| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Saturday, 11 September 2010

Rumah Terbuka Ketua Menteri Sarawak


Tahun ini kami dua si gaman tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan barisan menteri kabinet negeri yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada hari raya pertama.  Majlis ini diadakan selama dua hari iaitu pada hari raya pertama dari pukul 11 pagi sehingga 12.30 tengah hari dan dari pukul 2.30 petang sehingga 4.30 petang.  Di hari kedua pula, majlis rumah terbuka itu bermula dari pukul 10.30 pagi sehingga 1 petang.

BCCK merupakan satu lagi mercu tanda baru bagi Negeri Sarawak.  Mengikut maklumat yang diperolehi daripada internet, pusat ini dibina di atas tapak seluas lebih enam hektar melibatkan kos melebihi RM200 juta.  Terletak kira-kira lapan kilometer dari pusat bandar, BCCK dilihat mampu menjadi venue bagi penganjuran dan pengendalian pelbagai acara, pameran dan konvensyen tempatan dan antarabangsa.

Dalam sibuk-sibuk mengambil gambar tiba-tiba terserempak pula dengan second cousin si gaman yang datang bersama keluarga.  Seronoknya, sekurang-kurangnya kami dua si gaman tidak terasa kekok sangat.

Alalala ... banyak tempat ditutup untuk orang awam, nampaknya tidak dapat la mau meninjau-ninjau sekitar bangunan BCCK ni.  Terpaksa ikut laluan yang telah disediakan.  Wow ... kelihatan semua orang berpusu-pusu masuk ke dalam dewan.  Paling penting ... IKUT BARISAN !!! ... ^_^ ...
 

Malas mau berasak-asak masuk, saya pun ambil la kesempatan untuk merakamkan kenangan bergambar berlatar belakangkan suasana orang ramai yang berpusu-pusu masuk untuk bersalaman dengan Ketua Menteri.  Akhirnya tiba giliran kami dua si gaman bersalaman dengan Ketua Menteri sambil mengucapkan Selamat Hari Raya ... sayang sekali tidak berpeluang untuk mengambil gambar kenangan bersama beliau.

Di dalam dewan, tetamu tidak perlu bersusah payah untuk mengambil sendiri makanan di dalam dulang hidangan ... semuanya dilakukan oleh mereka yang bertugas, tetamu cuma perlu makanan yang telah sediakan di dalam pinggan.  Ringkas, cepat dan mudah ^_^ dan paling penting semua tetamu mendapat hidangan yang sama rata ^_^

Kami dua si gaman pun tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar kenangan ketika menikmati hidangan yang disediakan.  Nasib baiklah ada kawan si gaman yang kebetulan lalu di hadapan kami ... apa lagi, ambil kesempatanlah minta tolong ambil gambar.  Cousin si gaman dan keluarganya ntah duduk di mana ... terpisah pula kami.
Dalam pada itu, sempat juga saya curi-curi mengambil gambar antara tetamu-tetamu dari kalangan orang awam seperti saya dan si gaman yang turut sama datang untuk merasai sendiri pengalaman berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Memandangkan bukan selalu berpeluang untuk berkunjung ke BCCK, apa lagi ... sesi bergambar suatu perkara yang wajib bagi kami dua si gaman sekiranya berkunjung ke tempat-tempat yang menarik.

Bukan senang untuk kami dua si gaman bergambar berduaan ... terpaksa juga mencari kawasan-kawasan yang mempunyai alat sokongan ^_^ untuk meletakkan kamera.  Kalau orang tengok mesti ingat syok sendiri ^_^ 




Pautan | Rumah Terbuka Ketua Menteri Sarawak   | Majlis Rumah Terbuka Hari Raya TYT |

0 comments: