| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Thursday, 21 July 2011

Kata-Kata Itu Tidak Mampu Membunuh

Google Pix
Pagi tadi saya terbaca satu blog post bertajuk 'Motivational Killers' iaitu kisah bagaimana kata-kata itu berupaya melemahkan semangat seseorang.  Pengalaman yang dikongsikan telah mengingatkan kembali kepada satu peristiwa yang pernah saya lalui.  Kira-kira dua tahun lepas, saya pernah dilemparkan kata-kata ini "Trust me, kamu tidak akan berjaya dalam hidup! sekiranya kamu masih bersikap seperti ini!" oleh seorang bekas majikan.

Sejenak mengimbas kembali peristiwa itu ... dan pada hari ini saya sangat bersyukur kerana keputusan mempertahankan prinsip dan keluar dari lingkaran pekerjaan tersebut merupakan suatu keputusan yang sangat tepat.  Sekiranya saya berubah sikap, saya akan terus terbelenggu dalam lingkaran  dunia pekerjaan tersebut dan tidak akan berada di sini.  If I am like others ... who will be like me? ^_^




Wednesday, 20 July 2011

Benci Tapi Rindu Versi Paling Lucu

Lagu evergreen "Benci Tapi Rindu" nyanyian asal oleh Diana Nasution ini pernah diberi nafas baru oleh ramai penyanyi terkenal.  Tapi percayalah, inilah video klip versi lagu "Benci Tapi Rindu" yang paling Best dan Mantap! ^_^ Must Watch!



Benci Tapi Rindu

Bukan hanya sekadar penghibur
Diriku ini sayang
Bukan pula sekadar pelepas
Rindumu oh sayang
Sakit hatiku, Kau buat begitu

Kau datang dan pergi sesuka hatimu
Oh... kejamnya dikau, Teganya dikau padaku
Kau pergi dan datang sesuka hatimu
Oh... sakitnya hati, Bencinya hati padamu

Sakitnya hati ini, Namun aku rindu
Bencinya hati ini, Tapi aku rindu




Tuesday, 19 July 2011

Taman Negara Gunung Gading, Lundu

Perjalanan tidak dirancang ke Taman Negara Gunung Gading
25 Jun lepas merupakan kali kedua saya menjejakkan kaki ke Taman Negara Gunung Gading, Lundu.  Kali pertama adalah pada kira-kira 10 tahun lepas bersama rakan-rakan kolej.  Jika 10 tahun lepas  kami dapat masuk secara percuma, kali ini saya, si gaman dan empat rakan lain perlu membayar  tiket masuk RM10 seorang.

Bunga Rafflesia merupakan daya tarikan utama di sini
Taman negara yang terletak di Lunduini merupakan sebuah kawasan perlindungan bagi bunga Rafflesia.  Daripada maklumat yang diperolehi, spesies bunga Rafflesia yang ditemui di Taman Negara Gunung Gading adalah daripada spesies ‘Rafflesia Tuan-Mudae’. 

Rafflesia Trail
Untuk rekod daripada 17 spesies Rafflesia,  hanya tiga spesies bunga Rafflesia terdapat di Sarawak iaitu Rafflesia Pricei, Rafflesia Arnoldi dan Rafflesia Tuan-Mudae. 

Laluan pejalan  kaki
Taman negara ini dibuka bagi orang banyak pada tahun 1994. Taman Negara Gunung Gading dikelola rapi oleh Jabatan Taman Negara untuk memastikan pengunjung mendapat peluang yang terbaik untuk melihat sendiri bunga Rafflesia yang berkembang tanpa memusnahkan kudup bunga tersebut ataupun tumbuhan lain di sekitarnya.

Laluan pejalan  kaki
Taman Negara Gunung Gading juga mempunyai tarikan yang lain untuk aktiviti riadah seperti air terjun, laluan pejalan  kaki, beberapa tempat mandi-manda  serta pemandangan hutan simpan yang indah untuk dikunjungi.

Group photo :)




Monday, 18 July 2011

Mesej Pesanan Ringkas Yang Mencurigakan

Google Pix
Apa perasaan anda sekiranya terbaca mesej pesanan ringkas (SMS) mencurigakan pada telefon bimbit pasangan anda seperti ini:  "Helo yang! semalam aku dah tinggal mesej gambarku yg PERIBADI tu kpd yang ....."  Apa tindakan anda? Mengamuk? Melakukan serangan M16 berpelurukan sumpah seranah? atau COOL saja :)

Kalau mau tau, mesej seumpama inilah yang sering mengganggu kehidupan handphone kami dua si gaman sejak akhir-akhir ini.  Walaupun rimas, tapi kami dua si gaman COOL saja dengan kecurangan handphone masing-masing sebab akhiran pada mesej tersebut berbunyi "... tengoklah dgn taip ON FS dan sms ke 37873".

p/s:  Nombor handphone sekarang ni sudah tiada privacy, macam-macam mesej iklan masuk.



Saturday, 16 July 2011

Gemersik Gesekan Biola Gergaji Cottrell Tassim

Persembahan Cottrell bersama kumpulan Sagan Pio
Walaupun Festival Muzik Hutan Sedunia (RWMF) 2011 sudah seminggu berakhir tapi masih banyak cerita menarik yang belum dikongsikan.  Percaya atau tidak, pada 8 Julai lepas, kami dua si gaman berpeluang untuk melihat dan mendengar sendiri keunikan bunyi yang dihasilkan daripada 'biola gergaji' yang digesek oleh Cottrell Tassim.

Cottrell Tasim (kiri) menggesek gergaji
Membuat penampilan khas bersama kumpulan Sagan Pio, Cottrell Tassim menunjukkan kemahiran menggesek gergaji yang menghasilan bunyi gemersik seperti seruling.  Mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang muzik, difahamkan Cottrell hanya mengambil masa kira-kira dua bulan untuk berlatih bermain muzik menggunakan peralatan pertukangan itu.

Cewah, gambar candid interview dengan Cottrell Tassim lagi ni :)
Menurut Cottrell, dia juga sering menerima undangan membuat persembahan bersama Sagan Pio dan Soul Vide.  Jadi sesiapa yang ingin mengundang beliau membuat persembahan bolehlah menghubungi 013-8256497.  Di bawah ini saya kongsikan video pendek gabungan muzik Sagan Pio bersama gesekan biola gergaji Cottrell Tassim.





Friday, 15 July 2011

iGlool Snow Ice King's Center

iGlool King's Center, 11.00am - 10pm
Mencari tempat lepak paling selesa dan nyaman di Kuching?  IGlool King's Center merupakan tempat yang paling sesuai dan selesa untuk menghabiskan masa seorang diri, bersama keluarga ataupun rakan-rakan.   Hari ini sahaja, saya single trang-tang-tang lepak di sini kira-kira 2 jam 30 minit sementara menantikan si gaman balik kerja.

Chocolate Peanut Snow Ice, RM5.50
Sambil menikmati aiskrim perisa coklat kegemaran, saya juga memang sudah prepare awal-awal bawa laptop untuk melayari internet menggunakan kemudahan Wifi percuma di sini.  Lebih best lagi, tidak perlu bimbang bateri laptop habis sebab terdapat juga kemudahan plug untuk mengecas.  Harga aiskrim? memang cukup berpatutan dengan kemudahan dan keselesaan yang disediakan.

p/s:  Masih tidak puas hati dengan harga RM30.00 yang dikenakan untuk gunting rambut di sebuah salon di King's Center, Kuching.  Harga tidak berbaloi dengan perkhidmatan yang diterima.  Hati sejuk sikit lepas makan aiskrim coklat :)




Thursday, 14 July 2011

Ketahui Mesej Penting Untuk Zon V Wanita

Dapatkan Kotex Fresh Plus liners hari ini!
V-Important Message: Sejauh mana anda sebagai wanita benar-benar mengetahui mengenai zon 'V' anda?  Kebanyakan wanita masih malu berbicara tentang subjek berkaitan seks terutamanya yang melibatkan zon V.  Tak kiralah kamu ini gadis/wanita yang macam mana sekalipun, zon V tu merupakan hak kamu dan kamu harus menyayangi dan melindunginya.

Apabila kamu lebih mengenali tubuh kamu, kamu akan sedar yang sebenarnya ia sangat mengagumkan. Sama seperti kamu, tubuhmu tidak pernah berhenti berubah. Jadi, anda harus berubah dan beri perhatian padanya.






Wednesday, 13 July 2011

Terapi Muzik Sape Tuyang Tan Ngan

Pemain Sape Solo, Tuyang Tan Ngan, berketurunan Cina Sarawak
Berbekalkan tiket percuma yang dimenangi menerusi kuiz peraduan RWMF 2011 Borneo Post, kami dua si gaman cuba memanfaatkan kesempatan yang ada sepenuhnya pada hari pertama Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) Edisi ke-14, 8 Julai lepas.  Antara yang menarik tumpuan kami ialah kelunakan petikan muzik sape yang dimainkan oleh  Tuyang Tan Ngan di sebuah pentas kecil bersebelahan Rumah Etnik Melanau di Kampung Budaya, Santubong ini.

Tuyang bersama CD album Sape beliau
Lebih menyenangkan lagi, pemain sape solo berketurunan Cina Sarawak  yang juga merupakan seorang guru yoga ini tidak lokek berkongsi cerita mengenai muzik sape yang dimainkannya.  Jika pada suatu ketika dahulu sape dimainkan pada upacara penyembuhan kini muzik ini juga sesuai dijadikan sebagai terapi untuk yoga.   Bagi mereka yang ingin memiliki CD muzik sape atau menjemput Tan membuat persembahan sape, boleh hubungi beliau di nombor 016-8904710.

Bersama pemain sape yang terkenal, Mathew Ngau Jau
Pada hari yang sama, kami juga terserempak dengan dua pemain sape terkenal iaitu Mathew Ngau Jau dan Jerry Kamit.  Mathew Ngau yang dikenali sebagai 'Sape Master' di peringkat antarabangsa merupakan antara artis jemputan RWMF.  Beliau turut terlibat dalam bengkel bertemakan 'Are My Roots Showing' di dewan lagenda pada sebelah petang bersama beberapa artis jemputan dari luar negara.

Bersama pemain sape yang terkenal, Jerry Kamit
Sementara itu, kami juga bertuah kerana terserempak dengan pemain sape solo, Jerry Kamit yang juga anggota kumpulan Tuku Kame.  Mereka ini seringkali meraih anugerah muzik di peringkat antarabangsa. 

Alang-alang bercerita mengenai sape, lebih baik saya kongsikan maklumat menarik mengenai alat  muzik ini.  Mungkin ada lagi yang masih kabur-kabur mengenai alat muzik tradisional bertali menyerupai gitar ini.  Ia dihasilkan daripada kayu jelutong dan keruing kerana ketahanan dan bunyinya yang nyaring.  Alat muzik sape sesuai dimainkan secara solo atau berduet untuk menghasilkan kombinasi irama muzik yang lebih indah dan harmoni.

Menurut sumber daripada Utusan Online, Muzik ini dikatakan dipelajari oleh seorang lelaki kaum Kenyah, Anyie Selong yang mendiami Apo Kayan, Hulu Baram ratusan tahun lampau.  Pada suatu hari dia bermimpi melihat seseorang sedang bermain muzik sape yang kedengaran begitu merdu dan indah.

Dalam mimpinya, orang itu menasihatkan Anyie supaya membuat dan bermain muzik sape dengan menambah bunyi dan kemerduan muziknya.  Setelah sedar dari tidur, Anyie melakukan apa yang telah dipesan, maka bermulalah seni persembahan dan penggunaan muzik sape dalam kehidupan Orang Ulu sejak itu.

p/s:  Kami dua si gaman tidak balik dengan tangan kosong daripada RWMF 2011.  Banyak perkara yang kami lihat dengar dan pelajari di sepanjang festival muzik ini.  Nantikan siri seterusnya pada blog post akan datang.




Tuesday, 12 July 2011

BERSIH 2007 + BERSIH 2011 = Pilihanraya Bersih & Adil

Akhir-akhir ini, kebanyakan blog sibuk menceritakan mengenai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menurut persepsi masing-masing.  Ada yang memandang Perhimpunan Bersih 2011 ini sesuatu yang merugikan dan memalukan.  Bagaimanapun, tidak kurang juga yang berpendapat perhimpunan ini sesuatu yang wajar sebagai menyuarakan hak untuk menuntut pilihan raya yang adil.


Untuk rekod, Perhimpunan Bersih pernah diadakan pada tahun 2007 iaitu pada 10 November 2007 dan tidak mendapat permit polis.  Ia dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikatakan turut disertai pelbagai parti pembangkang, yang bertujuan mahu menuntut pilihan raya yang adil.  Perhimpunan itu dilaporkan disertai oleh 100,000 orang.  Sumber: The Malaysian Insider.

Sementara itu untuk Bersih 2011, Pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan bahawa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai akan diteruskan walaupun tanpa permit.  Ternyata, perhimpunan Bersih 2011 yang diadakan pada 9 Julai lepas mendapat sokongan luar biasa daripada rakyat Malaysia yang ingin menuntut pilihan raya bersih dan adil dengan mengemukakan  lapan tuntutan.

Lebih menarik lagi, perhimpunan seumpama ini juga turut diadakan oleh rakyat Malaysia yang berada dibeberapa buah negara luar.  Terbaru, Datuk Ambiga mengajak orang ramai menyertai 'Yellow Saturdays'  iaitu memakai pakaian kuning atau apa sahaja berwarna kuning pada setiap hari Sabtu sebagai tanda sokongan berterusan untuk menuntut 8 perkara BERSIH 2.0.

p/s:  Hari KUNING pada Sabtu.  Adakah kebebasan warna kini tersekat? Kalau pakai kuning pada Sabtu takut kena tangkap.  Saya ada dua baju kuning :)




Bengkel Muzik RWMF 2011

Bengkel muzik 'Mountain Music' di Dewan Lagenda
Bengkel muzik pada Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2011 yang diadakan sepanjang tiga hari bermula 8 hingga 10 Julai lepas merupakan antara aktiviti yang paling menarik.  Pada 8 Julai lepas, kami dua si gaman hanya berkesempatan untuk hadir ke empat bengkel di tiga lokasi berbeza iaitu Dewan Lagenda, Rumah Panjang Iban dan Dewan Teater Kampung Budaya.

Bengkel muzik 'Are My Roots Showing'
Di dewan lagenda, kami menyertai dua bengkel iaitu bengkel 'Are My Roots Showing' dan 'Mountain Music'.  Bengkel 'Are My Roots Showing' dikendalikan oleh pemain sape terkenal, Mathew Ngau bersama beberapa penggiat muzik luar negara antaranya Will Kepa (Kemerunga), James Riley (Paddy Keenan Trio), Andres Enrique Berbis (Victor Valdez Trio) dan Ewa Walecka (Warsaw Village Band).

Para pengunjung duduk santai pada bengkel muzik di Dewan Lagenda
Bengkel 'Mountain Music' pula dikendalikan oleh The Blue Canyon Boys (Gary Dark & Drew Garrett), Frigg (Tero Hyvaluoma & Esko Jarvela) dan Kemerunga (Peter Ella & David Martin).

Bengkel muzik di Rumah Panjang Iban
Manakala di bengkel Femme Fiddles yang diadakan di Rumah Panjang Iban pula kami disajikan dengan gesekan viola yang merdu. Ada di antara mereka yang mengesek viola yang berusia lebih 20 tahun.

Bengkel Femme Fiddle
Bengkel ini dikendalikan oleh lima wanita iaitu Lisa Haley (Lisa Haley & The Zydekats), Sarah Beattie (Pasific Curls), Ilga Reizniece (Ilgi), Ewa Walecka (Warsaw Village Band) dan Alina Jarvela (Frigg).

Bengkel Let Me Rast a Minute di dewan teater kampung budaya
Merupakan salah satu acara berprestij, RWMF merupakan platform terbaik untuk menikmati muzik terbaik di peringkat antarabangsa.  Pada bengkel ini kami dapat mempelajari keunikan, kelainan dan keindahan seni muzik yang ditonjolkan oleh semua penggiat muzik yang terlibat dalam RWMF secara lebih dekat.

Dari kiri: Theodosii Spassov, Hamid Saeidi, Mamak Khadem, Jean Pierre Smadja & Mehdi Haddab
Bengkel 'Let Me Rast a Minute' ini dikendalikan oleh Mamak Khadem (Mamak Khadem & Hamid Saeidi), The Shin (Theodosii Spassov) dan kumpulan Duoud (Jean Pierre Smadja & Mehdi Haddab).  

Bergambar bersama Mamak Khadem & Hamid Saeidi
Berakhir sahaja bengkel, saya tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan dengan dua pemuzik dari Iran ini iaitu Mamak Khadem dan Hamid Saeidi.