Sudah 22 hari Oktober berlalu meninggalkan kita dan sedar tidak sedar hanya tinggal sembilan hari lagi November bakal melabuhkan tirainya dengan mempelawa Disember mengambil alih detik 31 hari sebelum menjelangnya tahun baru 2011.
Kesibukan dengan kerja-kerja penulisan laman web komuniti sepanjang Oktober hingga awal November lepas membuatkan saya terlalai seketika dengan waktu. Bukan sahaja tidak sempat meluangkan masa untuk mengemaskini blog dengan cerita-cerita baru tetapi juga terlalai meluangkan masa berkualiti untuk diri sendiri dan keluarga.
Macam orang selalu kata, di sebalik suka pasti ada duka ... pada saat duka menjelmakan diri baru kita sedar bahawa banyak perkara yang kita lupa dan terlalai. Pemergian anak buah si gaman pada 8 November lepas menyedarkan saya bahawa hidup begitu singkat sekali. Seluruh anggota keluarga si gaman termasuk saya cukup terkejut dan tidak menyangka bahawa Itak telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.
Kesibukan dengan kerja-kerja penulisan laman web komuniti sepanjang Oktober hingga awal November lepas membuatkan saya terlalai seketika dengan waktu. Bukan sahaja tidak sempat meluangkan masa untuk mengemaskini blog dengan cerita-cerita baru tetapi juga terlalai meluangkan masa berkualiti untuk diri sendiri dan keluarga.
Gambar kenangan |
Walau pun Itak membesar sebagai orang kurang upaya berikutan sejarah kesihatan yang memerlukannya bergantung kepada ubat sejak dari kecil, Itak merupakan seorang insan yang cukup bertuah kerana sepanjang hidupnya dilimpahi dengan perhatian dan kasih sayang daripada seluruh anggota keluarganya.
Paling menyayat hati apabila melihat ibu itak dan indai yang begitu banyak mendedikasikan hidup mereka untuk merawat dan melayan itak sejak dari kecil nampaknya harus menerima kenyataan bahawa kini tanggungjawab tersebut hanya untuk setakat 26 tahun sahaja. Untuk Itak Rest In Peace.
20 Feb 1984 - 8 Nov 2010 |