| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Tuesday 31 January 2012

Makan, Kongsi & Dapatkan Ganjaran

Suka sangat jalan-jalan cari makan? Kini anda bukan sahaja boleh makan tetapi juga boleh berkongsi mengenai makanan kegemaran anda dan tempat makan menarik yang sering anda kunjungi di laman web OpenRice.  Selain itu, di OpenRice juga anda berpeluang untuk memenangi ganjaran menarik dengan menyertai peraduan Makan & Share Rewards Program.  Maklumat lanjut di Openrice.com.

**Sorry, campaign period is now over, and all link has been removed.

Monday 30 January 2012

Lima Perkara Untuk Menjadi Lebih Baik Pada 2012



Sunday 29 January 2012

Perangkap Maut Untuk Penceroboh Misteri

Perangkap gam tikus tetapi boleh digunakan untuk memerangkap gajah juga ^_^
Beberapa malam kebelakangan ini ketenteraman kami dua si gaman sering terganggu oleh bunyi-bunyi misteri yang datang dari bahagian belakang rumah.  Belum dapat dipastikan sama ada bunyi-bunyi tersebut dihasilkan oleh si tikus nakal ataupun benda lain.  Tetapi berdasarkan gerak-geri kucing kesayangan kami si Putih yang hidungnya 'tersingut-singut' ketika dibawa menyiasat, kami percaya si penceroboh itu adalah sang TIKUS. Jadi kami telah membeli perangkap gam tikus yang paling kuat!  Hasilnya akan saya kongsikan nanti hehehe ...

Saturday 28 January 2012

Pakej Percutian Mencabar Kampung Semban

Dari kiri:  Deckson, Uncle Awang, Sagen Adan & saya
TAHUN 2011 sudah berlalu dan telah meninggalkan banyak kenangan manis yang kebanyakannya telah saya kongsikan di blog.  Bagaimanapun, salah satu kenangan manis pada tahun 2011 yang mungkin saya tidak akan lupakan sampai bila-bila ialah pengalaman menjejakkan kaki ke Kampung Semban, sebuah perkampungan terpencil yang dihuni oleh etnik Embhan (salah satu etnik dalam pecahan masyarakat Bidayuh).  Saya juga percaya pengalaman mencabar tersebut masih segar dalam ingatan Uncle Awang

Trip empat hari tiga malam ke Kampung Semban, Padawan pada 22 hingga 25 Mac tahun lepas itu ditaja oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan mendapat kerjasama daripada Sarawak Bloggers selaku media online.  Trip yang bertujuan untuk mempromosikan Kampung Semban sebagai satu destinasi pelancongan kepada mereka yang sukakan percutian mencabar itu diketuai oleh Deckson Bundak (STB Tourist Coordinator) dan disertai oleh saya dan Uncle Awang, mewakili Sarawak Bloggers.

Kami dimaklumkan, perjalanan ke Kampung Semban yang lokasinya terletak berhampiran sempadan Sarawak/Kalimantan, Indonesia ini akan mengambil masa kira-kira enam jam berjalan kaki.  Jadi, untuk mengukur kemampuan anda mengharungi cabaran yang serupa, apa kata ikuti sehingga tamat kisah penuh cabaran yang kami bertiga lalui sepanjang berada di perkampungan terpencil ini.

Friday 27 January 2012

Peraduan MamyPoko Untuk Bayi Comel Anda

Klik untuk sertai peraduan MamyPoko
Ibu-ibu serta bapa-bapa yang menggunakan produk lampin pakai buang MamyPoko untuk bayi mereka, pastikan anda tidak ketinggalan menyertai peraduan MamyPoko kerana hadiah bernilai lebih RM7,500 menanti untuk dimenangi.  Caranya mudah sahaja, pertama sila 'Like' My MamyPoko fan page untuk mula bermain mana-mana 3 cabaran mini MamyPoko dan anda mungkin menjadi salah satu pemenang bertuah. 

Atasi Rasa Gugup Dengan Sayur Terung

Google Pix
Satu-satunya menu berasaskan sayur terung yang paling saya gemari ialah 'Terung masak sambal' dan tidak sangka pula terung dikatakan mampu mengatasi rasa gugup.  Menurut sumber daripada sebuah majalah wanita dan keluarga, dipercayai perasaan gementar yang dialami oleh individu akan berkurangan dengan pengambilan menu berasaskan terung kerana kandungan striknin, skopolamin, skopeletin dan skoparon di dalamnya.  Nampaknya, mulai hari ini sesiapa yang mempunyai masalah gugup bolehlah memperbanyakkan menu berasaskan sayur terung ataupun hari-hari makan terung.

Thursday 26 January 2012

Bagaimana Buat Duit Dengan ChurpChurp

Pendapatan sebelum cash out
Pengguna Twitter, Facebook dan Blog tegar diluar sana pasti kenal dengan  media pengiklanan sosial ChurpChurp.  Ada komuniti ChurpChurp yang berjaya menjana pendapatan beratus ringgit setiap bulan dan ada juga yang luar biasa hebatnya boleh dapat ribuan ringgit.  Saya pula cuma sekali sekala bolehlah untuk membayar bil internet setiap bulan.

Wednesday 25 January 2012

Flash Mob Gaya Malaysia Oleh Malaysia Airlines

Klik untuk menonton flash mob gaya Malaysia
Setiap hari ada sahaja perkataan baharu yang saya dengar atau terbaca, terkini ialah perkataan "Flash Mob".  Apa itu "flash mob"?  Mmmmm ... selepas menonton video Malaysia Airlines Missing You Flashmob at KLIA baru saya tahu bahawa "flash mob" itu merupakan persembahan pendek melibatkan sekumpulan penghibur di tempat awam.  "Flash mob" kini juga menjadi trend pengiklanan yang semakin popular di seluruh dunia

Malaysia Airlines pada 14 Januari lepas telah mengadakan persembahan "flash mob" atau kejutan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sebagai program sambutan Tahun Baru.  Persembahan "flash mob" tersebut bertemakan "Missing You", melibatkan kira-kira 200 penyanyi dan penari.

Mereka membuat persembahan 10 minit dengan medley lagu-lagu popular dalam pelbagai bahasa dan rutin tarian semasa penumpang tiba di KLIA keluar ke balai ketibaan.  Flash mob Malaysia Airlines itu telah dipersembahkan oleh bakat-bakat dari Enfiniti Production.

**Sorry, campaign period is now over, and all link has been removed.

Tuesday 24 January 2012

Nasi Kukus Ayam Golek Mamak Cafe

RM6.00 sepinggan & RM18.00 seekor
Lagi cerita pasal ayam, tapi kali ini cerita mengenai menu ayam golek yang disediakan oleh salah satu stall Mamak Cafe di Desa Ilmu, Kota Samarahan.  Kedai makan ini terletak berdekatan dengan Warong 2000 dan Siang-Siang Cafe.  Ketiga-tiga kedai makan ini boleh dikatakan kawasan "segi tiga emas untuk makan dan lepak" kerana hampir semua penduduk sekitar serta pelajar-pelajar Unimas dan Uitm tertumpu di sini terutamanya pada waktu malam.  Suasana lagi sesak sekiranya terdapat perlawanan bola sepak.

Monday 23 January 2012

Merah: Tuah & Kemakmuran

Tahun ini warna merah dikatakan warna bertuah. Jadi untuk turut sama menyemarakkan aura warna merah ini, saya telah menukar template blog kepada warna merah garang segarang-garangnya untuk menyerap lebih banyak tenaga warna merah yang dikatakan membawa tuah dan kemakmuran.  Template percuma ini saya dapatkan di  http://btemplates.com

Template Baharu

Template Lama

Raja Ayam Bakar Kopitiam

Terletak di Jalan Abell, Kuching
Jika raja segala buah dikaitkan dengan buah durian, maka raja segala ayam mungkin boleh dikaitkan dengan Raja Ayam Bakar Kopitiam yang terletak di Jalan Abell, Kuching.  Lokasinya tidak jauh daripada bangunan Sarawak Plaza dan bertentangan dengan Alliance Bank.

Vrooom to a prosperous Chinese New Year!

Click & watch the VWcny ‘s Dragon-on-wheels now!
A feisty season will befall upon us as the Dragon Year is here! The maker of The People's Car wishes you the best of 2012!  Be sure to enjoy the oranges, joyous company and the ang pows! Gong Xi Gong Xi!



Happy Chinese New Year

Coming Home this Chinese New Year

Our traditions are strong at heart. Wherever we go, we carry our traditions on our back and reflect of who we are.  We may be gone for a day, a week or a year but where ever we are or how far we have come in life, for this special occasion, we will come home. 



Sunday 22 January 2012

100% Fun at Sloggi Girls’ Night

Vote for your favourite hostess now!
Cheesie, Tey Cindy and Shin Yee had showed you their very own super awesome Sloggi Girls’ Night.  But we’re sure you have a favourite Sloggi Girls’ Night among those three nights or, you might prefer a particular hostess more *ahem ahem. So vote for your favourite hostess for the Sloggi’s Sassiest Girl title if you think her Sloggi Girls’ Night rocks your socks.



Thursday 19 January 2012

Mencari Alat Ganti Microwave Oven Aowa

Microwave Oven jenama Aowa
Ada sesiapa tahu di mana saya boleh mendapatkan alat ganti bagi Microwave Oven jenama Aowa di Kuching?   Beberapa kedai membaiki kedai elektrik yang saya dan si gaman memberitahu bahawa mereka tidak mempunyai alat ganti untuk barangan elektrik jenama Aowa berikutan tiada ejen Aowa di Kuching.  Saya sudah cuba google di internet tetapi tiada maklumat yang boleh membantu, nampaknya jenama peralatan elektrik Aowa ini agak tidak popular di Malaysia. 

Si gaman melihat sesi postmortem kerosakan
Tiada alat ganti bermakna microwave oven kesayangan saya hadiah perkahwinan daripada mama dan bapa ini tidak akan dapat dibaiki ... huhu ... sedihnya.  Mau dijadikan besi buruk tidak sampai hati sebab sudah kira-kira enam tahun microwave oven ini membantu mempermudahkan hidup saya.  Jadi sekiranya ada sesiapa yang ada maklumat mengenai di mana ada tempat yang mempunyai alat ganti sila tinggalkan komen yer ... Thanks.




Durex LoveBox Pose and Post Photo Contest

Whip out your camera, start posing n snapping to win!

**This is a campaign for a sexual health related brand and is meant only for above 18 years of age** Enjoy snapping photographs with your loved ones? Good news! You could be the lucky winner to walk away with a trip for two to Krabi worth RM 10,000! Durex LoveBox Pose and Post Photo Contest in conjunction with this coming Valentine's Day is happening now. You can get your limited edition Durex Love-Box exclusively in all Watsons stores nationwide. Available in 8 unique designs ranging from beautiful curves to bold flashy stripes. Fun and romantic just like how all intimate relationships should be!  Please click the link above for more information.



Tuesday 17 January 2012

Makan & Share Rewards Program

Click & join now to win an iPad2
OpenRice is a site where you can eat, review and share at the same time. Food lovers unite and leave your mark on OpenRice.com. With the Makan & Share Rewards Program, food reviews of great quality of your favourite places will be rewarded, and you'll never run out of places to eat. It’s time to eat and time to share where your favourite local places are. Hop over to Openrice.com, the most comprehensive dining guide that rewards you for your food review!




Monday 16 January 2012

Ruang Kerja Lebih Kemas Dengan Skydream

Pengikat kabel daripada Skydream [67% OFF]
Kadang-kala lingkaran kabel alat-alat elektronik yang terlalu banyak membuatkan suasana di tempat kerja, rumah atau meja belajar merimaskan.  Untuk mengatasi masalah tersebut anda boleh mendapatkan pengikat kabel comel daripada MAD Deal of the day dengan diskaun istimewa iaitu pada harga RM15 untuk 6 pengikat kabel yang comel selepas 67% diskaun berbanding harga asal RM45.  Ianya didatangkan dalam 3 rekaan menarik iaitu Beruang Coklat, Beruang Merah Jambu dan Anak Ayam.  Sila klik pada link atau gambar di atas untuk maklumat lanjut dan membuat pembelian.

**Sorry, campaign period is now over, and all link has been removed.

Sunday 15 January 2012

Tiada Azam Baru Untuk 2012

@ The Spring ... Harapan yang mulia
Memandangkan azam 2011 saya belum habis tercapai jadi tahun 2012 ini saya tidak menyenaraikan sebarang azam baru.  Pada tahun ini saya hanya akan fokus untuk menyempurnakan azam yang masih belum selesai pada tahun lepas dengan semangat baru.

@ The Spring ... bolehkah azam macam ini
Jika mengimbas kembali 2011, rasanya semuanya baik dan saya percaya tahun ini akan lebih baik daripada tahun lepas.  Apa yang penting ialah mempunyai keazaman untuk berusaha dalam semua perkara kerana tiada yang akan datang bergolek di depan mata.

@ The Spring ... Kereta idaman semua RM116,888.00
Wah ... kalau menang lottery boleh juga beli kereta seperti di atas.  ... Tapi mau menang lottery pun kena berusaha juga pergi beli lottery untuk masuk dalam kebarangkalian menang hehehe ...  kesimpulannya, semua perkara perlu ada usaha.  Anda macam mana pula, apa Azam 2012?  Azam 2011 sudah terlaksana atau terbengkalai?




Friday 6 January 2012

Cenderahati 1Malaysia Edisi Terhad

Cenderahati dari Pejabat Perdana Menteri
Tahun baru 2012 ini saya menerima bungkusan misteri dari Pejabat Perdana Menteri.  Pada mulanya suspen juga tapi bila buka bungkusan rupa-rupanya Cenderahati 1Malaysia Edisi Terhad sempena Majlis Mari Berjumpa Mari Berhubung yang diadakan di Kuching pada 19 Mac tahun lepas.

2 t-shirt edisi terhad
T-shirt edisi terhad ini diberikan sebagai tanda penghargaan Perdana Menteri terhadap sokongan dan kehadiran tetamu yang merupakan rakan-rakan online Facebook dan Twitter beliau pada Majlis Mari Berjumpa Mari Berhubung yang lalu.




Tuesday 3 January 2012

Udang Galah Beluran

Udang galah goreng asam jawa
Kalau saya balik Beluran, gerenti perkara wajib disediakan untuk ditapau balik Kuching ialah udang galah.  Untuk pengetahuan, Beluran memang terkenal dengan hasil tangkapan laut yang segar terutamanya udang galah.  Musim hujan kali ini harganya agak mahal sikit dan saiznya juga agak kecil daripada biasa.  Walau apapun, udang galah dari daerah tempat saya membesar ini "TATAP yang terbaik!".

Siap! Ready for tapau
Biasanya kalau balik Beluran gerenti saya tidak pernah lupa bawa cooler untuk tapau udang galah dan ikan belanak segar bawa balik Kuching.  Tapi kali ini saya tidak terbawa, mungkin gara-gara excited sangat balik Beluran sebab sudah tiga tahun tidak sambut krismas bersama keluarga.

Ikan belanak
Jadi cara terbaik untuk memastikan udang galah dan ikan belanak ini tahan lama ialah dengan memerap kedua-duanya dengan garam dan asam jawa yang mencukupi.  Udang galah dan ikan belanak ini bapa yang tolong perap, sementara saya cuma goreng ikan dan mama tolong goreng udang galah.  Wah ... wah ... hasilnya seperti di atas dan sedia untuk dibawa balik Kuching esok.




Selamat Tahun Baru 2012

Hari ini merupakan hari ketiga bagi bulan Januari 2012, jadi masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua.  Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.