| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Wednesday, 9 February 2011

Penyakit NO IDEA

Lama betul termenung depan laptop ... tapi tiada idea pula mau tulis apa hari ni untuk blog update.  Sorry, hari ni betul-betul NO IDEA :(  Sudah diperah-perah juga otak ni mau cari idea tapi yang keluar cuma NO IDEA.  Jadi, hari ni cuma cerita pasal NO IDEA saja la.  Bila difikirkan, "NO IDEA" ni macam satu penyakit berbahaya kepada blogger pula.  Blog ini sendiri  pernah berpengalaman tidak di update hampir sebulan.  #Anda sebagai blogger, berapa kerap anda diserang penyakit NO IDEA ni? Bagaimana anda mengatasi masalah ini? Kongsi la sikit-sikit ^_^



Tuesday, 8 February 2011

Ketagih Makan Sabun

Banyak juga kes-kes pelik tapi benar di negara kita ni seperti yang sering ditayangkan dalam rancangan Misteri Nusantara di TV3 ... tapi luar biasa pelik lagi kes-kes yang berlaku di luar negara.  Bayangkan ... sabun pun boleh buat orang ketagih, pelik bin heran la.  Kalau di negara kita, orang cuma sibuk-sibuk cerita pasal kes ketagihan  dadah, ubat batuk, gam dan ketagihan air rebusan daun ketum.  Tapi yang ni ketagih sabun ... macam tidak masuk akal pula kan? 

Artikel ni menceritakan mengenai ketagihan seorang gadis berusia 19 tahun yang berasal dari Miami, USA terhadap sabun dan serbuk pencuci.  Tapi tidak pula dinyatakan kesan negatif terhadap kesihatan akibat pengambilan serbuk pencuci dan sabun sebagai makanan.  Sepatutnya, perlu dinyatakan sama ada tabiat ini boleh menimbulkan kesan negatif ataupun tidak ... takut-takut ada pula yang mau mencuba-cuba makan sabun lepas baca artikel ni ^_^ 
Keratan daripada Kosmo! Online


Monday, 7 February 2011

Kejutan yang Romantis

Keratan daripada Kosmo! Online
Tersenyum sendiri bila terbaca artikel ringkas mengenai pasangan pengantin baru ni, kejutan yang dibuat oleh si pengantin lelaki cukup mencuit hati dan romantis.  Pasangan pengantin baru zaman sekarang semakin kreatif ... ada-ada saja gimik yang dilakukan untuk menjadikan hari perkahwinan masing-masing lain daripada yang lain.  
Keratan artikel dari Kosmo! Online
Saya dan si gaman pula tidak la kreatif sangat ^_^ Hari perkahwinan kami pada 17 Februari 2007 yang diadakan di kampung halaman saya di Beluran, Sabah ... simple saja tapi tetap meriah dengan kehadiran saudara-mara.  Kejutan yang ada pun ... bila bekalan elektrik terputus sementara sebelum majlis reception bermula.  Bila diingatkan, lucu pula sebab time schoolmate saya kawin dulu pun berlaku kejadian yang sama.  Sekarang ni, orang kampung makin bijak ! siap prepare generator lagi ... ready-ready saja bah takut mati karan kata orang Sabah ^_^




Sunday, 6 February 2011

Sampah tukar dengan WANG

Suratkhabar lama ... Suratkhabar lama ... Apa khabar ^_^
Jangan hairan kalau saya bagitau yang saya ni jenis suka kumpul sampah sejak dari bujang-bujang dulu dan terbawa-bawa la sehingga sekarang ^_^ TAPI sampah-sampah yang saya kumpul tu pun sebenarnya menggunakan Konsep 3R (Reduce, Reuse, Recycle).
Ah Hoi ... Taukeh 3R
Saya fikir, Konsep 3R ni tidak perlu cerita panjang lebar sebab umum sudah mengetahuinya.  Cuma berapa ramai yang mengadaptasikan konsep ini, kurang pasti pula ... yang pasti si gaman pun sudah terjangkit dengan Virus 3R ni ^_^ Jadi sebarkan Virus 3R ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda untuk kelestarian alam.
Petang tadi, kami berjaya menjual sebanyak 45 kilogram suratkhabar lama pada harga RM0.10 per kilogram.  Jadi RM0.10 x 45 = RM4.50 :)

Kalau orang-orang yang tiada penyakit 3R ni, mungkin tengok nilai RM4.50 tu kecil saja ... tapi bagi saya dan si gaman, nilai ni cukup besar sebab kami bukan sahaja berjaya mengurangkan pencemaran alam tetapi juga turut menjana pendapatan pasif ^_^


Saturday, 5 February 2011

Facebook punca perceraian


 Apabila Cinta Lama Bertaut Kembali Di Facebook
Pic from google photo sharing
Pertemuan semula dengan kekasih lama yang dijejak melalui laman sosial facebook menyebabkan cinta lama berputik semula ... jeng ... jeng ... jeng ... bahaya juga facebook ni kan ^_^  Betul la kata orang, soal hati dan perasaan manusia ni memang sukar betul diramal ... anytime boleh berubah bah ... bak kata pepatah, pasir di pantai pun berubah ... inikan pula hati manusia :) ewah ... Opsss ... saya bukan bercerita pasal diri sendiri yer ^_^ saya sebenarnya bercerita pasal  terdapat di kalangan pengguna-pengguna facebook yang CURANG terhadap pasangan masing-masing.

Sebelum ni, tahun lepas ... ingat-ingat lupa, rasanya saya pernah terbaca di Borneo Post Online pasal kes pasangan bercerai gara-gara facebook di Bintulu dan Kuching.  Kalau tidak silap gara-gara perbuatan mendedahkan masalah rumah tangga di facebook ... kira kes perang facebook la agaknya ^_^ ... minta dijauhkan.

Terbaru ... baru terbaca tadi dalam Harian Metro Online, di Kuala Lumpur seorang isteri hilang pedoman apabila lari meninggalkan suaminya untuk tinggal bersekedudukan dengan bekas teman lelakinya.  Menurut laporan itu, dikatakan bahawa lebih mengaibkan, wanita berusia 30-an itu yang membawa bersama anaknya berusia lebih setahun turut menuntut supaya suaminya menceraikannya.

Dasyat juga kan ... dan si suami pula pun bukannya lelaki dayus ... "Bertindak atas laporan suaminya, wanita itu bersama bekas teman lelakinya ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan di sebuah rumah di Shah Alam, Rabu lalu.  Sumber Jais berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, pasangan kekasih terbabit gagal membuktikan mereka mempunyai ikatan sah mengikut hukum syarak apabila disoal siasat."

Pic from google
Pic from google
Sepanjang bulan VALENTINE ni ... kuasa cinta nampaknya semakin menjadi luar biasa ^_^ kerana CINTA itu boleh membuat  seseorang itu bahagia dan tidak kurang  juga ada pula yang terluka.   
PERINGATAN:  Jangan sesekali letakkan cinta di tangan si CUPID ... sebab kadang-kadang panah cinta si cupid pun boleh tersasar ^_^




Friday, 4 February 2011

50 Petanda Serangan Penyakit Angau

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Pada post Refresh semula saat-saat jatuh cinta, saya cuba la konon-kononnya mengukur tahap angau saya terhadap si gaman pada kira-kira 7 tahun lepas.  Daripada 50 senarai petanda serangan penyakit angau ... boleh disimpulkan bahawa saya sihat dan bebas dari penyakit angau ^_^ Jadi betul la apa yang saya katakan sebelum ni, cinta itu suatu yang subjektif dan setiap individu itu mempunyai tafsirannya yang tersendiri.

Saya ada 5 jawapan berwarna kuning menandakan kurang pasti dan 3 jawapan berwarna merah yang menunjukkan saya cukup pasti dengan jawapan diberi.  Sedangkan, kriteria yang diberikan menyatakan "lebih 10 perkara daripada senarai dinyatakan ini menyerang kamu ... ini bermakna anda disahkan menghidapi penyakit ANGAU.  Lebih 20, maknanya kamu memang cukup angau.  Jika lebih 30, ternyata kamu terlampau angau dan sekiranya lebih 40 perkara, itu bermakna yang kamu angau tahap GABAN ^_^ "
Pix from google photo sharing

(: Ukur Tahap Angau Anda :)

1 Seperti ada kelainan dalam dirinya yang mahu kamu selami.  Bukan seperti lelaki-lelaki lain yang pernah kamu temui.  Jawapan:  Tidak perasan pula.

2  Setiap kali teringatkan dia seperti ada yang mengeletek dalam diri. Jawapan:  Hehehehe ... tidak la pula sampai tahap ni.

3  Entah mengapa kamu jadi aneh, suka tertawa dan senyum-senyum sendiri. Jawapan:  Alalala ... ini kes teruk kalau macam ni, saya ok saja.

4  Terlalu kerap mencuri-curi pandang si dia. Jawapan:  aikksss!!! Tidak pernah sempat curi pandang sebab kami jarang jumpa.

5  Kalau matanya tertumpu kepadamu, jantung berdegup kencang.  Tangan tetiba berpeluh. Jawapan:  Tidak pernah perasan direnung ... sebab si gaman pakai cermin mata hahaha...

6  Kalau berdepan dengannya, semua benda jadi tidak keruan dan salah tingkah. Jawapan:  Tidak pernah pula tersalah tingkah sebab kami selalu bersama rakan-rakan lain.

7  Kamu asyik tersasul menyebut nama si dia.  Malah, dah mula berangan-angankan nama anak-anak dengannya nanti.  Jawapan:  Langsung tidak pernah.

8  Ingin selalu berada dekat-dekat dengan dirinya.  Seboleh-bolehnya tidak mahu dia hilang dari pandangan.  Jawapan:  Kurang pasti pula.

9  Kamu suka mengelamun dan jadi kaki berangan.  Jawapan:  Saya bukan jenis yang suka berangan-angan.

10  Asyik sekali berkhayal yang indah-indah tentang kamu dan dia.  Berjalan pun terasa di awangan.  Jawapan:  adoiiii ... Tidak pernah ... hehhee ... melampau la pula kalau sampai tahap ni.

11  Kamu hilang selera makan.  Lapar pun tidak terasa.  Jawapan:  woops!!! Sama sekali tidak pernah.

12  Tiba-tiba kamu disinggahi penyakit insomnia.  Sukarnya mahu lelapkan mata kebelakangan ini.  Jawapan:  Tidur merupakan salah satu yang saya gemari ... pantang kena ganggu time tidur.

13  Diari kamu berisi tulisan-tulisan tentang dia ... dia ... dan dia.  Jawapan:  Saya tidak pernah memiliki diari peribadi.

14  Kalau dulu kamu sering mendengar lagu-lagu rancak, sejak kebelakangan ini sentimental pula.  Jawapan:  Asal lagu best ... layan saja.

15  Kamu jadi cerewet mengenai penampilan diri.  Kalau boleh tidak mahu dia lihat kamu tanpa sepalit solekan atau selekeh.  Seboleh-bolehnya kamu mahu dia melihat kamu cantik-cantik selalu.  Tubuh kamu pula semerbak wangi sampai si dia bersin dibuatnya sebaik sahaja mendekatimu.  Jawapan:  Ya. Tapi sekadar tidak nampak selekeh saja :)

16  Pantang bertemu majalah, kamu membaca ramalan zodiak kamu dan dirinya.  Jawapan:  ... ingat-ingat lupa pula.

17  Dia sepatutnya sudah menelefon tetapi talian tidak berdering dan kamu terus-terusan menunggu.  Pada saat itu kamu sudah jatuh cinta.  Jawapan:  Tidak.

18  Apa sahaja mengenai si dia kamu ingin tahu.  Bukan sekadar nombor telefon, nombor rumah, malah nombor telefon rumah neneknya juga.  Wah, ni melampau tahap gaban ^_^  Jawapan:  Hahaha ... jawapan saya TIDAK pernah sama sekali.

19  Sedaya-upaya kamu mendekati sahabat-sahabatnya.  Mahu mencuri jalan senang mendekatinya lagi.  Jawapan:  Hehehe ... rasanya tidak perlu sebab kawan saya ... kawan si gaman juga.  Kawan si gaman ... kawan saya juga.

20  Diam-diam kamu mengambil gambarnya di telefon bimbit dan dijadikan wallpaper.  Jawapan:  Andudui ... kesian betul, sebab zaman kami dulu-dulu telefon belum canggih macam sekarang ni.

21  Jadi hobi pula mengukir namanya di setiap laman kosong.  Nampak nama pun jadilah ... Jawapan:  Tiada masa untuk benda-benda remeh macam ni.

22  Ada rakan-rakan buat lawak depan kamu pun tapi mata dan perhatian kamu hanya tertuju kepada si dia.  Jawapan:  Tidak, sebab saya ni suka dengar cerita lawak.

23  Ada unsur-unsur berlagak tidak endah bila dia dekat dengan mu, tetapi apabila dia tiada di depan mata kamu berusaha mencarinya.  Jawapan:  Kes macam ni tidak perasan pula.

24  Kamu lebih senang dengan email atau SMS pendek daripadanya berbanding email  panjang atau bingkisan lebar orang lain.  Jawapan:  Zaman kami dulu, 1 SMS 20 sen ... manakala topup credit dan access pula masing-masing RM50 setiap satu.  Semuanya mahal ... jadi lebih baik guna untuk menghubungi keluarga.

25  Kalau si dia menyentuhmu, nak pitam rasanya.  Jawapan:  Hahaha ... teruk la pula kalau sampai macam ni, orang yang jenis macam ni patut jumpa doktor.

26  Dalam telefon bimbitmu, yang tinggal hanya sebarisan SMS daripadanya.  Sedang SMS orang lain mudah sahaja kamu delete selepas sekali membacanya.  Kalau kad memori penuh, kamu sanggup menyalin pesanan-pesanan itu.  Jawapan:  Tiada masa untuk kerja-kerja remeh macam ni ... full inbox delete saja la.

27  Selain sering mengelamun, kamu jadi tidak senang apabila dia dilihat dengan orang lain.  Kamu jadi marah tiba-tiba, tidak senang dan meradang jika ada orang lain memandangnnya.  Jawapan:  Tidak pernah, saya ni dikategorikan sebagai seorang yang sukar untuk cemburu.

28  Setia menunggu dia telefon meskipun dia tidak pernah berjanji mahu telefon.  Belum lagi jika benar menelefonmu, sengih kamu itu melonjak-lonjak kegirangan.  Jawapan:  Kurang pasti pula.

29  Seandainya kamu terbeli dua tiket wayang, hanya nama si dia dalam fikiran dan kamu tidak teragak-agak mempelawanya menemani kamu.  Jawapan:  Zaman tu masih student lagi, jadi duit pun cukup-cukup untuk diri sendiri.

30  Semua temanmu jadi bingung kerana kamu jadi suka kepada hobi yang dibencimu selama ini gara-gara si dia menyukainya.  Jawapan:  Tidak pernah pula tengok mereka bingung.

31  Mulut kamu hanya mengatakan teman, kawan dan kenalan sahaja.  Padahal hati kamu menjerit lain.  Ketika itu kamu berazam membuang perasaan itu dengan delete nombor telefon bimbitnya.  Sayangnya kamu hafal nombor itu.  Jawapan:  Opss ... saya lebih suka berterus-terang.

32  Sebanyak mana kamu pening memikirkan cara bagaimana mengajaknya keluar menonton wayang setelah sengaja membeli dua tiket, di lain masa, kamu juga pasti mencari-cari alasan setiap kali mahu bertemunya.  Jawapan:  Tidak pernah fikir benda-benda macam ni.

33  Terus-terusan manjakan dia.  Kamu sanggup berhabis wang semata-mata membeli hadiah harijadinya.  Pastinya hadiah paling hebat dipilih untuknya.  Termasuklah hadiah Hari Valentine juga, walaupun dia tidak pernah kata kamulah Valentine dia.  Jawapan:  Hehehe ... untuk diri sendiri pun tidak cukup pada zaman tu, apa lagi mau belanja orang lain.

34  Kamu terlalu memikirkan tentang dia sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.  Kamu juga jadi terlampau sensitif dan selalu terbawa-bawa emosi pilu.  Nah, itulah tandanya kamu telah jatuh cinta.  Jawapan:  Tidak pernah mimpi ... tapi pernah satu pagi, pada ketika saya membuka mata ... orang yang pertama saya fikirkan ialah si gaman.

35  Selalu memuji segala hal tentang dia.  Bibir kamu juga tidak lepas-lepas bercerita tentang dia.  Jawapan:  Tersangatlah payah mau memuji orang.  Kalau sekali memuji memang betul-betul ikhlas.

36  Kamu mula memegang semula buku kata-kata indah dan madah cinta.  Juga rajin membeli buku psikologi tentang cinta dan cuba mempraktikkannya.  Jawapan:  Saya bukan jenis yang jiwang-jiwang.

37  Satu senyuman dia buat kamu mengira-ngira 1000 maknanya.  Ingin sekali kamu tahu perasaan dia kala ini apakah sama denganmu.  Jawapan:  Orang senyum ... kita senyum balik la, buat apa buang masa fikir di sebalik makna senyuman itu.

38  Rajin SMS bertanyakan khabar dia.  Kamu juga cuba-cuba sehari tidak menghubunginya, dengan harapan menunggu apakah dia akan memulakan dahulu.  Sekiranya berjaya, sukanya hati kamu tidak terkira.  Jawapan:  Perkara yang paling saya lembab mau buat ... kecuali betul-betul penting dan perlu.

39  Pura-pura meminjam buku padahal kamu tidak memerlukannya langsung.  Kamu juga rela meminjamkan si dia buku padahal kamu belum habis membacanya.  Jawapan:  Zaman tu kami ambil course berbeza, jadi tidak pernah timbul soal-soal macam ni.

40  Mencari alasan baru supaya dapat ke rumahnya walaupun hanya untuk pinjam CD baru.  Jawapan:  CD player pun tiada pada ketika tu, macam mana mau pinjam hehehe.

41  Sebaik sahaja bertembung mata dengannya, wajah kamu merona merah seperti dipanah mentari.  Jawapan:  Tidak pernah pula.

42  Bermati-matian mencari topik supaya bicaramu tidak mati di situ, basi atau membosankan dia.  Jawapan:  Tidak perlu, sebab kami selalu beramai-ramai, jadi topik tidak pernah habis.

43 Mencatat semua tarikh pertemuan, isi perbualan dan segala perihal dirinya dalam diari.  Jawapan:  Ini kerja orang-orang yang jiwang tahap gaban saja ... saya tidak suka benda-benda remeh macam ni.

44 Gelisah apabila dia tidak online di ruang chat Gmail atau YM atau Facebook.  Jawapan:  Zaman tu semua-semua ni belum popular lagi.  Facebook lagi la belum lahir.

45  Jadi teman yang baik dan penuh perhatian saat dia mengalami masalah.  Jawapan:  Tidak pernah pula.

46  Tidak memperdulikan apa jua kekurangan dia.  Jawapan:  Ya.

47  Tidak mampu melupakan dia sekalipun kamu sudah banyak dikecewakan olehnya.  Jawapan:  Soalan yang ni tiada kena mengena pula.

48  Kamu betul-betul sedih kalau dia tiada di sisi kala kamu memerlukan perhatian.  Jawapan:  Tidak perasan pula perkara macam ni pernah berlaku atau tidak pada ketika tu.

49  Kamu jadi wanita paling rajin yang pernah dia temui.  Jawapan:  Saya memang jenis yang rajin.

50  Sekiranya saat membaca artikel ini kamu tiba-tiba teringat kepada seseorang, maka benarlah, kamu sedang jatuh cinta kepada si dia itu.  Jawapan:  Kalau pada 7 tahun lepas saya baca artikel ni, kurang pasti pula apa jawapannya.



Refresh semula saat-saat jatuh cinta


FEBRUARI dan sambutan Tahun Baru Cina merupakan bulan yang paling bermakna bagi kami dua si gaman ... maklumlah kami berkahwin pun pada Tahun Baru Cina yang pada ketika itu jatuh pada 17 Februari 2007.  Siapa sangka, pejam celik pejam celik ... tinggal beberapa hari lagi usia perkahwinan kami genap empat tahun.  

Syukur kerana suka cita dan damai sejahtera dari Tuhan sentiasa mendampingi kami sepanjang tempoh tersebut.  Orang selalu kata, perasaan cinta itu perlu dipupuk setiap hari ... cewahhh ^_^ masuk babak jiwang pula saya ni hehhe ... pada saya, cinta itu sangat subjektif ... setiap individu mempunyai tafsirannya yang tersendiri.  

Memandangkan FEBRUARI juga merupakan bulan VALENTINE, apa kata kita sama-sama mengimbas kembali bagaimana kita boleh jatuh cinta dengan pasangan kita ^_^ hehehe ... ni gerenti ada yang malu-malu kucing.  Tidak perlu malu-malu la ... saya pun mau refresh semula saat-saat yang orang panggil  penyakit angau.  Sejauh mana tahap angau saya pada ketika itu agaknya ^_^ 

(:  50 Petanda Kamu Sudah Terkena Penyakit Angau  :)
Sekiranya, lebih 10 perkara daripada senarai dinyatakan ini menyerang kamu ... ini bermakna anda disahkan menghidapi penyakit ANGAU.  Lebih 20, maknanya kamu memang cukup angau.  Jika lebih 30, ternyata kamu terlampau angau dan sekiranya lebih 40 perkara, itu bermakna yang kamu angau tahap GABAN ^_^  Ukur tahap angau kamu sekarang.

1 Seperti ada kelainan dalam dirinya yang mahu kamu selami.  Bukan seperti lelaki-lelaki lain yang pernah kamu temui.

2  Setiap kali teringatkan dia seperti ada yang mengeletek dalam diri.

3  Entah mengapa kamu jadi aneh, suka tertawa dan senyum-senyum sendiri.

4  Terlalu kerap mencuri-curi pandang si dia.

5  Kalau matanya tertumpu kepadamu, jantung berdegup kencang.  Tangan tetiba berpeluh.

6  Kalau berdepan dengannya, semua benda jadi tidak keruan dan salah tingkah.

7  Kamu asyik tersasul menyebut nama si dia.  Malah, dah mula berangan-angankan nama anak-anak dengannya nanti.

8  Ingin selalu berada dekat-dekat dengan dirinya.  Seboleh-bolehnya tidak mahu dia hilang dari pandangan.

9  Kamu suka mengelamun dan jadi kaki berangan.

10  Asyik sekali berkhayal yang indah-indah tentang kamu dan dia.  Berjalan pun terasa di awangan.

11  Kamu hilang selera makan.  Lapar pun tidak terasa.

12  Tiba-tiba kamu disinggahi penyakit insomnia.  Sukarnya mahu lelapkan mata kebelakangan ini.

13  Diari kamu berisi tulisan-tulisan tentang dia ... dia ... dan dia.

14  Kalau dulu kamu sering mendengar lagu-lagu rancak, sejak kebelakangan ini sentimental pula.

15  Kamu jadi cerewet mengenai penampilan diri.  Kalau boleh tidak mahu dia lihat kamu tanpa sepalit solekan atau selekeh.  Seboleh-bolehnya kamu mahu dia melihat kamu cantik-cantik selalu.  Tubuh kamu pula semerbak wangi sampai si dia bersin dibuatnya sebaik sahaja mendekatimu.

16  Pantang bertemu majalah, kamu membaca ramalan zodiak kamu dan dirinya.

17  Dia sepatutnya sudah menelefon tetapi talian tidak berdering dan kamu terus-terusan menunggu.  Pada saat itu kamu sudah jatuh cinta.

18  Apa sahaja mengenai si dia kamu ingin tahu.  Bukan sekadar nombor telefon, nombor rumah, malah nombor telefon rumah neneknya juga.  Wah, ni melampau tahap gaban ^_^

19  Sedaya-upaya kamu mendekati sahabat-sahabatnya.  Mahu mencuri jalan senang mendekatinya lagi.

20  Diam-diam kamu mengambil gambarnya di telefon bimbit dan dijadikan wallpaper.

21  Jadi hobi pula mengukir namanya di setiap laman kosong.  Nampak nama pun jadilah ...

22  Ada rakan-rakan buat lawak depan kamu pun tapi mata dan perhatian kamu hanya tertuju kepada si dia.

23  Ada unsur-unsur berlagak tidak endah bila dia dekat dengan mu, tetapi apabila dia tiada di depan mata kamu berusaha mencarinya.

24  Kamu lebih senang dengan email atau SMS pendek daripadanya berbanding email  panjang atau bingkisan lebar orang lain.

25  Kalau si dia menyentuhmu, nak pitam rasanya.

26  Dalam telefon bimbitmu, yang tinggal hanya sebarisan SMS daripadanya.  Sedang SMS orang lain mudah sahaja kamu delete selepas sekali membacanya.  Kalau kad memori penuh, kamu sanggup menyalin pesanan-pesanan itu.

27  Selain sering mengelamun, kamu jadi tidak senang apabila dia dilihat dengan orang lain.  Kamu jadi marah tiba-tiba, tidak senang dan meradang jika ada orang lain memandangnnya.

28  Setia menunggu dia telefon meskipun dia tidak pernah berjanji mahu telefon.  Belum lagi jika benar menelefonmu, sengih kamu itu melonjak-lonjak kegirangan.

29  Seandainya kamu terbeli dua tiket wayang, hanya nama si dia dalam fikiran dan kamu tidak teragak-agak mempelawanya menemani kamu.

30  Semua temanmu jadi bingung kerana kamu jadi suka kepada hobi yang dibencimu selama ini gara-gara si dia menyukainya.

31  Mulut kamu hanya mengatakan teman, kawan dan kenalan sahaja.  Padahal hati kamu menjerit lain.  Ketika itu kamu berazam membuang perasaan itu dengan delete nombor telefon bimbitnya.  Sayangnya kamu hafal nombor itu.

32  Sebanyak mana kamu pening memikirkan cara bagaimana mengajaknya keluar menonton wayang setelah sengaja membeli dua tiket, di lain masa, kamu juga pasti mencari-cari alasan setiap kali mahu bertemunya. 

33  Terus-terusan manjakan dia.  Kamu sanggup berhabis wang semata-mata membeli hadiah harijadinya.  Pastinya hadiah paling hebat dipilih untuknya.  Termasuklah hadiah Hari Valentine juga, walaupun dia tidak pernah kata kamulah Valentine dia.

34  Kamu terlalu memikirkan tentang dia sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.  Kamu juga jadi terlampau sensitif dan selalu terbawa-bawa emosi pilu.  Nah, itulah tandanya kamu telah jatuh cinta.

35  Selalu memuji segala hal tentang dia.  Bibir kamu juga tidak lepas-lepas bercerita tentang dia.

36  Kamu mula memegang semula buku kata-kata indah dan madah cinta.  Juga rajin membeli buku psikologi tentang cinta dan cuba mempraktikkannya.

37  Satu senyuman dia buat kamu mengira-ngira 1000 maknanya.  Ingin sekali kamu tahu perasaan dia kala ini apakah sama denganmu.

38  Rajin SMS bertanyakan khabar dia.  Kamu juga cuba-cuba sehari tidak menghubunginya, dengan harapan menunggu apakah dia akan memulakan dahulu.  Sekiranya berjaya, sukanya hati kamu tidak terkira.

39  Pura-pura meminjam buku padahal kamu tidak memerlukannya langsung.  Kamu juga rela meminjamkan si dia buku padahal kamu belum habis membacanya.

40  Mencari alasan baru supaya dapat ke rumahnya walaupun hanya untuk pinjam CD baru.

41  Sebaik sahaja bertembung mata dengannya, wajah kamu merona merah seperti dipanah mentari.

42  Bermati-matian mencari topik supaya bicaramu tidak mati di situ, basi atau membosankan dia.

43 Mencatat semua tarikh pertemuan, isi perbualan dan segala perihal dirinya dalam diari.

44 Gelisah apabila dia tidak online di ruang chat Gmail atau YM atau Facebook.

45  Jadi teman yang baik dan penuh perhatian saat dia mengalami masalah.
 
46  Tidak memperdulikan apa jua kekurangan dia.  

47  Tidak mampu melupakan dia sekalipun kamu sudah banyak dikecewakan olehnya. 

48  Kamu betul-betul sedih kalau dia tiada di sisi kala kamu memerlukan perhatian.

49  Kamu jadi wanita paling rajin yang pernah dia temui.  

50  Sekiranya saat membaca artikel ini kamu tiba-tiba teringat kepada seseorang, maka benarlah, kamu sedang jatuh cinta kepada si dia itu.













Thursday, 3 February 2011

Si Putih & Bunyi Mercun

Kesian si Putih ... sejak dari malam tadi asyik terlari-lari bersembunyi sana sini gara-gara takut dengan bunyi mercun.  Si Putih ni bukan setakat takut dengan bunyi mercun, bunyi petir pun dia takut.   Teringat pula time dia keci-keci dulu ... sampai terberak-berak ketakutan dengar bunyi petir ... mau marah ada ... rasa geli hati ada ... tapi bila tengok keadaan dia, kesian betul.  Pernah sekali ... dalam sekitar tahun 2009, pernah si Putih terberak di atas katil gara-gara bunyi petir yang luar biasa kuatnya.  Masa tu tidak sampai hati juga mau marah sebab bukan si Putih sengaja kan ^_^
Bayangkan semalaman si Putih tidak senang tidur ... pada sebelah petangnya pula bersembunyi di dalam almari dapur.  Hehehe ... pintar juga si Putih ni kan, pandai pula dia buka pintu almari dapur ni untuk dijadikan tempat persembunyian.  Ditarik-tarik keluar pun tidak mau, jadi saya biarkan saja la ... lagi pula almari ni cuma tempat simpan periuk belanga yang boleh dikatakan sebagai arkib ^_^
Sekarang sudah hampir jam 8.00 malam ... si Putih pun sudah tukar tempat persembunyiannya di bawah kusyen pula.  Seharian belum makan lagi si Putih ni ... tengok muka dia ... kesian betul.  Si Putih bukan stess time Tahun Baru Cina saja ... time Hari Gawai ... Hari Raya ... dan Krismas pun si Putih stess tahap gaban gara-gara bunyi mercun.  Konsep 1Malaysia la katakan ^_^ ... sekarang tidak kira apa perayaan sekalipun, bunyi mercun tetap menjadi antara penyerinya.

 

Wednesday, 2 February 2011

Gong Xi Fa Cai 2011 & Tahun Arnab

Pix from google photo sharing
Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina 2011, saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi maklumat mengenai Tahun Arnab yang saya perolehi dari Berita Harian Online.  Masyarakat Cina percaya Tahun Baru Cina tahun ini yang jatuh pada Tahun Arnab daripada jenis ‘arnab logam’, akan membawa berita baik untuk ekonomi dunia.

Difahamkan, mengikut zodiak Cina, Tahun Arnab juga bagus bagi perniagaan dan boleh membawa keuntungan besar tahun ini khususnya yang membabitkan bidang kreativiti. Selain itu, harga hartanah juga akan melambung sehingga ramai orang boleh menjadi kaya.  Di samping itu, diramalkan pasaran saham dalam enam bulan pertama tahun ini adalah lebih baik berbanding enam bulan kedua nanti.   

Berdasarkan astrologi Cina tradisional, 12 haiwan digunakan untuk mewakili setiap tahun mengikut urutan, iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi dengan setiap mempunyai signifikan tersendiri. 

Pix from google photo sharing
Masyarakat Cina juga percaya Tahun Arnab kali ini membawa sinar kebahagiaan kepada hubungan kekasih atau mereka yang sedang menghampiri gerbang perkahwinan.

Bagaimanapun, diramalkan nasib tidak menyebelahi pasangan suami isteri kerana akan berlaku banyak kes kecurangan dalam perkahwinan, terutama menimpa mereka yang dilahirkan pada tahun anjing, kuda dan harimau.  

Selain itu, perkiraan zodiak Cina meramalkan tahun ini bakal menyaksikan banyak pergaduhan berlaku di segenap dunia dan sesama ahli keluarga. 

Dari aspek kesihatan, diramalkan keadaan tidak baik kerana akan berlaku banyak kes influenza seperti batuk dan penyakit berkaitan sistem pernafasan.  

Mereka yang bekerja pula harus lebih bersabar tahun ini berikutan diramalkan banyak dugaan dalam bentuk pergaduhan, kebencian dan gosip atau politik pejabat.  Dalam konteks ini, tahun ini juga bukan waktu yang baik untuk bertukar kerjaya atau kenaikan pangkat.

Bagi pelajar pula, mereka yang dilahirkan pada Tahun Arnab dan ayam diramalkan menghadapi kesukaran untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran, justeru, ibu bapa perlu memberi lebih perhatian serta bantuan tuisyen kepada mereka.

Menurut zodiak Cina, antara sifat positif dimiliki individu yang dilahirkan pada Tahun Arnab ialah peka, bijaksana, berkelakuan baik, senang menerima tetamu, sopan, diplomatik dan berjiwa seni, manakala sifat negatifnya pula tidak tegas, suka berahsia, mudah tersinggung, kompleks, suka menyendiri, suka mengumpat, lurus bendul, pengecut dan mudah terpedaya.

 


Tuesday, 1 February 2011

Panduan pelaburan

Sahkan status syarikat sebelum melabur


Bank Negara (BNM) meminta orang awam mengesahkan status sesebuah syarikat sebelum melabur supaya mereka tidak menjadi mangsa kepada syarikat-syarikat palsu seperti skim cepat kaya yang menyamar sebagai syarikat pelaburan.

Bank pusat dalam senarai panduan mengenai isu-isu kewangan bagi orang awam dan pengguna hari ini, berkata sebelum melabur, seseorang perlu memastikan syarikat tersebut mempunyai lesen sah daripada pihak berkuasa seperti BNM, Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

BNM berkata orang awam perlu berhati-hati dengan sebarang bentuk strategi pemasaran yang menjanjikan pulangan tinggi atau keuntungan tanpa risiko.

"Pulangan tinggi datang bersama risiko tinggi. Pastikan anda mengumpulkan maklumat tambahan mengenai syarikat tersebut," katanya.

Bagi mengesahkan status syarikat-syarikat, orang awam boleh menghubungi BNM di talian 1-300-88-5465, SC (03-62048999/03-62048777) dan KPDNKK (1-800-886-800).

Mengenai perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) atau panggilan gurauan, terutama yang menjanjikan ganjaran tunai besar dengan syarat pemenang perlu membalas SMS itu atau menghubungi balik panggilan, orang awam perlu mengesahkan terlebih dahulu dengan memeriksa dengan BNM dan berhati-hati dengan panggilan sedemikian.

BNM juga memberi amaran kepada orang awam mengenai hadiah dan ganjaran daripada pihak yang tidak diketahui dengan membuka akaun perbankan Internet.

"Ini mungkin satu penipuan. Jika anda telahpun terlibat, hubungi dan buat laporan kepada bank anda dan pihak polis dengan segera untuk tindakan lanjut mereka. Juga sentiasa maklumkan kepada kami," katanya.

Bagi perbankan Internet, pengguna dinasihatkan untuk mengelog keluar dengan betul selepas menggunakan perbankan Internet dan membuang cache memori selepas menyelesaikan urus niaga. - Sumber:  BERNAMA