| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Thursday 27 October 2011

Dua Tahun Lagi Sebelum Ulser Perut

Google Pix
GASTRIK menyerang lagi ... Masuk hari ini, sudah tiga kali saya terpaksa mengambil MC dalam tempoh dua minggu bekerja berikutan menerima serangan gastrik yang kaw-kaw punya.  Serangan paling teruk berlaku pada sekitar jam 3.00 dan jam 4.00 pagi menyebabkan saya tidak mendapat tidur yang mencukupi ... hasilnya badan lesu dan mata pun macam panda, manakala berat badan sudah susut 2 kilogram.

Mesti ramai yang tahu bahawa penyakit gastrik berpunca daripada amalan tabiat makan yang tidak mengikuti waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, dan kadang-kadang jam menghampiri pukul 2.00 pun masih belum makan tengahari.  Untuk pengetahuan, inilah suasana yang perlu saya hadapi setiap hari di tempat saya bekerja sekarang ... jadual meal break sentiasa berubah-ubah mengikut shift.

Menurut maklumat yang saya perolehi, difahamkan setelah penyakit gastrik dikesan dan tabiat tidak mengikuti waktu yang tetap masih diteruskan, dijangkakan dalam tempoh 2 tahun lagi, penghidap gastrik akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.  Dua tahun lagi ... argghhh ... sungguh menakutkan!

p/s:  Dinasihatkan oleh staff HR untuk mendapatkan surat bertulis dari doktor yang mengatakan bahawa saya perlu makan mengikut masa untuk memohon perubahan jadual meal break mengikut masa yang tetap. 




0 comments: