| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Showing posts with label Info Sihat. Show all posts
Showing posts with label Info Sihat. Show all posts

Tuesday, 25 September 2012

Atasi Obesiti Dengan Haiwan Peliharaan

Gud morning semua! Hari ini ada satu inspirasi gaya hidup sihat yang ingin saya kongsikan terutama kepada mereka-mereka yang mempunyai masalah kegemukan atau obesiti.  Percaya atau tidak, haiwan peliharaan dikatakan mampu mengelakkan kita daripada obesiti.

Menurut info yang saya perolehi daripada sebuah majalah kekeluargaan ini, satu kajian yang dijalankan oleh Center for Physical Activity and Nutrition Research di Deakin University, Australia mendapati bahawa kanak-kanak atau orang dewasa yang memelihara haiwan yang aktif secara fizikal seperti kucing, arnab dan anjing dapat mengurangkan risiko obesiti.  

Difahamkan, ia secara tidak langsung mengelakkan kita daripada terperap dan kurang bergerak.  Jadi selamat mencuba ♥‿♥

Friday, 3 February 2012

Sahabat Punca Jantung Wanita Lebih Sihat

Pix from google
Apa bezanya di antara istilah kawan, rakan dan sahabat?  kerana menurut satu info sihat yang saya baca di majalah, wanita yang menceritakan masalahnya kepada sahabat yang tidak memberikan sokongan moral akan mempertingkatkan 44% risiko diserang tekanan darah tinggi sehingga boleh menjejaskan kesihatan jantung berbanding mereka yang memiliki sahabat yang memahami.  Jadi mulai hari ini pastikan kita memilih sahabat yang tepat untuk jantung yang sihat.

Friday, 27 January 2012

Atasi Rasa Gugup Dengan Sayur Terung

Google Pix
Satu-satunya menu berasaskan sayur terung yang paling saya gemari ialah 'Terung masak sambal' dan tidak sangka pula terung dikatakan mampu mengatasi rasa gugup.  Menurut sumber daripada sebuah majalah wanita dan keluarga, dipercayai perasaan gementar yang dialami oleh individu akan berkurangan dengan pengambilan menu berasaskan terung kerana kandungan striknin, skopolamin, skopeletin dan skoparon di dalamnya.  Nampaknya, mulai hari ini sesiapa yang mempunyai masalah gugup bolehlah memperbanyakkan menu berasaskan sayur terung ataupun hari-hari makan terung.

Sunday, 7 August 2011

Awet Muda & Panjang Umur Dengan Shopping

Google Pix
Berita paling gempak untuk WANITA!!!  Menurut sebuah majalah wanita, aktiviti membeli-belah atau shopping mampu memanjangkan usia dan menjadikan individu awet muda. Menurut artikel tersebut, aktiviti fizikal seperti berjalan kaki menyusuri lorong-lorong kedai ketika membeli-belah dikatakan memberi sejuta manfaat kepada individu yang melakukannya.  Profesor S Jay Olshansky dari University of Illinois dalam satu artikel siaran Healthday menjelaskan, menerusi aktiviti ringan itu, risiko untuk mendapat serangan jantung serta obesiti dapat dikurangkan.

Shopping juga dikatakan sebagai salah satu aktiviti rekreasi yang membantu menyihatkan mental individu kerana ia mampu meredakan stress.  Semakin rendah kadar stress maka semakin kecil risiko untuk terkena serangan penyakit jantung mahupun gangguan pola pemakanan yang memicu ke arah kegemukan.  Selain itu, kajian ini turut disokong oleh National Health Research Institutes di Zhunan, Taiwan.  Menurut tinjauan yang dilakukan oleh institut tersebut, individu yang membeli-belah setiap hari berisiko sehingga 27 peratus lebih rendah untuk meninggal dunia dalam usia muda berbanding individu yang tidak gemarkan aktiviti ini.

p/s:  Mungkin aktiviti shopping lebih memberi manfaat awet muda dan panjang umur kepada golongan wanita, tetapi golongan lelaki khususnya suami akan terdedah kepada risiko terkena serangan penyakit jantung berikutan stress melihat dompet semakin slim dan hutang kad kredit semakin meningkat ^_^

Tuesday, 4 January 2011

Berita buruk kepada penggemar TEH !!!

Hari ini merupakan hari ke-11 Krismas, mood Krismas pun masih ada lagi ... empat hari sudah berlalu meninggalkan tahun 2010 dan setakat ni masih tersasul lagi menyebut atau menulis 2011 sebagai 2010, maklumlah 2010 digunakan selama 365 hari.

Google Pix
Bercerita pasal tahun baru ... baru sebentar tadi terbaca satu laporan Bernama yang mengatakan teh timbang  atau teh sukat yang banyak digunakan di kedai-kedai minum/makan boleh memudaratkan kesihatan.  

Berita yang baru saya baca ini sangat dan tersangat la memudaratkan perasaan saya sebagai seorang penggemar  fanatik Ice Lemon Tea.

Bagaimanapun laporan tersebut hanya menyebut bahawa teh timbang atau teh sukat mengandungi bahan pewarna sintetik (bukan semula jadi) yang berbahaya kepada kesihatan ... tidak pula dinyatakan secara jelas kesan bahaya kepada kesihatan dari sudut apa ... berita lanjut sila baca sendiri di http://utusan.com.my/