| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Friday, 28 October 2011

Sidang Media Anugerah Carta Borneo Era 2011

Sidang Media
Ini merupakan pengalaman pertama saya menghadiri sidang media sebagai seorang blogger dan semuanya berjalan baik walaupun saya malu-malu tekuyung.  Sidang media ini diadakan oleh Era fm Kuching untuk Anugerah Carta Borneo Era 2011 di mana penulis blog dari Sarawak Bloggers antara yang dijemput hadir selain wartawan akhbar tempatan.

Wakil Sarawak Bloggers:  Joachim & me
Apa yang menarik, sebagai blogger yang bernaung di bawah Sarawak Bloggers, saya berpeluang melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti menarik dan juga menambahkan lagi rangkaian kenalan baru.  Dalam sidang media yang singkat ini saya berpeluang berkenalan dengan Joachim serta beberapa orang penting Era fm Kuching.

Joachim bersama anggota Lintasan Skuad Era FM iaitu Fonsby & Carrie
Sidang media ini diadakan bagi menghebahkan senarai pencalonan awal 25 artis indie tempatan dalam Carta Borneo Era 2011.  Terdapat tiga kategori dipertandingkan iaitu Lagu Borneo Paling Popular, Artis Solo/Band Borneo Paling Popular dan Artis Harapan Borneo.  Difahamkan, pemenang setiap kategori dipilih 100% melalui undian yang dibuat oleh pendengar Era fm Kuching melalui laman web www.era.fm/kuching sejak 24 Oktober lepas.  Undian peringkat pertama akan ditutup pada 6 November ini.

Chris (Executive, Integration Operations Era ), me & Nazuan (Penyampai Penyampai Radio Era Kuching)
Lima artis yang mendapat kedudukan tertinggi dalam setiap kategori setelah selesai undian peringkat pertama akan berentap dalam undian pusingan kedua bagi menentukan pemenang mutlak.  Pemenang setiap kategori bakal membawa pulang trofi dan wang tunai RM2,000.  Selain itu, Era fm juga turut memberikan anugerah Artis Pilihan Borneo Era fm sebagai penghargaan kepada artis tempatan yang telah membuat sumbangan bermakna dalam industri muzik tanah air.

Penyampai Radio Era Kuching, Osha
Acara Anugerah Carta Borneo Era 2011 akan berlangsung pada 10 Disember ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).  Acara ini bakal dimeriahkan lagi dengan persembahan Mizz Nina, Pop Shuvit, Hafiz, Stacey, Najwa Latiff dan juara RockERA, Mayze.  Acara juga akan dihoskan oleh para penyampai ERA fm Kuching, Osha, Hasmin dan Nazuan serta penyampai Riuh Pagi ERA, Ray dan Haniff.



Akur Band (Bisa Kau Berkata), Crashin Butterfliez (Bukannya Mudah), Neonaki (Pepari), Najib (Pintaku), Iris Band (Kamu Aku Satu), Caynie De (Yen Ji Kaau), Soul Catchez (Bawalah Aku), RDZ (S.O.S), ZK Band (Kehilanganmu), Avin (Sang Mentari), Claudia Gerez (Rasakan), Ir Radzi (Kontra Analisa), Polar (Majesty), Shal Sagan (Heartbeat), Evenstarr (Lies), Ethnic Transmission (Pulai Penghujung), The Moonlight (Curiga), Hevance (Aku Nemu), Rubber Duckies (Grooves Are Coming Down), Chinterlizer (Jelita), Love/Comes (At Ellis Road),  Cermin (Bintang), Mayze (Sebuah Kisah Dengan Dialognya Sekali), Yasir (Ke Puncak Itu) dan Carrie (Confusion).




Thursday, 27 October 2011

Dua Tahun Lagi Sebelum Ulser Perut

Google Pix
GASTRIK menyerang lagi ... Masuk hari ini, sudah tiga kali saya terpaksa mengambil MC dalam tempoh dua minggu bekerja berikutan menerima serangan gastrik yang kaw-kaw punya.  Serangan paling teruk berlaku pada sekitar jam 3.00 dan jam 4.00 pagi menyebabkan saya tidak mendapat tidur yang mencukupi ... hasilnya badan lesu dan mata pun macam panda, manakala berat badan sudah susut 2 kilogram.

Mesti ramai yang tahu bahawa penyakit gastrik berpunca daripada amalan tabiat makan yang tidak mengikuti waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, dan kadang-kadang jam menghampiri pukul 2.00 pun masih belum makan tengahari.  Untuk pengetahuan, inilah suasana yang perlu saya hadapi setiap hari di tempat saya bekerja sekarang ... jadual meal break sentiasa berubah-ubah mengikut shift.

Menurut maklumat yang saya perolehi, difahamkan setelah penyakit gastrik dikesan dan tabiat tidak mengikuti waktu yang tetap masih diteruskan, dijangkakan dalam tempoh 2 tahun lagi, penghidap gastrik akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.  Dua tahun lagi ... argghhh ... sungguh menakutkan!

p/s:  Dinasihatkan oleh staff HR untuk mendapatkan surat bertulis dari doktor yang mengatakan bahawa saya perlu makan mengikut masa untuk memohon perubahan jadual meal break mengikut masa yang tetap. 




Wednesday, 26 October 2011

11# Wordless Wednesday: In Loving Memory





Thursday, 20 October 2011

Selamat Pagi Matahari ㋡

Google Pix
SELAMAT PAGI semua!  Motivasi pagi untuk saya dan untuk semua pada Khamis ini.  "Mulakan hari dengan penuh semangat agar tetap ceria sepanjang hari.  Jauhi pemikiran dan emosi negatif yang dapat 'menyerap' tenaga dan keceriaan.  Selalu bersikap optimis dan menyelesaikan masalah.  Apabila fikiran positif menjadi semangat untuk 'membuka' hari anda, persekitaran juga menjadi lebih menyenangkan.  Aura positif turut terpancar dari dalam diri.  Pemakanan sihat, gaya hidup dan kesihatan membantu menyegarkan diri dan membangkitkan semangat positif." - Harmoni.

p/s:  Stop worrying & Start living!  Semoga saya dapat melalui hari ini lebih baik daripada hari-hari sebelum ini.




Wednesday, 19 October 2011

10# Wordless Wednesday: Feeling Down





Saturday, 15 October 2011

Perfect Mate With A Romantic Music Video!

Serenade your perfect mate with a romantic music video!

Who is your perfect mate to share that cup of coffee with? Coffee-mate knows that it is important to show your loved ones just how special they are.

Dedicate a special song created by you with pictures from the sweet moments you share together to make the perfect music video. You can choose how 'pekat' you want this romantic dedication to be, but we recommend that you should make it kaw kaw ;)



Friday, 14 October 2011

STRESS

Google Pix
Baru sahaja dua hari mula bertugas sebagai Wakil Khidmat Pelanggan (CSR) di Pusat Panggilan & Khidmat Pelanggan sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia, saya mula diserang simptom-simptom STRESS.  Nampaknya realiti sebenar tugas seorang CSR bukanlah sesuatu yang mudah ... walaupun telah menjalani latihan kira-kira dua bulan (1 Ogos - 10 Oktober) bersama lapan yang lain, ternyata tugas CSR sangat mencabar.

Tidak sekadar perlu menjawab panggilan berhubung aduan kerosakan telefon dan internet, kami juga perlu bersabar dan menebalkan telinga apabila mendengar rungutan pelanggan yang tidak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan syarikat.  Stress semakin bertambah ketika berhadapan dengan terlalu banyak sistem komputer sambil menjawab panggilan pelanggan.

Masa bekerja juga mengikut shift, hari ini merupakan 'Rest Day' untuk saya dan tiada lagi cuti hujung minggu sehingga kontrak tamat pada 31 Januari tahun hadapan.  Tugas dan suasana kerja sebagai CSR cukup stress jadi tidak hairanlah kenapa kontrak yang ditawarkan hanya enam bulan





Wednesday, 12 October 2011

9# Wordless Wednesday: Stress At Work





Monday, 10 October 2011

Take Your Surprise Plans To A WHOAA Level!

You've got till 16th Oct to win this opportunity to surprise your loved ones!
Serenade the one you love or take the one you love for a candlelight dinner on a cruise. It is really up to you and you've got the Cadbury Happiness Crew at your disposal!




Sunday, 9 October 2011

Don't Forget Your Tirolerhüte This Oktober!

Don't Forget Your Tirolerhüte This Oktober!
**This is a campaign for an alcohol related brand and is meant only for non-muslims above 18 years of age**

Tirolerhüte is the Oktoberfest hats containing a tuft of goat's hair, worn by traditional visitors to Germany every year during Oktoberfest!

Can't go to Germany? Fret not, GAB is bringing this event to Malaysia again! There's all kinds of beer to suit everyone's taste, from Guinness, Heineken, Tiger, Paulaner, Kilkenny to Strongbow. You can also try out delicious new beer like, 111 Zwickl, Hopf Ice Beer and Paulaner Oktoberfest Bier.

Beer asides, to make your Oktoberfest more memorable this year, there will be games, band performances and promotions! In addition, you will get a limited edition Oktoberfest mug with purchase of 1 Litre Tiger Draught! The festival only lasts for one month in October so find out from the official Oktoberfest FB where you can join the crowd with your Tirolerhüte tonight!




Saturday, 8 October 2011

Meraikan Genap Usia 34 Tahun

Yay!!! Genap usia 34 Tahun
Hari ini umur saya genap 34 tahun dan bakal mencecah usia 35 tahun pada tahun hadapan.  Jadi bersempena dengan ulang tahun ke-34 pada tahun 2011 ini saya dengan bangganya menghadiahkan diri sendiri hadiah berupa "Tiga AZAM dan Empat IMPIAN" untuk dilaksana dan dicapai sebelum ulang tahun ke-35 pada 2012.

Laksa Sarawak sudah cukup :)
Memandangkan 'birthday' saya jatuh pada hari Sabtu, jadi dengan gumbiranya saya telah meraikan hari istimewa dengan "Laksa Sarawak" kegemaran kami dua si gaman.  Laksa terbaik di Kuching!!!




Friday, 7 October 2011

Meraikan 33 Tahun 364 Hari 18 Jam

Meraikan 33 Tahun 364 Hari 18 Jam sebelum genap 34 Tahun


Sepasang ice lemon tea untuk si gaman-gaman
 
Tiga menu pilihan

Sea cucumber soup
 
Ngok-Ngok Rib King

Red wine 'midin'




Wednesday, 5 October 2011

8# Wordless Wednesday: UnHappy





Sunday, 2 October 2011

Laksa Sarawak @ Top Ten Jalan Song







Look Closer And You Will See NEVERLAND

Never Say Never To NEVERLAND!

**This is a campaign for a club that serves alcohol and is meant only for non-muslims above 18 years of age**

Ever wondered what will you get if you put a DJ, a rocker, a dancer and an emcee altogether in one room?? Look closer and you will see NEVERLAND.

Located in the HEART of Kuala Lumpur, this club icon is going to bring an all-new flavor to the night scene in Kuala Lumpur. With the array of performances lined up on the 7th October, get ready for an experience everyone have been looking for, right here in NEVERLAND.