Kedai runcit baharu mama |
Saya sekarang masih lagi blogging dari Beluran
iaitu daerah dan kampung halaman tempat saya membesar. Tiada istilah
bercuti-cuti Malaysia sekiranya balik ke sini kerana mama dan bapa saya
merupakan peniaga runcit kecil-kecilan. Jadi kepulangan kami
adik-beradik ketika cuti krismas merupakan satu berkat bagi mereka
kerana kehadiran kami sedikit sebanyak dapat membantu mereka.
Kedai runcit di Taman Sungai Labuk |
Berada
di sini sejak 19 Disember lepas, memang tiada istilah bermalas-malas
dan bersantai-santai. Setiap hari dipenuhi dengan kesibukan terutamanya
saya yang memang rajin dalam soal susun menyusun barang-barang runcit di kedai runcit baharu keluarga kami yang baru dibuka pada 4 Disember lepas di lot kedai perumahan Taman Sungai Labuk, Pelantung.
Kedai runcit di rumah Kampung Keramat 2 |
Sementara kedai runcit di rumah Kampung Keramat 2 juga masih beroperasi dan kini diuruskan oleh bapa. Kedai runcit ini kecil sahaja dan cuma menjual barang-barang keperluan harian untuk penduduk di kampung ini. Walaupun agak kecil tetapi ianya sudah mula beroperasi dan diuruskan oleh mama sejak tahun 1990 lagi.
![]() |
Kedai runcit di rumah hadapan hospital Beluran, tahun 1983 |
Seingat saya, kami adik-beradik memang membesar dalam suasana kedai runcit sehinggalah sekarang tinggal mama dan bapa yang masih meneruskan legasi mereka. Sementara kami adik-beradik, masing-masing mempunyai keluarga dan kerjaya sendiri di Sandakan, Tawau, Tambunan dan saya di Kota Samarahan, Sarawak. Sekiranya ada peluang, saya juga ingin membuka sebuah kedai runcit ... kunun-kunun ... impian ... cita-cita?
5 comments:
Kedai runcit kecil-kecilan dulu..lama2 tu jadi mini market ke supermarket pastu jadi hypermarket......keja sendiri bgus kita bos kitalah kuli....aku pun mau bah...
tell me kdai runcit dpn ospital is kedai runcit c antiring..itu ka??
@Sury Suryani iya la ... ada rezeki buli buka kedai runcit nanti hehehe
@Lina masa keci2 saja kami tinggal dekat uncle saya si antiring. sekarang suda di keramat.
SAYA ADA MENJUAL SABUN SUSU BERAS.JOM LAYARI LAMAN BLOG SAYA:
www.sabunberasmurah.blogspot.com
Post a Comment