| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Saturday 2 March 2013

Blog Baharu Dalam Pembikinan

Sekarang ni saya sedang dalam "pembikinan" (kurang pasti sama ada ini perkataan yang sesuai) blog baharu dengan domain percuma blogspot.com iaitu http://mygamanborneo.blogspot.com/ dan mengekalkan nama MyGamanBorneo pada blog tersebut.  Ini boleh dikatakan ada MyGamanBorneo 1.0 dan MyGamanBorneo 2.0 lah kononya ♥‿♥

Pindah blog baharu ni perasaannya tidaklah sama seperti pindah rumah baharu.  Kalau pindah rumah baharu, perasaan gembira dan teruja akan menguasai diri.  Tapi bila pindah blog baharu, perasaan kekok pula yang timbul ... langsung tiada idea untuk menulis.

Apa-apapun, saya tekad untuk meneruskan niat perpindahan blog ini.  Walau bagaimanapun, blog lama ini tidak akan saya lupakan.  Nanti saya akan 'update' secara ringkas cerita-cerita yang bakal saya kongsikan di blog MyGamanBorneo yang baharu.  Bah, setakat itu untuk hari ini.


2 comments:

Willie a.k.a Reptoz said... [Reply]

Sebab itu saya guna domain berbayar. Tiada masalah mcm ni.

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@Willie a.k.a Reptoz Ic. Patutlah ... blog ni kurang dr 3 tahun sudah x dpt upload gambar baru lg.