| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Saturday 8 January 2011

Laporkan kekejaman ke atas binatang !!!

Buat laporan polis segera sekiranya anda mengesyaki binatang kesayangan anda dibunuh !!!

Sedia berkhidmat !!!
Berita yang disiarkan oleh akhbar tempatan The Borneo Post pada hari ini mengenai seorang wanita pertengahan umur di Kuching yang membuat laporan polis setelah mengesyaki kucing kesayangannya dibunuh merupakan satu tindakan yang sangat-sangat patut dicontohi terutamanya kita-kita yang memiliki binatang kesayangan.

Menurut laporan itu, wanita tersebut telah menemui bangkai kucingnya di hadapan rumah dengan luka yang jelas kelihatan pada kira-kira jam 7.00 pagi pada 7 Januari (Jumaat).  Pengadu kemudiannya membawa bangkai kucingnya yang berusia tiga tahun setengah itu ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

demi mempetahankan diri ^_^
Difahamkan, polis telah menghantar bangkai kucing tersebut kepada doktor haiwan untuk pemeriksaan lanjut bagi menentukan punca kematian kucing itu.  Selain itu, dikatakan satu sumber memberitahu bahawa wanita itu mengesyaki jirannya bertanggungjawab melakukan pembunuhan ke atas kucing itu.  Bagaimanapun setakat ini tiada tangkapan atau penahanan dilakukan dibuat kerana siasatan masih dijalankan.

Huhhh .... tidak sangka sudi juga pihak polis melayan laporan seperti ini, tetapi memang terdapat satu akta untuk kes-kes melibatkan kekejaman ke atas binatang.  Jadi sekiranya perkara seumpama dan sewaktunya ini berlaku kepada anda ... pastikan buat laporan segera.

 
Nampaknya mulai hari ini saya perlu meningkatkan ciri-ciri keselamatan untuk melindungi  kucing kesayangan saya si Siput Putih Siput Sedut.



Pautan | Laporkan kekejaman ke atas binatang !!! | Perkahwinan si Sang Arnab |




0 comments: