"Berkasut tumit tinggi memang kegemaran sesetengah wanita. Selain kelihatan cantik dan bergaya, kasut tumit tinggi juga seksi untuk digayakan." Sebagai wanita saya sangat-sangat bersetuju dengan kenyataan ini.
Tapi dalam 3 ... 4 ... 5 ... dot ... dot ... dot ... pasang kasut / sandal / selipar yang dimiliki oleh wanita, biasanya cuma ada sepasang kasut yang menjadi 'favorite' ... manakala yang lain-lain biasanya tersadai dalam rak kasut. Anda pula macamana? Sama macam saya atau sebaliknya?
Sebenarnya bukan niat golongan wanita suka membazir sewenang-wenangnya ... tapi kadang-kala kasut yang dibeli cuma rasa selesa ketika dicuba di kedai kasut dan setelah dibeli dan digunakan ... lain pula ceritanya.
|
Jasamu dikenang: Sandal "kapal kayu balak" yang sudah berkhidmat hampir setahun. |
Contohnya ... diri saya sendiri ^_^ dalam kira-kira 5 pasang kasut, cuma sandal "kapal kayu balak" ini sajalah yang menjadi kasut 'favorite' saya untuk dipakai ke mana-mana. Untuk pengetahuan, sandal ni sudah pernah masuk klinik kasut kerana kecederaan yang sama pada beberapa bulan lepas. Bagaimanapun, pada minggu lepas ianya tidak dapat diselamatkan lagi :( terpaksalah "say bye ... bye ..."
Koleksi kasut dan sandal-sandal yang ada dalam rak kasut pula semuanya mendatangkan ketidakselesaan pada kaki ... jadi itu sebablah saya mengambil keputusan untuk mencari dan membeli sepasang lagi ... mana tau mampu menjadi pengganti kepada yang lama ^_^
Jadi konon-kononnya, untuk tidak salah membuat pilihan ... saya pun cubalah beberapa tip daripada tujuh tip memilih kasut yang boleh dijadikan panduan sebelum membeli.
|
Memperkenalkan ... inilah sandal kapal Titanic yang saya beli petang tadi bagi menggantikan sandal kapal kayu balak yang sudah menamatkan perkhidmatannya ^_^ |
7 tip memilih kasut yang boleh dijadikan panduan sebelum membeli:
(sumber: http://www.gua.com.my)
|
Saiz 5 ... tinggi 3" |
1. Pastikan kasut yang dipilih cukup selesa dengan kaki. Sekiranya anda melangkah dan kaki terasa sakit atau kurang selesa, baik lupakan sahaja niat anda. Pilih kasut dengan rekaan yang lain. Ingat, jangan menyeksa diri!
2. Sebelum membeli kasut, anda harus tahu penampilan yang diinginkan sebaik anda menyarung kasut tersebut. Stiletto misalnya membuatkan si pemakai tampil seksi, manakala sandal pula kelihatan lebih santai.
3. Jangan takut membeli kasut berwarna terang / garang. Pasti bosan bukan kalau kasut anda hanya terdiri daripada warna-warna selamat seperti, putih, hitam dan coklat. Sesekali tidak ada salahnya memakai kasut yang warnanya menarik perhatian. Kalau bijak memadannya dengan pakaian, ia boleh menyerlahkan personaliti anda.
4. Pilih kasut yang sesuai dengan acara yang dihadiri. Kasut untuk ke pejabat dan membeli-belah seharusnya berbeza. Begitu juga kalau hendak menghadiri acara makan malam, jangan pakai sandal atau kasut bertapak datar (‘flat shoes’) dengan gaun malam. Sangat tidak sesuai dan perbuatan ini tidak boleh dimaafkan.
5. Jika ingin kelihatan tinggi, ‘wedges’ adalah pilihan yang ideal. Kasut bertumit tinggi juga boleh digayakan, tetapi bukan semua boleh memakainya dengan selesa. Kalau anda mempunyai berat badan berlebihan, kasut tumit tinggi hanya membuatkan anda menderita!
6. Kalau ingin memakai kasut bertapak datar, pastikan seluar, jeans atau kain anda tidak terlalu labuh. Pasti nampak tidak cantik kalau pakaian anda itu terselit di antara kasut dan tumit kaki. Jika tidak pun, pasti setiap kali melangkah, anda akan terpijak kaki seluar atau jeans anda itu. Melecehkan bukan?
7. Sekiranya anda memakai mini skirt atau gaun pendek, jangan sesekali memadankannya dengan kasut bertumit tinggi lebih daripada tiga inci. Sebaliknya kenakan dengan kasut bertapak datar. Alasannya, ia untuk mengimbangkan penampilan anda.