| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Wednesday 26 January 2011

Wajarkah rekod ini dibanggakan?

"Sebuah IPTA ulung  bangga apabila pelajarnya berjaya mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records dengan membentuk logo 1Malaysia daripada 2 juta straw".  Isu ini hangat diperkatakan dalam laman sosial FB ... majoriti berpendapat ianya merupakan usaha yang tidak berfaedah dan juga satu publisiti yang memalukan bagi sebuah IPTA.  Ramai  juga berpendapat bahawa banyak lagi perkara berfaedah yang wajar dilakukan oleh golongan terpelajar ini.

Ada pendapat mengatakan, sekiranya ia dilakukan oleh kanak-kanak TADIKA ... ia  sangat wajar untuk dibanggakan tetapi tidak untuk sebuah IPTA.  Ada juga berpendapat, lebih baik pelajar-pelajar IPTA ini buat rekod membersihkan sampah sarap di sungai ^_^  Pendapat anda bagaimana?

Saya pernah membaca isi kandungan Malaysia Book of Records dan logo 1Malaysia daripada 2 juta straw ini cuma seumpama dan sewaktu dengan rekod-rekod lain yang memerlukan perkataan TERpanjang ... TERbanyak ... TERbesar ... TERpantas ... TER ... TER ... TER ... Bukan mudah untuk tersenarai dalam Malaysia Book of Records ^_^


4 comments:

Anonymous said... [Reply]

Rekod hanya rekod.. But in my opinion. Bagus lg dorang guna masa tu utk buat benda yg lebih berfaedah..

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

hahhaa ... iya la, lucu jg tapi rekod punya pasal (:

Rungitom said... [Reply]

There is nothing, I mean nothing a to be proud of this *facepalm*

Pok masuk rekod & buang masa ja ni.

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

Semua orang/pihak berlumba2 mau buat sesuatu yg berlainan & unik :)