| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Tuesday, 22 February 2011

Di mana IMPIAN bertukar menjadi REALITI

 RM1 Juta Untuk Direbut Rakyat Malaysia

Setiap insan pasti akan ada impiannya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, apa yang diimpikan belum tentu dapat dicapai. Ada yang mungkin mempunyai masalah dari sudut kewangan, malah ada juga yang tidak tahu bagaimana hala tuju untuk menggapai impian mereka.

Prihatin dengan situasi tersebut, stesen no. 1 Malaysia, TV3 telah berkolaborasi bersama Telekom Malaysia (TM) dan Dana Belia 1Malaysia (DB1M) dalam menerbitkan sebuah program realiti yang unik, ‘Sejuta Impian’ bagi merealisasikan impian rakyat Malaysia.

Bakal disiarkan mulai 15 Mei 2011, program realiti ini menampilkan satu kelainan apabila tidak seperti program realiti yang sedia ada yang kebanyakannya berkaitan dengan pencarian bintang dalam dunia nyanyian, lakonan mahupun tarian.

Istimewanya program 20 episod ini ialah ia menawarkan insentif bernilai RM1 juta sebagai pencetus semangat dan titik permulaan bagi merealisasikan impian dan hasrat murni masyarakat Malaysia.

“Penglibatan kami di dalam projek ini dilihat sebagai salah satu cara menyambut baik saranan kerajaan dalam memikul tanggungjawab sosial yang telah diamanahkan. Dengan kerjasama dan sokongan padu daripada pihak TM dan rakan di DB1M, Sejuta Impian bukan sekadar sebuah program televisyen tetapi merupakan satu platform positif yang menawarkan insentif berguna kepada belia Malaysia untuk merealisasikan impian dan hasrat terpendam mereka selama ini,”kata Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Ahmad Izham Omar.

“Kami sangat teruja dengan program ini. Tanpa mengira latar belakang dan status individu, asalkan impian yang disarankan berkaitan rapat dengan pembangunan, membawa perubahan besar serta memberi kesan kepada komuniti setempat dan masyarakat, anda semua mungkin merupakan di antara individu bertuah yang terpilih untuk menerima habuan yang ditawarkan.”

Menurut Penerbit Eksekutif, Sunil Kumar, wang RM1 juta bukan diberi sepenuhnya pada seorang pemenang saja, namun kesemua peserta yang terpilih berkemungkinan besar mempunyai harapan untuk mencapai impiannya.

“Setiap episod akan ada dalam lebih kurang lima orang peserta di mana mereka akan berdiri di atas sebuah kotak simbolik dan meluahkan impian mereka. Mereka semua mungkin akan menerima RM20 ribu atau RM5 ribu, tapi semuanya tertakluk pada keputusan juri.”

Setiap episod akan dibahagikan kepada tiga elemen iaitu sesi perkenalan antara peserta dengan juri, sesi penerangan dan impian yang ingin ditunaikan dan akhir sekali keputusan juri.

Barisan panel juri yang bakal memikul tugasan berat untuk menilai dan mengubah kehidupan peserta terdiri daripada individu-individu yang mewakili pelbagai aspek dan bidang industri tempatan termasuklah selebriti tersohor, usahawan berjaya, tokoh politik, ahli academia dan ramai lagi.

Bagi mereka yang impikan impian mereka menjadi realiti, jangan lepaskan peluang untuk menghadiri sesi ujibakat yang akan diadakan tidak lama lagi. Ujibakat terbuka kepada warganegara Malaysia yang berusia tidak melebihi 40 tahun. Bagi mereka yang berusia di bawah umur 18 tahun, anda haruslah ditemani oleh ibubapa atau penjaga ketika hadir di lokasi ujibakat.

Pencarian untuk para peserta ‘Sejuta Impian’ akan diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Johor Bahru pada 5 dan 6 Mac serta Kuantan, Pahang, Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah pada 12 dan 13 Mac.

Lokasi ujibakat di setiap bandar dan kriteria kelayakan peserta akan diumumkan kelak. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang program ini, anda bolehlah melayari laman web rasmi ‘Sejuta Impian’ di www.tv3.com.my/sejutaimpian.

Sumber:  http://www.gua.com.my/hiburan/berita-hangat/RM1_Juta_Untuk_Direbut_Rakyat_Malaysia.html 




Beauty comes at a cheaper price!

MAD Deal of the Day: RM35 instead of RM70 for a Manicure + Pedicure at Jacqs & Jans, Damansara Heights. Beauty comes at a price. But in this case, a cheaper price! Polished nails will match each and every of your 'outfit of the day'. Now grab your handbag, flipflop, call up your bestie and head on over for a pampering session. Grab this MAD deal today! 






Monday, 21 February 2011

Akan Datang! Motif Krusye Terbaru

Kepada para peminat setia seni krusye, nantikan lebih 30 motif krusye yang lebih menarik bakal dikongsikan di dalam ruangan MyCrochet.  Koleksi kali ini lebih menekankan penggunaan benang kait berwarna putih dengan teknik kaitan yang lebih ringkas dan mudah difahami.




Realisasikan Impian bersama Sejuta Impian

Pagi tadi, saya menyegarkan minda dengan sarapan berinformasi yang dihidangkan oleh mStar Online dan dalam banyak-banyak berita, cuma satu artikel menarik perhatian saya iaitu "Sejuta Impian" Penuhi Impian Rakyat Malaysia.

Difahamkan, program realiti Sejuta Impian TV3 ini mendapat kerjasama daripada Telekom Malaysia (TM) dan Dana Belia 1 Malaysia ini menawarkan insentif bernilai RM1 juta bagi merealisasikan setiap impian peserta.  Program ini bakal ditayangkan di TV3 sebanyak 20 episod dan bersiaran selama setengah jam bermula 15 Mei ini pada pukul 7.30 malam.
Sumber:  mStar Online

Lebih menarik lagi, kemasukan ke sesi uji bakat program ini tidak meletakkan sebarang kriteria tertentu.  Sesiapa sahaja boleh menyertai uji bakat tersebut, tanpa mengira latar belakang dan status individu, asalkan impian mahupun hasrat yang disarankan berkait rapat dengan pembangunan dan mampu membawa perubahan besar dan kesan kepada masyarakat.

Penyertaan terbuka kepada semua kaum rakyat Malaysia, berusia tidak melebihi 40 tahun. Mereka berumur kurang 18 tahun, harus ditemani oleh ibu bapa atau penjaga ketika hadir di lokasi uji bakat.

Sebagai permulaan sesi uji bakat akan diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru pada 5 dan 6 Mac dan Kuantan, Kuching dan Kota Kinabalu pada 12 dan 13 Mac.  Lokasi uji bakat di setiap bandar yang terbabit dan kriteria kelayakan untuk sesi uji bakat akan diumumkan kelak.  Bagi yang berminat boleh melayari web rasmi di www.tv3.com.my/sejutaimpian.

Sekiranya, saya mengatakan yang saya mempunyai sebuah impian yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat khususnya kepada golongan wanita yang bergelar suri rumah.   Timbul persoalan "adakah saya cukup YAKIN untuk tampil pada sesi uji bakat tersebut ?"  ^_^




Sunday, 20 February 2011

Special Offer To All LAKSA Lovers

MAD Deal of the Day: RM6 for RM14 worth of Penang Assam Laksa and Any Drink at Sbread, The Gardens. Savour this sour and spicy tingly taste of Assam Laksa at Sbread as featured in The Star. So hurry on over and have a little taste of Penang here in KL and satisfy that belly of yours. Grab this MAD deal today! Share this with your friends today and be rewarded with every purchase!
CLICK HERE to find out more about your favorite LAKSA

MAD - RM6 for Penang Assam Laksa & Drink

  **Sorry, campaign period is now over, and all link has been removed.


Saturday, 19 February 2011

Gaya santai dengan skarf kepala

Buat wanita-wanita anggun yang masih tercari-cari fesyen santai yang mampu menyerlahkan aura kewanitaan, apa kata kita cuba menggayakan headscarf dengan tiga cara berbeza seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah.  Saya pun, tiba-tiba terfikir pula mau beli scarf lepas tengok gambar ni dalam majalah Female edisi Februari 2011.  Tengok teknik, macam senang saja tapi rasanya perlu ada scarf di tangan baru la dapat dipraktikkan.  Selain tu, dapat juga memastikan sama ada fesyen ni sesuai atau tidak dengan bentuk muka.  Kadang-kadang tidak semua fesyen itu sesuai dengan seseorang, silap-silap jadi mangsa fesyen pula ^_^





Friday, 18 February 2011

Tiket Wayang dikatakan membawa MAUT

Pix from google search
Satu fakta yang kurang menyenangkan telah saya perolehi daripada sebuah majalah kekeluargaan.  Fakta ringkas dalam ruangan berbentuk info kesihatan ini menyatakan bahawa "tiket wayang boleh membawa maut !". Fakta menarik ini merujuk kepada salah satu artikel yang diterbitkan dalam jurnal Analytical dan Bioanalytical Chemistry edisi September 2010.  Artikel itu menjelaskan bahawa kandungan bisphenol A (BPA) yang terdapat dalam kertas untuk mencetak tiket wayang mendatangkan bahaya kepada kesihatan individu.

BPA dikatakan boleh menyebabkan kanser, serangan jantung, diabetis, kerosakan saraf dan impotensi sehingga boleh membawa maut.  Selain tiket wayang, difahamkan juga kandungan BPA turut terdapat dalam tisu tandas, resit pembelian, pembungkus piza, makanan dalam tin dan minuman tin! Wah !!! macam mana mau hidup sihat walafiat ni kalau kebanyakan barang-barang makanan dan keperluan harian membawa kesan negatif ?  Warggggghhhhhhhh ... How can we live without all those thing !!!



Tawaran Menjadi JUTAWAN Segera

Sekali lagi saya menerima email yang menawarkan "wang berjuta-juta lemon" daripada pihak-pihak yang tidak dikenali.  Ini bukan kali pertama saya menerima email seperti ini, sudah tidak terkira tapi cuma dua email saja yang saya belum terdelete.  

Sekarang ni, macam-macam teknik digunakan untuk menipu termasuklah pujukan menerusi email.  Sejauh mana kebenaran dua email ini, saya tidak berani pula untuk mencuba nasib ^_^ takut kena heart attack pula kalau betul-betul jadi JUTAWAN segera ^_^

Tapi yang pasti, kita fikir logik la kan ... tiada siapa di dunia ni yang cukup mulia untuk memberikan duit berjuta-juta begitu sahaja.  Pihak-pihak yang memberi derma secara IKHLAS pun memerlukan liputan media, malah turut diserikan lagi dengan majlis penyerahan dengan replika cek yang besar supaya orang ramai boleh tengok jumlah yang sebenar.

Kamu pula, pernah terima email macam ni ka?  Pernah cuba reply?  Selepas itu apa yang berlaku? 


Tawaran Menjadi Pewaris 30% Daripada $8,200,000

Email diterima pada 18 Feb 2011




Murah hati betul Bill Gates & British Government
Email diterima pada 24 April 2009




Thursday, 17 February 2011

Penyu gergasi ganggu majlis perkahwinan

Geli hati betul bila baca cerita mengenai seekor penyu gergasi yang comel dikatakan telah mengganggu upacara perkahwinan yang diadakan di dalam Akuarium Sea Life di London.  Siapa yang ganggu siapa agaknya?  Si penyu ni sebenarnya rasa terancam dengan kehadiran manusia di dalam akuarium tempat dia tinggal.  ATAU, mungkin juga si penyu ingin mengucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU" dengan cara menggigit gaun pengantin ketika sesi menyarung cincin ... malangnya telah disalah anggap pula ^_^  Saya dan si gaman, ketika merancang kawin dulu tidak pula cukup kreatif untuk menjadikan upacara perkahwinan kami pada empat tahun lepas luar biasa seperti pasangan ini ^_^

Sumber:  Kosmo! Online



4th Wedding Anniversary

~ Wedding Anniversary Prayer ~

Heavenly Father, we thank You from the bottom of our hearts for your continued blessings on our union that have enabled us to reach another anniversary. We thank You for letting our love deepen and for helping us in time of trial. We know that without your assistance we would never have remained so close as we are.

We ask You to continue to watch over us, over our homes and families. Help us to renew our vows of love and loyalty and to strive to remain united with You, steadfast in our faith and in your service. Amen.