| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Sunday, 31 July 2011

Leka Melayari Internet Semasa Bertugas

Google pix
Saya agak tertarik dengan laporan sebuah akhbar online mengenai ramai kakitangan kerajaan menghabiskan masa melayari internet semasa mereka bertugas.  Sekiranya itu merupakan pendedahan yang dibuat di London, adakah sektor kerajaan di Malaysia turut berhadapan dengan situasi yang serupa?

Berdasarkan pengalaman kerja, pekerja di sektor swasta agak sukar mencuri-curi peluang melayari internet untuk tujuan peribadi walaupun pada waktu lunch break kerana sektor swasta bersandarkan profit oriented dan sentiasa cuba meminimumkan expenses.  Malah ada syarikat yang sengaja menyekat beberapa laman web sosial popular daripada diakses menggunakan talian internet pejabat bagi mengelakkan para pekerjanya leka dan melengahkan tugas. 

LONDON - Satu pendedahan maklumat yang dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang kebebasan maklumat mendapati puluhan ribu laman web dilawati oleh para pegawai kerajaan Britain semasa mereka bertugas, lapor sebuah akhbar semalam.  Sebanyak 1,000 laman web tertinggi yang sering dilayari oleh ribuan pegawai kerajaan di ibu pejabat kerajaan di sini sepanjang tempoh lima bulan telah didedahkan berdasarkan peruntukan undang-undang tersebut. Ini menunjukkan para pekerja menghabiskan masa mereka dengan mengemas kini pungutan mata sukan kriket, keputusan loteri, menempah percutian dan mempelajari tarian gelek yang dibayar oleh pembayar cukai.  Antara laman web yang hangat ialah sexymp.co.uk tampil di dalam senarai paling popular itu dengan kunjungan 21,477 kali.

Laman web itu menyenaraikan ahli-ahli parlimen yang mempunyai daya penarik.Senarai paling pelik iaitu preseed.co.uk yang menjual krim pelembap intim berada di kedudukan ke-625 dan dilayari sebanyak 13,295 kali.  Laman web ESPNcricinfo.com turut menjadi pilihan pegawai kerajaan apabila ia dikunjungi sebanyak 346,000 kali.  Turut menjadi pilihan para pegawai kerajaan itu ialah laman web bearsfaction.org.uk yang menerima kunjungan 27,634 kali dan berada di tempat ke-385. Ia merupakan laman web aksi secara langsung terbesar di Britain. Sumber - Kosmo

p/s:  Nasib la sekarang ni broadband dapat dimiliki pada kadar mampu milik, jadi dapat juga surfing di rumah dan di mana-mana saja.  Sekali sekala sempat juga layan internet time kerja tapi kerja tetap beres! :)




Saturday, 30 July 2011

Pameran Orkid Antarabangsa 2011 Kuching

Pameran orkid antarabangsa sempena sambutan Hari Bandaraya Kuching ke-23
Pameran Orkid Antarabangsa 2011 yang diadakan di Taman Orkid Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berjaya menggamit kehadiran orang ramai, penggemar orkid dan juga pelancong asing untuk menyaksikan keunikan dan kepelbagaian spesis orkid daripada 11 buah negara.  Pameran dibuka kepada umum bermula 29 - 31 Julai dan masuk adalah percuma.

Gerbang masuk ke kawasan astana
Program ini dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Bandaraya ke-23 dan telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 27 Julai lepas.  Pameran tersebut disertai oleh penggiat tanaman orkid daripada Brunei, Hong Kong/China, Indonesia, Myanmar, Filipina, Jepun, Taiwan, Thailand dan Papau New Guinea.

Pintu masuk ke taman orkid
Difahamkan, taman yang terletak berhampiran kawasan Astana Negeri Sarawak ini kini mempunyai himpunan 150 spesies orkid termasuk spesies kacukan (hibrid).  Antara spesies kacukan yang terkenal adalah seperti spesies Vanda Taib, Dendborium Laila, Dendborium Memoria Laila, Dendborium Nur Zahirah dan yang terkini ialah kacukan Aranda Raghad Taib.  


Album Pameran Orkid Antarabangsa 2011 Kuching
 

 












Friday, 29 July 2011

Nilai Tanah Sekangkang Kera

Indai membakar rumput kering
Ini bukan kes menantu mendera mentua, tetapi inilah aktiviti senaman pagi saya bersama indai dan apai si gaman di belakang rumah.  Dorang dua ni baru sampai kelmarin/semalam tetapi seawal pagi hari ini sudah tidak dapat duduk diam.

Apai membaja sayur cangkuk manis
Indai sibuk membakar rumput-rumput kering untuk proses menyuburkan tanah sebelum proses penanaman bibit/benih sayur, sementara apai pula membaja sayur cangkuk manis yang segan-segan mau hidup di tepi pagar.

Pembakaran dilakukan untuk proses menyuburkan tanah
p/s:  Kalau tanah sekangkang kera ini bernilai dan dimanfaatkan untuk bercucuk tanam, jadi jangan ditanya kenapa bumiputera Sabah Sarawak tegas dalam memperjuangkan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).




Thursday, 28 July 2011

Wanita Yang Tidak Ber 'perikehaiwanan'


PETALING JAYA - Seorang penjaja wanita, Chow Xiao Wei, 21, didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan menzalimi tiga ekor kucing pada 19 Februari lalu.  Tertuduh mengaku bersalah di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.  Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan zalim memukul, menendang dan menyakiti tiga ekor kucing antara pukul 4.25 hingga 5 petang pada 19 Februari lalu di depan sebuah gerai di Pasar Seri Kembangan dekat sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44(1) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda RM400 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.  Tertuduh tidak diwakili peguam bela.  Sebelum ini, video yang diperoleh daripada rakaman kamera litar tertutup berhampiran tempat kejadian dimuat naik di laman sosial Facebook tersebar luas menunjukkan tertuduh menzalimi kucing berkenaan - Kosmo

p/s:  Denda RM400 terlalu ringan untuk kesalahan menzalimi haiwan.  Kalau boleh wanita ini patut dihukum melakukan kerja khidmat sosial di pusat perlindungan haiwan supaya dapat disemai nilai-nilai "keperihaiwanan" untuk menyayangi haiwan-haiwan terbiar seperti kucing dan anjing.




Kasi Gegar SABTU Ini Dengan Celcom PURPLE!

Masih belum terlambat untuk merebut peluang berada di tengah-tengah kemeriahan parti XPLAY bertempat di Opera, Sunway Pyramid pada 30 Julai 2011 bersamaan Sabtu ini.  Dapatkan segera PAS PERCUMA untuk menyaksikan gegaran muzik daripada  Funky Kopral, Estranged, Project Pistol, Wicked Aura, Matt Alfords & MC Vibe!! di Xpax Facebook Fan Page.  *INGAT!!! Hanya untuk mereka yang berumur 21 tahun ke atas sahaja akan dibenarkan masuk.  Klik poster di bawah untuk  mendapatkan maklumat lanjut.


p/s:  Jauh sangat pula, kalau dekat-dekat Kuching dapat juga tengok Project Pistol & Estranged :)




Wednesday, 27 July 2011

Mati, Hidup Semula & Mati Semula

Di Johannesburg, Afrika Selatan seorang lelaki mendapati dirinya berada di dalam peti sejuk sebuah rumah mayat apabila tersedar hampir sehari selepas keluarganya menyangka dia sudah meninggal dunia. Lelaki berkenaan dikatakan tersedar pada tengah hari Ahad lepas, 21 jam selepas dia dibawa ke rumah mayat berkenaan selepas keluarganya menyangka dia sudah mati akibat serangan asma.  Selain itu, hasil pemeriksaan juga mendapati tiada denyutan nadi dan degupan jantung pada tubuh lelaki itu ..... Namun, hampir sehari selepas pekerja rumah pengebumian itu memasukkan lelaki itu ke dalam peti sejuk mayat dan menguncinya, mereka terdengar seseorang menjerit meminta tolong.  Pemilik rumah mayat tersebut yang ketakutan, bertindak menelefon polis.  Mereka kemudian membuka peti sejuk mayat itu dan mendapati lelaki tersebut masih hidup.  Dia dihantar ke hospital untuk pemeriksaan sebelum dibenarkan pulang.  Sumber: Kosmo

Teringat pula kisah-kisah yang pernah  saya dengari daripada orang tua-tua mengenai mayat hidup.  Salah satunya ialah cerita mengenai seorang lelaki yang mati dan hidup semula bagaimanapun mati semula akibat dibelasah oleh penduduk kampung yang memikirkan lelaki itu bertukar menjadi rogon atau hantu dalam bahasa Dusun.

Satu lagi cerita ... ini versi yang si gaman ceritakan iaitu mengenai  mayat seorang penghuni rumah panjang yang sudah dimasukkan ke dalam keranda.  Bunyi ketukan dan jeritan dari dalam keranda menyebabkan penghuni lain takut dan proses pengkebumian dipercepatkan.

p/s:  Bila difikirkan pada zaman serba moden ini, mungkin kedua-dua orang dalam cerita tersebut masih hidup tetapi terpaksa mati semula berikutan orang dulu-dulu lebih percaya kepada cerita-cerita hantu bangkit.




Tuesday, 26 July 2011

Proton Saga FLX Generasi Terbaru Saga

Saga FLX generasi terbaru Saga
Proton Holdings Berhad (Proton) hari ini mula melancarkan generasi terbaru Saga iaitu Saga FLX bagi memberi lebih pilihan kepada penggemar model kenderaan keluaran Proton.  Penampilan Saga FLX kali ini lebih menarik apabila tampil dengan sentuhan terbaru teknologi terkini transmisi pemboleh ubah berterusan atau dikenali sebagai continuously variable transmission (CVT) yang menjadikan pemanduan lebih lancar serta memberikan prestasi keseluruhan lebih cekap.

Selain tahap penggunaan petrol Saga FLX bagi setiap kilometer yang lebih cekap, Saga FLX juga direka khas untuk pemanduan yang lebih selesa dan selamat dengan menampilkan ciri keselamatan lebih baik seperti Sistem Antikunci Brek (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EDB), selain beg udara keselamatan berkembar untuk pemandu dan penumpang depan.

Kunjungi bilik pameran Proton Edar Sdn Bhd dan Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) di seluruh negara bermula hari ini atau dapatkan lebih banyak info di sini www.epicsaga.com.my




Monday, 25 July 2011

Awas! Link Jahat Di Facebook

Google Pix
Pernahkah anda ter'KLIK' atau dengan sengajanya meng'KLIK' pautan-pautan di laman web atau video yang menggunakan imej-imej seksi berbaur seks ketika melayari laman sosial kegemaran seperti Facebook?  Kemudian apabila diklik tiada apa yang berlaku, sebaliknya secara automatik akaun FB anda pula menyebarkan link tersebut.  Sebenarnya tanpa disedari, anda telah diserang dengan aktiviti phishing.   

Phishing adalah cubaan untuk mendapatkan maklumat sensitif pengguna yang dimasukkan ke dalam komputer peribadi tanpa disedari.  Link-link ringkas itu dianggap berniat jahat kerana ia akan membawa pelayar Internet ke laman web yang berbeza seperti dipaparkan, manakala destinasi sebenar link tersebut disembunyikan daripada pengetahuan pelayar Internet. 

Kebanyakan link tersebut menggunakan paparan dan imej yang seksi bagi menarik pelayar Internet supaya mengklik link ringkas tersebut.  Terdapat dua jenis link yang sering dipapar dalam laman sosial atau sesawang seseorang itu.  Kedua-duanya bersifat mengelirukan dengan paparan wanita seksi atau berbentuk soalan kuiz tetapi berbeza tahap bahaya.  

Salah satunya adalah semata-mata bertujuan untuk pengiklanan sahaja. Ia dapat dikesan apabila arahan akhir yang diberi adalah memasukkan nombor telefon sebagai pengesahan.  Pautan itu dilakukan oleh syarikat-syarikat yang dianggap sebagai kreatif memanipulasi orang ramai supaya melawat laman web mereka.  Link sebegitu dikatakan tidak akan merosakkan atau mendatangkan bahaya kepada pengguna jika ditekan berbanding dengan jenis pautan yang lagi satu. 

Pautan kedua dianggap merbahaya kerana ia menyebabkan gangguan Adware walaupun masih menggunakan teknik yang sama sebagai tarikan.  Link tersebut boleh dikesan apabila setiap kali pelayar Internet menekan butang pautan untuk menonton video atau sebagainya tetapi, tiada apa yang berlaku.  Malah, dalam sesetengah pautan, ia mengkehendaki pengguna memuat naik perisian atau fail dengan alasan jika menonton video akan menjadi lebih cepat.

Serangan Adware sangat berbeza dengan virus, ia tidak akan memberi kesan kepada komputer atau telefon bimbit tetapi, berkemampuan mengumpul semua data yang pengguna masukkan.  Data-data seperti kata laluan untuk Log In laman sosial, kata kunci, nombor akaun bank yang lebih dikenali sebagai Cookies boleh dikumpul dan dihantar kepada individu yang mencipta link tersebut.

Pengguna dinasihat supaya berhati-hati dengan arahan memuat naik fail yang mempunyai nama domain .exe dan .bat kerana apabila sesuatu perisian secara tidak sengaja dipasang, pengambilan data menjadi lebih mudah.  Serangan Adware boleh dikesan apabila setiap kali laman web dibuka, amaran Pop-up akan muncul.  Sumber: Kosmo




Sunday, 24 July 2011

Hanya Tuah Ayam Nampak Di Kaki

Peraduan Pasaraya Grand Supermart, Kuching
"Tuah ayam nampak di kaki, tuah peluang memenangi hadiah menerusi Peraduan Beli & Menang Grand Supermart tiada siapa yang tahu"... cewah.  Sebenarnya, kami dua si gaman ni bukan rajin sangat mau isi borang-borang peraduan seumpama dan sewaktu dengannya seperti ini.  Tapi tidak salah meluangkan sedikit masa untuk mencuba, mana tau boleh menang mana-mana hadiah ^_^

Hadiah utama Perodua Viva
Pelbagai hadiah menarik ditawarkan dalam peraduan ini dan hadiah utamanya ialah sebuah kereta Perodua Viva seperti gambar di atas.  Lain-lain hadiah menarik tidak sempat saya mau cek sebab mata asyik tertumpu kepada hadiah  utama ini.




Saturday, 23 July 2011

Si Wira anak Sedan Buat Perangai Lagi

Masuk bengkel lagi
Dalam bulan Julai ini sahaja, sudah dua kali kereta kesayangan kami dua si gaman iaitu si Wira anak Sedan ini sakit.  Faham-faham sajalah, usia semakin lanjut jadi banyak organ-organ dalaman si Wira sudah expired.  Hari double trouble si Wira anak Sedan pada 1 Julai lepas sudah cukup bikin dompet jadi slim dan kepala jadi pusing.

Kos kipas + service = RM130.00
Pada 1 Julai lepas 'alternator' dan barteri kereta yang rosak.  Kali ini cooling fan pula telah bersara  tanpa notis daripada menjalankan tanggungjawabnya pada Jumaat, 22 Julai lepas.  Harga kipas  yang hanya sebesar pinggan itu sahaja sudah RM100.00, sementara service RM22.00 dan RM8.00 untuk minyak clutch dan brek.  Bulan Julai sahaja, kos pengurusan si Wira anak Sedan secara keseluruhan melibatkan pembayaran insurans + cukai jalan + kerosakan mencecah RM954.67.

p/s:  Lepas ni fikir mau buka akaun khas untuk si Wira anak Sedan memandangkan dia ni suka sangat buat perangai setiap kali tiba masa untuk membayar insurans dan cukai jalan.