Siri pertama: 15 Feb 2012 |
Suatu permulaan terbaik untuk tahun 2012 apabila entri blog saya berjudul "Pakej Percutian Mencabar Kampung Semban" menjadi artikel BM pertama yang disiarkan dalam segmen 'Apa Kata Blogger ...' di akhbar Utusan Sarawak sebanyak tiga siri, selama tiga minggu berturut-turut pada Februari yang baru berlalu.
Siri kedua: 22 Feb 2012 |
Ini merupakan projek kolaborasi antara Sarawak Bloggers bersama akhbar tempatan New Sarawak Tribune dan Utusan Sarawak menerusi segmen 'Blogger Says ...' dalam New Sarawak Tribune dan segmen 'Apa Kata Blogger ...' di Utusan Sarawak.
Siri akhir: 29 Feb 2012 |
Perasaan apabila melihat dan membacanya sendiri pada mulanya memang rasa seperti mimpi yang tidak pernah dimimpikan ... cewah. Tapi terus terang, memang saya tersangat-sangat gembira dan teruja. Ini platform terbaik pada tahun 2012 untuk saya terus menulis dan menulis. Terima kasih Sarawak Bloggers!
2 comments:
Uiseh. Ni barulah. Terus masuk suratkhabar oh. Impian ramai bloggers ni. Congrats! ;)
@Fadzmie Mohamad Thanks. ya la ... mcm mimpi jg mula2 tingu ni newspaper.
Post a Comment