| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Tuesday 7 February 2012

Layanan Buruk Punca Peniagaan Bumiputera Tidak Kekal

Layanan dan perkhidmatan kepada pelanggan yang buruk! itulah punca kenapa banyak perniagaan yang diusahakan oleh 'Bumiputera' tidak dapat bertahan lama.  Hal ini juga merupakan punca utama kenapa bumiputera seperti saya beralih dan lebih gemar pergi ke kedai makan, kedai gunting rambut, kedai runcit atau bengkel kereta yang diusahakan oleh peniaga Cina dan India.

Ini pendapat peribadi saya setelah banyak kali berhadapan dengan sikap peniaga bumiputera yang tidak menghargai pelanggan mereka, saya percaya ramai di luar sana pernah mengalami pengalaman yang serupa.  Kalau di kedai makan, kita terpaksa menunggu lama.  Kalau di kedai gunting rambut, rambut digunting sambil lewa dan tidak memenuhi permintaan pelanggan.  Kalau di kedai runcit, layanan tidak mesra jika barang yang dibeli sedikit.  Itu antara senario yang sering berlaku.

Bukan berniat memburuk-burukkan peniaga bumiputera secara total tetapi ini kenyataan yang harus diterima untuk kita berubah dan mencontohi sikap peniaga Cina dan India dalam soal memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.  Sebagai bumiputera, sudah tentu saya ingin membantu peniaga bumiputera tetapi kebanyakan pengusahanya gagal memberikan layanan dan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan.

4 comments:

Fadzmie said... [Reply]

Paling betul sudah tu. Sikap diorang sendiri juga yang buat bisnes diorang tida pandai maju. Pandai cepat rasa selesa bila sudah MACAM maju sikit. Terus tida pandai mau hargai pelanggan. Kan?

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

iya bah, itu yg bikin geram. kita mau sokong bisnis dorg tp dilayan nda bagus. Paling senang saya buat, nda payah lg pegi itu kedai.

Willie a.k.a Reptoz said... [Reply]

Tapi kadang kadang sebab diorang masak mee tak sadap. Huhuh

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@Willie a.k.a Reptoz hehehe ... iya sebab dorang cincai2 sj buat kerja.