| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Saturday 23 April 2011

Big Give Sahabat Contest


Selalunya, rakan-rakan blogger akan tag saya untuk menyertai mana-mana contest tapi kali ini, saya sendiri terjumpa dengan satu contest menarik iaitu Big Give Sahabat Contest yang dianjurkan oleh cikgu Sudirman Abdul Rahman.  Syarat utama untuk menyertai contest ini mudah sahaja, anda cuma perlu bercerita mengenai SAHABAT.  Sesiapa yang berminat untuk menyertai contest ini, sila klik pada gambar di atas untuk maklumat lanjut.

Bila bercakap mengenai kawan, sama seperti orang lain saya juga berkawan dengan ramai orang dan mempunyai pelbagai jenis kawan dengan macam-macam karenah.  Tetapi, bila menyentuh soal sahabat pula, saya mentafsirkan 'sahabat' sebagai seseorang yang sangat akrab dan dipercayai di mana saya boleh berkongsi pelbagai perkara suka dan duka tanpa sebarang keraguan.  

Memandangkan, saya mempunyai dua orang 'sahabat', jadi saya akan bercerita mengenai kedua-dua mereka ini.



Mama ku Sahabat ku
Wanita yang bergelar mama inilah orang yang paling saya percaya.  Mana tidak, saya sudah mengenali mama sejak berada dalam kandungan selama sembilan bulan lagi sehinggalah mencecah usia 34 tahun ketika ini.  Kalau menyentuh soal betapa saya menyayangi mama, percayalah memang tiada perkataan yang mampu diungkapkan untuk menggambarkan perasaan sayang itu.  Setiap detik bersama merupakan kenangan manis dan kadang-kadang berharap masa itu dapat diputar semula.  Perkara paling kelakar mengenai mama ialah apabila melihat mama ketawa sendiri sebelum cerita lucu yang hendak disampaikan kepada kami habis diceritakan.

 Adik ku Sahabat ku
Adik ku ini merupakan satu-satunya adik perempuan ku daripada lima beradik.  Jadi memang perkara biasa sister-sister sering digambarkan sebagai 'sahabat'.  Membesar bersama dengan beza usia enam tahun tidak pernah menghalang kami untuk berkongsi pelbagai perkara termasuklah berkongsi pakaian, sandal, aksesori, alat solek, beg tangan dan macam-macam lagi termasuklah berkongsi personaliti senyum suka tayang gigi.  Sama seperti saya menyayangi mama, begitu jugalah saya menyayangi si adik ku ini.  Perkara paling kelakar mengenai si adik ku ini ialah sikapnya yang suka paksa kakaknya ini mendengar semua cerita dan luahan hati dia walaupun dia tau kakaknya ini kebosanan tahap gaban.




0 comments: