| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Saturday, 18 December 2010

Kisah di hujung minggu di bulan krismas

Inilah kisah si Putih di hujung minggu di bulan krismas ni.  Sibuk-sibuk kami dua si gaman membersihkan halaman belakang rumah yang subur dengan rumput rumpai ... si Putih pun tidak mau ketinggalan menyibuk.  Lagi pula memang si Putih ni memang suka menyibuk mau join apa saja aktiviti kami si gaman di luar rumah.
Sempat juga si Putih terintai-intai bila dengar bunyi suara jiran kami yang meriah satu alam ... nasib baik saya sempat menyorok di tepi rumah ^_^ terpaksa la si gaman yang melayan isteri dan anak jiran kami yang busy body tu hehehe ...
Si gaman sibuk menebas rumput ... saya sibuk mencabut rumput ... si Putih pun sibuk juga ... entah apa juga yang dicarinya.
Best juga bila tengok karenah si Putih ni ... nasib baik sempat juga ambil kamera untuk rakam aksi-aksi menarik dia ... ni gerenti sedang berlatih untuk memburu.
Nampaknya masih tidak berganjak lagi si Putih ni dari tempat tadi ... entah apa juga yang menarik perhatian dia.  Di larang pijak kotor pun tidak mau dengar ... apa lagi ...
Nah ... macam ni la muka si Putih bila di marah ... buat muka kesian ...



Riadah di hujung minggu di bulan krismas

Si gaman menebas rumput yang subur  ^_^
Tidak ingat lagi bila kali terakhir kami dua si gaman meluangkan masa untuk beriadah membersihkan halaman depan dan belakang rumah ... biasanya sebulan sekali kami cuma mengupah orang untuk memotong rumput, maklumlah hidup di kawasan hampir dengan bandaraya ni sebenarnya lebih banyak menghabiskan masa di tempat kerja dan membuang masa di dalam kesesakan jalan raya ... kadang-kala boleh dikatakan rumah cuma menjadi tempat berehat.  

Action!!! ... membersihkan tapak semaian sayur dan bunga ... si Putih pun ikut menyibuk
Biasanya, rutin harian kami dua si gaman ... kami akan turun kerja ketika matahari baru sahaja terbit  dan balik dari kerja setelah matahari terbenam setiap hari dari Isnin hingga Jumaat.  Sementara hari Sabtu dan Ahad biasanya digunakan sekali sekala untuk merayau-rayau dan di kebanyakan masa pula digunakan untuk bermalas-malas di rumah dan menghabiskan masa bersama si Putih ... tapi petang tadi memandangkan cuaca baik ... mood pun baik ... jadi saya dan si gaman pun mengambil kesempatan "beriadah sambil bersenam  di hujung minggu di bulan krismas" ini untuk membersihkan halaman rumah yang sudah lama tidak dijenguk.  Paling best, si Putih pun pandai ikut menyibuk ....
 
Tapak semaian selepas dibersihkan ^_^ hari ni kami cuba menyemai benih labu, petola dan kacang panjang ... harap-harap sejuk la tangan kami dua si gaman sebab biasanya tangan kami ni kalau tanam sayur memang jarang hidup, kalau tanam bunga .... serahkan saja pada kami ^_^

Ini nama dia kalau inda salah ... orang panggil kacang belimbing.  Hasil pertamanya sudah di tuai baru-baru ni, masak dengan ikan bilis/pusu.  Tapi yang ni bukan kami dua si gaman yang tanam ^_^ sayur ni indai yang tanam.
Bergambar kenangan selepas penat membersihkan halaman rumah

Cewah ... pandai juga si Putih ikut posing bergambar bersama kami




Friday, 17 December 2010

Mimpi ... mainan tidur atau petunjuk???

Mimpi ... mainan tidur atau petunjuk???
Walaupun tidak sabar-sabar lagi menanti menjelangnya krismas, tapi  sebenarnya semakin hampir krismas, semakin resah pula rasa hati ... mmm ... mungkin gara-gara mimpi buruk yang saya alami kira-kira dua bulan lepas.  Orang selalu kata mimpi itu mainan tidur, tapi rasanya sesiapa pun akan resah bila mimpi salah seorang yang kita sayangi akan pergi ... lebih-lebih lagi bila dalam mimpi tu terselit tarikh kejadian yang bakal berlaku.

Sekarang sudah 17 Disember ... dalam mimpi ... ada anggota keluarga yang akan pergi buat selama-lamanya pada 23 Disember dan akan dikebumikan pada 25 Disember.  Huhhh ...  kalau diimbas kembali memang macam real saja mimpi tu ... dan saya terjaga pun gara-gara si gaman kasi kejut bila dia terdengar saya menangis dalam tidur ... lepas terjaga dari mimpi pun saya masih lagi sambung menangis untuk beberapa minit, maklumlah masih terkesan dengan mimpi buruk.  

Tapi saya percaya bahawa mimpi itu merupakan petunjuk dari Tuhan bagi mengingatkan saya supaya terus kuat berdoa untuk seluruh anggota keluarga saya baik di mana mereka berada.  Semoga Tuhan memberkati seluruh anggota keluarga saya dengan kesihatan yang baik walau di mana mereka berada.  Amen.



Wednesday, 15 December 2010

Pokok krismas dianggap suci???


pokok krismas adalah pokok yang dianggap suci???
Tajuk berita “Pokok Krismas Cetus Kemarahan” yang menghiasi muka depan akhbar tempatan Utusan Borneo hari ini berjaya memancing perhatian saya untuk membaca keseluruhan isi kandungan berita tersebut ... maklumlah aura krismas semakin kuat.  Berita tersebut melaporkan mengenai tindakan salah satu NGO yang membina pokok Krismas dengan menggunakan tin minuman keras telah membangkitkan rasa marah penganut Kristian.   Berita ini turut dipaparkan di http://www.theborneopost.com/?p=80527

Bagi mereka yang sensitif mungkin akan terkilan dengan tindakan tersebut kerana ia seolah-olah memberikan gambaran negatif mengenai sambutan krismas. Mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Jimmy Anye Imang ... ada baiknya juga beliau membidas tindakan NGO terbabit.  Bagaimanapun, saya rasa kenyataan beliau yang mengatakan “pokok krismas adalah pokok yang dianggap suci” agak tersasar dari maksud krismas yang sebenar.

Pengertian krismas tidak terletak pada pokok krismas, santa claus, hadiah krismas, rumah terbuka dan sebagainya ... dan saya tidak pernah terbaca di bible dan mendengar khotbah-khotbah di gereja yang mengatakan pokok krismas dianggap suci.  Jadi krismas nanti  kita semua yang kurang memahami maksud krismas ... jangan lupa pergi gereja untuk belajar maksud krismas yang sebenar.  Renung-renungkan dan selamat beramah.



Saturday, 11 December 2010

Have Yourself A Merry Little Christmas

Google Pix

... 11 ... 12 ... 13 ... 14 ... 15 ... 16 ... 17 ... 18 ... 19 ... 20 ... 21 ... 22 ... 23 ... 24 ... CHRISTMAS ... tinggal 14 hari lagi sebelum krismas ... rasa sayu saja hati bila dengar lagu "Have Yourself A Merry Little Christmas".  Lagu yang diberi nafas baru oleh kumpulan Coldplay ni saya tujukan kepada siapa-siapa yang jauh di perantauan dan tidak dapat menyambut krismas bersama keluarga tersayang pada tahun ini.
 



Have Yourself A Merry Little Christmas

Have yourself a merry little Christmas,
Let your heart be light
From now on,
Our troubles will be out of sight
Have yourself a merry little Christmas,
Make the Yule-tide gay,
From now on,
Our troubles will be miles away.

Here we are as in olden days,
Happy golden days of yore.
Faithful friends who are dear to us
Gather near to us once more.

Through the years we all will be together
If the Fates allow
Hang a shining star upon the highest bough.
And have yourself a merry little Christmas now.




Thursday, 9 December 2010

Krismas & kawan baru si Putih

Nampaknya si Putih macam tidak selesa dengan kawan barunya

Rasanya agak lama juga saya tidak menceritakan perkembangan terkini mengenai kucing kesayangan saya dan si gaman, siapa lagi kalau bukan si Putih.  Terkini, si Putih sekarang sudah ada dua ekor kawan baru iaitu dua ekor kura-kura kecil yang dibawa khas dari Rumah Panjang Peligong, Saratok.  Pendek kata  dua ekor kura-kura ini bolehlah dianggap sebagai hadiah krismas untuk si Putih ^_^ Tapi nampaknya si Putih macam tidak selesa saja dengan kawan barunya, maklumlah dari spesies yang berlainan dan paling penting terdapat masalah komunikasi ^_^

Kura (kiri) & Senit (kanan)
 Memandangkan si Putih pun ada nama, jadi dua ekor haiwan peliharaan yang baru ni pun kami dua si gaman kasi nama yang special sikit ... yang kepalanya terjulur keluar tu kami panggil si Kura dan yang pemalu di sebelah kanan tu pula kami panggil si Senit.  Kedua-dua nama mereka ni bermakna haiwan yang bernama kura-kura ... dalam bahasa Iban, kura-kura dipanggil Kura sementara dalam bahasa KadazanDusun, kura-kura dipanggil Senit ^_^




Wednesday, 8 December 2010

17 hari sebelum krismas

Gambar kenangan pada Krismas 2008
Sekarang sudah 8 Disember, tinggal 17 hari lagi sebelum menjelangnya sambutan krismas bagi tahun 2010.  Nampaknya sekali lagi saya tidak berpeluang untuk menyambut krismas bersama keluarga di Beluran berikutan cuti tahunan sudah habis digunakan dan ada perkara yang menghalang saya mengambil cuti tanpa gaji.  Ketika ini cuma berharap agar keajaiban terjadi. 



Thursday, 2 December 2010

Sayur Bungkus



Bahan-bahan:
70 gm bunga kubis - dipotong kecil
70 gm brokoli
1 batang lobak merah
6 biji cendawan butang
6 biji sengkuang cina
8 keping cendawan kering
4 keping tauhu goreng
1 keping fucuk - direndam hingga kembang


Bahan-bahan Perisa:
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
2 sudu besar gula
1/2 mangkuk air atau air rebusan ayam
Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
1 sudu besar tepung jagung

Cara Menyediakan:
1. Panaskan dua sudu besar minyak di dalam kuali dan masukkan kesemua jenis sayur kecuali kepingan fucuk. Masukkan bahan-bahan perisa kecuali tepung jagung dan masak dengan api yang perlahan selama 10 minit. Angkat dan ketepikan.
2. Fucuk dilap kering kemudian dibentangkan di dalam mangkuk. Masukkan sayur yang digoreng tadi dan bungkus hingga kemas kemudian kukus selama 10 minit.
3. Alihkan bungkusan sayur ke dalam pinggan kemudian potong menyilang di bahagian atas sebelum dilipatkan keempat-empat penjurunya ke bawah.
4. Jerang air rebusan ayam hingga mendidih dan masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dengan sedikit air supaya tidak berketul. Bila kuah menjadi pekat, tuangkan ke atas sayur dan hidang.  Sumber:  www.sajionline.com 



Sayur Campur Berempah



Bahan-bahan:
2 biji kentang - dibelah lapan
1 batang lobak merah - dihiris panjang
2 biji tomato - dibelah empat
10 tangkai kacang buncis - dipotong panjang
1 labu bawang besar - dihiris melintang
2 cm halia - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
Garam secukup rasa
1 sudu besar serbuk kari daging
1 tangkai daun kari
1 tangkai cili merah

Cara Menyediakan:
1. Goreng kentang hingga 3/4 masak.
2. Tumis halia cincang dan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan pula bawang besar dan balik-balikkan sehingga bertukar warna perang muda.
3. Masukkan kacang buncis dn lobak merah, kacau sehingga hampir masak. Campurkan serbuk kari dan renjiskan sedikit air.
4. Masukkan kentang diikuti tomato, daun kari serta garam, kacau hingga bercampur rata. Sendukkan ke dalam pinggan hidang, hias dengan cili merah dan hidangkan untuk makan malam atau tengah hari.  Sumber:  www.sajionline.com



Tauhu Goreng Halia



Bahan-bahan:
5 keping tauhu - dibersihkan dan dipotong 4
3 cm halia muda - dihiris nipis
1 ulas bawang putih - dihiris
3 tangkai daun bawang - dikerat 2 cm
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak secukupnya dan goreng tauhu sehingga kuning keemasan. Angkat dan tuskan minyaknya.
2. Panaskan dua sudu besar minyak dan tumiskan halia muda, serta bawang putih. Kacau sehingga bawang layu dan masukkan sos tiram, kicap, garam, gula, air dan tauhu. Kacau sehingga rata.
3. Tepung jagung dibancuh dengan sedikit air supaya tidak berketul kemudian dituangkan ke dalam masakan. Masukkan daun bawang, kacau sehingga rata dan angkat.  Sumber:  www.sajionline.com