| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Monday, 14 February 2011

Everyday is Valentine's Day

But today, let's us spread the LOVE with PEACE, RESPECT and HARMONY.



Sunday, 13 February 2011

Happy Valentine's day to All Malaysian Christian

Happy Valentine's day to All Malaysian Christian.  Let's celebrate it with LOVE and RESPECT ! and to whom it may concern, Valentine's Day is one of the western culture but Not CHRISTIAN culture.  Please, know the difference.
Pix from google photo sharing
 
 

Kerajaan selalu PESAN tapi rakyat selalu LUPA

Kerajaan selalu pesan "Jangan buat kenyataan berbaur tuduhan yang menyentuh sensitivi masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini" 
Sumber:  Malaysia Kini
"Penceramah perlu mengkaji ajaran Kristian sebelum menuding jari kepada sesiapa"
 
  


Saturday, 12 February 2011

"Dil To Pagal Hai" Tetap di hati

Saya ni bukan juga peminat setia Hindi Movie, tapi hari ni memang saya nanti-nantikan satu-satunya filem hindi kegemaran iaitu "Dil To Pagal Hai" .  Kalau tidak silap, filem yang dibintangi oleh Shahrukh Khan, Karisma Kapoor, Madhuri Dixit dan Akshay Kumar ni popular sekitar tahun 1997 - 1999.  Bayangkan, sudah lebih 10 tahun filem ni, tapi masih seronok pula tengok pelakon-pelakon dia menari dan menyanyi.  

Selain itu, dalam banyak-banyak filem hindi yang pernah saya tengok, ini la filem yang paling romantis ... penuh dengan konflik cinta dan persahabatan, keliru antara perasaan cinta dan perasaan sayang ... cewah ^_^ biasa la filem hindi sering dipenuhi dengan konflik kisah cinta bersegi-segi.  Kalau tiada CINTA itu bukan filem hindi namanya ^_^

Kekuatan filem ini pada saya, terletak pada tarian dan lagu yang dipersembahkan.  Dulu, masa masih student sampai sanggup beli CD cetak rompak lagi ^_^ gara-gara terlampau suka dengan pergerakan tarian dan lagu-lagu yang menghiburkan.  Apa-apa pun filem ni tetap di hati :)
Pix from google photo sharing




Bila DISCOURAGE saya akan ...

Selalunya, Jumaat merupakan hari yang paling memberi semangat kepada saya ... maklum la esoknya Sabtu iaitu hari untuk bermalas-malas.  Tapi hari Jumaat minggu ini merupakan hari yang membuatkan saya rasa sangat DISCOURAGED selepas menerima satu email yang mendukacitakan.  Bila Jumaat discourage ... maka Sabtu pun hilang mood.  Bila discouraged saya akan menjadi seorang yang suka:


MAKAN sebanyak mungkin.


TIDUR biarpun tidak mengantuk.
google pix

MEMBACA tanpa memahami apa yang dibaca.
google pix

TERMENUNG sambil berfikir.
google pix
  
MARAH tanpa sebab.
google pix

MENANGIS mungkin perkara terakhir yang akan dilakukan.
google pix


Kalau kamu la dalam situasi DISCOURAGE, apa la yang kamu buat?


Thursday, 10 February 2011

Blog Tag Games dari Fadzmie.Met

Sudah lebih 24 jam terkena serangan penyakit NO IDEA, nasib la ada sorang rakan blogger Fadzmie muncul dengan blog-tag games.  At least ada juga benda yang boleh di update di blog MyOnlineDiary ni.

Ngam juga la sebab semua 20 soalan ni perlu dijawab dalam Bahasa Melayu saja ^_^ Nampak senang saja soalan ni tapi bila time mau jawab ... take time juga :)

1. Apakah yang sedang anda lakukan 30 minit yang lalu? 
  • Termenung cari idea update blog.
2. Dua jam yang lalu?
  • Termenung cari idea update blog.
 3. Anda suka?
  • Menulis & membaca.
 4. Minggu lepas?
  • Minggu yang paling menyeronokkan sebab public holiday 4 hari.
 5. Tiga lagu yang anda boleh dengar berulang ulang kali?
  • Tiada lagu favorite pula.
 6. Tiga binatang yang anda tidak suka.
  • Lipas, Kutu & Cicak
7. Lima fakta tentang anda.
  • Menulis - Menulis - Menulis - Menulis - Menulis
8. Tahun depan mungkin
  • Dapat wang besar ^_^
  9. Saya tidak reti
  • Menari.
10. Saya pandai
  •  Membebel ^_^
11. Kawan saya
  • Ramai tidak terkira.
12. Saya ada
  • Si gaman dan si putih :)
13. Saya seorang
  • Pentingkan privasi.
 14. Adik saya
  • My Best Friend
 15. Saya tidak pernah bosan dengan (senaraikan 4)
  • Menulis - Membaca - Ice Lemon Tea - Laksa Sarawak
 16. Bilakah kali pertama anda bercinta?
  • Tidak ingat pula :)
 17. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda.
  • Tidak pandai menari poco-poco.
 18. Saya rindu
  •  Keluarga di Beluran :(
19. Saya tak sabar
  • Tunggu hari Sabtu
 20. Lima laman yang selalu anda layari.
  • Blog sendiri, Facebook, Twitter, Nuffnang, Mangga Ad



Wednesday, 9 February 2011

Penyakit NO IDEA

Lama betul termenung depan laptop ... tapi tiada idea pula mau tulis apa hari ni untuk blog update.  Sorry, hari ni betul-betul NO IDEA :(  Sudah diperah-perah juga otak ni mau cari idea tapi yang keluar cuma NO IDEA.  Jadi, hari ni cuma cerita pasal NO IDEA saja la.  Bila difikirkan, "NO IDEA" ni macam satu penyakit berbahaya kepada blogger pula.  Blog ini sendiri  pernah berpengalaman tidak di update hampir sebulan.  #Anda sebagai blogger, berapa kerap anda diserang penyakit NO IDEA ni? Bagaimana anda mengatasi masalah ini? Kongsi la sikit-sikit ^_^



Tuesday, 8 February 2011

Ketagih Makan Sabun

Banyak juga kes-kes pelik tapi benar di negara kita ni seperti yang sering ditayangkan dalam rancangan Misteri Nusantara di TV3 ... tapi luar biasa pelik lagi kes-kes yang berlaku di luar negara.  Bayangkan ... sabun pun boleh buat orang ketagih, pelik bin heran la.  Kalau di negara kita, orang cuma sibuk-sibuk cerita pasal kes ketagihan  dadah, ubat batuk, gam dan ketagihan air rebusan daun ketum.  Tapi yang ni ketagih sabun ... macam tidak masuk akal pula kan? 

Artikel ni menceritakan mengenai ketagihan seorang gadis berusia 19 tahun yang berasal dari Miami, USA terhadap sabun dan serbuk pencuci.  Tapi tidak pula dinyatakan kesan negatif terhadap kesihatan akibat pengambilan serbuk pencuci dan sabun sebagai makanan.  Sepatutnya, perlu dinyatakan sama ada tabiat ini boleh menimbulkan kesan negatif ataupun tidak ... takut-takut ada pula yang mau mencuba-cuba makan sabun lepas baca artikel ni ^_^ 
Keratan daripada Kosmo! Online


Monday, 7 February 2011

Kejutan yang Romantis

Keratan daripada Kosmo! Online
Tersenyum sendiri bila terbaca artikel ringkas mengenai pasangan pengantin baru ni, kejutan yang dibuat oleh si pengantin lelaki cukup mencuit hati dan romantis.  Pasangan pengantin baru zaman sekarang semakin kreatif ... ada-ada saja gimik yang dilakukan untuk menjadikan hari perkahwinan masing-masing lain daripada yang lain.  
Keratan artikel dari Kosmo! Online
Saya dan si gaman pula tidak la kreatif sangat ^_^ Hari perkahwinan kami pada 17 Februari 2007 yang diadakan di kampung halaman saya di Beluran, Sabah ... simple saja tapi tetap meriah dengan kehadiran saudara-mara.  Kejutan yang ada pun ... bila bekalan elektrik terputus sementara sebelum majlis reception bermula.  Bila diingatkan, lucu pula sebab time schoolmate saya kawin dulu pun berlaku kejadian yang sama.  Sekarang ni, orang kampung makin bijak ! siap prepare generator lagi ... ready-ready saja bah takut mati karan kata orang Sabah ^_^




Sunday, 6 February 2011

Sampah tukar dengan WANG

Suratkhabar lama ... Suratkhabar lama ... Apa khabar ^_^
Jangan hairan kalau saya bagitau yang saya ni jenis suka kumpul sampah sejak dari bujang-bujang dulu dan terbawa-bawa la sehingga sekarang ^_^ TAPI sampah-sampah yang saya kumpul tu pun sebenarnya menggunakan Konsep 3R (Reduce, Reuse, Recycle).
Ah Hoi ... Taukeh 3R
Saya fikir, Konsep 3R ni tidak perlu cerita panjang lebar sebab umum sudah mengetahuinya.  Cuma berapa ramai yang mengadaptasikan konsep ini, kurang pasti pula ... yang pasti si gaman pun sudah terjangkit dengan Virus 3R ni ^_^ Jadi sebarkan Virus 3R ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda untuk kelestarian alam.
Petang tadi, kami berjaya menjual sebanyak 45 kilogram suratkhabar lama pada harga RM0.10 per kilogram.  Jadi RM0.10 x 45 = RM4.50 :)

Kalau orang-orang yang tiada penyakit 3R ni, mungkin tengok nilai RM4.50 tu kecil saja ... tapi bagi saya dan si gaman, nilai ni cukup besar sebab kami bukan sahaja berjaya mengurangkan pencemaran alam tetapi juga turut menjana pendapatan pasif ^_^