| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Showing posts with label Facebook Punya Pasal. Show all posts
Showing posts with label Facebook Punya Pasal. Show all posts

Monday, 25 July 2011

Awas! Link Jahat Di Facebook

Google Pix
Pernahkah anda ter'KLIK' atau dengan sengajanya meng'KLIK' pautan-pautan di laman web atau video yang menggunakan imej-imej seksi berbaur seks ketika melayari laman sosial kegemaran seperti Facebook?  Kemudian apabila diklik tiada apa yang berlaku, sebaliknya secara automatik akaun FB anda pula menyebarkan link tersebut.  Sebenarnya tanpa disedari, anda telah diserang dengan aktiviti phishing.   

Phishing adalah cubaan untuk mendapatkan maklumat sensitif pengguna yang dimasukkan ke dalam komputer peribadi tanpa disedari.  Link-link ringkas itu dianggap berniat jahat kerana ia akan membawa pelayar Internet ke laman web yang berbeza seperti dipaparkan, manakala destinasi sebenar link tersebut disembunyikan daripada pengetahuan pelayar Internet. 

Kebanyakan link tersebut menggunakan paparan dan imej yang seksi bagi menarik pelayar Internet supaya mengklik link ringkas tersebut.  Terdapat dua jenis link yang sering dipapar dalam laman sosial atau sesawang seseorang itu.  Kedua-duanya bersifat mengelirukan dengan paparan wanita seksi atau berbentuk soalan kuiz tetapi berbeza tahap bahaya.  

Salah satunya adalah semata-mata bertujuan untuk pengiklanan sahaja. Ia dapat dikesan apabila arahan akhir yang diberi adalah memasukkan nombor telefon sebagai pengesahan.  Pautan itu dilakukan oleh syarikat-syarikat yang dianggap sebagai kreatif memanipulasi orang ramai supaya melawat laman web mereka.  Link sebegitu dikatakan tidak akan merosakkan atau mendatangkan bahaya kepada pengguna jika ditekan berbanding dengan jenis pautan yang lagi satu. 

Pautan kedua dianggap merbahaya kerana ia menyebabkan gangguan Adware walaupun masih menggunakan teknik yang sama sebagai tarikan.  Link tersebut boleh dikesan apabila setiap kali pelayar Internet menekan butang pautan untuk menonton video atau sebagainya tetapi, tiada apa yang berlaku.  Malah, dalam sesetengah pautan, ia mengkehendaki pengguna memuat naik perisian atau fail dengan alasan jika menonton video akan menjadi lebih cepat.

Serangan Adware sangat berbeza dengan virus, ia tidak akan memberi kesan kepada komputer atau telefon bimbit tetapi, berkemampuan mengumpul semua data yang pengguna masukkan.  Data-data seperti kata laluan untuk Log In laman sosial, kata kunci, nombor akaun bank yang lebih dikenali sebagai Cookies boleh dikumpul dan dihantar kepada individu yang mencipta link tersebut.

Pengguna dinasihat supaya berhati-hati dengan arahan memuat naik fail yang mempunyai nama domain .exe dan .bat kerana apabila sesuatu perisian secara tidak sengaja dipasang, pengambilan data menjadi lebih mudah.  Serangan Adware boleh dikesan apabila setiap kali laman web dibuka, amaran Pop-up akan muncul.  Sumber: Kosmo




Friday, 18 March 2011

Amaran: Virus Brontox menyamar sebagai FB anda!

Virus Brontox menyamar sebagai si gaman menerusi FB chatbox

Pernahkah anda menerima link seumpama dan sewaktu dengannya daripada rakan FB anda yang sebenarnya sedang dalam offline mode?  Menurut seorang rakan FB, virus ini dikenali sebagai Brontox dan adalah dinasihatkan supaya tidak klik link yang mempunyai huruf php.

Brontox kini semakin ligat tersebar di laman sosial Facebook dengan cara menyamar menggunakan identiti FB kita dan akan menyebarkannya secara rawak kepada rangkaian rakan-rakan FB menerusi chatbox.  Virus ini juga aktif walaupun FB kita dalam offline mode untuk chatting.

Bagaimana akaun FB seseorang itu boleh diserang virus ini saya kurang pasti pula, berkemungkinan besar sekiranya link tersebut diklik, akaun FB seseorang itu akan menyebarkannya secara automatik.  Jadi, kalau ada sesiapa ada info pasal virus gediksss ni share-share la ^_^




Saturday, 5 February 2011

Facebook punca perceraian


 Apabila Cinta Lama Bertaut Kembali Di Facebook
Pic from google photo sharing
Pertemuan semula dengan kekasih lama yang dijejak melalui laman sosial facebook menyebabkan cinta lama berputik semula ... jeng ... jeng ... jeng ... bahaya juga facebook ni kan ^_^  Betul la kata orang, soal hati dan perasaan manusia ni memang sukar betul diramal ... anytime boleh berubah bah ... bak kata pepatah, pasir di pantai pun berubah ... inikan pula hati manusia :) ewah ... Opsss ... saya bukan bercerita pasal diri sendiri yer ^_^ saya sebenarnya bercerita pasal  terdapat di kalangan pengguna-pengguna facebook yang CURANG terhadap pasangan masing-masing.

Sebelum ni, tahun lepas ... ingat-ingat lupa, rasanya saya pernah terbaca di Borneo Post Online pasal kes pasangan bercerai gara-gara facebook di Bintulu dan Kuching.  Kalau tidak silap gara-gara perbuatan mendedahkan masalah rumah tangga di facebook ... kira kes perang facebook la agaknya ^_^ ... minta dijauhkan.

Terbaru ... baru terbaca tadi dalam Harian Metro Online, di Kuala Lumpur seorang isteri hilang pedoman apabila lari meninggalkan suaminya untuk tinggal bersekedudukan dengan bekas teman lelakinya.  Menurut laporan itu, dikatakan bahawa lebih mengaibkan, wanita berusia 30-an itu yang membawa bersama anaknya berusia lebih setahun turut menuntut supaya suaminya menceraikannya.

Dasyat juga kan ... dan si suami pula pun bukannya lelaki dayus ... "Bertindak atas laporan suaminya, wanita itu bersama bekas teman lelakinya ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan di sebuah rumah di Shah Alam, Rabu lalu.  Sumber Jais berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, pasangan kekasih terbabit gagal membuktikan mereka mempunyai ikatan sah mengikut hukum syarak apabila disoal siasat."

Pic from google
Pic from google
Sepanjang bulan VALENTINE ni ... kuasa cinta nampaknya semakin menjadi luar biasa ^_^ kerana CINTA itu boleh membuat  seseorang itu bahagia dan tidak kurang  juga ada pula yang terluka.   
PERINGATAN:  Jangan sesekali letakkan cinta di tangan si CUPID ... sebab kadang-kadang panah cinta si cupid pun boleh tersasar ^_^




Wednesday, 12 January 2011

Kegilaan Facebook

 
 
Geli hati ada ... rasa tersindir pun ada bila tengok kartun yang saya dapat dari FB petang tadi.  Sudah terang lagi bersuluh, mesej sindiran pada kartun ini ditujukan kepada sesiapa yang gila bermain dengan farmville di FB ... hehehe ... termasuklah saya sekali. 




Untuk rekod, pada 31 Disember 2010 lepas, saya telah berjaya mencapai level 60 ... ini kira lambat sikit la berbanding rakan-rakan FB lain.  Paling seronok, farmville ni juga menjadikan hubungan saya bersama rakan-rakan farmville yang lain menjadi semakin erat dan cukup meriah ^_^ ditambah lagi dengan sikap saling menghantar free gift untuk setiap task dan berlumba-lumba untuk 'siapa yang paling cepat siap' 

... ishhh ... lucu pula tapi sebenarnya permainan ni memang sesuai untuk semua peringkat umur dan saya juga mempunyai rakan farmville yang berumur 50 tahun ke atas.  Walaupun seronok sangat dengan games farmville tapi setakat ni belum la sampai ketagih tahap gaban ... 
Sambutan tahun baru 2011 di FV saya ^_^


Monday, 10 January 2011

Berita FB 'tutup kedai' pada 15 Mac cuma kabar angin

 i ain't gonna close it... i bought my first gold boxer from FB also my "gf"
http://networkedblogs.com/cLWzp

Berita mengenai laman sosial Facebook akan 'tutup kedai' yang tersebar bermula 8 Januari lepas dikatakan cuma khabar angin yang tidak berasas oleh sebuah media tabloid ... bayangkan satu dunia gempar gara-gara berita tersebut ... betapa hebatnya FB !!! dan setakat ini belum ada lagi laman sosial lain yang mampu menandingi kehebatan FB ... betul juga la, tak kan la mau tutup begitu saja ... 

Tapi sehebat-hebat FB masih tidak dapat menandingi kehebatan Dunia Penulisan.  Tidak perlu mengambil contoh jauh-jauh ... berita yang disebarkan oleh media tabloid ini sahaja sudah mampu mengemparkan dunia dalam tempoh yang singkat.  Pendapat peribadi saya, mungkin ini salah satu teknik untuk melihat sejauh mana sokongan pengguna FB di seluruh dunia ... saya pun terikut-ikut resah gelisah ... bayangkan kalau FB betul-betul dihentikan ??? 

Info:  FB dikatakan mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham. 


Sunday, 9 January 2011

Berita buruk !!! Facebook Will End On March 15th

Mau pindah pegi mana nanti kalau Facebook tutup kedai ??? cepat-cepat save semua gambar-gambar ... ambil kesempatan bermaaf-maafan sesama rakan FB ... simpan rekod semua rakan-rakan FB ... adoiii banyak betul kerja mau buat ni ...

PALO ALTO, CA – Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.
“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”
Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.
“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”
Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.
“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”
Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.
“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”
However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.
“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”
Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.
But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.
“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”
The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased. 

Saturday, 8 January 2011

Kad Ucapan vs Facebook


Berapa banyak kad ucapan seperti kad krismas, kad hari raya, kad gawai ... yang anda terima pada tahun lepas???

Segalanya menjadi Mudah, Ringkas, Cepat & Jimat dengan Facebook demikianlah yang dapat diungkapkan mengenai kelebihan yang ada pada rangkaian sosial Facebook yang menjadi kegilaan ramai pada hari ini.  Rangkaian sosial maya Facebook dikatakan lebih menyeronokkan dan mesra pengguna jika dibandingkan dengan rangkaian sosial lain seperti Twitter, Friendster dan lain-lain.

Menerusi aplikasi yang terdapat pada Facebook, komunikasi atau interaksi dengan keluarga dan rakan-rakan yang dekat mahu pun yang jauh bukan lagi suatu masalah, malah ia juga menjadi medium yang paling mudah digunakan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim.  Selain itu, aplikasi yang ada pada Facebook juga membolehkan pengguna mencari dan berhubung semula dengan rakan-rakan yang telah bertahun-tahun tidak ditemui.

Mengaitkan penggunaan Facebook dengan perayaan Hari Raya dan Krismas pada tahun 2010, nampaknya setiap pengguna Facebook termasuklah saya sendiri tidak melepaskan peluang untuk memanfaatkan  laman sosial popular ini untuk saling bertukar salam ucapan Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Natal.  Bagi mereka yang kreatif akan turut menyelitkan gambar-gambar kad untuk ditagkan kepada rakan masing-masing sebagai pengganti kad perayaan.
Jika dahulu, kecanggihan teknologi e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan perantara komunikasi lain menjadi saingan kepada tradisi menghantar kad-kad perayaan seperti kad ucapan Hari Raya, Krismas, Tahun Baru Cina dan Deepavali, kini kewujudan rangkaian sosial maya seperti Facebook, Friendster dan Twitter antaranya menyebabkan penghantaran surat atau kad konvensional dengan menggunakan kaedah mel  semakin tersisih.
Mungkin ramai dikalangan kita beranggapan bahawa tradisi menghantar kad ucapan menerusi kaedah mel sudah tidak relevan untuk dipraktikkan lagi.  Bagaimana pun sama ada kita sedar atau pun tidak, sambutan setiap perayaan pada suatu ketika dahulu bukan sahaja meriah tetapi juga cukup bermakna dengan kehadiran kad-kad ucapan daripada saudara mara dan rakan-rakan.
Jika dahulu, kita sanggup bersesak-sesak dan berbelanja lebih semata-mata untuk menghantar dan membalas kad-kad ucapan perayaan yang kita terima, kini terdapat lambakan kad-kad ucapan di luar sana yang masih menanti-nantikan pembelinya.  Jadi sejauh mana tradisi menghantar kad ucapan menerusi kaedah mel masih relevan dipraktikan pada hari ini? Rasanya setiap kita ada jawapannya yang tersendiri.

Secara peribadi saya berpendapat, sesuatu perlu dilakukan untuk mengembalikan semula kegemilangan tradisi menghantar atau membalas kad ucapan setiap kali menjelangnya perayaan .... Sudah kira-kira 10 tahun saya tidak terima kad krismas melalui pos ... malah ucapan Happy Birthday pun lebih mudah menerusi Facebook.






Thursday, 6 January 2011

Tips (part 2): Menyampah betul dengan status FB si kawan ni

Tip paling berkesan untuk mereka yang menyampah dengan status FB rakan mereka

.... huhhh .... nampaknya topik mengenai Tips:  Menyampah betul dengan status FB si kawan ni... yang saya tulis pada 4 Januari lepas cukup panas dan berjaya mendapat respon daripada beberapa pihak termasuklah komen-komen berguna dari kalangan saudara mara dan rakan-rakan.  Happy juga la sebab ada juga yang sudi melayari blog saya ... mau cakap saya cari publisiti murahan ... mmm ... tidak kisah la sebab sudah namanya BLOGGER ... buat apa tulis blog kalau untuk dibaca sorang-sorang kan ^_^

Berbalik pada topik panas tadi, pada post tersebut saya telah memberikan empat tips untuk membantu segelintir pengguna FB yang ingin mengelakkan diri daripada merasa menyampah ... meluat ... rimas ... apabila membaca atau terbaca status FB rakan-rakan mereka yang dianggap ... dot ... dot ... dot ...

Bagi mereka yang sukar membuat keputusan kerana tidak mahu berhadapan dengan risiko-risiko yang ditawarkan oleh empat tips tersebut ... JANGAN BIMBANG ... JANGAN GUSAR ... kerana ada lagi satu tip yang paling dan cukup-cukup berkesan serta tidak mendatangkan sebarang KEMUDARATAN terhadap kedudukan anda di dalam rangkaian FB anda.  Cara ini merupakan yang paling terbaik ...  apa yang anda perlu lakukan ...

Pertama: 
Gerakkan cursor ke status atau post rakan FB anda yang tertera pada wall FB anda ... kemudian 

Kedua: 
Anda akan melihat tanda X di sebelah kanan post tersebut ... selepas itu

Ketiga: 
Klik pada tanda X tersebut ... dan

Keempat: 
Anda akan boleh pilih Hide this post untuk satu-satu post yang anda tidak suka baca ... atau

Kelima:  
Pilih Hide all by ... untuk membuatkan semua post daripada rakan FB anda yang kaki update status buat selama-lamanya supaya tidak muncul lagi dalam paparan wall FB anda ^_^

Keenam: 
Keputusannya ... anda tidak perlu lagi rasa menyampah atau rimas kerana setiap kali anda membuka FB ... tidak ada lagi wall post dari rakan FB yang telah anda senarai hitamkan itu ^_^ 

Untuk pengetahuan semua ... tip ini diberikan oleh salah seorang relative yang juga merangkap rakan FB.  TQ Bal ... saya percaya ramai yang akan menarik nafas lega selepas tip tersebut dan TQ juga sebab sudi meluangkan masa melayari blog saya ^_^

Peringatan:  Walaupun cara ini mudah dan tidak berisiko ... tetapi anda akan berhadapan dengan suasana membosankan setiap kali menghadap FB anda.  Ini kerana tiada lagi perkara-perkara menarik yang keluar menerusi news feed di wall FB anda ... bermakna tiada lagi topik panas untuk digosipkan diluar ... selamat mencuba. 




Tuesday, 4 January 2011

Tips: Menyampah betul dengan Status FB si kawan ni

 ...what's on your mind? ... itu yang tertera pada ruangan status FB, YOUR merujuk kepada pemilik akaun FB itu sendiri ... itu bermakna ikut suka pemilik akaun FB itu sendiri mau tulis apa saja pada ruangan status FB mereka ... malangnya sama ada sedar atau pun tidak, bukan semua rakan-rakan FB senang ataupun suka membaca status FB kita yang turut tertera pada  wall rangkaian rakan-rakan FB.

Mungkin ada yang menyampah ... meluat ... dan ada juga yang menganggap bahawa status FB rakan-rakan mereka bodoh ... Sejak berkecimpung secara serius kira-kira 2 tahun dalam organisasi FB perkataan seumpama dan sewaktu dengannya sering kali saya dengar di mana-mana saja setiap kali perbualan mengaitkan isu-isu ringan melibatkan status FB rakan-rakan dalam rangkaian FB mereka.

Status FB: ... lapar la ... mau masak apa hari ni ... busy buat kerja ... hari ni rasa kurang sihat sikit la ... gula habis la ... penatnya ... hari ni malas masak mau makan maggi saja ^_^ ... ini mungkin antara status FB yang membuatkan segelintir rakan-rakan FB kita kurang senang dan selesa.  Sehubungan itu timbul idea untuk membantu membuatkan rangkaian rakan-rakan FB kita lebih mesra alam ^_^

Sekiranya anda dalam kalangan pengguna FB yang sering kali rimas membaca status FB rakan-rakan anda yang berderet-deret keluar menerusi news feed ke wall FB anda ... apa kata anda cuba tip-tip mudah ini ^_^

Tip 1: 
Apa kata anda abaikan sahaja status-status FB yang anda anggap bodoh dengan tidak meluangkan masa membaca news feed pada wall FB anda.  Tip ini bagaimanapun agak kurang berkesan kerana pasti sesekali anda akan secara tidak sengaja atau dengan sengajanya mengambil kesempatan untuk membaca setiap news feed yang tertera pada wall FB anda ... akhirnya anda sendiri yang rasa menyampah dengan apa yang anda baca.  Untuk itu, apa kata cuba tip yang kedua.

Tip 2:  
Apa kata anda komen pada status rakan FB anda ... sebagai contoh sekiranya status FB dia berbunyi "... alamak gula habis la ..." anda boleh komen "... habis gula pun mau bagi tau dekat FB ker??? ..." cara ini mungkin berkesan untuk menghentikan rakan FB anda daripada menulis status-status yang merimaskan anda.

Cara ini juga secara tidak langsung membuatkan anda dimasukkan dalam senarai rakan FB yang disekat daripada menerima news feed FB mereka.  Selain itu, cara ini juga boleh mengundang kepada berlakunya perang dingin dalam FB ... paling teruk pun anda mungkin kena remove dari friend list ^_^

Sekiranya tip kedua ini agak berisiko tinggi ... apa kata anda cuba tip yang ketiga.

Tip 3:   
Cara ini cukup berkesan dan boleh dilakukan dengan pantas ... apa kata anda remove saja semua rakan FB anda yang suka buat status FB yang sering membuatkan anda menyampah dan meluat daripada senarai friend list anda.  

Untuk remove ... anda perlu masuk ke FB rakan yang anda mau remove itu ... kemudian klik pada link Remove from Friends yang tertera di bawah page FB rakan anda itu.  Bagaimanapun cara ini mampu membuatkan anda di remove daripada menjadi rakannya dalam dunia realiti ^_^

Tip 4:
Sekiranya anda tidak berani mengambil risiko untuk mencuba tip-tip di atas ... ada satu cara lagi yang paling berkesan dan tidak memudaratkan.  Saya kurang pasti sekiranya ada cara lain lagi, tapi pada saya ini pilihan terakhir untuk mengelakkan diri daripada membaca atau terbaca secara tidak sengaja atau dengan sengaja status FB yang seumpama dan sewaktu dengannya ... susah-susah saja ... apa kata anda deactivate atau tutup sahaja akaun FB anda atau pendek kata bersara sahaja daripada menjadi pengguna FB ... dengan cara ini anda tidak perlu gusar atau rimas dengan status FB rakan anda yang entah apa-apa ...

Lagi pula ...what's on your mind? ... itu yang tertera pada ruangan status FB, YOUR merujuk kepada pemilik akaun FB itu sendiri ... itu bermakna ikut suka pemilik akaun FB itu sendiri mau tulis apa saja pada ruangan status FB mereka ... juga bermakna kita tidak mempunyai kuasa untuk menghalang apa yang orang lain mau fikir dan buat ...

Sebenarnya suatu ketika dahulu saya pernah termasuk dalam golongan yang memerlukan empat tip tersebut ... bagaimanapun, pemergian seorang rakan FB buat selama-lamanya telah menyedarkan saya bahawa masa terlalu singkat dan inilah masa untuk menghargai setiap yang ada di depan mata.

Peringatan:  Tip-tip yang dinyatakan di atas cuma sekadar cadangan sahaja ^_^




Wednesday, 8 September 2010

Berani betul dorang ni menghina Negeri Sabah!


Huhh !!! bikin panas hati betul hari ni bila terbaca komen-komen dari orang-orang yang putus wayar ni ... senang-senang saja dorang ni menghina negeri Sabah menggunakan Facebook.  Beberapa hari ni heran juga dengan  page Kami Benci Luca Lucas Krn Mengutuk Negeri Sabah dan page Jangan Hina Negeri Sabah di FB ... baru hari ni dapat tau hal sebenar dari seorang kazen.
Mula-mula hairan juga pikir apasal juga orang ni buat page dengan title ni ... bah !!! ... bila baca ... fuh !!! bukan setakat bikin sakit hati ... memang menyampah ... tersampah ... buang sampah ... nasib baik tidak jadi tong sampah ^_^ sebagai tanda sokongan terhadap negeri kelahiran ... saya pun join sekali la page ni ^_^ Wow ... wee ... punya la ramai yang menyokong page yang entah sapa-sapa juga admin dia ... Macam-macam komen yang diluahkan dalam page ni, ada yang emosional melampau-lampau ... tapi ada juga yang cool.  Ada baiknya juga page-page seumpama ini ... sekadar menjadi ruang untuk berkongsi pendapat dan meluahkan perasaan tidak puas hati ... sekurang-kurangnya tidak perlu menyemak di tempat umum untuk berhimpun dan buat tunjuk perasaan.
Rasanya tidak hairan juga la kalau suatu ketika nanti kerajaan akan menyekat penggunaan rangkaian sosial maya paling popular Facebook ini di Malaysia ... maklum lah terdapat segelintir individu/pihak yang sengaja menyalahgunakan peranan Facebook.  Wall post FB “what’s on your mind?” nampaknya memang dimanfaatkan sepenuhnya tanpa tapisan oleh mereka-mereka ini.
Walau apa pun, saya sebagai Sabahan agak tersinggung juga dengan komen-komen tersebut, tapi wat to do ... bukan dapat kontrol pun apa yang orang-orang ni mau fikir ... yang penting kita Sabahan jangan sampai terjangkit dengan sikap seperti orang-orang ini.