| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Sunday, 14 August 2011

Menangi RM10,000 Dengan NescafeChilllah

Apa yang ada boleh lakukan dengan RM10,000?
Masih belum terlambat! Kepada Penggemar NESCAFE seluruh Malaysia, ini merupakan saatnya untuk anda merebut peluang memenangi RM10,000 menerusi pertandingan NescafeChilllah.  Serlahkan bakat seni yang terpendam dengan membuat design tin minuman Nescafe mengikut citarasa anda sendiri.  Bayangkan sekiranya anda menjadi pemenang utama untuk pertandingan ini, design anda akan menjadi feature kepada tin minuman Nescafe edisi terhad yang akan diedarkan ke seluruh negara.  Jadi apa tunggu lagi, Klik Chilllah dengan Nescafe!  untuk menghantar design anda.




Saturday, 13 August 2011

Senyuman Mangkuk Laksa Sarawak

Senyuman Mangkuk Laksa
Pagi tadi, dalam keadaan sakit gigi pun sempat juga  saya bawa si gaman singgah untuk breakfast laksa sarawak kegemaran kami di Thompson Corner, Tabuan Jaya.  Macam yang pernah saya ceritakan, dalam seminggu WAJIB sekurang-kurangnya sekali makan laksa di sini.  Kalau tidak, memang rasa hidup tidak sempurna konon-kononnya ^_^

Laksa Medium RM5.00
Bila sekali seminggu makan laksa, maknanya kenalah order yang mangkuk medium berharga RM5.00 semangkuk.  Itu taukeh pun memang sudah tersangat-sangat kenal 'muka laksa' kami dua si gaman, cuma sebut "Taukeh, laksa dua lima" (maksudnya, laksa RM5.00 dua mangkuk) gerenti dia faham punya.

p/s:  Gigi tidak dapat dicabut menggunakan kaedah biasa :( saya dinasihatkan merujuk kepada Klinik Pergigian Kerajaan untuk menjalani pembedahan kecil.  Nampaknya, terpaksa bergantung kepada pain killer saja la sehingga Isnin :(




Friday, 12 August 2011

Cuti Blog Walking Sebab Sakit Gigi

Google Pix
Buat rakan-rakan blogger sekalian, dimaklumkan pada minggu ini saya tidak dapat mengadakan sesi Saturday Night Blog Walking berikutan serangan sakit gigi sejak kelmarin :(  Bagaimanapun,  sesi blog walking akan dibuat selepas rawatan dan cabutan ke atas gigi pencen selesai esok.

p/s:  Perasaan takut-takut sebab lama sudah tidak cabut gigi.  Kali terakhir gigi geraham saya dicabut adalah menggunakan kaedah pembedahan pada tahun 2002.




Thursday, 11 August 2011

Jika Diberi Peluang Kedua Untuk Hidup

Lagi mengenai kes lelaki 'mati hidup semula'.  Jika pada blog post sebelum ini saya berkongsi mengenai  kes seorang lelaki di Johannesburg, Afrika Selatan yang mati dan hidup semula, kali ini kejadian yang serupa berlaku pada seorang lelaki warga emas di Sibu, Sarawak.  Ada yang beranggapan kejadian ini melibatkan kecuaian pihak hospital, tapi mungkin betul lelaki ini sudah meninggal dunia bagaimanapun Tuhan telah memberi dia peluang kedua untuk meneruskan hidup.

SIBU: Seorang pesakit lelaki dalam lingkungan umur 50-an yang dikatakan meninggal dunia terpaksa diusung keluar dari bilik mayat selepas nadinya didapati masih berdenyut.  Insiden menggemparkan itu berlaku sekitar jam 4 petang kelmarin di Hospital Sibu apabila pesakit yang berasal dari sebuah rumah panjang di Kanowit, 60 kilometer dari sini, dikatakan telah menghembuskan nafas terakhirnya semasa berada di wad Unit Rawatan Rapi (ICU).  Menurut sumber yang juga saudara-maranya, berita tentang kematian pesakit tersebut telah dimaklumkan kepada ahli keluarga terdekatnya sejurus selepas itu.  Bagaimanapun, ketika ahli keluarga terdekatnya sedang bergegas pergi ke hospital untuk memberi penghormatan terakhir, tiba-tiba mereka sekali lagi dikejutkan dengan berita mengenai pesakit tersebut belum disahkan meninggal dunia.

Sumber memberitahu, dia dimaklumkan bahawa ‘si mati’ terpaksa diusung semula ke wad ICU kerana masih hidup memandangkan nadinya masih berdenyut.  Menurutnya, kakitangan di bilik mayat hampir menyuntik pesakit itu yang dikatakan sudah mati dengan ‘ubat mayat,’ tetapi tidak menjadi setelah hasil pemeriksaan menunjukkan nadinya masih berdenyut.  Katanya lagi, pesakit itu hanya mampu bertahan selama lebih kurang lima jam selepas itu dan disahkan benar-benar meninggal dunia sekitar jam 9 malam kelmarin.  Menurutnya, si mati sebelum itu dihantar ke Hospital Daerah Kanowit seminggu lalu kerana mengalami pelbagai masalah kesihatan dan keadaannya ketika itu agak serius.  Pesakit tersebut yang pernah bekerja di luar pantai dan sebagai pengawal keselamatan di sebuah bank di Kanowit, kemudiannya dirujuk ke Hospital Sibu - Borneo Post Online.




CSR On Job Training (OJT)

Google Pix
Sekarang masuk hari keempat On Job Training (OJT) sebagai Customer Service Representative (CSR) bagi TMIS Technical Inbound.  OJT selama 40 hari bermula sejak 8 Ogos lepas dan akan berakhir pada 10 Oktober bertempat di TM Training Centre (TMTC).  Setakat ini, kami didedahkan dengan pelbagai maklumat berkaitan produk yang ditawarkan oleh TM.

Menariknya, suasana OJT seperti zaman kolej dahulu kala dan untuk saya yang sudah meninggalkan zaman terakhir persekolahan pada lapan tahun lepas ... faham-faham sajalah, otakpun sudah ditinggalkan berkarat jadi penerimaan pembelajaran agak sukar berbanding sembilan rakan sekerja lain yang masih fresh dan baru berumur dalam lingkungan 22 - 27 tahun, otak mereka pun masih geliga.

p/s:  Ada ketikanya diserang pening-pening lalat dalam kelas gara-gara maklumat berasak-asak masuk dalam kepala.





Tuesday, 9 August 2011

Menjadi CSR Tidak Semudah ABC

Ketika sesi latihan Softskill selama lima hari - Photo by Corn
Gambar di atas diambil selepas ketika menjalani lima hari latihan Softskill untuk jawatan Technical Inbound Customer Service Representative (CSR) atau lebih dikenali ramai sebagai operator telefon untuk syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia.  Kami didedahkan dengan kemahiran  berkomunikasi sebagai seorang wakil khidmat pelanggan secara berkesan.  Latihan dikendalikan oleh encik Hafiz.

Berdiri dari kiri:  Mell (trainer), Hafiz (trainer), Bining, Ann, Wani, Ila, El, Herniee, tuan punya blog, & Mr Unjil (head of training department in Kuching).  Duduk dari kiri:  Stevern, Richard, Cornelius (trainer) & Hairi - Photo by Corn
Gambar ini pula diambil selepas kesepuluh kami diistiharkan LULUS dalam ujian softskill.  Sebagai CSR kami bertanggungjawab dalam mengendalikan panggilan berkaitan perkhidmatan internet menerusi talian '100' secara cekap dan berkualiti.  Selain bertanggungjawab mengendalikan aduan pelanggan, kami juga bertanggungjawab memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh pihak syarikat.

p/s:  Ketika ini, masih ada dua ujian lagi yang perlu kami hadapi dalam tempoh On Job Training (OJT) selama 40 hari.  Kami juga wajib lulus kedua-dua ujian sebelum layak menjadi seorang CSR.  OJT dikendalikan oleh Corn & Mell.



Sunday, 7 August 2011

Awet Muda & Panjang Umur Dengan Shopping

Google Pix
Berita paling gempak untuk WANITA!!!  Menurut sebuah majalah wanita, aktiviti membeli-belah atau shopping mampu memanjangkan usia dan menjadikan individu awet muda. Menurut artikel tersebut, aktiviti fizikal seperti berjalan kaki menyusuri lorong-lorong kedai ketika membeli-belah dikatakan memberi sejuta manfaat kepada individu yang melakukannya.  Profesor S Jay Olshansky dari University of Illinois dalam satu artikel siaran Healthday menjelaskan, menerusi aktiviti ringan itu, risiko untuk mendapat serangan jantung serta obesiti dapat dikurangkan.

Shopping juga dikatakan sebagai salah satu aktiviti rekreasi yang membantu menyihatkan mental individu kerana ia mampu meredakan stress.  Semakin rendah kadar stress maka semakin kecil risiko untuk terkena serangan penyakit jantung mahupun gangguan pola pemakanan yang memicu ke arah kegemukan.  Selain itu, kajian ini turut disokong oleh National Health Research Institutes di Zhunan, Taiwan.  Menurut tinjauan yang dilakukan oleh institut tersebut, individu yang membeli-belah setiap hari berisiko sehingga 27 peratus lebih rendah untuk meninggal dunia dalam usia muda berbanding individu yang tidak gemarkan aktiviti ini.

p/s:  Mungkin aktiviti shopping lebih memberi manfaat awet muda dan panjang umur kepada golongan wanita, tetapi golongan lelaki khususnya suami akan terdedah kepada risiko terkena serangan penyakit jantung berikutan stress melihat dompet semakin slim dan hutang kad kredit semakin meningkat ^_^

Saturday, 6 August 2011

Saya Kini Wakil Khidmat Pelanggan

Google Pix
Percaya atau tidak ... saya sendiri pun macam tidak percaya yang saya telah terjerumus dalam bidang yang tidak pernah tersenarai dalam impian dan cita-cita.  Dipendekkan cerita, kini saya telah bergelar Wakil Khidmat Pelanggan atau Customer Service Representative (CSR) untuk sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia untuk tempoh kontrak pertama selama enam bulan.

Dalam banyak-banyak kerja, saya fikir inilah pekerjaan yang paling banyak tapisan.  Setakat ini buat julung-julung kalinya dalam hidup, saya telah berjaya melepasi tiga tapisan iaitu ujian bertulis, temuduga dan  penilaian kemahiran berkomunikasi (softskill).  Akan datang terdapat dua lagi tapisan yang bakal menentukan sama ada saya layak untuk terus memikul tanggungjawab sebagai CSR ataupun sebaliknya.

p/s:  Lima hari kursus softskill yang penuh dengan permainan psikologi mengajar saya bahawa fikiran  positif itu memiliki kuasa yang sangat luar biasa. 




Tuesday, 2 August 2011

Tiada Update Sehingga Jumaat

Google Pix




Sunday, 31 July 2011

Taman Orkid DBKU Destinasi Pilihan Keluarga

Destinasi pilihan keluarga
Ini merupakan kali ketiga saya dan si gaman mengunjungi Taman Orkid Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).  Kali pertama adalah pada September 2010 ketika cuti Hari Raya, manakala pada Oktober 2010 kami dua si gaman menemani adik dan mama kesayangan saya.

Apai & indai
Kunjungan kali ketiga ini pula, kami dua si gaman datang bersama apai dan indai (parent si gaman).  Perasaan teruja berada di sini mungkin tidak sama seperti kali pertama bagaimanapun Taman Orkid DBKU ini memang sesuai untuk dijadikan destinasi jalan-jalan bersama keluarga.

Antara spesis bunga orkid yang dipamerkan
Kena pada masanya, pada kunjungan kali ini kami berpeluang menyaksikan Pameran Orkid Antarabangsa 2011 Kuching yang disertai oleh 11 buah negara.  Program ini dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Bandaraya ke-23.

Spesies kacukan Vanda Taib
Perasmian pameran disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 27 Julai dan dibuka untuk kunjungan umum pada 29-31 Julai lepas.  Pameran  orkid antarabangsa ini disertai oleh penggiat tanaman orkid daripada Brunei, Hong Kong/China, Indonesia, Myanmar, Filipina, Jepun, Taiwan, Thailand dan Papau New Guinea.

Laluan pejalan kaki yang selesa
Difahamkan, taman yang terletak berhampiran kawasan Astana Negeri Sarawak ini kini mempunyai himpunan 150 spesies orkid termasuk spesies kacukan (hibrid).  Antara spesies kacukan yang terkenal adalah seperti spesies Vanda Taib, Dendborium Laila, Dendborium Memoria Laila, Dendborium Nur Zahirah dan yang terkini ialah kacukan Aranda Raghad Taib.

Kawasan teduhan orkid gantung
Waktu Operasi:  Taman yang terletak di tapak seluas lebih enam hektar di Jalan Astana, Petra Jaya ini dibuka untuk kunjungan orang ramai pada setiap hari Selasa hingga Ahad bermula jam 9.30 sehingga 6.00 petang.   Masuk adalah percuma.  Sementara pada Isnin pula ditutup untuk kerja-kerja pengurusan taman.

Gambar kenangan
Untuk ke sini:  Selain menaiki kenderaan sendiri, pengunjung boleh menaiki perahu tambang dari Tebingan Kuching (Kuching Waterfront) ke Pengkalan Sapi dengan tambang yang sangat murah.  Pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan teksi dari pusat bandaraya Kuching ke Jalan Astana, Petra Jaya.

Kawasan terbuka taman orkid
Di taman ini anda bebas untuk mengambil gambar dan tiada bayaran dikenakan ke atas kamera yang dibawa masuk.  Penat mengambil gambar dan menikmati keindahan di taman ini, para pengunjung boleh melepaskan lelah di Orchid Cafe untuk minum.  Akhir sekali, jangan lupa singgah ke kedai cenderahati taman orkid.  Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Taman Dan Rekreasi DBKU di 082-446688.