| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Showing posts with label Tahun Baru 2011. Show all posts
Showing posts with label Tahun Baru 2011. Show all posts

Sunday, 2 January 2011

Azam baru 2011 ... apa azam baru anda?

Google Pix
Hari ini merupakan hari kesembilan Krismas dan hari kedua tahun baru 2011.  Apa azam baru anda ???  Biasa kita lihat seseorang itu hanya akan meletakkan 1 azam baru pada setiap kali menjelangnya tahun baru ... tetapi agak berbeza bagi saya, pada tahun 2010 saya telah menyenaraikan 10 perkara penting yang perlu dilaksana dan dicapai ... 8 daripadanya berjaya dicapai.

Bukan mau minta puji kata orang Sabah, tapi ini merupakan satu-satunya cara untuk mendisiplinkan diri sendiri.  Bercakap mengenai azam tahun baru 2011 ni pula ... beberapa perkara dalam senarai azam 2010 disenaraikan semula dalam azam baru 2011 ... Dengan tambahan beberapa perkara baru bagi melengkapkan 10 perkara yang perlu dilaksana dan dicapai pada tahun 2011 ... nampaknya tahun 2011 ini lebih mencabar dan memerlukan saya untuk berkerja lebih keras lagi.  Keputusannya ... kena tunggu sehingga menjelangnya tahun 2012 dan semoga kita semua terus diberkati untuk menikmati setiap berkat, menjelangnya tahun baru.




Saturday, 1 January 2011

Riadah tahun baru 2011

Sepetang di tahun baru 2011 kami dua si gaman diisi dengan bermain bowling ... lega rasanya bila masih terdapat kekosongan.  Suasana agak sedikit lengang di sini, mungkin masih ramai yang masih ampai-ampai di atas tilam selepas menyambut ambang 2011.


Bersaing dalam dua set permainan ... dengan pelbagai aksi amatur, akhirnya si gaman menguasai kedua-dua permainan dengan 75 jatuhan pin pada set pertama dan 86 jatuhan pin pada set yang kedua.  Saya pula sekadar berpuas hati dengan 46 jatuhan pin untuk set pertama dan turun kepada 40 jatuhan pin pada set kedua.




Aksi pemain bowling amatur









Skrip tahun baru si Putih

Putih:  grrrr ... miawww ... Selamat Tahun Baru 2011 ... miaooowww  Saya:  Selamat tahun baru Putih ^_^
Putih:  ... ngiauuu ... makanan saya sudah mau habis, jangan lupa beli banyak-banyak ngiauuuwww ...  Saya:  Anang irau Putih, ila kami duai meli maioh-maioh utai empa nuan .. auk ^_^
Putih:  .... grrr ... ngiau ... miaooww ... aikkk ... udah nemu si gaman jako Iban.
Putih:  ... ngauwww ... lapar ku tu ... lembau ka main ... jampat ahh beri makai ku ... jampat-jampat!!! ... nguawww ... ni pending nuan tu??? sapa ngasuh seduai pulai laun ... jampat ahh lapar ku tu




Siri 3: Penutup tahun 2010 + Pembuka tahun 2011


Bila semua yang dirancang tidak menjadi ... itulah antara penutup tirai tahun 2010 kami dua si gaman.  Pada malamnya pula, kami dijemput BBQ di rumah relative si gaman ... kira ok juga la at least penutup Diary 2010 tidak membosankan.  Selain itu, tahun 2010 juga ditutup dengan hujan yang sekali sekala lebat dan gerimis sepanjang malam seolah-olah mencuci semua kisah suka duka 2010 untuk dijadikan memori pada tahun baru 2011.
Hari kelapan Krismas dan menjelangnya tahun baru 2011 nampaknya memberi kenangan lucu buat kami dua si gaman  bila tiba di depan pintu gate rumah tepat-tepat jam 12.01am.  Selamat tinggal 2010.

Selamat tahun baru 2011
Gambar ni sekali pandang nampak biasa saja ... dapat kesan sesuatu yang menarik pada gambar ni??? tengok betul-betul ... Gambar ni diambil pada 1/1/11 ... 11 minit memasuki tahun baru.