| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Friday, 31 August 2012

TweetUp #Merdeka55

Acara Tweet Paling Banyak Dalam Masa Sejam di Malaysia bermula pada pukul 8.15 - 9.15 malam sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 negara berjaya merekodkan jumlah tweet sebanyak 3,611,323 dengan #Merdeka55 dan lima daripada tweet tersebut adalah daripada akaun twitter saya hehehe ... cewah! Selamat Hari #Merdeka55 ♥‿♥ 

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55


Saturday, 25 August 2012

Whoops!

Ingat mau update blog dengan meng'upload' beberapa gambar ... tiba-tiba dapat notis seperti di bawah pula.  Macam mana la ni??? terpaksa delete gambar lain atau kena buka blog baharu?

Whoops! You're out of space. You are currently using 100% of your 1 GB quota for photos. Upgrade storage Photos are stored in your Picasa Web Albums account and are included in your 1 GB free quota for photos. Additional storage you purchase is shared between several Google products and is in addition to your free quota. Learn more

Thursday, 16 August 2012

Ulang Tahun Ke-2 Bersama Nuffnang

Sedar tidak sedar rupa-rupanya sudah dua tahun saya mem'blog'kan diri bersama Nuffnang dan 12 Ogos lepas merupakan ulangtahun kedua bersama Nuffnang.  Happy Birthday!

Since 12 August 2010
Dalam tempoh dua tahun ni rasanya blog ni memang tidak pernah lepas daripada tiga bintang pun, maknanya blog saya ni masih dalam kategori blog tidak popular.  

Blog Stats 9 - 15 Ogos 2012
Statistik unique visitors pun kurang memberangsangkan.  Tapi, belakang kiralah popular atau tidak popular, yang penting saya happy berkongsi apa sahaja cerita di sini kan ... kan ... kan ... harap-harap tidak termasuk dalam kategori blog syok sendiri sudah la ♥‿♥

Kejap status Non-Glitterati ... kejap Glitterati
Dalam tempoh dua tahun ni juga, status nuffnang saya ni kejap glitterati ... kejap tukar non-glitterati ... ntah di mana juga silapnya.

Earnings dalam tempoh 12 Ogos 2010 - 13 Ogos 2012 tahun
Bercerita pasal earning ... ♥‿♥ ... dalam tempoh dua tahun cuma RM60.21 saja yang berjaya dijana oleh blog ni.  Malas mau tunggu lama, 14 Ogos lepas saya sudah kasi cashout, ni kes tidak sabar-sabar mau merasa duit income nuffnang la  ♥‿♥ kamu urang pula kalau sudi kongsi-kongsi la pengalaman dan tips bagaimana  menjana income bersama nuffnang.

Monday, 13 August 2012

30 Hari Internet Percuma Dengan DiGi Prepaid

Activate & reload at least RM 30 with DiGi Prepaid and you’ll be rewarded with 30 days of Internet for free! #DiGiFreeInternet.  CLICK for more info.

Thursday, 9 August 2012

Shopping Online: Potongan Harga 50% - 80%

Kaki shopping online kini boleh mendapatkan diskaun 50% hingga 80% di gedung fesyen online terkemuka, HiShop, hanya dalam tempoh masa terhad.  Klik link di bawah untuk maklumat lanjut dan merebut peluang untuk mendapatkan barangan pada harga rendah sehingga RM30.  PROMOSI TELAH TAMAT.

Tuesday, 7 August 2012

Mereka Ini Nila Setitik

Berulang-alik melawat dan membantu menjaga ibu mertua di hospital dalam seminggu ni membuatkan saya belajar banyak perkara.  Dalam tempoh tersebut saya berpeluang melihat dan mengalami sendiri karenah tidak menyenangkan daripada dua tiga orang jururawat dan doktor muda yang pada pendapat saya mereka ini tidak sepatutnya berada dalam bidang ini.  "Mereka ini nila setitik yang merosakkan susu sebelanga".

Petang semalam, saya berpengalaman melihat sendiri bagaimana seorang doktor muda di klinik pakar tertawa dan mempersenda-sendakan seorang pesakit warga emas di hadapan jururawat-jururawat pelatih.  Warga emas itu ibu mertua saya sendiri.  Siapa saya untuk menegur sikap doktor tersebut?, apa yang saya lakukan ialah bertanyakan soalan-soalan secara serius berkaitan kesihatan mertua saya sehingga dia berhenti ketawa.

Petang semalam, satu lagi pengalaman menyedihkan dan menyakitkan hati apabila, saya, suami, ibu mertua, bapa mertua, beberapa pesakit dan beberapa pelawat lain melihat sikap seorang dua jururawat yang ketawa terkikik-kikik ketika dalam proses membantu para doktor menyelamatkan nyawa seorang pesakit yang kembali tidak sedarkan diri selepas pembedahan berikutan masalah pernafasan.

Hairan betul ... mereka ini manusia atau apa?  Boleh-bolehnya mereka ketawa-ketawa dan bergurau-senda.  Kelakar sangatkan melihat keadaan orang hampir-hampir mati. Tiada self-empathy langsung! Mereka langsung tidak menghormati perasaan anak-anak dan suami pesakit yang berada di situ sedang bersedih dan membaca surah yassin. 

Lagi menyampah bila melihat sikap salah seorang jururawat bersikap berlengah-lengah selepas menerima arahan doktor membawa pesakit ke ICU.  Saya yang berada di situ pada ketika itu rasa mau menengking saja supaya mereka ini bergegas ... bayangkan ini soal nyawa orang dan bukannya nyawa ikan! 

Layanan sikap sombong dan garang daripada doktor dan jururawat mungkin sudah menjadi perkara biasa dan pengalaman biasa ramai pesakit.  Pada saya kedua-dua sikap ini  boleh dimaafkan kerana mungkin tekanan kerja membuatkan mereka ini bersikap demikian.  Tapi sikap yang ditunjukkan seperti di atas, sampai mati pun orang akan kenang. 

Masih terkenang-kenang apa nasib yang menimpa wanita berusia 46 tahun tersebut.  Semoga dia berjaya diselamatkan dengan berkat doa keluarganya.  Beberapa jam selepas pembedahan usus, wanita tersebut masih boleh berbual dan bergurau dengan anak perempuannya sebelum mengadu mengalami masalah pernafasan.  Dia seterusnya bernafas menggunakan oksigen sebelum tidak sedarkan diri.  

Doktor kemudiannya terpaksa memasukkan tiub ke saluran pernafasannya dan mengepam udara masuk secara manual.  Akhir sekali yang saya lihat, wanita tersebut mungkin disorong menuju ke ICU ataupun bilik pembedahan untuk tindakan lanjut.  Anak-anak dan suaminya turut bergegas mengiringinya.  Saya yang melihat situasi ini cuma dapat menahan-nahan sebak di dada saja.