| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Wednesday, 31 October 2012

3R: Chopstik Jarum Kait Dua

Hi, selamat hari Rabu semua.  Segmen 3R hari ini, saya ingin kongsikan bagaimana kita boleh kitarsemula chopstik pakai buang sebagai jarum kait (knitting needles).  Idea ini sesuai untuk mereka-mereka yang baharu sahaja hendak berjinak-jinak dalam bidang kait-mengait menggunakan jarum dua seperti saya ♥‿♥

Chopstik bamboo pakai buang
Lagipun harga jarum kait dua ni boleh tahan juga mahalnya.  Jadi setakat beginner macam saya lebih baik pakai chopstik yang diperolehi secara free time tapau mee dari kedai makan.  Caranya cuma rautkan sahaja hujung chopstik sehingga runcing.  Lepas tu gunakan kain kering atau kertas pasir untuk melicinkan permukaan dan hujung chopstik sehingga licin.

Dikitar semula menjadi jarum kait (knitting needles)
Gambar di atas ni menunjukkan hasil jarum kait dua buatan sendiri.  Jadi, bolehlah mulakan sesi pembelajaran mengait menggunakan jarum dua menerusi tutorial di youtube:  Knitting Tutorial for Beginner.

tralaaaaaa .... Jarum Kait Dua FOC ♥‿♥


Tuesday, 23 October 2012

Shopping Online!

Heloooo ... Hi ... Hi ... baru hari ni dapat update blog gara-gara internet line yang jalan macam siput.  Upload gambar pun dekat setengah jam.  Hari ni saya mau barang shopping online dari Turkey yang baru sampai semalam.  Walaaaa ... ini dia benang Acrylic Ecosse Baby.  Berat 100 gram dan punyalah lembut dan gebu berbanding benang acrylic yang biasa saya pakai.

Yeah! sampai juga akhirnya ♥‿♥
Cerita pasal shopping-shopping online, bukan sahaja shopping online, sekarang ni saya pun sudah terjun dan berenang-renang dalam bidang biz online .... cewah ♥‿♥ Maklumlah aktiviti membeli secara online sudah jadi trend yang semakin berkembang di Malaysia.  Mula-mula menjebakkan diri dalam kancah shopping online ni memang ada perasaan ragu-ragu juga tapi setakat ni semua transaksi dan penghantaran berjalan dengan lancar.

Ecosse Baby Acrylic Yarn
TIPS SHOPPING ONLINE??? Saya tiadalah tips yang hebat, cuma sebelum membuat pembelian saya biasanya akan buat research dengan membaca customer feedback dan google maklumat berkaitan website tersebut.  Kalau membeli dari blog atau FB saya akan rujuk pada komen-komen customer.  Selamat shopping-shopping online ♥‿♥

Wednesday, 3 October 2012

3R: Amalan 3R Di Rumah

Saya ni memang salah seorang yang mengamalkan konsep 3R dalam kehidupan seharian walaupun tidak 100%.  Antara amalan 3R yang saya fikir telah saya amalkan sejak berpuluh tahun lamanya ialah ialah menggunakan semula beg plastik terpakai untuk membungkus sampah ♥‿♥

Pembungkus sampah
Mengguna pakai semula botol-botol plastik untuk menyimpan air seperti ni pula rasanya memang amalan 3R paling popular di kalangan kita semua.  Biasanya kalau sudah tidak boleh dipakai, gerenti jumpa tong sampah la semua botol-botol ni sebab di Kuching ni tiada pusat kitar semula yang membeli botol plastik macam pusat kitar semula di Sabah. 

Guna semula untuk menyimpan air
Tapi kali ni saya akan cuba jadikannya pasu untuk menyemai sayur macam idea yang saya dapat selepas berkunjung ke gerai pameran go-go-green pada Ahad lepas.  Sebelum ni pernah tanam dalam bekas botol minyak masak tapi tidak menjadi.  Nanti saya akan gunakan tanah kompos seperti yang mereka gunakan.

Kontena terpakai
Kontena-kontena ni memang banyak dan kebanyakannya sudah saya beri dengan saudara-mara terdekat.  Biasanya orang perempuan saja yang suka simpan benda-benda macam ni, senang sikit kalau ada sesi tapau menapau makanan.  Tidak perlu mengorbankan kontena-kontena yang cantik di rumah.  Paling penting not returnable hehehe ...

Balang kaca
Botol kaca ... saya jarang beli barang makanan dalam botol kaca.  Biasanya beli yang refill saja sebab lebih murah.  Jadi ni sajalah koleksi botol kaca yang ada di rumah ketika ni.  Ni kira mengamalkan konsep 3R juga sebab bahaya buang benda-benda kaca sembarangan nanti boleh mencederakan orang lain.

Bekas botol madu
Botol-botol madu ni kadang-kadang macam menyemakkan dapur saja, tapi tetap disimpan sebab takut ada kegunaannya nanti.  Salah satu daripadanya saya gunakan untuk menyimpan detergent untuk mencuci kain dapur di singki.

Bekas biskut
Bekas-bekas biskut ni pula, saya gunakan semula untuk menyimpan ubat-ubatan.  Hasilnya, dapat menjimatkan ruang dan tidak berselerak.  Bekas-bekas yang lain tu tunggu giliran saja untuk dimanfaatkan ♥‿♥

Kotak sampah bilik tidur
Kotak sampah ni pula antara barang recycle yang paling lama di rumah ni.  Usianya hampir mencecah 6 tahun.  Rasanya ini cukup membuktikan bahawa saya ni memang menerapkan amalan 3R dalam kehidupan seharian ♥‿♥ Kamu orang pula macam mana?


Penutup padlock
Penutup padlock menggunakan botol plastik ni pula merupakan idea kreatif si gaman.  Tujuannya untuk mengelakkan padlock tersebut rosak terkena hujan.  Jadi, sepanjang lebih lima tahun kami menetap di Kota Samarahan ni, selama tu jugalah padlock ni turut mempunyai rumah ♥‿♥

Tuesday, 2 October 2012

Jumpa Duit Tercicir Di Atas Jalan: Kutip atau Tidak?

Kalau kamu ternampak duit walaupun sekecil nilai 1 sen di jalan raya, di kaki lima kedai atau di mana-mana, kamu kutip atau tidak?  Saya akan kutip tapi bergantung juga kepada situasi.  Kalau di tengah-tengah jalan raya, lebih baik jangan sebab nyawa bukan bernilai 1 sen hehehe ...

Koleksi syiling 1 sen
Hari ni saya telah ternampak dan mengutip sekeping syiling 1 sen, ada juga yang sengih-sengih melihat saya.  Mesti dorang kesian tengok saya.  Ada pendapat mengatakan, sekiranya seseorang tu sanggup mengutip duit 1 sen yang tercicir di mana-mana, itu maknanya individu tersebut kedekut ♥‿♥

Bakal menjadi barang antik suatu hari nanti
Kebetulan memang saya dan si gaman suka kumpul syiling 1 sen jadi apa salahnya duit tersebut dikutip, lagipun itu juga rezeki namanya.  Ingat rezeki jangan ditolak, nanti tidak datang lagi dan musuh jangan dicari sebab nanti banyak lagi yang datang hehehe ...

Simpan dalam botol sebagai hiasan
Perkara paling penting ialah duit syiling 1 sen kini sudah tidak dikeluarkan lagi oleh Bank Negara, jadi siapa tahun suatu hari nanti nilai 1 sen ini akan naik nilainya.  Selain tu perlu disimpan juga untuk tatapan generasi akan datang ♥‿♥

Monday, 1 October 2012

Mari Sertai Kempen Go - Go - Green

Selamat pagi Oktober.  Memandangkan saya lahir dalam bulan Oktober, jadi hari ini merupakan permulaan yang baik untuk saya memikirkan, merangka, memulakan dan melaksanakan azam baharu.  Tidak perlu tunggu tahun baru 2013, bulan kelahiran merupakan permulaan terbaik untuk azam baharu.  Tambahan pada senarai 10 azam baharu saya kali ini ialah ingin mengamalkan lebih banyak konsep 3R dalam kehidupan seharian.

Ian M.Carter berkongsi kepentingan konsep 3R
Semalam ketika jalan-jalan cuci mata di Kuching Central sambil-sambil menunggu si gaman sampai dari Saratok, saya tersinggah cuci-cuci mata dan cuci-cuci minda di gerai pameran go-go-green yang dikendalikan oleh Ian M.Carter bersama dua rakannya.

Pameran go-go-green
Banyak juga idea-idea 3R yang saya perolehi di sana, malah terdapat juga idea-idea kreatif yang tidak pernah terlintas difikiran saya sebelum ini.  Menurut Ian, tujuan mereka mengadakan pameran tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang masalah pencemaran akibat barang-barang yang tidak dapat lupus seperti plastik.

Kotak telur sesuai untuk menanam bawang
Langkah mengadakan kempen dan pameran kecil seperti ini juga turut dijadikan sebagai medium untuk mendidik orang ramai supaya lebih sensitif dan menjadi lebih kreatif dalam mengadaptasikan konsep 3R ke arah pemulihan alam sekitar.

Botol plastik dikitar semula menjadi bekas semaian sayur
Walaupun tidak mengamalkan konsep 3R secara 100%, sebenarnya aktiviti kitar-mengitar ni memang salah-satu kegemaran saya .  Selepas melihat gambar-gambar di pameran tersebut, rasanya saya bakal menjadi lebih kreatif lagi dalam mengadaptasikan konsep 3R.

Jadi sebagai sokongan kepada kempen go-go-green ini saya akan cuba memperuntukkan satu entry setiap Rabu untuk 3R.  Ada sesiapa yang mau join satu entry 3R setiap Rabu? Pada Rabu ini saya akan kongsikan konsep Reduce (kurangkan), Reuse (guna semula) dan Recycle (kitar semula) yang saya amalkan selama ini.  So, sehingga berjumpa pada lain entry ♥‿♥

Saturday, 29 September 2012

Buat Duit Online Dengan Berniaga

Monetizing ur Blog. Ini public talk yang saya hadiri pada November 2011 yang lepas bersempena dengan Expo ICT yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching.  Gambar lama dan cerita lama, tapi ada sesuatu yang ingin saya kongsikan di sebalik gambar lama dan cerita lama ni.  

Public Talk pada Expo ICT 2011
Public talk "Monetizing Ur Blog" ni telah dikendalikan oleh dua orang kuat Sarawak Bloggers iaitu Cyril & Kee Man.   Banyak tips yang dikongsikan oleh kedua mereka tentang bagaimana hendak menjana duit secara online menerusi blog.  

Kee Man & Cyril
Rasanya rugi siapa-siapa yang tidak hadir pada hari tersebut sebab hampir semua tips yang diberikan setakat ini berjaya membantu blog http://myhomeniaga.blogspot.com/ dan http://walaikrusye.blogspot.com/ buat duit ♥‿♥ Antara yang dikongsikan ialah cara-cara meletakkan iklan, pemilihan tajuk entry yang menarik, pemilihan media sosial pengiklanan dan beberapa lagi. 

Baby sneakers converse style
Tapi perkara yang paling saya ingat ialah, menurut mereka kebanyakan bloggers yang berjaya menjana pendapatan lumayan menerusi blog sebenarnya adalah blog yang menjual produk.  Jadi untuk dapat income yang lebih umpphhhh ... saya pun terjunlah dalam dunia biz online dengan menjual hasil kraftangan krusye ♥‿♥

Baby Booties
Semua ni tidak berlaku secara tiba-tiba, saya bermula dengan sekadar mencuba-cuba nasib sahaja pada sekitar Mei lepas untuk melihat sejauh mana menjual produk menerusi blog mampu menjana pendapatan.  Tidak sangka pula satu-satunya bakat kraftangan yang saya ada iaitu seni krusye sehingga ke hari ini mampu memberikan pulangan.  Tidaklah beribu-ribu ringgit macam blogger lain, cukup-cukup makan saja bah ♥‿♥

Tote bag
Selepas hampir lima bulan bergiat aktif dalam bidang kait-mengait ni dan setelah mempertimbangkan sambutan customer online yang memberangsangkan ... saya fikir mau pegi register saja biz kait-mengait saya ni secara sah supaya dapat mengembangkan jarum dan benang kait saya di seluruh Malaysia ... cewah!!!

In progress - tempahan 110 facial tissue holder
Lagi pula dalam pembentangan Belanjawan 2013, salah satu insentif yang bakal diberikan di bawah PROGRAM PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT ialah Program Get Malaysian Business Online (GMBO) di mana seramai 50,000 usahawan kecil bakal mendapat geran bernilai RM1,000 untuk membangunkan website.  Jadi wanita-wanita di luar sana, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Ok la, sehingga berjumpa di lain entry ... Selamat berhujung minggu ♥‿♥

** Promosi sikit, kepada sesiapa yang berminat membuat tempahan sila LIKE LIKE LIKE FB page Walai Krusye 

Wednesday, 26 September 2012

Waxed Cotton Cord Untuk DiJual

Harga:  RM15.00 / Small bundle (Tidak termasuk kos penghantaran)

Saiz:  Diameter 1mm
Panjang:  Kira-kira 86 meter / satu bundle kecil

**Untuk projek kraftangan manik.  Ia juga sesuai untuk kraftangan krusye, waxed cotton cord ini sesuai untuk coaster, table mat, bag, purse. 

Email:  home.niaga@yahoo.com
Orange:  Left 4 bundles


Light Blue:  SOLD OUT!


Red:  SOLD OUT!


Indigo/Purple:  Left 2 bundles


Brown: SOLD OUT!


Avocado Green: Left 2 bundles

Tuesday, 25 September 2012

Atasi Obesiti Dengan Haiwan Peliharaan

Gud morning semua! Hari ini ada satu inspirasi gaya hidup sihat yang ingin saya kongsikan terutama kepada mereka-mereka yang mempunyai masalah kegemukan atau obesiti.  Percaya atau tidak, haiwan peliharaan dikatakan mampu mengelakkan kita daripada obesiti.

Menurut info yang saya perolehi daripada sebuah majalah kekeluargaan ini, satu kajian yang dijalankan oleh Center for Physical Activity and Nutrition Research di Deakin University, Australia mendapati bahawa kanak-kanak atau orang dewasa yang memelihara haiwan yang aktif secara fizikal seperti kucing, arnab dan anjing dapat mengurangkan risiko obesiti.  

Difahamkan, ia secara tidak langsung mengelakkan kita daripada terperap dan kurang bergerak.  Jadi selamat mencuba ♥‿♥

Sunday, 16 September 2012

Selamat Menyambut Hari Malaysia

Tahun ini masuk tahun ketiga Hari Malaysia disambut secara rasmi selepas kerajaan mengistiharkan tarikh 16 September setiap tahun sebagai cuti umum sempena sambutan Hari Malaysia.  Untuk rekod, tarikh 16 September setiap tahun merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri dan bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.  Bagaimanapun, bermula pada tahun 2010, tarikh 16 September diistiharkan sebagai cuti am di semua negeri di Malaysia bersempena dengan sambutan Hari Malaysia.  Suatu ketika dahulu, tarikh 16 September ini dipanggil sebagai Hari Pembentukan Malaysia oleh penduduk Sabah dan juga Sarawak.

Saturday, 15 September 2012

Dua Tiket Percuma Tayangan Filem 3D BAIT

Ramai-ramai berbaris panjang dalam suasana harmoni pada sekitar jam 1.30 petang tadi bertempat di di The Springs ni bukanlah untuk makan sushi tapi untuk mendapatkan tiket wayang filem 3D BAIT percuma di kaunter penebusan yang dibuka bersebelahan Sushi King.

Ikut Barisan!
Kaunter penebusan buka pada jam 2.00 petang, tapi ramai dah berbaris panjang.  Si gaman pun join sekali, rugi kalau tidak join sebab seorang dapat dua tiket percuma.  Menariknya, terdapat juga beberapa warga emas yang tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan tiket percuma.

BAIT Jaw Dropping In 3D ... 3D You..
Pemberian sebanyak 500 tiket wayang percuma ini sebenarnya bersempena dengan ulang tahun ke-3 panggung MBO dan ulang tahun ke-60 See Hua Group.  Tayangan pada 11.00 pagi, 22 September bersamaan dengan Sabtu depan ... Yay!!  Jangan jeles ♥‿♥

**Walaupun filem ni sesuai untuk tontonan 18 tahun ke atas, pendapat saya adalah lebih baik warga emas yang mempunyai masalah lemah jantung atau berisiko diserang stroke lebih baik tidak menonton filem 3D ni.  Bukan apa, takut mereka tidak dapat menerima adegan-adegan kejutan dalam filem tersebut ♥‿♥