| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Wednesday, 19 January 2011

Tattoo Expo 2011 - Ekspresi Diri Menerusi Seni Tatu TRIBAL Jepun

Menurut kajian antropologi, penggunaan tatu oleh masyarakat pribumi pada masa dulu dikatakan bertujuan membezakan sesuatu keturunan, puak dan kumpulan serta banyak dipengaruhi oleh mitos pada zaman sebelumnya.  Selain itu, tatu juga dikaitkan sebagai simbol sosial kepada kedudukan, status, kekuasaan dan kekayaan di dalam sesuatu masyarakat itu pada suatu ketika dahulu.

Apocaript
ITU merupakan cerita atau pegangan suatu ketika dahulu, masa KINI tatu dianggap sebagai saluran dan cara untuk menyampaikan perasaan, pandangan serta pegangan hidup seseorang.  Ini bermakna, pada saat anda membuat keputusan untuk memilih sesuatu motif itu, ianya seumpama anda memutuskan untuk meluahkan sesuatu yang terpendam.

Memulakan proses mengukir seni tatu tribal Jepun
Perkara itu merupakan antara yang cuba ditonjolkan oleh para artis-artis tatu yang menyertai Expo Tatu dan Perhimpunan Suku-Suku Kaum 2011 (A Tribal and Tattoo Expo 'Gathering of the Tribes') bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 14, 15 dan 16 Januari lepas.  Expo tersebut turut disertai oleh studio tatu terkenal dari Jepun iaitu Apocaript yang menampilkan Taku Oshima.  

Taku Oshima melakukan demo mengukir tatu tribal Jepun
Apocaript turut mempamerkan pelbagai motif tatu unik yang menggabungkan elemen tradisional Jepun serta eleman moden.  Secara peribadi, saya melihat motif-motif yang dipamerkan di booth ini dikhususkan kepada mereka yang ingin mengekspresikan diri menerusi seni tatu dan bukan untuk golongan yang sekadar mencari keseronokan atau kelainan semata-mata. 






Tuesday, 18 January 2011

Berkongsi khasiat ikan bersama si Putih

"Kucing tidak akan menolak ikan" ... begitu jugalah si Putih.  Si Putih ni, pantang terhidu bau ikan ... gerenti dia menjadi peneman setia saya di dapur.  
Si Putih ni kira kucing yang cukup berhemah dan bersopan santun ... selalunya si Putih mesti tunggu kami dua si gaman makan baru la dia menyibuk minta ikan. 
Dari proses menyiang ikan sampailah digoreng dan dihidangkan ... si Putih tetap setia dan sabar menanti sambil hidungnya menikmati haruman ikan yang sedang digoreng  ^_^
Dalam si Putih lepak-lepak di atas peti sejuk menanti dengan setia makanan kegemaran setiap kucing-kucing di dunia ini ... saya pun sibuk-sibuk juga merakam setia aksi comelnya.
Seekor untuk saya ... seekor untuk si gaman ... dua ekor dan kepala ikan untuk si Putih ^_^
Sekadar ikan kembung goreng saja, si Putih tidak la aggresif sangat ... tapi kalau ada ikan sardin panggang atau goreng ... fuhhh ... aggresif yang melampau sampai menggigit-gigit kaki.  Pasal itu la kami dua si gaman jarang berlaukkan ikan sardin di rumah.
Alang-alang bercerita pasal ikan ... apa kata saya kongsikan antara khasiat ikan yang saya perolehi daripada Majalah Wanita.  Selain kaya protein, ikan juga mengandungi lemak, vitamin dan mineral. Dari segi PROTEIN, ikan mengandungi kandungan protein yang terdiri daripada asid amino penting yang tidak akan rosak walaupun ketika dimasak. 

Kandungan protein pada ikan berbagai-bagai dan ia bergantung kepada kandungan lemak dan airnya. Namun secara umum, ikan mengandungi 13 - 20% protein.  Protein ini dapat membantu pertumbuhan sel otak, sehingga ikan sering disebut makanan penunjang kecerdasan. Difahamkan juga, disebabkan serat proteinnya yang sedikit, ia mudah dicerna oleh tubuh badan biarpun pada bayi sekalipun.  Kandungan kolagen pada ikan juga jauh lebih rendah dari haiwan ternakan lain, iaitu 3 - 5% dari total protein.

Ikan juga sesuai untuk mereka yang mementingkan pengambilan jumlah LEMAK dalam hidangan harian.  Bagi yang bimbang berat badan bertambah, anda tidak perlu ragu-ragu lagi untuk memakan ikan.  Ini kerana, kandungan lemak pada ikan hanya antara 1 - 20% sahaja.  Sebahagian besar daripada kandungan lemaknya itu pula amat berguna untuk tubuh badan kita, antaranya berfungsi untuk menurunkan kadar kolesterol dalam darah.  

Selain itu, ikan dikatakan mempunyai dua kelompok VITAMIN iaitu vitamin larut dalam air seperti vitamin B6, B12, Biotin dan Niasin.  Vitamin ini banyak terdapat pada ikan yang dagingnya berwarna gelap.  Sementara kelompok kedua, vitamin larut dalam lemak iaitu vitamin A dan D yang terkandung pada minyaknya. Kandungan MINERAL pada ikan jumlahnya lebih banyak antaranya magnesium, zat besi, yodium dan selenium.  Jadi banyakkan makan ikan untuk kesihatan ^_^



Tattoo Expo 2011 - Artis Tatu Dari Sabah Bah Ni

Artis tatu yang satu ni nama dia si Pip ... kalau saya nda membuyuk la
Pada Expo Tatu dan Perhimpunan Suku-Suku Kaum 2011 (A Tribal and Tattoo Expo 'Gathering of the Tribes') bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 15 Januari, sempat juga saya menyibuk di booth artis tatu dari Sabah iaitu Jesselton Tattoo & Body Piercing.

Kalau ikut di kad, nama artis tatu ni si Luther Montoyou
Mengikut business card mereka yang boleh diambil tanpa kebenaran pada expo tersebut, Jesselton Tattoo & Body Piercing menawarkan pelbagai kepakaran dalam seni tatu antaranya cover up di mana tatu lama pada bahagian badan boleh disembunyikan dengan ukiran tatu baharu yang lebih menarik.  Selain itu, perkhidmatan untuk touch up atau mewarnakan semula tatu yang telah pudar juga ada.

Siapa-siapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan si Luther ni boleh call dia di 016-8110436
Perkhidmatan lain yang turut ditawarkan oleh artis-artis tatu yang bernaung di bawah Jesselton Tattoo & Body Piercing  ini termasuklah black ink work & colour ink work, potrait & realistic shading, oriental, tribal, custom, traditional, dan macam-macam lagi.




Monday, 17 January 2011

Tattoo Expo 2011 - Seni Tatu Mengukir Lambang Kasih Sayang

Menghabiskan masa hampir 8 jam di Expo Tatu dan Perhimpunan Suku-Suku Kaum 2011 (A Tribal and Tattoo Expo 'Gathering of the Tribes') bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 15 Januari lepas memberikan suatu pengalaman yang cukup berharga.  Secara rambang, kebanyakan pengunjung yang hadir pada expo tersebut terdiri daripada kalangan peminat setia seni tatu itu sendiri, manakala segelintir daripadanya merupakan mereka yang sekadar datang untuk berkunjung untuk memahami dan melihat sendiri bagaimana tatu diukir.

Proses mengukir tatu
Secara diam-diam meminati seni ukiran tatu, expo pada hari tersebut membuka mata saya untuk melihat bagaimana seni tatu itu mampu diexpresikan sebagai lambang kasih sayang yang sukar untuk diungkapkan.  Seorang pemuda yang sempat saya temubual secara tidak formal, Raymond Chooi, merupakan antara yang berjaya menarik perhatian ramai untuk mengikuti sepanjang proses tatu mereka dibuat.

Raymond Chooi menunjukkan potrait bapanya yang telah siap
Pemuda yang berasal dari Taiping, Perak ini menggunakan khidmat artis pakar dalam ukiran potrait dari Circus Tattoos untuk mencacah potrait bapanya pada sebelah kanan dada beliau.  Menurut Raymond, tatu itu merupakan lambang kasih sayang mendalam beliau terhadap bapanya.

Proses menekap lakaran potrait
Sementara itu, seorang wanita yang tidak sempat saya temubual ini menggunakan khidmat seorang artis tatu wanita yang juga pakar dalam ukiran potrait  dari T.N.T Tattoo untuk mengukir potrait seseorang yang sangat disayangi pada lengan kanannya.  Saya percaya, masih ramai di luar sana yang mengaitkan budaya bertatu dengan sesuatu yang negatif seperti jenayah dan gengsterisme.

Memulakan proses mencacah tatu
Bagaimanapun, sebenarnya anda silap kerana seni tatu merupakan suatu seni yang cukup halus dan teliti ini mampu mengekspresikan perasaan pemiliknya tanpa perlu berkata apa-apa.




Sunday, 16 January 2011

Tattoo Expo 2011 - Seni Ukiran Tatu Etnik Iban

Borneo Tattoo Ink
Peralatan membuat tatu tradisional
Borneo Tattoo Ink (John Bosco), Custom Tattoo Studio (Nelson @ Apui) serta Andy Gray atau lebih dikenali sebagai Manang antara yang mengambil bahagian pada Expo Tatu dan Perhimpunan Suku-Suku Kaum 2011 (A Tribal and Tattoo Expo 'Gathering of the Tribes') yang berlangsung pada 14, 15 dan 16 Januari di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). 
John Bosco (kiri) & Manang (kanan)

Pada expo tersebut, ketiga-tiga artis tatu ini berkongsi satu booth yang lebih mengetengahkan seni ukiran tatu etnik Iban.  Bagaimanapun terdapat juga pelbagai motif tatu moden untuk dipilih sendiri oleh peminat seni tatu.  Pada hari kedua expo (14 Jan / Sabtu), booth Borneo Tattoo Ink merupakan antara booth yang popular dan mendapat perhatian dari kalangan peminat tatu. 


Andy @ Manang teliti mengukir tatu
Lebih menarik lagi, kehadiran seorang wanita berumur yang juga merupakan isteri kepada seorang public figure turut datang semata-mata untuk mengukir tatu di kedua belah tangan beliau.
Siap !
Saya percaya kehadiran beliau mampu mengikis persepsi negatif masyarakat terhadap golongan yang bertatu.  Ini menunjukkan bahawa seni tatu pada hari ini tidak hanya untuk golongan muda.

Seni tatu harus dilihat dari sudut yang positif dan ia merupakan lambang peribadi dan bukan untuk menunjukkan kekuatan atau simbol kejahatan seperti yang dianggap oleh kebanyakan orang yang kurang memahami seni tatu itu sendiri.

Selain itu, booth ini turut dikunjungi oleh mereka yang ingin mewarnakan semula tatu yang telah pudar.  Malah ada juga yang membawa lakaran motif tatu sendiri untuk diukir pada bahagian badan mereka.

Bagi mereka yang berminat dengan seni ukiran tatu tradisional Iban, anda boleh menghubungi pemilik Borneo Tattoo Ink, John Bosco di nombor 019-8446999 atau Nelson @ Apui (Custom Tattoo Studio) di nombor 016-8575636.

Nelson @ Apui, mewarnakan semula tatu yang telah pudar






Tattoo Expo 2011 - Acara selingan sepanjang expo

Bersama penari-penari
Jika dalam suratkhabar melaporkan hampir 100 pengunjung ke Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada hari pertama (14 Jan / Jumaat) untuk menyaksikan ekspo tatu ... pada hari kedua (15 Jan / Sabtu) pula, mungkin lebih 200 pengunjung datang bersilih-ganti ... maklumlah hari pertama orang ramai masih ada komitmen kerja ... hari (16 Jan / Ahad) ni pula merupakan hari terakhir, saya percaya lebih ramai lagi yang datang.

Gerai menjual manik
Memandangkan saya cuma berpeluang untuk datang pada hari yang kedua expo, jadi cerita saya pun cuma mengenai pengalaman sepanjang hari tersebut.  Selain berpeluang melihat cara tatu diukir dengan menggunakan teknik moden dan tradisional ... antara yang tidak kurang menariknya, expo turut diserikan lagi dengan persembahan Sape Orang Ulu dan diikuti dengan upacara 'miring' bagi menandakan simbolik perasmian expo pada hari itu. 

Lars Krutak bersama di upacara 'miring'
Selain itu, diadakan juga persembahan tarian Ngajat Bebunoh (tarian tradisional Iban), Kanjet Ngeleput (tarian tradisional Orang Ulu), Rejang Be'uh (tarian tradisional Bidayuh) persembahan lagu Iban, Bidayuh, Belawan dan tidak ketinggalan juga lucky draw dan terdapat permainan tradisional.  Bagaimanapun, saya dan si gaman tidak berpeluang untuk menyaksikan pertandingan tatu ... maklumlah perut sudah lapar ^_^

Persembahan Sape
Bah ... banyak lagi ni pengalaman dan gambar-gambar menarik yang saya akan kongsikan kepada mereka-mereka yang kurang memahami dan mengenali rahsia dan keindahan di sebalik seni ukiran tatu.  Just wait and see my next post ^_^
 

Saturday, 15 January 2011

Tattoo Expo 2011


.. berada di Expo Tatu dan Perhimpunan Suku-Suku Kaum 2011 (A Tribal and Tattoo Expo 'Gathering of the Tribes) seawal jam 11.15 pagi.  Kalau diikutkan acara bermula pada jam 12.00 tengahari tapi terawal pula datang ... apa-apapun yang penting kami sudah dapat tiket ... tunggu lama sikit pun No Problem ^_^ Bukan senang mau dapat peluang macam ni, faham-faham sajalah kehidupan di bandar ni ... sibuk memanjang. 

Untuk pengetahuan, expo ini berlangsung selama tiga hari bermula 14 hingga 16 Januari yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).  Difahamkan juga, expo ini julung kali diadakan dan mendapat kerjasama daripada Biro Konvensyen Sarawak (SCB) yang mempamerkan keunikan dan kepelbagaian seni ukiran tatu daripada Malaysia, Indonesia, Filipina, Jepun, Itali, United Kingdom, Britain dan Ireland, melibatkan 26 gerai pameran.

... sabar menunggu ^_^
Bercakap pasal seni ukiran tatu ni, expo ini sebenarnya bertujuan untuk memperkenalkan dan mengetengahkan seni ukiran tatu yang diwarisi oleh pelbagai suku kaum memandangkan ramai yang kurang memahami keunikan yang tersirat di sebalik seni tatu itu ... Paling PENTING, expo ini yang pasti dapat mengikis tanggapan negatif masyarakat terhadap golongan yang memiliki tatu pada badan mereka.

Untuk makluman, harga tiket dijual pada RM20.00 untuk sehari atau RM50.00 untuk tiga hari, kanak-kanak di bawah 12 tahun FREE.  Mereka yang berada di sekitar Kuching, esok (16 Januari) masih ada peluang lagi untuk mengalami sendiri pelbagai rahsia di sebalik seni ukiran tatu.

Kami dua si gaman, walaupun hanya berpeluang untuk datang pada hari ni saja tapi bukan alang-alang pengalaman yang kami dapat ... rasanya perlu beberapa siri untuk menceritakan kesemua pengalaman sepanjang expo tadi ... pengalaman melihat tatu diukir cara moden dan tradisional ... pengalaman menemubual peminat tatu ... pengalaman dengan artis tatu ... pengalaman  dengan penulis 'Tattoo Hunter' ... pertemuan dengan orang-orang kuat di sebalik penganjuran Konvensyen Tatu Miri ... pengalaman bertatu ... memandangkan hari ni agak letih jadi tidak larat mau cerita dan upload semua gambar-gambar menarik ... jadi TUNGGUUUU ... untuk kisah selanjutnya.   





Friday, 14 January 2011

Macam-macam gelagat di perpustakaan

Nampaknya ... hari ni saya  mau mengumpat pasal perpustakaan saja ^_^ Siapa kata perpustakaan tempat yang sunyi dan tenteram sepanjang masa ??? Ketika ni suasana agak kurang menyenangkan berikutan beberapa gelagat pengunjung yang kurang sensitif atau saya yang terlalu sensitif ^_^

Ada yang datang berkumpulan (student) ... bawa buku tebal-tebal tapi mulut lagi tebal hehehe ^_^ biarpun berkomunikasi secara berbisik tapi kalau beramai-ramai macam bunyi lebah juga.  Inilah antara sebab kenapa saya kurang gemar berkunjung ke perpustakaan ... ditambah lagi dengan bunyi tapak kaki, biasanya orang perempuan la yang pakai kasut atau sandal yang ada heel tinggi sikit.  Saya fikir perlu dicadangkan setiap perpustakaan di negara ini menggunakan lantai yang mampu menyerap bunyi bising.

Selain itu, ada juga yang relax saja bercakap menggunakan HP ... Paling bijak ... ada yang datang semata-mata untuk dating ... Ada yang berpakaian seksi ... tapi sesuai untuk tatapan mata lelaki saja la ... setakat ni belum ada lelaki berpakaian seksi lalu depan mata pula hehehe ... 

Macam mana mau fokus dengan kerja ni kalau banyak gelagat menarik depan mata ^_^



Anda dijemput untuk membuat undian ^_^

Alooo semua,

Sama ada anda tersinggah atau dengan sengaja singgah atau anda memang pembaca setia blog saya .... mmm ... adakah pembaca setia blog saya ni ??? ^_^ Tidak kira la siapa anda, hari ni saya ingin meminta kerjasama anda semua untuk membuat undian bagi soalan polls di tepi sebelah kiri ni saja ... yang warna pink tu.

Mau tau lebih lanjut kenapa saya buat soalan undian ? Sebenarnya saya ni cuma mau tau berapa ramai di luar sana yang mempunyai masalah seperti saya iaitu menganggap perpustakaan tempat yang membosankan.  Kalau ramai pengundi lebih suka membaca di perpustakaan berbanding di rumah dan tempat-tempat lain ... maknanya saya terpaksa la berusaha untuk menyukai perpustakaan. 



Perpustakaan tempat yang membosankan

Hari ni dari seawal jam 9.00 pagi saya akan menghabiskan masa sehingga ke jam 5.00 petang di Perpustakan Dewan Bandaraya Kuching Selatan.  Berkunjung ke sini pun bukan sekadar suka-suka, tapi memandangkan Sarawak Electricity Supply Corporation (SESCO) sudah bagi notis bermula jam 9.00am - 4.30pm berlaku gangguan elektrik berikutan kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan tempat saya bekerja, jadi terpaksa la juga ke perpustakaan untuk melakukan kerja-kerja menulis artikel kemas kini untuk laman web komuniti.

 ... mengantuk tahap GABAN betul ... ditambah-tambah lagi dengan cuaca sejuk + penghawa dingin + suasana sunyi = itulah Perpustakaan.  Sebut saja pasal perpustakaan, memang saya ni sejak dari zaman sekolah-sekolah dulu boleh dikatakan tersangatlah payah mau menjejakkan kaki ke perpustakaan.  Biasanya, saya lebih suka meminjam dan membacanya di rumah ... maklumlah ketika di rumah sesiapapun boleh membaca dengan gaya bebas ^_^

Walaupun saya ni jenis yang suka membaca tapi bukan kategori giuk buku ... perpustakaan bukanlah tempat yang selesa untuk saya menghabiskan masa berjam-jam sekadar untuk membaca.  Berbeza dengan kedai buku ... di kedai buku saya boleh menghabiskan masa berjam-jam lamanya tanpa sedar biarpun sekadar membelek-belek dan membaca sinopsis tanpa membuat sebarang pembelian.

Timbul persoalan pula ... berapa ramai agaknya yang menganggap perpustakaan itu sebagai tempat yang membosankan.  Rasanya, bagus buat polls ... ^_^