| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Saturday 30 July 2011

Pameran Orkid Antarabangsa 2011 Kuching

Pameran orkid antarabangsa sempena sambutan Hari Bandaraya Kuching ke-23
Pameran Orkid Antarabangsa 2011 yang diadakan di Taman Orkid Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berjaya menggamit kehadiran orang ramai, penggemar orkid dan juga pelancong asing untuk menyaksikan keunikan dan kepelbagaian spesis orkid daripada 11 buah negara.  Pameran dibuka kepada umum bermula 29 - 31 Julai dan masuk adalah percuma.

Gerbang masuk ke kawasan astana
Program ini dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Bandaraya ke-23 dan telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 27 Julai lepas.  Pameran tersebut disertai oleh penggiat tanaman orkid daripada Brunei, Hong Kong/China, Indonesia, Myanmar, Filipina, Jepun, Taiwan, Thailand dan Papau New Guinea.

Pintu masuk ke taman orkid
Difahamkan, taman yang terletak berhampiran kawasan Astana Negeri Sarawak ini kini mempunyai himpunan 150 spesies orkid termasuk spesies kacukan (hibrid).  Antara spesies kacukan yang terkenal adalah seperti spesies Vanda Taib, Dendborium Laila, Dendborium Memoria Laila, Dendborium Nur Zahirah dan yang terkini ialah kacukan Aranda Raghad Taib.  


Album Pameran Orkid Antarabangsa 2011 Kuching
 

 












0 comments: