| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Sunday, 10 July 2011

Bazar ‘Green Crafts’ RWMF 2011

Gerai kraf Fakulti Seni dan Rekaan UiTM
Masih lagi mengenai kunjungan kami di Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia atau popular dikenali sebagai Rainforest World Muzik Festival (RWMF) pada 8 Julai lepas.  Maklumlah, 7 jam berada di sana jadi terlalu banyak pengalaman untuk dikongsikan antaranya bazar kraf yang disertai oleh beberapa institut pengajian tinggi awam dan swasta.

Bergambar di hadapan gerai kraf UiTM
Memandangkan tema Bazar Kraf RWMF 2011 ialah ‘Green Crafts’, jadi kebanyakan produk  yang dipamerkan menampilkan seni kraf yang diperbuat daripada bahan semula jadi dan bahan kitar semula yang mempunyai nilai dan promosi tinggi.

Permainan menyumpit di gerai UiTM
Kami dua si gaman merupakan produk UiTM, jadi gerai kraf UiTM antara yang wajib dikunjungi.  Selain itu, antara yang turut menarik perhatian kami ialah gerai pameran oleh Fakulti Seni & Rekaan UNIMAS.

Rak gelas yang diperbuat daripada kayu terpakai yang direka sendiri oleh pensyarah fakulti, Louis Ringah (kiri)

Diperbuat daripada besi buruk menjadi sebuah ... mungkin robot :)




Saturday, 9 July 2011

Alunan Muzik Air Memukau Pengunjung RWMF 2011

Gambar kenangan bersama Leweton's Women Water Music
Pernah terdengar mengenai alunan rentak muzik yang dihasilkan menerusi kocakan air?  Itu antara  persembahan paling unik dan menarik yang disajikan kepada para pengunjung di Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2011.  Hebat dan mengkagumkan!

Mereka menjadi tumpuan pengunjung dan media dari dalam dan luar negara
Persembahan muzik air oleh Leweton's Women yang berlangsung selama kira-kira 20 minit di tasik Kampung Budaya berjaya membuatkan setiap yang berada di tepian tasik terpegun.  Sama seperti kami dua si gaman, kebanyakan pengunjung memanfaatkan setiap ruang dan peluang yang ada untuk merakam momen unik ini.

Mula masuk ke dalam air untuk memulakan persembahan
Daripada maklumat yang kami google, mereka ini dikatakan berasal dari kepulauan Vanuatu yang terkenal dengan tradisi yang sangat unik dan jarang dilihat iaitu dipanggil muzik air.

Berdiri dalam air separas pinggang
Berpakaian dalam pakaian tradisional bunga dan daun, mereka masuk ke dalam air setinggi pinggang  dan berdiri dalam barisan dan mula bermain dengan kocakan air. 

Semua tumpuan terarah kepada mereka pada petang tersebut
Air yang dipukul menggunakan tangan dalam tarian berirama badan dan gelombang menghasilkan bunyi yang unik dan hidup.  Jika kebanyakan artis jemputan di RWMF ini membawa dan memiliki alat muzik masing-masing, kumpulan Leweton's Women ini pula hanya menjadikan air sebagai alat muzik mereka.

Setiap kocakan dan gelombang air mengeluarkan bunyi-bunyian yang unik
Gerakan tangan mereka memainkan irama muzik air seumpama seperti melakukan aktiviti membasuh dan mandi.  Bezanya, setiap pukulan, kocakan dan tepukan pada air menghasilkan alunan bunyi yang unik dan bergema dengan bantuan alat pembesar suara.

Alunan muzik air mengiring lagu mereka
Leweton's Women dijadualkan mengadakan persembahan muzik air mereka sepanjang RWMF berlangsung iaitu dari 8 hingga 10 Julai pada jam 3.50 petang hingga 4.10 petang.  Di bawah ini kami kongsikan rakaman video singkat persembahan mereka pada hari pertama RWMF, 8 Julai.  Kualiti kurang memuaskan, maklumlah rakaman dibuat menggunakan kamera digital.

Video Muzik Air Leweton's Women






Friday, 8 July 2011

MyGamanBorneo @ Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia

Gambar Wajib !
Hari ini kami dua si gaman menghabiskan masa kira-kira 7 jam di Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia atau lebih dikenali sebagai Rainforest World Music Festival (RWMF) 2011 dengan tiket percuma yang dimenangi menerusi peraduan RWFM di akhbar Borneo Post.  Tiket percuma bah, siapa yang tidak happy kan ... kan :)

Semua pengunjung yang masuk akan dipasangkan tag pada tangan
Kalau sesiapa yang masih blur blur pasal RWMF, festival ini sebenarnya merupakan acara tahunan yang diadakan di Kampung Budaya Sarawak, Santubong kira 45 kilometer dari bandaraya Kuching.  Untuk rekod, acara ini merupakan salah satu acara yang dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Malaysia.

Kaunter Informasi: Wajib dikunjungi untuk mendapatkan maklumat
Antara yang menarik pada festival ini dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) ini seperti bengkel muzik dan beberapa konsert kecil pada sebelah siangnya (10.00 pagi hingga 5.30 petang), sementara pada malamnya pula berlangsung konsert (7.30 petang hingga 12.00 tengah malam).

Peta lokasi Kampung Budaya
Kami dua si gaman bagaimanapun hanya meluangkan masa pada sebelah siang sahaja.  Sebenarnya, acara pada sebelah siang lebih menyeronokkan kerana kami bukan sahaja berpeluang bergambar tetapi juga berpeluang berbual dengan beberapa artis tempatan dan artis jemputan luar negara yang mengadakan persembahan pada festival ini.  Apa lagi memang keluarlah English patah mematah kami dua si gaman.  Jadi, nantikan pengalaman dan gambar-gambar menarik pada RWMF 2011 yang bakal kami kongsikan pada post yang akan datang.

Aturcara RWMF 2011 pada sebelah malam
Untuk rekod, sumber yang diperolehi daripada Bernama menjelaskan bahawa RWMF telah diundi dua tahun berturut-turut sebagai salah satu daripada 25 festival antarabangsa terbaik oleh majalah muzik terkemuka dunia Songlines yang turut meletakkan Sarawak dalam peta pelancongan dunia.




Thursday, 7 July 2011

Juadah RON97 Buat Perut Tidak Happy

Ice Lemon Tea RM2.00 segelas
"Terperanjat beruk" kami dua si gaman pada petang semalam apabila diberitahu bahawa dua gelas Ice Lemon Tea berharga RM4.00.  Nasib baik tahap terkejut kami tidak mengubah kami menjadi beruk hehehehe ... Kalau duduk di restoran berhawa dingin ok jugalah, tapi ni duduk di kedai makan biasa.

Laksa Special RM5.00
Memandangkan saya ni memang penggemar laksa, jadi bila-bila masa pun boleh makan laksa, tidak kira pagi, tengahari ataupun malam.  Si gaman order nasi campur saja.  Laksa Special yang saya order ni pun boleh tahan juga harganya iaitu RM5.00 biarpun kuantitinya lebih layak pada harga RM4.00.  Wat 2 do la, sudah terlanjur order.  Ini gerenti taukeh kedai ini guna minyak RON97 itu sebab semua makanan di sini agak mahal.  Kesimpulannya, kenaikan harga minyak selalu bikin perut tidak happy ^_^




2 Tiket Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2011

2 Tiket untuk RWMF 2011
Pada post sebelum ini, saya ada bercerita bahawa kami cuma berjaya memenangi satu tiket percuma menerusi kuiz RWMF 2011 menerusi akhbar Borneo Post.  Kini, Yesss!!! ada 2 tiket untuk RWMF 2011 untuk 8 Julai.  Jadi, esok kami dua si gaman berpeluang ke Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2011 buat pertama kalinya.  Acara tahunan RWMF ini akan berlangsung dari 8 hingga 10 Julai di Kampung Budaya Sarawak di Santubong, dekat sini.  Acara ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh STB Leisure & Properties, anak syarikat Lembaga Pelancongan Sarawak (STB).

Difahamkan, sejumlah 22 kumpulan dan artis dari luar negara akan mengambil bahagian dalam festival itu, antara kumpulan yang akan membuat persembahan ialah Startijenn (Perancis), Pacific Curls (New Zealand), Mamak Khadem (Iran), The Blue Canyon Boys (USA), Lisa Haley & The Zydekats (USA), The Shin (Georgia), Iskwew (Kanada), Frigg (Finland), Malick Pathe Sow (Senegal), Agungbeat (Malaysia), Masters of the Sape (Malaysia), Victor Valdez Trio (Mexico/Australia), Ilgi (Latvia), Leweton Women's Water Music (Vanuatu), Kamerunga (Australia), Kissmet (India/UK), Paddy Keenan Trio (Ireland), DuOud (Tunisia/Algeria), Joaquin Diaz (Republik Dominika), Kamafei (Itali), Kenge Kenge (Kenya) dan kumpulan Warsaw Village (Poland).




Wednesday, 6 July 2011

Album BHR Padawan Nature Challenge 2011


Program tahun keempat cabaran eko pelancongan ini merupakan anjuran bersama Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Borneo Highland Resort (BHR).  Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu MPP Chairman Challenge Trophy (Open), Malta Penrissen Summit Trekking Challenge (Open), Batu Panggah Trekking Challenge (Open) dan Kalimantan View Trekking Challeng (Ladies Only).  Program ini juga turut mendapat kerjasama daripada Sarawak Bloggers selaku media online.











































>