| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Monday 30 May 2011

Selamat Hari Gawai Dayak 2011

Google Pix




Sunday 29 May 2011

Kotobian Tadau do Kaamatan 2011

Google Pix




Klik Klik @ Pameran Buku Popular

Semalam, saya cuma berkesempatan meluangkan masa sejam setengah di pameran buku yang diadakan di dewan pameran Permata, Tingkat 5, Top Sport Carpark.  Banyak buku-buku menarik dengan rebat sehingga 70% tetapi bajet tidak mengizinkan, jadi cukuplah sekadar cuci-cuci mata sambil membaca sinopsis ^_^










Gawai: Service Kereta

Kereta kami si gaman sedang diservice
Semua orang sibuk mau pulang kampung bersempena dengan cuti gawai dan pusat service kereta juga sibuk berhadapan dengan berderet-deret kereta yang menanti giliran untuk diservice kelmarin.  Syukur harga minyak RON95 belum naik lagi setakat ini, tapi nampaknya harga minyak pelincir pula yang naik sebanyak RM5.00.  Dengar khabar bulan depan harga RON95 naik, bila harga  minyak naik, nampaknya banyak perkara lain terpaksa diturunkan ^_^




Saturday 28 May 2011

Salad Udang Buah-Buahan


Bahan-Bahan:
300 gram udang sederhana besar
100 gram mayones
1 biji epal
1/2 biji timun
1/2 biji lobak merah

Cara Membuat:
Buang kulit udang dan rebus.
Potong dadu buah epal, timun dan lobak merah.
Gaulkan kesemua bahan tadi dengan mayones.
Simpan di dalam peti sejuk selama setengah jam sebelum dihidangkan.




Friday 27 May 2011

Rebat Sehingga 70% Pada Pameran Buku Di Kuching

Nampaknya ini peluang baik kepada ulat-ulat buku di sekitar Kuching kerana Popular akan mengadakan pameran buku selama 10 hari bermula hari ini sehingga 5 Jun.  Saya, walaupun belum masuk kategori ulat buku tapi saya suka tengok buku dan boleh menghabiskan berjam-jam lamanya di kedai buku dengan hanya membelek-belek.  Jadi, esok saya dan si gaman akan meluangkan masa untuk beriadah sambil mencuci mata di pameran ini, manalah tau ada buku yang menarik untuk dibeli nanti.






Gawai: "Keluarga didahulukan, Keluarga diutamakan"

Google Pix
Hari ini saya mahu mengambil kesempatan bercerita mengenai gawai menurut pandangan peribadi saya sendiri.  Gawai pada saya mempunyai satu mesej yang ketara seperti perayaan-perayaan lain iaitu ketika itulah 'masa untuk berkumpul, mengeratkan dan memperbaiki hubungan kekeluargaan'.

Daripada pengalaman yang lepas, banyak warna warni sambutan gawai yang dapat saya saksikan.  Saya paling seronok apabila melihat suami isteri bersama anak-anak memanfaatkan masa untuk 'ngabang' atau bertandang ke rumah rakan-rakan dan saudara mara ketika gawai.

Lebih seronok lagi bila melihat bukan sahaja pasangan suami isteri dan anak-anak tetapi juga turut ditemani oleh anggota keluarga lain seperti adik-beradik, ipar duai dan mentua.  Tetapi, malangnya ada juga mulut-mulut celupar yang mengatakan lelaki yang sering ditemani isteri dan keluarga ketika  ngabang gawai itu dikontrol oleh si isteri.

Selain itu, ada juga yang sekadar memanfaatkan masa cuti gawai semata-mata untuk menghabiskan hampir 24 jam bersama teman-teman lama.  Pada saya, aktiviti ini cuma sesuai untuk mereka yang masih berstatus bujang dan tiada komitmen dengan keluarga.  Kalau sudah berumahtangga masih bersikap seperti ini ... saya nasihatkan, lebih baik KAU pulang gawai seorang diri ^_^

Jadi sempena perayaan Gawai Dayak pada 1 Jun ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Gawai dan luangkanlah masa yang SINGKAT itu sebaik mungkin bersama keluarga.  Jadi, pada untuk gawai yang lebih baik pada tahun ini "Keluarga diutamakan, Keluarga didahulukan" ini mesej daripada MyGamanBorneo @ MyOnlineDiary ^_^

Menurut Wikipedia, "Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum bumiputera Sarawak, terutamanya Iban dan Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menuai dan mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964, apabila Gawai Dayak diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri adalah pada 1 Jun setiap tahun.  Lanjut di http://ms.wikipedia.org/wiki/Gawai_Dayak 



Thursday 26 May 2011

RM1.00 Berurut Dengan Kerusi Urut Gintell

Keletihan dan selalu mengalami sakit-sakit badan?  Penduduk di sekitar Kuching kini berpeluang menikmati perkhidmatan urutan mesin menggunakan kerusi urut Gintell pada kadar bayaran serendah RM1.00 untuk tiga minit.

Rest & Go Station by Gintell bertempat di KPJ Kuching Specialist Hospital

Terdapat empat buah kerusi urut disediakan

Kadar bayaran yang dikenakan untuk berurut dengan kerusi urut Gintell






Wednesday 25 May 2011

Puteri Kate Perlu Hamil Dalam Tempoh 9 Bulan

Google Pix
Masih belum basi sekiranya saya berkongsi mengenai kisah perkahwinan Diraja Britain yang berlangsung pada 29 April lalu.  Menurut sumber dari sebuah majalah wanita, setelah berbulan madu, William kembali bertugas sebagai juruterbang menyelamat dan mencari dengan Stesen Tentera Udara Diraja di Pulau Welsh.  

"Sementara itu, Kate pula perlu hamil dalam tempoh sembilan bulan akan datang agar tidak melanggar tradisi Diraja Britain selama 200 tahun.  William sendiri selamat dilahirkan selepas 11 bulan ibu bapanya berkahwin."

Pasangan pengantin Diraja ini telah pergi berbulan madu di sebuah vila mewah berharga AS$6,700 (RM20,770) semalam di Kepulauan Seychelles.  Mereka dikatakan menghabiskan masa selama seminggu di kepulauan Lautan Hindi itu.

Pasangan tersebut dibawa keluar dari Istana Buckingham menaiki helikopter kemudiannya menaiki jet peribadi menuju ke lokasi bulan madu mereka.  Pihak media dilarang sama sekali mengganggu bulan madu tersebut dan tindakan undang-undang akan diambil oleh keluarga diraja Britain jika perkara itu berlaku. Dilaporkan, pasangan tersebut berpuas hati dengan lokasi bulan madu yang tenang dan tersembunyi tanpa gangguan daripada pihak media.




Ubah Suai Template & Background Blog


Dalam minggu ini sahaja, blog saya ini sudah bertukar-tukar baju lebih lima kali gara-gara ketagih  sangat dengan aktiviti tukar-tukar template dan background.  Biasalah orang perempuan kan, suka sangat benda yang kiut miut.  Setakat ini, saya berpuas hati dengan wajah baru blog saya, harap-harap tiada kesilapan pada kod HTML yang membuatkan template blog saya berbeza jika dilihat menerusi IP address lain.

Pernah terfikir untuk mengubah template blog kepada yang lebih menarik?  Cuma pergi http://btemplates.com/ atau mana-mana web yang menawarkan template percuma.  Tutorial untuk upload template baru ada ditunjukkan di situ.  Paling penting, jangan lupa buat backup untuk template asal blog.  Kalau tidak pandai buat, panggil saya ^_^



Tuesday 24 May 2011

7 Cara Meningkatkan Jumlah Trafik Pada Blog

Willie berkongsi rahsia
Cara meningkatkan bilangan pengunjung/pembaca blog merupakan antara topik menarik yang dikongsikan pada program Sarawak Bloggers' Talk: More Than A Blog.  Program yang diadakan pada 21 Mei lepas ini merupakan anjuran Willie Esther (Reptoz.Com) dengan kerjasama Sarawak Bloggers dan Alvin Leong Academy of Photography.  Selain itu, ia juga turut mendapat tajaan daripada Abg Faisal Barawi (abgfaisaljournal.blogspot.com), Desmond Jerukan (www.nadai.name/ dan Wan Hashim (wanhashimblog.blogspot.com).

Berbalik kepada tip untuk meningkatkan aliran trafik pada blog,  berikut saya cuba kongsikan ilmu-ilmu yang disampaikan oleh Willie Esther yang blognya menerima lebih 200 pengunjung pada setiap hari.  Memandangkan ianya disampaikan dalam English, jadi saya akan cuba sampaikan dalam Bahasa Melayu mengikut gaya penulisan saya sendiri ^_^

  1. Blog Walking:  Luangkan masa sejam dalam sehari untuk melayari dan membaca sekurang-kurangnya tiga blog pada setiap hari.
  2. Tinggalkan Jejak Kasih:  Pastikan anda meninggalkan jejak menerusi komen pada entri blog yang dikunjungi bagi memudahkan pemilik blog tersebut membuat kunjungan balas.
  3. Pilih Tajuk Sesuai:  Setiap entri memerlukan pemilihan tajuk yang bersesuaian menggunakan perkataan-perkataan yang popular bagi membolehkan ianya menerima suapan paling atas pada carian google.  Elakkan menguna tajuk yang sama seperti blogger lain.
  4. Update Blog Pada Waktu Puncak:  Rujuk statistik pengunjung blog untuk melihat pada waktu bila blog anda menerima kunjungan paling banyak.  Waktu yang dicadangkan adalah pada pagi sekitar jam 7.00 - 8.00am, tengahari 12.00 - 2.00pm dan petang selepas jam 5.00 petang.
  5. Beri Ganjaran/Hadiah Kepada Pembaca:  Ini merupakan sering dilakukan oleh kebanyakan blogger untuk meningkatkan trafik pada blog mereka menerusi contest tertentu.  Cara ini juga membantu meningkatkan bilangan follower.
  6. Anjur Program Menarik:  Ini mungkin hanya berani dilakukan oleh blogger tertentu sahaja seperti Willie yang telah berjaya menganjurkan program 'Sarawak Bloggers' Talk: More Than A Blog'.
  7. Menjadi Penaja Program:  Contohnya seperti yang dilakukan oleh Abg Faisal Barawi (abgfaisaljournal.blogspot.com), Desmond Jerukan (www.nadai.name/ dan Wan Hashim (wanhashimblog.blogspot.com).

Cara nombor 1 - 5 bukan sahaja membantu meningkatkan bilangan trafik harian,  tetapi akan turut merangsang pendapatan pasif menerusi unit-unit iklan yang dipasang pada blog. Sementara nombor  6 dan 7 akan menjadikan anda seorang blogger yang dikenali ramai.

Jadi, sesiapa yang tahap kesihatan blognya agak kurang memuaskan seperti blog saya ini, apa kata kita ramai-ramai mencuba teknik-teknik yang dinyatakan di atas.




Monday 23 May 2011

Saya tidak tahu siapa itu Kenny Sia

Blogger terkenal, Kenny Sia ... Kenny Sia ... Kenny Sia.  Itu nama yang sering disebut-sebut dan menjadi inspirasi dua panel 'Sarawak Bloggers Talk' Cyril Dason dan Willie Esther pada 21 Mei lepas bertempat di Hotel Supreme, Kuching.

Nampak sangat saya tidak peka terhadap perkembangan dunia blogger sehinggakan kisah blogger terkenal ini tercicir dari perhatian saya.  Jadi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai siapa sebenarnya Kenny Sia, keesokan harinya saya cuba google di internet dan ...

Rupa-rupanya nama Kenny Sia memang dikenali ramai sehinggakan menjadi inspirasi kepada kebanyakan blogger di luar sana ekoran kejayaannya mencipta nama serta menjana pendapatan lumayan menerusi blog.  Jadi sekarang saya sudah kenal, siapa itu Kenny Sia walaupun dia tidak akan pernah peduli siapa saya ^_^

Hasil carian google




Saturday 21 May 2011

Cabaran Sabtu "Hari Tanpa Beg Plastik"

Nestle Bliss Shopping Bag
Saya ingin mencabar semua wanita di luar sana.  Beranikah anda menyahut cabaran untuk menggunakan 'shoping bag' menggantikan 'handbag berjenama' pada setiap aktiviti jalan-jalan yang jatuh pada hari Sabtu, sebagai sokongan kepada kempen "Hari Tanpa Beg Plastik"? 

Saya akan menyahut cabaran ini untuk turut sama menjayakan kempen "Hari Tanpa Beg Plastik" yang diadakan setiap hari Sabtu di seluruh negara.  Sebagai tanda sokongan terhadap kempen tersebut, saya akan menggayakan 'shopping bag' cute daripada Nestle Bliss untuk menghadiri satu acara pada petang nanti.

Untuk rekod, Kempen Hari Tanpa Beg Plastik bermula secara rasmi 1 Jan lepas, iaitu beg plastik tidak lagi dibekalkan secara percuma kepada pengguna di semua pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan premis perniagaan terpilih di seluruh negara pada setiap Sabtu.

Ia diadakan bagi mengurangkan penggunaan beg plastik dalam usaha memelihara alam sekitar, dan mereka yang masih mahukan beg plastik akan dikenakan bayaran 20 sen setiap satu pada hari itu.  Wang hasil pembelian beg plastik oleh pengguna akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan terpilih di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat tersebut, dan juga bagi pelaksanaan program-program kepenggunaan terutamanya yang berkaitan pemeliharaan alam sekitar.




Get your Test Drive session today!

What's a roadtrip when 6 of you are all cramped in saloon car? It's time for a new car so say hello to #allaboutexora! Get your Test Drive session today!
When I say S.P.A.C.E, what do you say? PROTON Exora!!! Based on Exora’s unique benefits that can be best summed up as S.P.A.C.E, this as a word highlights the spaciousness of this 7-seater MPV, but as an acronym describes the car’s key qualities – which is Safety, Performance, Advanced Styling, Comfort and Economical (SPACE).

Proton Exora is Malaysia's first home-grown MPV that has been built to world class quality & standards in performance, safety, technology and comfort.  With Proton, not only you get to drive your family and friends in comfort, but safety is always a priority. Thanks to Proton, they're hosting its first-ever Exora VIP Test Drive Session and you're invited to participate!

All you need is to register yourself at www.allaboutexora.com Not only you will learn more about Exora's winning features, you get a chance to gain budget tips, have a spa session and win cash prizes of RM6k!

Don't just sit there in awe, Churpers. It's happening so share it with your family and friends today! The first Exora VIP Test Drive Session starts from April 23, 2011. 
 
 
 
 

Submit your best image for #Sunsilk 's Perfectionista

#Sunsilk 's world-class experts are here to assist you to be a Perfectionista
Model in a designer dress, get a perfect hair makeover and be featured in a fashion magazine! And while you’re at it, you’ll get to discover more about getting on the journey to perfection! Be a Sunsilk Perfectonista NOW!



Feel secure with ADT and WIN BIG!!

Check out the promo on #ADT today & stand a chance to win some awesome prizes!
How does living in the city make you feel? Are you always on your toes for sounds at night? Do you wonder where your home is truly safe? Don't take any chances. Turn on ADT and get a good night's sleep.

There's a promotion on going till September, all you've got to do is sign up with ADT. Then our friendly technician will pop by for a site visit and soon you'll be secured! So quick, head on over and sign up with ADT and stand a chance to WIN BIG! 

**Sorry, campaign period is now over, and all link has been removed.

Friday 20 May 2011

Roti Gulung Sosej

Saya bukannya pandai sangat memasak tetapi saya ni jenis yang suka sangat mencuba dan mengubahsuai resepi sesuatu masakan itu sesuai dengan selera saya.  Tapi, dengan syarat resepi tersebut haruslah ringkas dan bahan-bahannya mudah didapati.  Berikut di bawah saya kongsikan resepi roti gulung sosej yang diadaptasi daripada resepi roti gulung ubi keledek.

Bahan-bahannya: 
10 keping roti
Sebungkus sosej
Sedikit tepung goreng cucur segera
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:  
Biarkan roti semalaman di dalam peti sejuk.  Setelah dibiarkan sejuk semalaman, potong kulit tepi roti kemudian golek roti dengan penggelek sehingga rata dan nipis.  Selepas itu, ambil sosej dan gulungkan.  Boleh dibiarkan panjang ataupun dipotong kepada tiga bahagian.

Panaskan minyak masak di dalam kuali.  Sementara itu, bancuh sedikit tepung goreng cucur segera (Adabi/Nona) untuk menjadikan roti sosej gulung lebih rangup.  Celupkan roti gulung sosej tadi ke dalam bancuhan tepung kemudian goreng sehingga garing.  Angkat dan hidangkan bersama sos cili dan mayonis.  Sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi ataupun sewaktu minum petang.  Selamat mencuba!





Penangan Laksa Sarawak

Laksa Sarawak @ RM5.00
Macam yang saya pernah cerita sebelum ini, seminggu tanpa laksa memang hidup rasa tidak sempurna, jadi sekurang-kurangnya seminggu sekali wajib untuk saya menikmati sarapan pagi dengan Laksa Sarawak @ Thomson Corner.  Paling best, signal saja dengan jari 'dua lima', gerenti taukeh laksa di Thomson Corner ini faham maksudnya dua mangkuk laksa RM5.00 yang saya dan si gaman order.  Kalau mau tahu, sudah 16 tahun taukeh ini mengusahakan perniagaan laksa sarawak di kedai makan yang sama.




Thursday 19 May 2011

Blog dalam proses pengubahsuaian

Google Pix
Beberapa hari ini saya akan menyibukkan diri untuk melakukan beberapa pengubahsuaian ke atas blog saya yang semak samun ini.  Harap-harap lepas ni, blog ini akan nampak lebih kemas dan mesra pengguna ^_^




Tuesday 17 May 2011

Air Batu Campur @ Warong 2020

ABC Special @ RM2.30
Saya sedang tercari-cari maklumat berkaitan asal-usul ataupun sejarah ABC, tetapi tidak menemui sebarang maklumat yang diinginkan.  Cuma, menurut wikipedia, Air batu campur ataupun lebih terkenal sebagai ABC (juga dikenali sebagai Ais Kacang di Pulau Pinang dan Singapura) merupakan sejenis minuman yang diperbuat daripada ais yang dimesin dan dicampur dengan bahan-bahan seperti kacang, buah kabung, cendol, cincau, jagung, pemanis, seperti sirap dan sarsi serta air manisan. Kalau di Kota Samarahan, setakat ini ABC Special yang paling 'best' ialah di Warong 2020, Desa Ilmu.




Konsep Jualan Murah Perdaya Pengguna

Jualan murah di Boulevard Shopping Mall
Saya dan si gaman ni memang sekali sekala akan mengisi masa lenggang dengan aktiviti 'window shoping' ni.  Rambang juga mata bila tengok promosi jualan murah sehingga diskaun 70%.  Tapi sejauh mana kebenaran diskaun yang diberikan itu, cuma mereka yang gemarkan aktiviti 'window shoping' sahaja yang tahu.  

Kalau mau tau, daripada aktiviti 'window shoping' juga la kami dapat mengesan bahawa ketika jualan murah, barangan bukannya diturunkan harga tetapi dinaikkan mengikut harga diskaun yang ditayangkan.  Jadi apabila ditolak dengan diskaun, pengguna tetap membayar pada harga yang sama seperti pada hari bukan jualan murah.

Pengalaman kami, cuma barang-barang berdiskaun 10% - 20% sahaja yang betul-betul menawarkan diskaun dalam erti kata sebenar.  Diskaun pada erti kata sebenar juga boleh diperolehi pada jualan penghabisan stok dan yang kualitinya sudah sedikit terjejas.  Jadi, untuk mengelak daripada terpedaya, konsepnya mudah sahaja, semua perniagaan berorentasikan keuntungan dan bukan kerugian ^_^




Monday 16 May 2011

Putih & Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides

Si Putih pun pandai membaca :)
Bab-bab suratkhabar ni memang si putih pantang tengok.  Kalau saya dan si gaman bentang suratkhabar untuk di baca, gerenti si putih pun ikut menyibuk.  Tapi, kadang-kadang kiut juga aksi si putih ... macam turut sama membaca pula ^_^  Ok lah, kita tinggalkan kisah si putih dan beralih kepada cerita mengenai sekuel keempat filem Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides yang dibintangi oleh aktor Johnny Depp yang bakal menemui penonton di pawagam pada 19 Mei ini.   

Daripada sinopsis yang saya baca dari Utusan Online, filem ini memaparkan kisah Kapten Jack Sparrow memulakan pelayarannya untuk mencari Fountain of Youth, air terjun yang dipercayai jika sesiapa minum airnya dia akan kekal muda.  Selain itu, menerusi On Stranger Tides, penonton juga dapat melihat Sparrow menyimpan perasaan terhadap seorang wanita misteri dari masa lampaunya bernama Angelica yang dilakonkan oleh aktres Penelope Cruz.  Wah ... ada kisah cinta si Jack Sparrow pula dalam  sekuel keempat filem Pirates of the Caribbean ni.  Ini bermakna, budget beli tiket  wayang kena dimasukkan dalam entertainment allowance pada bulan ni ^_^




Sunday 15 May 2011

Half Monggolian Chicken

Monggolian Chicken
Mood mencuba resepi baru tiba-tiba datang petang ni dan gambar diatas merupakan resepi yang saya rujuk dari sebuah majalah.  Nama sebenar resepi ini ialah Monggolian Chicken tetapi saya  saja tukarkan kepada Half Monggolian Chicken berikutan tidak semua bahan-bahan yang diperlukan ada.  Jadi, pandai-pandailah saya mengubah suai resepi ini mengikut bahan-bahan yang ada dan berikut di bawah saya kongsikan resepinya.

Bahan-Bahan:
600 gm paha ayam digantikan kepada 3 keping sayap ayam (untuk saiz hidangan 2 orang)
70 gm mentega, saya cuma menggunakan dua sudu besar mentega
4 sudu sos cili, digantikan kepada 2 sudu sos cili
Sedikit lada hitam,saya juga tidak menggunakan lada hitam
Sedikit garam dan gula sebagai perasa tambahan

Cara menyediakan:
Goreng sayap ayam terlebih dahulu sehingga masak.
Setelah itu, tumiskan mentega, sos cili, lada hitam, garam dan gula.
Masukkan ayam dan gaul sebati dengan bahan tadi.
Masak sehingga kering dan sedia dihidangkan.




Saturday 14 May 2011

Picture of the Year Si Putih

Santai Bersama Si Putih
Gambar ini merupakan gambar terbaik dan tercantik si Putih yang pernah saya ambil  setakat ini menggunakan kamera digital Canon Power Shot A400 milik saya yang sudah berusia lebih lima tahun.  Gambar yang diambil pada 22 Januari lepas ketika saya dan si gaman sedang bersantai di luar rumah pada waktu petang.  Lepas ni, saya mau cuba hantar gambar ni untuk masuk pertandingan Picture of the Year DiGi Wwwow Awards.




Header baru untuk blog Meet My World

Header blog http://lornamylife.blogspot.com/
Gambar di atas merupakan header baru untuk blog Meet My World milik anak buah saya si Bibi yang saya buat menggunakan perisian PhotoScape.  Bertemakan warna purple, saya  turut memilih beberapa gambar kiut miut yang saya google dari internet untuk digabungkan menjadi hiasan pada header.  Selain itu, pada header blog ini juga turut diselitkan gambar tuan punya blog yang paling cute.  Wah ... nampaknya si Bibi gumbira betul dengan header baru termasuk background baru blognya.




Bila Blogger.Com Under Maintenance

Kerja-kerja maintenance oleh Blogger.Com sejak 11 Mei lepas sehingga setakat 13 Mei menjejaskan mood kebanyakan blogger seperti saya.  Maklumlah, gangguan begitu teruk sekali sehingga beberapa 'blog posts' dan 'new install widgets' hilang.


Antara 'blog posts' yang kena remove ekoran kerja-kerja maintenance oleh Blogger.Com
Ini merupakan antara 'blog posts' saya yang telah hilang.  Ingatkan kena 'hack'.  Lebih  teruk lagi  entri Aku, Laksa Sarawak & Internet yang saya hantar untuk menyertai pertandingan Top Makan2 Expert DiGi Wwwow Awards pada 12 Mei lepas kena remove petang semalam.



Aku, Laksa Sarawak & Internet berada pada kedudukan ke 30 setakat 13 Mei
Bermula pada kedudukan nombor 43 pada 12 Mei, kemudian naik ke kedudukan ke 30 setakat 13 Mei ... dan timbul pula masalah bila 'blog post' kena remove, punya la sedih dan mood pun hilang.


Dari laman web DiGi Wwwow Awards pada 13 Mei
Yang paling lucu, bila tengok keadaan 'blog post' yang saya hantar untuk penyertaan Top Makan2 Expert tidak dapat diakses lagi menerusi laman web DiGi Wwwow Awards ... perasan la pula blog kena hack ^_^ siap meluah perasaan di FB lagi.  Ni gara-gara FB fan page HOT FM kena hack, tu sebab timbul perasaan sedemikan.  Sedangkan, apa la yang hebat sangat dengan blog ni ^_^


Notis daripada Blogger.Com
Bila dapat info di atas daripada si Tom Rungitom di FB fan page Sabahan Blogger, baru la rasa lega walaupun bimbang sekiranya 'blog post' yang kena remove tidak kena restore.  Tapi, syukurlah ... bila buka pagi tadi, semua 'blog post' yang hilang sudah kena restore, cuma komen-komen pada 'blog post' tersebut sudah tiada.  Lepas ni, kena rajin-rajin buat backup setiap kali buat update.



Thursday 12 May 2011

VOTE untuk "Aku, Laksa Sarawak & Internet"

Saya telah menghantar penyertaan Aku, Laksa Sarawak & Internet untuk kategori Top Makan2 Expert bagi DiGi Wwwow Awards.  Jadi, dengan tidak segan silunya, saya ingin meminta bantuan semua rakan-rakan blogger dan rakan-rakan facebook supaya VOTE untuk saya. Untuk membuat UNDIAN, sila ikuti langkah di bawah.  Terima kasih. 


1.  Klik logo ini atau logo di tepi sidebar



2.  Paparan seperti ini akan keluar


3.  KLIK Login/Register with Facebook


4.  Kemudian KLIK Allow


5.  Isikan ruangan kosong dengan perkataan yang diberikan dan submit


6.  Anda akan menerima message 'You have successful voted'




Aku, Laksa Sarawak & Internet

Laksa Sarawak ... Terbaik punya!
Sehari, dua hari, tiga hari, empat hari, lima hari, enam hari tanpa 'Laksa Sarawak', No Problem.  Tapi kalau seminggu tidak dapat makan Laksa Sarawak, hidup rasa tidak sempurna seumpama sehari tanpa Internet.  Tanpa Laksa Sarawak? perut jadi kacau.  Tanpa Internet? jiwa jadi kacau!

Big Laksa ... Special Laksa ... RM6.00
Inilah satu-satunya makanan yang membuatkan saya jatuh cinta dengan Sarawak dan Laksa Sarawak ini jugalah yang membuatkan hati terpaut dengan si gaman.  Dari zaman cintan-cintun dahulu sehinggalah bergelar mr & mrs, Laksa Sarawak tetap nombor satu di hati!

Udang, hirisan telur goreng, tauge .... tapi isi kerang yang paling best!
Tapi dalam banyak-banyak Laksa Sarawak yang pernah saya rasa, Laksa Sarawak di Thompson Corner, Tabuan Jaya, Kuching jugalah yang paling 'The Best'.  Bagi mereka yang sekadar ingin mencuba, boleh order laksa mangkuk kecil berharga RM3.50.  Manakala bagi penggemar fanatik Laksa Sarawak seperti saya, selalunya mesti order yang medium (RM5.00).  Bila budget lebih sikit, apa lagi Big Laksa ... Special Laksa mari! RM6.00 semangkuk bikin perut kenyang dan hati pun senang!

Tinggalkan sedikit kuah supaya tidak nampak gelojoh sangat
Sedap memang sedap, tapi sejak dari tahun 2003 hingga setakat Mei 2011 ini, belum pernah lagi saya mencatatkan sejarah melicinkan mangkuk laksa.  Mesti tinggalkan sedikit kuah supaya tidak nampak gelojoh sangat ^_^

Jadi, jika singgah di Kuching, jangan lupa singgah makan Laksa Sarawak di Thompson Corner, Tabuan Jaya.  Stall yang jual laksa pujaan hati saya ni dibuka seawal jam 7.00 pagi dari Selasa hingga Ahad, hari Isnin pula ditutup untuk sesi kira untung ...  mungkin ^_^

Dengar-dengar cerita kedai kopi, orang-orang yang datang KL pun kalau singgah di Kuching gerenti sanggup pergi 'tapau' Laksa Sarawak taukeh ni untuk dibawa balik ke KL.  Tapi mesti ingat, kalau datang lewat dari jam 10.00 pagi pada hujung minggu ... alamat telan air liur sajalah.  Sabtu dan Ahad pula merupakan hari yang paling sibuk, tapi setakat tunggu kira-kira 45 minit untuk semangkuk laksa ... itu No Problem bagi saya.  Memang sedap gilerrrrr!!!

HOT FM Kena Hack HOT FM 2 Menjelma

Facebook Fan Page HOT FM 2
Wah, rasanya memang betullah Facebook fan page HOT FM kena hack!  Baru sebentar tadi saya mendapati fan page HOT FM yang kena hack itu tidak dapat diakses lagi.  Kini fan page HOT FM 2 menjelma menggantikan fan page yang kena hack oleh oleh orang yang menggelarkan dirinya sebagai Jack Sparrow, salah seorang daripada anggota RileksCrew yang dikatakan kumpulan penggodam popular di Malaysia.

Setakat gambar di atas, HOT FM 2 baru mengumpul sejumlah 41 peminat berbanding jumlah terkumpul sebanyak 796,929 sebelum ini di fan page HOT FM yang telah menjadi mangsa hack.  Nampaknya, selepas menjadi mangsa hack, stesen radio HOT FM semakin HANGAT diperkatakan.

Si hackers, Jack Sparrow sepatutnya diberi penghargaan/anugerah kerana berjaya meningkatkan lagi populariti HOT FM.



Wednesday 11 May 2011

Betulkah Fan Page Hot FM Kena Hacked?

Kejadian hacking dikatakan berlaku pada 10 Mei lepas sekitar jam 1.30am - 2.30am

Facebook fan page HOT FM kena hacked!  Ini info menarik yang baru saya perolehi semasa sesi blog walking sebentar tadi di blog Blog 4 Dead.  Difahamkan, FB fan page HOT FM ini telah digodam oleh orang yang menggelarkan dirinya sebagai Jack Sparrow, salah seorang daripada anggota RileksCrew yang dikatakan kumpulan penggodam popular di Malaysia.

Tetapi sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui, mungkin BETUL dan mungkin  juga sekadar GIMIK oleh stesen radio popular ini sempena promosi filem terbaru Pirates Of The Caribbean: On Stranger Tides yang bakal ditayangkan di pawagam pada 19 May ini.

Sekiranya betul FB fan page HOT FM kena hacked, sekurang-kurangnya ada juga penyeri kepada dunia hiburan tanah air.  Menariknya, si Jack Sparrow HOT FM ini mengendalikan fan page tersebut dengan cukup sopan, malah lebih 700,000 peminat HOT FM siap dihidangkan dengan ayat-ayat penuh motivasi.