| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Showing posts with label Kereta Wira Sedan. Show all posts
Showing posts with label Kereta Wira Sedan. Show all posts

Monday, 28 May 2012

Si Wira Rosak Lagi!

Rosak di rumah
Last si Wira ni sakit tenat pada pertengahan Februari lepas gara-gara clutch pump rosak dan RM400 melayang untuk service serta tukar alat ganti.  Memang tidak heran sangatlah sebab memang hampir setiap bulan si Wira ni buat hal.

Masalah pump tangki minyak
Semalam pula, si Wira ni buat hal ... enjin tidak mau hidup.  Baru juga lepas service awal bulan ni dan semalam baharu saja lepas hantar cuci, vacum & polish sampai berkilat-kilat ... tiba-tiba rosak la pula. 

Terpaksa kosongkan tangki minyak
Hari ni terpaksa panggil mr.mekanik datang rumah.  Itu mekanik bagitau masalah pump tangki minyak ... jadi terpaksalah tangki minyak dikosongkan. 

 
Si gaman memperkayakan ilmu mekanikal
Tangki minyak pun kena ditanggalkan ... ini kali tidak tau berapa pula kos penyelenggaran si Wira ni.  Nampaknya, terpaksalah cut budget gawai & kaamatan tahun ni ♥‿♥

Si putih pun belajar ilmu mekanikal

Saturday, 23 July 2011

Si Wira anak Sedan Buat Perangai Lagi

Masuk bengkel lagi
Dalam bulan Julai ini sahaja, sudah dua kali kereta kesayangan kami dua si gaman iaitu si Wira anak Sedan ini sakit.  Faham-faham sajalah, usia semakin lanjut jadi banyak organ-organ dalaman si Wira sudah expiredHari double trouble si Wira anak Sedan pada 1 Julai lepas sudah cukup bikin dompet jadi slim dan kepala jadi pusing.

Kos kipas + service = RM130.00
Pada 1 Julai lepas 'alternator' dan barteri kereta yang rosak.  Kali ini cooling fan pula telah bersara  tanpa notis daripada menjalankan tanggungjawabnya pada Jumaat, 22 Julai lepas.  Harga kipas  yang hanya sebesar pinggan itu sahaja sudah RM100.00, sementara service RM22.00 dan RM8.00 untuk minyak clutch dan brek.  Bulan Julai sahaja, kos pengurusan si Wira anak Sedan secara keseluruhan melibatkan pembayaran insurans + cukai jalan + kerosakan mencecah RM954.67.

p/s:  Lepas ni fikir mau buka akaun khas untuk si Wira anak Sedan memandangkan dia ni suka sangat buat perangai setiap kali tiba masa untuk membayar insurans dan cukai jalan.