| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Showing posts with label Blogging Dari Beluran. Show all posts
Showing posts with label Blogging Dari Beluran. Show all posts

Monday, 18 June 2012

Apa saja bah asal buli dikunik-kunik!

Memandangkan internet pun sudah menjadi satu keperluan pada masa sekarang ... jadi apa saja diusahakan oleh orang kaki online macam saya asal boleh connect dengan internet ^_^

Buli saja bah kalau ko ...
Ini kes blogging dari kedai runcit mama saya di Taman Sungai Labuk, Beluran.  Line internet memang tidak dapat di kunik-kunik biarpun sudah dinaik taraf dengan sekotak drinking water bersama lima tingkat kotak telur ... update ni pun saya buat dari rumah.

Monday, 11 June 2012

Jun 2012: Blogging Dari Beluran

Replika Udang Galah, mercu tanda Pekan Beluran
Saya sekarang blogging dari Beluran dan saya berkesempatan mengambil gambar replika udang galah gergasi yang menjadi mercu tanda daerah Beluran iaitu daerah di mana saya membesar.  Sebut sahaja daerah Beluran, memang semua orang tahu bahawa inilah destinasi untuk mereka yang gemarkan makanan laut segar.  Sebelum kembali ke Kuching pada 23 Jun nanti, saya berharap akan dapat berkongsi lebih banyak cerita dan gambar mengenai Pekan Beluran. 

Tuesday, 3 January 2012

Udang Galah Beluran

Udang galah goreng asam jawa
Kalau saya balik Beluran, gerenti perkara wajib disediakan untuk ditapau balik Kuching ialah udang galah.  Untuk pengetahuan, Beluran memang terkenal dengan hasil tangkapan laut yang segar terutamanya udang galah.  Musim hujan kali ini harganya agak mahal sikit dan saiznya juga agak kecil daripada biasa.  Walau apapun, udang galah dari daerah tempat saya membesar ini "TATAP yang terbaik!".

Siap! Ready for tapau
Biasanya kalau balik Beluran gerenti saya tidak pernah lupa bawa cooler untuk tapau udang galah dan ikan belanak segar bawa balik Kuching.  Tapi kali ini saya tidak terbawa, mungkin gara-gara excited sangat balik Beluran sebab sudah tiga tahun tidak sambut krismas bersama keluarga.

Ikan belanak
Jadi cara terbaik untuk memastikan udang galah dan ikan belanak ini tahan lama ialah dengan memerap kedua-duanya dengan garam dan asam jawa yang mencukupi.  Udang galah dan ikan belanak ini bapa yang tolong perap, sementara saya cuma goreng ikan dan mama tolong goreng udang galah.  Wah ... wah ... hasilnya seperti di atas dan sedia untuk dibawa balik Kuching esok.




Selamat Tahun Baru 2012

Hari ini merupakan hari ketiga bagi bulan Januari 2012, jadi masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua.  Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. 




Saturday, 31 December 2011

Upacara Meluas Tanah Perkuburan

Tanah perkuburan Holy Cross, Kuala Sapi, Beluran
Suatu ketika dahulu tanah perkuburan digambarkan sebagai tempat yang menakutkan dan hanya akan diziarahi untuk menyempurnakan upacara pengkebumian.  Kemudian, upacara 'meluas kubur' atau membersihkan kawasan tanah perkuburan ini dijadikan sebagai aktiviti tahunan di satu-satu perkampungan di mana satu tarikh ditetapkan bagi tujuan tersebut.

menziarah kubur nenek
Di kampung bapa saya iaitu Kuala Sapi, 31 Disember setiap tahun ditetapkan untuk upacara membersihkan kawasan tanah perkuburan.  Dahulu sebelum agama kristian mula berkembang, mereka yang mempunyai keluarga yang telah meninggal dunia percaya dengan meletakkan benda dan makanan yang digemari oleh si mati semasa hidupnya akan menyenangkan roh si mati.

Hujan tidak menghalang upacara kebaktian khas
Kini kepercayaan tersebut tidak lagi diamalkan.  Tanah perkuburan tidak lagi kelihatan bersih hanya pada 31 Disember tetapi kekal bersih sepanjang tahun dengan pengurusan pihak gereja dan sumbangan dana daripada jemaat.  Satu kebaktian khas diadakan di mana semua jemaat yang menziarahi tanah perkuburan akan berdoa bersama dengan dipimpin oleh paderi.  Selain itu, paderi juga turut menyampaikan khubah yang berkaitan.




Friday, 30 December 2011

Keluarga Kami Dan Kedai Runcit

Kedai runcit baharu mama
Saya sekarang masih lagi blogging dari Beluran iaitu daerah dan kampung halaman tempat saya membesar.  Tiada istilah bercuti-cuti Malaysia sekiranya balik ke sini kerana mama dan bapa saya merupakan peniaga runcit kecil-kecilan.  Jadi kepulangan kami adik-beradik ketika cuti krismas merupakan satu berkat bagi mereka kerana kehadiran kami sedikit sebanyak dapat membantu mereka.

Kedai runcit di Taman Sungai Labuk
Berada di sini sejak 19 Disember lepas, memang tiada istilah bermalas-malas dan bersantai-santai.  Setiap hari dipenuhi dengan kesibukan terutamanya saya yang memang rajin dalam soal susun menyusun barang-barang runcit di kedai runcit baharu keluarga kami yang baru dibuka pada 4 Disember lepas di lot kedai perumahan Taman Sungai Labuk, Pelantung.

Kedai runcit di rumah Kampung Keramat 2
Sementara kedai runcit di rumah Kampung Keramat 2 juga masih beroperasi dan kini diuruskan oleh bapa.  Kedai runcit ini kecil sahaja dan cuma menjual barang-barang keperluan harian untuk penduduk di kampung ini.  Walaupun agak kecil tetapi ianya sudah mula beroperasi dan diuruskan oleh mama sejak tahun 1990 lagi.

Kedai runcit di rumah hadapan hospital Beluran, tahun 1983
Seingat saya, kami adik-beradik memang membesar dalam suasana kedai runcit sehinggalah sekarang tinggal mama dan bapa yang masih meneruskan legasi mereka.  Sementara kami adik-beradik, masing-masing mempunyai keluarga dan kerjaya sendiri di Sandakan, Tawau, Tambunan dan saya di Kota Samarahan, Sarawak.  Sekiranya ada peluang, saya juga ingin membuka sebuah kedai runcit ... kunun-kunun ... impian ... cita-cita?




Sunday, 25 December 2011

Selamat Hari Krismas 2011 Kepada Semua

Google Pix
Selamat Hari Krismas 2011 kepada semua semoga Krismas tahun ini penuh berkat berkelimpahan.  Tahun ini saya berkrismas bersama keluarga di Beluran, Sabah.  Tidak sangka, banyak betul perubahan di Beluran dalam tempoh tiga tahun tidak balik berkrismas.  Kanak-kanak semakin membesar, remaja semakin dewasa, dewasa semakin tua. Suasana di Kampung Keramat juga berubah.  Semakin sunyi dan kurang penduduknya kerana kebanyakan mereka berpindah ke PPRT Taman Sungai Labuk, Pelantong yang terletak kira-kira lima minit perjalanan menggunakan kereta.  Perubahan kadang-kala membuatkan kita rindu kepada perkara-perkara lepas yang pernah kita lalui.  Selamat Hari Natal 2011 & Tahun Baru 2012.