| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Thursday, 26 April 2012

Mesin Jahit Terkecil Di Dunia

Rasa-rasanya inilah mesin jahit terkecil di dunia.  Sangat-sangat inovatif orang yang mereka mesin jahit mini seperti gambar di bawah.  Saya fikir gerenti orang tersebut sudah jadi jutawan sekarang ♥‿♥ 

Mesin jahit mini
Bagi yang kurang berkemampuan untuk memiliki sebuah mesin jahit yang sempurna, mesin jahit mini ini rasanya sudah mencukupi untuk memudahkan kerja-kerja menjahit yang kecil.  Mesin jahit mini sebesar staple inilah yang saya gunakan untuk projek-projek kecil kraftangan saya.

Sebesar staple
Mesin jahit mini ini saya beli pada pertengahan April lepas di kaki lima kedai India Street, Kuching. Mula-mula tengok benda ni rasa tidak percaya pun ada sebab tidak pernah terlintas difikiran akan melihat mesin jahit sekecil ini di depan mata.  Sebelum ini cuma pernah nampak mesin jahit mini sebesar mesin pengadun kek/biskut berharga RM100++

Close up pix
Walaupun nampak simple tapi perlu kemahiran dan kesabaran juga mengendalikan mesin jahit mini ni, cara menggunakannya sama seperti staple.  Menjahit sepanjang 10cm pun sudah cukup melenguhkan tangan, sudah namanya mesin jahit mini jadi jahitan pun kenalah 'mini' ♥‿♥ 

12 comments:

Fadzmie Mohamad said... [Reply]

Macam baru 1st time saya nampak yang begini punya saiz ni. Kalau mau jahit yang panjang-panjang ni memang susah la ni kan? Hehe.

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@Fadzmie Mohamad sejengkal pun bikin penat tangan owh ... tapi kalau sudah biasa kali, mungkin senang jg la ... saya pun baru2 jg pakai ni.

echaRierie said... [Reply]

hahaha..penat gila menjahit guna mesin ni..kecik..

Willie a.k.a Reptoz said... [Reply]

menarik.

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@echaRierie hahaha ... memang penat, tapi ngam jg la kalau ada projek menjahit kecil2.

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@Willie a.k.a Reptoz :) menarik & comel kan.

Cinoi Lavigne said... [Reply]

Mesti yang simple punya kan, i mean capable of menjahit basic things seja kan. Sakit ni juga tangan menjahit begini

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@Cinoi Lavigne apa lagi, ngam utk projek keci2 sj. Kalau telampau lama lenguh jg la hehe

fitri suraya roslan said... [Reply]

slm,cney ada jual mesin jahit mini?bukan yang mcm tok...

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@fitri suraya roslan owh, mesin jahit mini yg saiznya lebih kurang mcm hand mixer tu kan. Boleh tanya di kedai yg menjual barang2 jahitan. Saya pernah tengok mesin jahit tu di Batu Kawa.

TaShaShoib(t.s studio) said... [Reply]

Salam...Erm... Mana nak cari mesin ni erk? Online punya?
Terima kasih... :)

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@TaShaShoib(t.s studio) Hi, online saya kurang pasti pula sbb ni saya beli di kaki lima kedai saja. cuba google mini sewing machine, mungkin ada info di mana dpt beli.