| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Thursday, 13 January 2011

A Magnolia Sherbet a Day Make Us Feel Great

A Magnolia Sherbet a Day Make Us Feel Great

Menikmati aiskrim ketika cuaca sejuk tidak menjadi satu kesalahan ^_^ jadi cuaca sejuk sepanjang hari berikutan hujan tanpa henti dari pagi hingga ke malam  bukanlah penghalang untuk saya dan si gaman menikmati Magnolia Sherbet berperisa tembikai susu sambil bersantai bersama kucing kesayangan kami si putih.

Jika pakar motivasi mengatakan "Fikirkan yang TERHEBAT maka anda akan jadi yang TERHEBAT" ... saya pula akan mengatakan "Fikirkan Mangnolia Sherbet maka anda akan menikmati KEHEBATAN rasa buah sebenar" ... Magnolia Sherbet merupakan hasil campuran perisa tropika dan buah-buahan berkhasiat yang sememangnya mempunyai rasa yang hebat.  Selain itu, pencuci mulut berkhasiat ini juga turut menawarkan empat perisa enak iaitu laici, manggis, oren dan tembikai susu ... cuma perlu pilih buah-buahan kegemaran anda ^_^


0 comments: