| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Showing posts with label Lain-Lain. Show all posts
Showing posts with label Lain-Lain. Show all posts

Tuesday, 7 February 2012

Layanan Buruk Punca Peniagaan Bumiputera Tidak Kekal

Layanan dan perkhidmatan kepada pelanggan yang buruk! itulah punca kenapa banyak perniagaan yang diusahakan oleh 'Bumiputera' tidak dapat bertahan lama.  Hal ini juga merupakan punca utama kenapa bumiputera seperti saya beralih dan lebih gemar pergi ke kedai makan, kedai gunting rambut, kedai runcit atau bengkel kereta yang diusahakan oleh peniaga Cina dan India.

Ini pendapat peribadi saya setelah banyak kali berhadapan dengan sikap peniaga bumiputera yang tidak menghargai pelanggan mereka, saya percaya ramai di luar sana pernah mengalami pengalaman yang serupa.  Kalau di kedai makan, kita terpaksa menunggu lama.  Kalau di kedai gunting rambut, rambut digunting sambil lewa dan tidak memenuhi permintaan pelanggan.  Kalau di kedai runcit, layanan tidak mesra jika barang yang dibeli sedikit.  Itu antara senario yang sering berlaku.

Bukan berniat memburuk-burukkan peniaga bumiputera secara total tetapi ini kenyataan yang harus diterima untuk kita berubah dan mencontohi sikap peniaga Cina dan India dalam soal memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.  Sebagai bumiputera, sudah tentu saya ingin membantu peniaga bumiputera tetapi kebanyakan pengusahanya gagal memberikan layanan dan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan.

Sunday, 29 January 2012

Perangkap Maut Untuk Penceroboh Misteri

Perangkap gam tikus tetapi boleh digunakan untuk memerangkap gajah juga ^_^
Beberapa malam kebelakangan ini ketenteraman kami dua si gaman sering terganggu oleh bunyi-bunyi misteri yang datang dari bahagian belakang rumah.  Belum dapat dipastikan sama ada bunyi-bunyi tersebut dihasilkan oleh si tikus nakal ataupun benda lain.  Tetapi berdasarkan gerak-geri kucing kesayangan kami si Putih yang hidungnya 'tersingut-singut' ketika dibawa menyiasat, kami percaya si penceroboh itu adalah sang TIKUS. Jadi kami telah membeli perangkap gam tikus yang paling kuat!  Hasilnya akan saya kongsikan nanti hehehe ...