| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Showing posts with label Diari Ulat Buku. Show all posts
Showing posts with label Diari Ulat Buku. Show all posts

Sunday, 11 March 2012

Internet Menjauhkan Masyarakat Dari Buku

Dalam satu artikel akhbar online yang saya baca di internet, budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia dikatakan masih lagi rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju.  Manakala, dalam satu artikel lain pula mengatakan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia telah meningkat kepada lapan hingga 12 buku setahun pada tahun 2010 berbanding hanya dua buku pada 1996.  Bagaimanapun, jumlah tersebut dikatakan masih jauh ketinggalan berbanding negara-negara maju lain.

Budaya membaca di Malaysia meningkat kepada lapan dan 12 buku setahun
Artikel tersebut membuatkan saya teringat bahawa pada tahun 2011, saya cuma membaca tiga buku sahaja dan jumlah tersebut terlalu kecil jika dibandingkan dengan lapan atau 12 buku setahun.  Manakala, kali terakhir saya membeli buku ialah pada Oktober tahun lepas berdasarkan tarikh pembelian yang dicatatkan di dalam buku tersebut.

Pelbagai pilihan buku menanti untuk dibeli oleh pembaca
Anda pula, berapa banyak buku yang anda baca dalam tempoh setahun?  Saya percaya ramai di antara kita cuma membaca dua buku setahun.  Mungkin tanpa kita sedari, selain daripada gaya hidup yang semakin sibuk dalam dunia serba moden ini, kelekaan kita terhadap bahan-bahan bacaan yang mudah diperolehi di internet juga mungkin menjadi faktor utama yang menjauhkan diri kita dari buku.  

Internet mungkin menjauhkan anda dari buku
Maklum sahajalah, kini semua maklumat hanya di hujung jari.  Sebut sahaja, berita semasa, perkembangan politik, hiburan, sukan, perniagaan dan sebagainya kini boleh didapati dengan mudah dan pantas dengan internet.  Lagipun, kecenderungan seseorang itu membaca bahan-bahan bacaan berinformasi di internet juga suatu amalan membaca yang baik. 

Buku karya penulis tempatan
Malah, terdapat juga penulis yang mengambil inisiatif menjual hasil penulisan mereka dalam bentuk e-book di internet berikutan trend pembaca pada hari ini yang lebih gemar membaca terus dari internet.  Selain itu, perkhidmatan rangkaian internet mudah alih yang mampu milik pada hari ini juga membolehkan kita mengakses segala maklumat yang diingini  untuk dibaca tidak kira masa dan di mana-mana sahaja.

Buku tetap relevan dalam memberikan informasi terbaik
Akan tetapi, biarpun amalan membaca yang sering diterjemahkan sebagai budaya membaca itu tidak terikat kepada aktiviti membaca buku semata-mata tetapi saya berpendapat buku masih tetap relevan dalam memberikan sumber pengetahuan yang terbaik dan tepat berbanding bahan-bahan bacaan di internet.  Buku juta tetap merupakan wadah terbaik untuk mengajak manusia berfikir dan seterusnya memperoleh ilmu-ilmu baharu untuk memajukan diri.

Tuesday, 11 January 2011

"Menulis buku, cara lain dapatkan wang besar"

Buku ini berharga RM50 di pasaran, bagaimanapun saya mendapatnya pada harga RM40 dan dimaklumkan bahawa Dr Jeniri sudi memberikan diskaun RM10 kepada saya.  Terima kasih.

Inilah buku berkaitan teknik penulisan yang saya perolehi daripada penulis Syarul Nizam Junaini pada 10 Jan lepas.  Saya cukup bertuah kerana menjadi salah seorang yang memiliki buku hasil karya Dr Jeniri Amir berjudul 'Menulis Buku, cara lain dapatkan wang besar'.   Lihat sahaja judulnya, judul buku ini sahaja sudah cukup mencabar sesiapa sahaja yang meminati dunia penulisan. 

Ketika ini saya tidak dapat membayangkan adakah saya mampu menulis sebuah buku?  berbekalkan pengalaman dua tahun dalam bidang kewartawanan, beberapa kali mencuba menyertai pertandingan mengarang esei di peringkat negeri serta kebangsaan dan pengalaman kira-kira setahun sebagai penulis artikel untuk laman web komuniti mungkin bukan tiket untuk menjadi seorang penulis buku.

Setakat ini, satu-satunya pencapaian saya dalam bidang penulisan yang pernah mendapat pengiktirafan pun ketika berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan mengarang esei peringkat kebangsaan anjuran Standards Malaysia pada tahun 2008.  Mendapat hadiah kemenangan berupa wang tunai RM1,500 berserta sijil penyertaan terus membuatkan saya yakin untuk terus menulis ... (wang kemenangan sudah saya transform menjadi almari pakaian)


Jadi untuk menjadi seorang yang MAMPU, maka saya harus terus menyelongkar isi kandungan buku ini ... lagi pula pada muka belakang kulit buku ini tertulis 'Tidak kira anda suri rumah, kakitangan awam dan swasta, guru, pensyarah, pelajar atau siswazah yang menganggur atau sahaja, anda boleh bergelar penulis' ... jadi saya memang seorang penulis ... ewah-ewah macam pengulas buku pula saya ni.