| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Showing posts with label Hari Raya 2010. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya 2010. Show all posts

Sunday, 12 September 2010

Taman Orkid DBKU


Pintu masuk Taman Orkid
Cuti sempena sambutan Hari Raya pada 10 September lepas bersamaan dengan hari raya pertama dimanfaatkan sepenuhnya oleh kami dua si gaman.  Masa yang ada bukan setakat diisi dengan sekadar berhari raya di rumah jiran dan rakan tetapi juga turut dimanfaatkan untuk berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan barisan menteri kabinet negeri yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).  Lebih menarik lagi, kami dua si gaman berpeluang berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng bertempat di Astana Negeri Sarawak.


Antara orkid tanah/anggerik yang terdapat di taman ini
Kebetulan Taman Orkid Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) terletak berhampiran dengan kawasan astana, jadi kami dua si gaman mengambil keputusan untuk singgah.  Mengikut maklumat yang saya perolehi dari internet, taman ini dibina pada November 2007 telah siap sepenuhnya Mei lalu dengan menelan kos sebanyak RM8.97 juta.

Lanskap menarik
Taman Orkid DBKU ini terletak di tapak seluas lebih enam hektar di Jalan Istana, Petra Jaya dijangka menjadi daya tarikan baru kepada pelancong yang berminat dalam bidang hortikultur dan botanikal.  Taman Orkid ini juga mempamerkan secara dekat kepelbagaian jenis dan warna tanaman orkid daripada jenis hibrid dan spesies epiphytic serta terrestrial yang ditanam di kawasan terbuka dan teduhan menyerupai habitat semulajadi.

Plat perasmian
Difahamkan, keseluruhan taman ini memiliki koleksi sebanyak 40,000 tanaman orkid dan pada masa yang sama ia menyediakan pengalaman rekreasi dan pendidikan di samping menikmati keindahan persekitaran bangunan baru Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak serta Astana Negeri.  Taman Orkid DBKU ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 5 Mac lepas.

Bunga Orkid seperti kulit harimau bintang
Antara tarikan utama Taman Orkid berkenaan adalah Orkid Borneo yang terkenal dengan kecantikan bunganya dan berpotensi dijadikan tanaman hortikultur.  Orkid Borneo yang terdapat di taman ini adalah seperti Lady, Slipper (Paphiophyllum Stonei dan P. Lowii), Coelogyne Pandurata, Bulbophyllum Beccarii, Vanda Dearei dan Phallaenopsis Violacea.

Taman ini dibuka untuk kunjungan umum setiap hari Selasa hingga Ahad termasuk cuti umum (kalau tidak salah masa lawatan bermula dari jam 9.00 pagi - 6.00 petang) dan ditutup pada hari Isnin.  Sayangnya masa yang ada tidak mengizinkan kami dua si gaman untuk menghabiskan lebih banyak masa di taman orkid ini.

Masa yang singkat tetap kami dua si gaman manfaatkan untuk mengambil gambar sekitar taman orkitd dan gambar dua model yang tidak fotogenik ^_^ Kalau bab-bab ambil gambar bunga ni memang si gaman yang pakar.  Kepakaran saya pula mengambil gambar kami dua si gaman dengan menggunakan apa saja yang boleh menjadi tempat letak kamera ^_^ Bagaimana pun, kami bercadang untuk berkunjung semula ke sini pada Oktober nanti bersama mama dan adik saya yang akan datang ke Kuching pada 7 Oktober ini.






Majlis Rumah Terbuka Hari Raya TYT Sarawak


 Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak

Pada 10 September lepas, kami dua si gaman bukan sekadar berkesempatan berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan barisan menteri kabinet negeri yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada hari raya pertama.  Selepas dari majlis rumah terbuka Ketua Menteri Sarawak, kami dua si gaman pun mengambil keputusan untuk pergi menghabiskan masa di kawasan kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang baru sementara menunggu jam 6.00 petang (temujanji untuk berhari raya di rumah seorang rakan).



Wow ... pemandangan di sekitar kompleks DUN Sarawak yang baru memang cukup cantik, bagaimana pun kompleks ini tidak dibuka untuk kunjungan orang awam.  Untuk rekod, perasmian gilang gemilang DUN baru ini telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 27 Julai 2009.  Seperti biasa, kami dua si gaman tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar.

Pemandangan dari jeti
Dalam sibuk-sibuk mengambil gambar-gambar menarik di sekitar kompleks DUN Sarawak, sesuatu telah mencuri tumpuan kami dua si gaman ... macam ada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Astana Negeri Sarawak pula apabila kelihatan orang awam keluar masuk dari kawasan Astana.  Wah ... memang sah ada majlis rumah terbuka dan siapa yang mahu melepaskan peluang keemasan untuk memasuki kawasan Astana ^_^  Agak ragu-ragu juga sebab kami dua si gaman tidak pula terbaca mengenai Majlis Rumah Terbuka Hari Raya TYT di suratkhabar ... bagaimana pun perasaan ragu-ragu tersebut sedikit lenyap apabila kami disambut dengan ramah di gerbang Astana.


Ketika di Dewan Besar Astana, sekali lagi perasaan ragu-ragu muncul apabila melihat suasana yang cukup ekslusif di dalamnya ... terlintas di fikiran ... “betul ka hari ni open for public, nampak ekslusif saja ... macam untuk orang-orang kenamaan saja pula?”  ... dan sekali lagi kami mendapat layanan mesra daripada orang-orang Astana, kami dijemput untuk menjamu selera.  Perasaan bertambah lega apabila melihat terdapat beberapa lagi orang awam yang berpakaian biasa seperti kami di dewan tersebut ^_^ Dalam pada kami dua si gaman menjamu selera, sempat juga kami mencuri-curi pandang ke arah TYT dan isterinya yang sibuk bersalaman dan bergambar dengan tetamu yang datang.


Mmmm ... ada peluang ka kami dua si gaman bergambar dengan TYT? ... jeng ... jeng ... jeng ... dan si gaman dengan muka satu sen meminta bantuan daripada orang astana yang berdiri berhampiran dengan TYT untuk mengambil gambar (tengok gaya ... macam pengawal peribadi TYT saja ^_^) ... Yes!!! Boleh kata mereka.  Sekali lagi si gaman menjual muka satu sen nya dengan meminta kebenaran daripada TYT untuk bergambar bersama .... YAHOOOOOOOOO !!!!!!!!!!!!!! Betul-betul tidak sangka TYT sudi bergambar dengan orang awam seperti kami ... agak terharu juga dan macam dalam mimpi pula dapat bergambar bersama.  Mungkin ada yang tidak percaya pengalaman yang kami dua si gaman lalui ... gambar ini menjadi bukti ^_^

Gambar bersama TYT Sarawak
Nah ... sekarang sudah percaya kan ^_^ ... macam orang kata alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, memandangkan peluang memasuki astana  bukan selalu datang ... jadi kami dua si gaman tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar-gambar menarik di kawasan astana.  Antara yang menarik perhatian saya ialah kek-kek yang dihadiahkan oleh orang-orang kenamaan di Sarawak. 

Hadiah berupa kek daripada orang-orang kenamaan di Sarawak kepada TYT
Lobi Dewan Besar Astana Negeri Sarawak



Cerita mengenai  Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Astana Negeri Sarawak belum habis lagi,  setiba kami dua si gaman di rumah ... saya terus cari maklumat di internet sekiranya ada berita mengenai Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.  ^_^ ini maklumat yang saya jumpa di internet ... alalala ... nampaknya bukan kami dua si gaman saja yang salah jadual ^_^ ... walau apa pun kami dua si gaman cukup terharu dengan layanan mesra yang kami terima daripada TYT dan orang-orang astana.  Sekiranya kami tidak datang pada masa ini mungkin kami tidak berpeluang bergambar bersama dengan TYT.  Betul la orang selalu kata, setiap perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.


http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=527018



Pautan | Rumah Terbuka Ketua Menteri Sarawak  | Majlis Rumah Terbuka Hari Raya TYT |




Saturday, 11 September 2010

Rumah Terbuka Ketua Menteri Sarawak


Tahun ini kami dua si gaman tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan barisan menteri kabinet negeri yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada hari raya pertama.  Majlis ini diadakan selama dua hari iaitu pada hari raya pertama dari pukul 11 pagi sehingga 12.30 tengah hari dan dari pukul 2.30 petang sehingga 4.30 petang.  Di hari kedua pula, majlis rumah terbuka itu bermula dari pukul 10.30 pagi sehingga 1 petang.

BCCK merupakan satu lagi mercu tanda baru bagi Negeri Sarawak.  Mengikut maklumat yang diperolehi daripada internet, pusat ini dibina di atas tapak seluas lebih enam hektar melibatkan kos melebihi RM200 juta.  Terletak kira-kira lapan kilometer dari pusat bandar, BCCK dilihat mampu menjadi venue bagi penganjuran dan pengendalian pelbagai acara, pameran dan konvensyen tempatan dan antarabangsa.

Dalam sibuk-sibuk mengambil gambar tiba-tiba terserempak pula dengan second cousin si gaman yang datang bersama keluarga.  Seronoknya, sekurang-kurangnya kami dua si gaman tidak terasa kekok sangat.

Alalala ... banyak tempat ditutup untuk orang awam, nampaknya tidak dapat la mau meninjau-ninjau sekitar bangunan BCCK ni.  Terpaksa ikut laluan yang telah disediakan.  Wow ... kelihatan semua orang berpusu-pusu masuk ke dalam dewan.  Paling penting ... IKUT BARISAN !!! ... ^_^ ...
 

Malas mau berasak-asak masuk, saya pun ambil la kesempatan untuk merakamkan kenangan bergambar berlatar belakangkan suasana orang ramai yang berpusu-pusu masuk untuk bersalaman dengan Ketua Menteri.  Akhirnya tiba giliran kami dua si gaman bersalaman dengan Ketua Menteri sambil mengucapkan Selamat Hari Raya ... sayang sekali tidak berpeluang untuk mengambil gambar kenangan bersama beliau.

Di dalam dewan, tetamu tidak perlu bersusah payah untuk mengambil sendiri makanan di dalam dulang hidangan ... semuanya dilakukan oleh mereka yang bertugas, tetamu cuma perlu makanan yang telah sediakan di dalam pinggan.  Ringkas, cepat dan mudah ^_^ dan paling penting semua tetamu mendapat hidangan yang sama rata ^_^

Kami dua si gaman pun tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar kenangan ketika menikmati hidangan yang disediakan.  Nasib baiklah ada kawan si gaman yang kebetulan lalu di hadapan kami ... apa lagi, ambil kesempatanlah minta tolong ambil gambar.  Cousin si gaman dan keluarganya ntah duduk di mana ... terpisah pula kami.
Dalam pada itu, sempat juga saya curi-curi mengambil gambar antara tetamu-tetamu dari kalangan orang awam seperti saya dan si gaman yang turut sama datang untuk merasai sendiri pengalaman berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Memandangkan bukan selalu berpeluang untuk berkunjung ke BCCK, apa lagi ... sesi bergambar suatu perkara yang wajib bagi kami dua si gaman sekiranya berkunjung ke tempat-tempat yang menarik.

Bukan senang untuk kami dua si gaman bergambar berduaan ... terpaksa juga mencari kawasan-kawasan yang mempunyai alat sokongan ^_^ untuk meletakkan kamera.  Kalau orang tengok mesti ingat syok sendiri ^_^ 




Pautan | Rumah Terbuka Ketua Menteri Sarawak   | Majlis Rumah Terbuka Hari Raya TYT |

Tuesday, 7 September 2010

Selamat Hari Raya 2010


Segalanya menjadi Mudah, Ringkas, Cepat & Jimat dengan FaceBook ^_^ itulah yang dapat saya ungkapkan mengenai kelebihan yang ada pada laman sosial yang ada pada hari ini.  Mana tidak ... dengan adanya laman sosial seperti FB, interaksi dengan keluarga dan rakan-rakan yang nun jauh di sana dan nun dekat di sini pun bukan lagi suatu masalah.
Memandangkan sambutan Hari Raya yang bakal tiba beberapa hari lagi, saya pun memanfaatkan FB untuk attach gambar kad hari raya untuk diTAG kepada rakan-rakan yang beragama Islam.  Punya la best ... saya cuma perlu create satu kad raya special untuk diTAGkan kepada 50 rakan FB ^_^ ini pun limited kepada 50 orang saja ... rasanya perlu FB perlu buat kepada unlimited Tag baru la ngam.
Bayangkan kalau tiada FB ... maknanya saya perlu beli lebih 50 keping kad raya ... cincai-cincai RM50 kos untuk kad raya.  Lepas tu kena beli setem ... 30 sen x 50 ... RM15 ... wah ... wah ... wah ... RM65 juga yang perlu dikorbankan dengan ikhlas ^_^ ini baru Hari Raya ... kalau Krismas lagi lah pokai tahap Gaban ... Krismas hujung tahun ni pun saya buat macam ni juga hehehe ...
Mesti ada yang ingat saya ni kedekut ... sebenarnya bukan kedekut tapi bijak memanfaatkan Teknologi Maklumat ^_^ lagi pula sudah namanya “rakan-rakan FB” jadi gerenti dorang-dorang ni pun kaki FB ^_^ jadi tidak timbul masalah kad tidak sampai atau pun tersalah alamat hehehhe ...
Apa-apa pun, SELAMAT HARI RAYA 2010 buat semua saudara mara dan rakan-rakan yang memang mengenali saya ^_^ GBU