendiri di belakang rumahnya di Kilometer 29, Jalan Kuching-Serian sebelum membunuh diri dengan membakar dirinya sekitar minggu lepas.

Utusan Borneo difahamkan melalui sumber-sumber daripada penduduk sekitar yang mengenali Kho dan kisah latar belakang mangsa, mendapati kehidupan mangsa itu dipercayai berkisar kepada permainan loteri sehingga ke tahap yang mendorong mangsa untuk membunuh diri.

Seorang jiran mangsa yang bernama Lau, 74, memberitahu pemberita bahawa Koo menjalani kehidupan yang sederhana sebagai penanam mengkuang dan tinggal di sebuah pondok di atas tanahnya sendiri sehinggalah suatu hari, lima tahun yang lalu apabila mangsa dilaporkan memenangi loteri sebanyak RM750,000.

“Dalam tempoh lima tahun selepas itu, dia (mangsa) membina sebuah rumah konkrit baru berdekatan dengan pondok lamanya dan menjalani kehidupan yang mewah termasuk kerap kali melancong ke China.

“Dia berhenti bekerja dan mula berjudi dan kerap kali membelanjakan RM1,800 untuk membeli nombor loteri bagi setiap cabutan dengan harapan memenangi loteri sekali lagi,” katanya.

Bulan lepas, jirannya berkata Koo telah memberitahunya bahawa dia sudah menghabiskan semua wang kemenangannya dan sehingga tidak tinggal sesen pun.

Kerana tiada pilihan lain, mangsa meroboh pondok lamanya dan menjual bumbung zink serta bahagian besi lain kepada sebuah limbungan besi buruk dengan harga RM600.

Dia kemudian dilaporkan membuat satu pertaruhan terakhir dengan membelanjakan wang tersebut untuk membeli nombor.

Menurut Lau, ada sumber yang mengatakan salah satu nombor yang dibeli oleh Koo telah menang tetapi malang bagi Kho kerana nombor yang ‘menang’ itu bukan daripada premis loteri yang dibelinya sebaliknya nombor loteri premis yang lain.

Inisiden itu dikatakan telah menyebabkan Koo terlalu kecewa hingga mendorongnya membakar diri sendiri sebelum terjun ke dalam kubur yang digalinya sendiri.

Mayat Koo yang rentung hanya ditemui sekitar jam 7 malam Khamis lalu, oleh anak saudara yang datang untuk melawatnya setelah lama tidak berbuat demikian.

Lelaki (anak saudara mangsa) berusia 30-an yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, dia menyangkakan sesuatu tidak betul telah berlaku apabila mendapati ada serpihan benda rosak di hadapan motosikal pakciknya.

Dia kemudiannya menelefon bapa saudaranya, yang selama ini tidak pernah berkahwin dan mula mencarinya di kawasan berhampiran rumah selepas gagal mendapat respons daripada mangsa.

Selepas mencarinya beberapa minit, anak saudara terjumpa lubang sedalam enam kaki dengan mayat rentung bersama tulang manusia di bawahnya.

Mengesyaki mayat itu adalah mayat Koo, dia segera menghubungi polis.

Ketua Polis Serian, DSP Jamali Umi, yang mengesahkan insiden itu mengklasifikasikan kematian Koo sebagai mati mengejut sementara siasatan masih dibuat.

Sumber:  http://www.theborneopost.com/?p=55877