| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Thursday, 3 November 2011

Kedai Buku Terapung MV Logos Hope

Kapal MV Logos Hope
Sudahkah anda berkunjung ke kedai buku terapung MV Logos Hope? Jika belum, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk merasai pengalaman berkunjung ke kedai buku terapung ini.  Walaupun sebelum ini pernah merasai pengalaman menaiki kapal tentera laut, tetapi perasaan ketika berada di kapal MV Logos Hope ini jauh berbeza kerana suasananya lebih mesra dan menyeronokkan terutamanya apabila melihat beribu-ribu buah buku.

Perasaan ingin tahu ...
Yuran masuk hanya RM1 untuk orang dewasa manakala bagi pengunjung kanak-kanak yang berusia 12 tahun dan ke bawah kemasukan adalah percuma dengan syarat mesti ditemani orang dewasa. MV Logos Hope dibuka kepada orang ramai dari jam 10 pagi hingga 10 malam pada Isnin hingga Jumaat dan dari jam 1 petang hingga 10 malam pada Ahad bermula 28 Ogos lepas hingga 13 November ini.  Difahamkan, MV Logos Hope akan ditutup kepada orang ramai pada Isnin, 31 Oktober dan Selasa, 8 November.

Pengunjung berpusu-pusu masuk
Daripada maklumat yang diperolehi daripada akhbar-akhbar tempatan, kapal ini dikatakan berlabuh buat pertama kalinya di Kuching.  MV Logos Hope juga mempunyai saiz yang cukup luas selain mempunyai sudut kanak-kanak selain dilengkapi ‘International Cafe’ menjual ais krim, minuman dan makanan ringan serta ‘Visitor Experience Deck’ berhawa dingin untuk diterokai orang ramai.

Sesi penerangan ringkas
Sebelum dibenarkan masuk ke ruangan kedai buku, pengunjung terlebih dahulu diberikan penerangan ringkas mengenai MV Logos Hope oleh seorang sukarelawan yang bertugas. 

Sejarah MV Logos Hope
Di kawasan menyambut tetamu ini, kami tidak melepaskan peluang untuk membaca sejarah kewujudan MV Logos Hope yang menggantikan MV Doulos yang kali terakhir mengunjungi Kuching pada 10 Disember 2008 hingga 3 Januari 2009.

Ruangan kedai buku
Bertemakan ‘ Membawa pengetahuan, bantuan dan harapan’, kapal Logos Hope yang berlabuh di pelabuhan Sim Kheng Hong, Pending, Sarawak menawarkan lebih 5,000 tajuk buku kepada pengunjungnya, bermula dari sains, sukan, resipi, seni hinggalah buku kanak-kanak pada harga yang berpatutan.

Pelbagai jenis buku

Harga mengikut points

Seksyen kamus

Believe it or not!

Seksyen Spritual Life

The Right To Die???

Bersama maskot kapten

Masa untuk pulang ^_^




6 comments:

FBS Headmaster said... [Reply]

Wahhh punya best ni.... kedai buku di atas cruiser ship...

Mizz Coki said... [Reply]

ohh MV Doulos percuma saja derang ni siap charge la pulak.

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@Daniel Chiam ... memang best ... ngam utk ulat2 buku :)

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@Mizz Coki iya ... yg ni ganti MV Doulos ... dorg mau collect donation kali.

Unknown said... [Reply]

Tak sepat saya kali ini.Macam mana dgn harga buku-buku yg di jual..murah kah dari yg di-jual kat kedai?? contoh Digital Photography yg dalam gambar di sebelah Abang kita tu....

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@AWANG kira agak berpatutan la berbanding di luar. tp harga buku digital photography tu nda perasan pula :)